Jenis-Jenis Facebook Friends

Assalamualaikum :)

Ayam, bermacam ayam, telur sebijik, riuh sekampung, halalalalala, asal tetiba nyanyi lagu Jalil Hamid pulak ni? Hahahaha ce korang tukau sikit lirik 'ayam' tu dengan 'kawan'. Eh, apeke biadab sangat aku ni, mohon jangan pikiaq ayam lain ye sohabat2.

Kawan, bermacam kawan. Haa malamni aku nak bercakap fasal kawan. Bukan rakan sekelas, bukan teman sekolej mahupun teman sebilik tetapi facebook friends. Aku tau korang mestia ada facebook friends yang korang haram tak kenal kan, so kawan ke tu? mihmihmih.
Ok, aku tanak becakap fasal kawan yang anon. Aku nak becakap fasal pesen mereka, tak kira la anon ke cik enon ke. Dan semalam, aku terajin sat jadi pemerhati dinding fesbuk aku. Dah macam orang nengok dinding nak lastik cicak je. Dalam satu malam aku dapat print screen beberapa jenis fesbuk fren yang aku ada. Ceh, da macam nelayan bercerita fasal hasil tangkapan beliau je, muehehe.

1. kaki like

Kawan jenis ini mungkin ada kaitan ngan kakibangku, apakah? Hahahah mesti korang suka kawan yang cenggini kan, terasa diri tu retis bila ramai kawan yang dok like segala tiap butir post korang. Tapi agak menjengkelkan bila terkena likes spam, semak noti sampai berterabur ke meja setadi aku, awww. Golongan ini juga mungkin bosan dengan kehidupan mereka dan tadak apa nak dibuat, maka mereka pun ngadap fb sambil like sebanyak mungkin. Mana tau untung nasib mark zukibeng murah ati bagi award Pengelike Terbaik 2012, hehoih.
2. suka share

Bagus ada kawan cenggini, segala macam info depa nak share. Dari hal2 semasa hinggalah ke hal2 dalam kain, semua depa rasa perlu untuk disharekan. Motosikal Motto hidup mereka mungkin berbunyi begini: sharing is caring, kekunun mereka ni seorang yang caring tanpa mereka sedari share mereka itu sudah menyemakkan dinding rumah fb aku! Untung dapat rakan fb ni, hempa akan rasa seperti menonton diskaveri chenel.


3. suka post gambiaq makanan

Yang ni tak menahan (aku ngaku buat jugak tp bukan senantiasa :3). Orang baca doa seblom makan, dia sebok amek gambaq post kat fb. Gamaknya, apabila gambaq dah selamat dipublish baru rasa sedap hati nak makan. Kadang tu goreng telur dadar separa hangit pun nak dipost, wadehek? Aku marah orang2 cenggini, wat aku lapiaq! Awmmm!


4. bajet-bajet.

Mereka ni bukanlah dari golongan anak2 pemilik hotel2 bajet sekitar keyy ell tetapi terdiri daripada orang2 yang perasan. Gaya pavi, amek gambaq kat cermin jamban sampai nam puloh kali, edit sampai pat jam pestu bila orang puji, menafikan pulak (padahal dalam hati kembang semangkuk tandas) Maap pada yang terasa, muehehehe aku pun bajet jugak hafe :3


5. annoying

Menjengkelkan atau annoying atau annaseyong-hae sarang-tebuan (cakap korea kunun, mohon fans korea jangan bunuh aku ini). Boleh jadi dari segi gaya penyampaian komen atau tatabahasa komen yang sukar difahami oleh mata kasar. Tak kurang jugak komen2 yang menjolok mata atau mengelikan anak tekak. (printscreen ni dari anak buah aku, ucu tak suka gepreng Mel! Mohon jangan durhaka!)


6. status2 motibasi

Depa ni boleh lah diibaratkan pakar motibasi bergerak, cam balai polis bergerak tuu, muehehe. Sehari mau lapas belas kali diorang updet status2 yang memberikan keinsapan dan motibasi ke aku. Kengkadang tu ayat puitis berbelit sampai aku pun tapaham. Tak kira masa dan cuaca mereka sentiasa ada. Taleh on pakai pc/lappy, mereka akan on pakai henfong. Kalau henfong hang atau tergendala, maka mereka akan berlari2 anak ke cybercafe berdekatan. Aku kagumi jerih perih mereka membesarkan aku, ehh?
7. gigih berusaha tangga kejayaan

Spisis ni sangat baguih. Kegigihan mereka ni kalau dibawak ke setadi memang kompem2 dapat A+++ semua subjek. Macam budak Jajam ni, baguih sungguh beliau, sesuai dibuat orang peliharaan. Muehehe, maap kepada yang terbekenan, beliau sudah  berpunya dan katanya beliau pencinta yang setia, pftttt apakah?



Mihmihmih, itu la serba sedikit kawan yang kudapati menarik untuk diketengahkan. Kalau korang ada ceciri di atas, mohon ampuni aku kalau korang terasa, kan aku ni seorang yang berterus terang? Tapi cemana jenis frens pun kengkadang tu menghiburkan hati aku jugak. Seperti kes budak pompuan, spain dan messi tu. 


Dah ada fanpage dah beliau sekarang, pftt. Harap korang sokong lah fanpage blog aku ini, malulah aku kalau nanti fanpage beliau lebih ramai peminat :p


sapot tanda sokongan & kaseh sayang, eh.

Nota kaki kecik size Cinderella: Aku tak pedulik jenis kawan yang macamana sekalipun, asalkan masyuk sekepala ngan aku itu sudah mencukupi :)

35 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. Haha. yg post gambar num 4 & 5 tu ada terasa sikit. tapi yang tak boleh blaj messi tu la. org post pasal bola dia nak post pasal bola jugak last2 buat malu je. kekeke. kawan dengan pelbagai ragam ada yg menghiburkan & ada yg menyakitkan hati.

    ReplyDelete
  2. adam saje: muhun ampuni wa :p

    jajambu: lu kepala lu wa kepala wa larhh :p

    ReplyDelete
  3. hahaha ... tak tahu nak sentap mane satu .. tp yang messi tu lawak habis .. nampak sangat tak tengok euro .. hehehhe

    ReplyDelete
  4. aish byk sentapan ni, sila santapan minda jugak, eh

    ReplyDelete
  5. update status fb mcm update status twitter setiap seminit

    ReplyDelete
  6. Nak komen cemana ek?
    1. aku pon kaki like jugak.. tmbh2 kalo xde idea, like sudah...
    2. aku xpernah share ape2 pon.. org lain share semakkan wall aku ade la.. haha
    3. wah cendol, aku rse mcm nak pg batu feringghi plak makan cendol kat sana
    4. aku cukup *%$#@ org yg tgkap gmbr sambil jelir lidah.. eiw
    5.no komen (jwpn retis)
    6. cam ni ok la mcm fanpage mamat..
    7. pe kes jajam tuh?
    8. ade sape2 sudi wat fanpage aku jugak?
    9. publish ur comment

    ReplyDelete
  7. mak aih korn, ni komen ke karangan begambaq? miuuurr :3

    ReplyDelete
  8. part budak perempuan salah update status tu awt ang x tutup muka beliau kesian dia x pasak2 femes.

    ReplyDelete
  9. like tu mmg hobi alin..haha..mls nk komen2, like je la..;D

    ReplyDelete
  10. zul <3 jajam: budak tu mmg dh pemes pun, ce cari fanpage beliau, wakaka

    alyyn: ye ye kita serupa :p

    ReplyDelete
  11. hahaha..yekew? wah hebat jugak..kah2

    ReplyDelete
  12. wa suka tang status motivasi tu.. :)

    ReplyDelete
  13. yang last memang kelakar. excited buat status mungkin ? hehehe

    ReplyDelete
  14. haha bab share aku lah orgnya..pling gemar share pic menatang comey kucing tuh..hewhewhew~

    ReplyDelete
  15. errr err kiter kaki like -.-'

    p/s: jmput join bloglist sy

    ReplyDelete
  16. hahahaha.. kenapa selalu jajam???hehehehehe

    ReplyDelete
  17. haha.. menyampah yg bajet hot 2.. mcm dye srg jer yg lwa ats dunia ney..haptuihh..

    ReplyDelete
  18. one never eat tutik perutik b4 taking a photo of it :p

    ReplyDelete
  19. erk.. yang mana aida eh.. konpius pulak. haha.. apa jajam mengarut panjang2 tu? copy paste wiki ke hape? haha.. like..like..support :)

    ReplyDelete
  20. bhahaha:)) hampeh je semua. macam2 hado

    ReplyDelete
  21. no 4 tu aku mmg setuju sgt...rase nak block je org pangai gitu..euwww!

    ReplyDelete
  22. macam2 jenih manusia di facebook..:P

    ReplyDelete
  23. hahaha tula kan, mcm2 ragam di facebook. kat mana2 pun :D

    ReplyDelete
  24. makin banyak kawan kat facebook makin banyak ragam yg kita boleh tengok.. hehe

    ReplyDelete
  25. saya kaki like! hahaha
    hmm ada sorang kwn ni tiap lima minit hupdate status bagai. takpe, phm. tade twitter lettew. hee

    ReplyDelete
  26. tgh2 ganti puasa jugalah, bepuluh2 gambar kepsi, tuttifruti bagai di facebook. terus malas nak buka.

    ReplyDelete
  27. aku tak suke minah bajet hot post gambar kat fb...bajet comel..bile orang puji.. cakap tak de la .kite tak comel.. urghh..

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape