Jenis-Jenis Facebook Friends

Assalamualaikum :)

Ayam, bermacam ayam, telur sebijik, riuh sekampung, halalalalala, asal tetiba nyanyi lagu Jalil Hamid pulak ni? Hahahaha ce korang tukau sikit lirik 'ayam' tu dengan 'kawan'. Eh, apeke biadab sangat aku ni, mohon jangan pikiaq ayam lain ye sohabat2.

Kawan, bermacam kawan. Haa malamni aku nak bercakap fasal kawan. Bukan rakan sekelas, bukan teman sekolej mahupun teman sebilik tetapi facebook friends. Aku tau korang mestia ada facebook friends yang korang haram tak kenal kan, so kawan ke tu? mihmihmih.
Ok, aku tanak becakap fasal kawan yang anon. Aku nak becakap fasal pesen mereka, tak kira la anon ke cik enon ke. Dan semalam, aku terajin sat jadi pemerhati dinding fesbuk aku. Dah macam orang nengok dinding nak lastik cicak je. Dalam satu malam aku dapat print screen beberapa jenis fesbuk fren yang aku ada. Ceh, da macam nelayan bercerita fasal hasil tangkapan beliau je, muehehe.

1. kaki like

Kawan jenis ini mungkin ada kaitan ngan kakibangku, apakah? Hahahah mesti korang suka kawan yang cenggini kan, terasa diri tu retis bila ramai kawan yang dok like segala tiap butir post korang. Tapi agak menjengkelkan bila terkena likes spam, semak noti sampai berterabur ke meja setadi aku, awww. Golongan ini juga mungkin bosan dengan kehidupan mereka dan tadak apa nak dibuat, maka mereka pun ngadap fb sambil like sebanyak mungkin. Mana tau untung nasib mark zukibeng murah ati bagi award Pengelike Terbaik 2012, hehoih.
2. suka share

Bagus ada kawan cenggini, segala macam info depa nak share. Dari hal2 semasa hinggalah ke hal2 dalam kain, semua depa rasa perlu untuk disharekan. Motosikal Motto hidup mereka mungkin berbunyi begini: sharing is caring, kekunun mereka ni seorang yang caring tanpa mereka sedari share mereka itu sudah menyemakkan dinding rumah fb aku! Untung dapat rakan fb ni, hempa akan rasa seperti menonton diskaveri chenel.


3. suka post gambiaq makanan

Yang ni tak menahan (aku ngaku buat jugak tp bukan senantiasa :3). Orang baca doa seblom makan, dia sebok amek gambaq post kat fb. Gamaknya, apabila gambaq dah selamat dipublish baru rasa sedap hati nak makan. Kadang tu goreng telur dadar separa hangit pun nak dipost, wadehek? Aku marah orang2 cenggini, wat aku lapiaq! Awmmm!


4. bajet-bajet.

Mereka ni bukanlah dari golongan anak2 pemilik hotel2 bajet sekitar keyy ell tetapi terdiri daripada orang2 yang perasan. Gaya pavi, amek gambaq kat cermin jamban sampai nam puloh kali, edit sampai pat jam pestu bila orang puji, menafikan pulak (padahal dalam hati kembang semangkuk tandas) Maap pada yang terasa, muehehehe aku pun bajet jugak hafe :3


5. annoying

Menjengkelkan atau annoying atau annaseyong-hae sarang-tebuan (cakap korea kunun, mohon fans korea jangan bunuh aku ini). Boleh jadi dari segi gaya penyampaian komen atau tatabahasa komen yang sukar difahami oleh mata kasar. Tak kurang jugak komen2 yang menjolok mata atau mengelikan anak tekak. (printscreen ni dari anak buah aku, ucu tak suka gepreng Mel! Mohon jangan durhaka!)


6. status2 motibasi

Depa ni boleh lah diibaratkan pakar motibasi bergerak, cam balai polis bergerak tuu, muehehe. Sehari mau lapas belas kali diorang updet status2 yang memberikan keinsapan dan motibasi ke aku. Kengkadang tu ayat puitis berbelit sampai aku pun tapaham. Tak kira masa dan cuaca mereka sentiasa ada. Taleh on pakai pc/lappy, mereka akan on pakai henfong. Kalau henfong hang atau tergendala, maka mereka akan berlari2 anak ke cybercafe berdekatan. Aku kagumi jerih perih mereka membesarkan aku, ehh?
7. gigih berusaha tangga kejayaan

Spisis ni sangat baguih. Kegigihan mereka ni kalau dibawak ke setadi memang kompem2 dapat A+++ semua subjek. Macam budak Jajam ni, baguih sungguh beliau, sesuai dibuat orang peliharaan. Muehehe, maap kepada yang terbekenan, beliau sudah  berpunya dan katanya beliau pencinta yang setia, pftttt apakah?



Mihmihmih, itu la serba sedikit kawan yang kudapati menarik untuk diketengahkan. Kalau korang ada ceciri di atas, mohon ampuni aku kalau korang terasa, kan aku ni seorang yang berterus terang? Tapi cemana jenis frens pun kengkadang tu menghiburkan hati aku jugak. Seperti kes budak pompuan, spain dan messi tu. 


Dah ada fanpage dah beliau sekarang, pftt. Harap korang sokong lah fanpage blog aku ini, malulah aku kalau nanti fanpage beliau lebih ramai peminat :p


sapot tanda sokongan & kaseh sayang, eh.

Nota kaki kecik size Cinderella: Aku tak pedulik jenis kawan yang macamana sekalipun, asalkan masyuk sekepala ngan aku itu sudah mencukupi :)
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape