Jenis-Jenis Facebook Friends

Assalamualaikum :)

Ayam, bermacam ayam, telur sebijik, riuh sekampung, halalalalala, asal tetiba nyanyi lagu Jalil Hamid pulak ni? Hahahaha ce korang tukau sikit lirik 'ayam' tu dengan 'kawan'. Eh, apeke biadab sangat aku ni, mohon jangan pikiaq ayam lain ye sohabat2.

Kawan, bermacam kawan. Haa malamni aku nak bercakap fasal kawan. Bukan rakan sekelas, bukan teman sekolej mahupun teman sebilik tetapi facebook friends. Aku tau korang mestia ada facebook friends yang korang haram tak kenal kan, so kawan ke tu? mihmihmih.
Ok, aku tanak becakap fasal kawan yang anon. Aku nak becakap fasal pesen mereka, tak kira la anon ke cik enon ke. Dan semalam, aku terajin sat jadi pemerhati dinding fesbuk aku. Dah macam orang nengok dinding nak lastik cicak je. Dalam satu malam aku dapat print screen beberapa jenis fesbuk fren yang aku ada. Ceh, da macam nelayan bercerita fasal hasil tangkapan beliau je, muehehe.

1. kaki like

Kawan jenis ini mungkin ada kaitan ngan kakibangku, apakah? Hahahah mesti korang suka kawan yang cenggini kan, terasa diri tu retis bila ramai kawan yang dok like segala tiap butir post korang. Tapi agak menjengkelkan bila terkena likes spam, semak noti sampai berterabur ke meja setadi aku, awww. Golongan ini juga mungkin bosan dengan kehidupan mereka dan tadak apa nak dibuat, maka mereka pun ngadap fb sambil like sebanyak mungkin. Mana tau untung nasib mark zukibeng murah ati bagi award Pengelike Terbaik 2012, hehoih.
2. suka share

Bagus ada kawan cenggini, segala macam info depa nak share. Dari hal2 semasa hinggalah ke hal2 dalam kain, semua depa rasa perlu untuk disharekan. Motosikal Motto hidup mereka mungkin berbunyi begini: sharing is caring, kekunun mereka ni seorang yang caring tanpa mereka sedari share mereka itu sudah menyemakkan dinding rumah fb aku! Untung dapat rakan fb ni, hempa akan rasa seperti menonton diskaveri chenel.


3. suka post gambiaq makanan

Yang ni tak menahan (aku ngaku buat jugak tp bukan senantiasa :3). Orang baca doa seblom makan, dia sebok amek gambaq post kat fb. Gamaknya, apabila gambaq dah selamat dipublish baru rasa sedap hati nak makan. Kadang tu goreng telur dadar separa hangit pun nak dipost, wadehek? Aku marah orang2 cenggini, wat aku lapiaq! Awmmm!


4. bajet-bajet.

Mereka ni bukanlah dari golongan anak2 pemilik hotel2 bajet sekitar keyy ell tetapi terdiri daripada orang2 yang perasan. Gaya pavi, amek gambaq kat cermin jamban sampai nam puloh kali, edit sampai pat jam pestu bila orang puji, menafikan pulak (padahal dalam hati kembang semangkuk tandas) Maap pada yang terasa, muehehehe aku pun bajet jugak hafe :3


5. annoying

Menjengkelkan atau annoying atau annaseyong-hae sarang-tebuan (cakap korea kunun, mohon fans korea jangan bunuh aku ini). Boleh jadi dari segi gaya penyampaian komen atau tatabahasa komen yang sukar difahami oleh mata kasar. Tak kurang jugak komen2 yang menjolok mata atau mengelikan anak tekak. (printscreen ni dari anak buah aku, ucu tak suka gepreng Mel! Mohon jangan durhaka!)


6. status2 motibasi

Depa ni boleh lah diibaratkan pakar motibasi bergerak, cam balai polis bergerak tuu, muehehe. Sehari mau lapas belas kali diorang updet status2 yang memberikan keinsapan dan motibasi ke aku. Kengkadang tu ayat puitis berbelit sampai aku pun tapaham. Tak kira masa dan cuaca mereka sentiasa ada. Taleh on pakai pc/lappy, mereka akan on pakai henfong. Kalau henfong hang atau tergendala, maka mereka akan berlari2 anak ke cybercafe berdekatan. Aku kagumi jerih perih mereka membesarkan aku, ehh?
7. gigih berusaha tangga kejayaan

Spisis ni sangat baguih. Kegigihan mereka ni kalau dibawak ke setadi memang kompem2 dapat A+++ semua subjek. Macam budak Jajam ni, baguih sungguh beliau, sesuai dibuat orang peliharaan. Muehehe, maap kepada yang terbekenan, beliau sudah  berpunya dan katanya beliau pencinta yang setia, pftttt apakah?



Mihmihmih, itu la serba sedikit kawan yang kudapati menarik untuk diketengahkan. Kalau korang ada ceciri di atas, mohon ampuni aku kalau korang terasa, kan aku ni seorang yang berterus terang? Tapi cemana jenis frens pun kengkadang tu menghiburkan hati aku jugak. Seperti kes budak pompuan, spain dan messi tu. 


Dah ada fanpage dah beliau sekarang, pftt. Harap korang sokong lah fanpage blog aku ini, malulah aku kalau nanti fanpage beliau lebih ramai peminat :p


sapot tanda sokongan & kaseh sayang, eh.

Nota kaki kecik size Cinderella: Aku tak pedulik jenis kawan yang macamana sekalipun, asalkan masyuk sekepala ngan aku itu sudah mencukupi :)

Cerita Cinta Origami

Hi uolss, harini aku nak share satu cerita yang selalu terngiang2 dalam palotak aku ni sejak aku baca cerita ni beberapa bulan yang lepaih. Taktau kenapa aku tertarik sangat ngan ceghita cintan ni. So aku nak kongsi gelap. Ahh tak kira! Nak kongsi jugak!

******
+Awak, nah, ambillah origami ini.
-Terima kasih awak.

Sebiji origami berbentuk bintang kecil diletakkan di atas tapak tangan lembut seorang gadis yang bundar matanya. Seperti biasa, senyuman jelas terukir biarpun origami yang sama bentuk, origami yang sama saiz diberikan kepadanya tiap kali bersemuka. Tiada kata yang diluahkan; hanya senyuman seorang kekasih hati atas pemberian dari seorang kekasih yang tidak bermodal besar.

Rentak angin yang sekejap kasar sekejap lembut, ditambah kepulan awan yang melindungi pancaran cahaya terang sang mentari memberi scene yang cukup damai di tepi Tasik Sri Aman.

+ Awak, awak sedar tak, kecantikan awak semakin hari semakin bertambah. Makin berseri.

Si kekasih hanya tersenyum hingga menampakkan lesung pipit. Senyuman yang datang ikhlas dari hati seorang perempuan yang dituju khas hanya untuk si lelaki. Tangan si gadis di pegang lembut, di usap. Diletakkan di dada, di cium lembut menandakan cinta yang makin hari makin mendalam, sedalam dalamnya.

Dipeluk erat si gadis mata bundar. Seerat-eratnya. Berlinang air mata gadis. Air mata gembira yang menitis tanpa ditahan. Air mata yang menunjukkan kebahagian kerana dicintai dan dihargai sepenuh hati. Berat bibir sigadis mahu mengatakan kepada kekasihnya supaya sabar dengan apa yang berlaku.

-Awak, awak menyesal ke berjanji untuk terus setia kepada saya sampai akhir hayat awak?
+Sayang, janga sekali kali mengungkit hal ini. Saya tak pernah rasa sesal dengan kata yang saya janjikan. Cinta saya cinta mati. Hanya demi awak.

-Betul? awak pasti?
+Betul sayang! Kenapa, awak masih ragu dengan cinta saya?

-Tidak sayang, saya percaya, malah saya bersyukur sangat. Sudah genap empat tahun awak sabar bersama saya. Teman saya di sini hampir setiap hari. Sebenarnya sayang, dari dulu lagi saya sudah khabarkan supaya janji awak tu saya sudah anggap selesai. Tapi awak yang degil..

Belum sempat si gadis habiskan kata kata, jari telunjuk si lelaki hinggap tepat menutup kedua dua bibir halus si kekasih.


+Sayang, jangan cakap macam tu. Cinta saya pada awak tak pernah pudar, tak pernah mati.

-Terima kasih sayang. Tapi ingatlah, satu hari kelak jika awak jatuh hati pada perempuan lain, awak tutuplah rapat rapat balang kaca yang penuh dengan origami bintang itu, dan buangkanlah di dalam tasik ini, di tempat saya mati lemas empat tahun lalu supaya cinta kita terkubur sekali. Saya relakan awak pergi teruskan hidup awak.

Basah pipi kasar si lelaki, basah dek kerana air mata jantan yang mengalir hiba. Hilang perlahan bayang tubuh kekasih hati yang meninggal hampir empat tahun lalu.

+ Awak, saya sentiasa sayangkan awak, dan malam nanti ada tahlil untuk awak sempena empat tahun awak meninggalkan saya dan anak anak. Semoga awak tabah tempuh dunia sana, hanya doa saya dan anak anak sebagai peneman.


Balang kaca yang hampir penuh berisi pelbagai warna origami bintang kecil di tinggalkan di atas bangku simen di tepi tasik.


+saya akan datang semula petang esok ya. :)

karya Scarfyx

******

P/S: Moral of the story: Berilah origami burung bangau, jangan bagi origami bintang
P/S 2: Lebih baik cinta origami daripada cinta poligami, eh?
Nintendo: Sapa kata aku yang ganaih ni tak reti jiwang?

Penyalahgunaan Salam, Apakah?


Sila ambik perhatian salam aku yang di atas, dan sila jawab.


Ini entri serius. Mohon baca dengan ekspresi muka separa ketat.


Errr err... Okay baiklah, entri yang tak berapa nak serius.

Sebelum aku merepek dengan lebih lanjut, aku nak nyanyi satu lagu yang cukup femes masa aku kecik dan comel dulu (sekarang pun menten kan):

Assalamualaikom, kom apa? Kombat
Bat apa? Batmen
Men apa? Mentol
Tol apa? Tolak
Lak apa? Laksa
Sa apa? Satu
Tu apa? Tunang
Nang apa? Nangka
Ka apa? Kayu
Yu apa? Yu (you) bodo!

lagu ni biasa dinyanyikan oleh 2 orang budak itam atau ramai2, yang foreveralone tu ntahla. Baris last tu memasing kena kata cecepat, nasiblah sapa yang kena yu bodo tu.

Ahahahahha entah sapa la yang cipta lagu/permainan di atas.

Ok, harini aku bukan cuba nak jadi stazah atau apa, bukan jugak untuk tunjuk2 atau pura2 baik sangat. Tapi kengkadang aku agak ragu2 dengan motip dan modus operandi dari sesetengah orang yang bagi salam. Kenapa? Mungkinkah salam yang di bagi ada makna lain yang tersirat? Seperti mana ada udang di sebalik mi undang Padang Kota yang tak sedap. Entah, kengkadang aku rasa ada sesetengah salam yang tak perlu dijawab dengan berhemat.


Pesen bagi salam time ngorat. Patutkah dijawab kuat2? Biasa aku jawab seselo je, karang jawab kuat2 makin ngada dan galak jadiknya. Sila ambik paham bahawasanya ini jugak satu hobi masa lapang Zul De Alexis sejak berumur nam tahun. Yang aku heran, kalau Mak Jemah, Razak Ahmad, Mak Kiah atau Pak Ma'un yang lalulalang tak pulak bagi salam, kenapa perlu pilih2 orang untuk bagi salam? Ini racis! racis! racis! Eh.


Yang aku tau assalamualaikum tu maksudnya 'salam sejahtera ke atas kamu'. Tapi pesen retis yang bagi ucapan atas pentas ni kadang sebut 'sekom' je, aku tapasti pulak maknanya buah karom atau buah lakom (sejenis buah masam2 manis kat kampung mertua abang aku, maap aku tatau nama saintifik beliau). Eh bukan retis je, yang tak retis pun sama pesennya, sapa yang terasa hamekk. Sesapa yang bagi salam 'sekom' patutkah dijawab dengan 'komsam'? Err.


Yang ni boleh didapati ketika hari raya je, eh eh raya kan nak dekat. Eh puasa duluuuu, kemain eksaited. Posa dedulu dah abes ganti belom? Muehehe. Hari raya yang mulia pun aku bole bengang dengan budak2 yang bagi salam meleret2 sampai nambelas kali. Padahal aku da tercongok kat ruang tamu pun tak reti nak diam lagi. Dah la tanak masuk rumah, beramas mesra dengan aku yang ayu berbaju tradisi ni, tau nak duit raya jeeee, ish bebudak sekarang.

Eh Sapalah aku ni untuk mempertikaikan salam orang kan, huu. Tapi ok lah kan, at least diorang ingat jugak untuk memberi salam daripada main hoi-hoi jep mahupun ber 'yo yo, wassup broh?' gaya nigga yang kurang kasih sayang. Yang kirim salam maut tu aku tak pasti pulak cemana. Biasanya jadi kat orang yang tengah marah. Contoh ayat: 

"Hafe??? ex gepreng aku nak rujuk balik?? Hang pi cakap kat dia Korn El Jr. kirim salam maut!" 

Pergh, kalah yakuza. Siap boleh bagi salam maut tu, kihkihkih. Sila berhati2 kerana salam maut tu mungkin macam santau angin, boleh membawak maut kalau tersalah hidu, eh? 

Sapedia Zul De Alexis ngan Korn El Jr. ni? Lawyer? Majistret? Dokter? Ahli Muzik? Bukannnn mereka adalah blogger terhangat tak hengat abad ini, kemain nama depa ber "De" ber "El". Jangan bimbang, mereka masih Melayu asli yang pantang jumpak sambal belacan ngan petai. Muehehehe.

Tips Kuruskan Badan Mudah & Cepat

Aish, sebenarnya aku ni bukan lah suka berahsia bab-bab penjagaan badan kasik selim melim ni kan. Tapi aku seganlah nak kongsi cecara nak keep slim ni. Segan takut tadak yang nak amalkan, buat penat aku je bagitau. Ok, apakena agak riak intro ni?

Tapi memandangkan ramai sangat akak-akak kilang, makcik2 kantin dok bertanya cemana aku jaga badan, aku pun nak kongsilah kat sini, harap pesni tadak lagi yang nanya aku soklan lazim cenggitu. Apa lagi, ameklah pen kertas salin sebijik-sebijik tips yang aku nak kasik ni. Gerenti pasni kerengga merah pun jeles akan kerampingan tubuh korang.

Ok, cara dari aku ni memang mudah dan simple dan yang penting sedap. Aku tau korang malas nak bersenam macam dalam telebisyen kan. Malas kemain, tapi kurus nak, huh. Kalau lapan ratus orang ikut cara aku ni gerenti Yun Nam Hair Care pun tutup kedai. Eh, jadah yunam pulak, pembetulan, London Weight Management, Mayfair dan tah segala pusat pelangsingan laing2.

Tips petama: Amalkan makan buah prune sunsweet selalu. Jangan salah beli, nanti kang pi beli pati prune Maya Karin pulak. Nanti karang mata korang je yang galak bersinar, badan naik macam dipam-pam, muehehe. Kalau boleh korang beli lah barang sekarton dua kat Tesco Extra. Kalau boleh satu hari, satu bekas prune tu korang habeskan. Nescaya korang akan berak2 sampai jamban pun akan nyampah nengok muka korang. Tips ni juga sesuai untuk orang2 Aneroxia Nervosa (gila kurus). Daripada korang makan pestu muntahkan balik, baik makan prune, at least makan korang kuar ikut dubur dan bukannya mulut. Ini tak, makan ikut mulut keluar pun ikut mulut, sian ke mulut :p

Tips kedua: Tinggal barang penting merata-rata. Cara ni lebih musatajab dari jogging nam batu sehari, dan jugak lebih mustajab dari pati halia mustajab. Bila barang penting tadak, mesti korang gelabah cari merata-rata dan secara tak langsung lelemak korang jugak akan terbakar. Bukan tu je, hati pun boleh terbakar sekali sebab sakit carik barang tak jumpa. Nak lagi best, letaklah kad pengenalan, lesen di tempat2 yang berlainan dan buat2 lupa kat mana. Untuk henpon, pastikan silentkan dulu sebelum tinggal merata2, takut nanti korang cari dengan menggunakan teknik miskol, tak aci! Lebih afdal lagi kalau korang buat2 lupa time parking kereta/motor kat multi-storey car park. Perghhh silap2 berat korang turun patbelas kilo.


Tips ketiga: Lupakan sarapan pagi. Kalau boleh lunch, dinner pun lupakan, muehehehe. Aku ni memang sibuk sepanjang hari. Skip bekfest perkara biasa, selalu terkocoh2 nak pi kerja roti kemana, kaya ke mana. Tips ni tak berapa sihat untuk batang tubuh korang sebab bekfest tu penting untuk mulakan hari, korang skip lunch atau dinner lebih molek lagi. Aku ni memang lah skip bekfest, tapi aku cover balik time lunch dengan memakan nam kali ganda dari biasa, muahahaha. Jangan tiru aksi ni, elok2 nak kurus terus korang obes nanti.


Tips keempat: Tidur kurang dari 5 jam sehari. Almaklumlah aku ni kan sibuk dan berdedikasi so tidur pun tak menentu. Dah pukul doblas tengah malam pun tengah rancak lagi, maklomla, ramai anak yang nak diberi perhatian. Bila kurang tidur, lemak pun tadak peluang nak tumbuh dengan pesat. Cuma risiko jerawat tumbuh tu agak tinggi lah. Comel apa muka dengan jerawat berterabur sebintik dua di pipi, hohoho.


Tips kelima: Online tenet 24 jam sehari. Lebih elok lagi kalau korang boleh onlaing sampai 26 jam sehari. Bila tengah khusyuk berintenet, secara tak langsung napsu untuk makan menurun, napsu serakah pulak yang mencanak naik sebab tengok menda bukan2, hohoho. Tak kisah la napsu apapun, yang pasti keinginan untuk makan tu tadak.

Tips keenam: Lupakan kotoran, eh silap, lupakan junkfood. Aku tau ramai yang suka kepsi, mekdi, pitza. Bukan orang2 muda je, orang tua pun. Tu semua tak perlu pun dalam kamus hidup korang sebab lemak tepu dalam makanan tu sangat heven. Oleh itu, berazamlah untuk berenti makan menda tu semua sepertimana orang yang berazam untuk berenti merokok. Kalau teringin jugak, korang beli, pastu kasi kat aku, lebih mujarab kahkahkah! Gaji/Duit korang pun dapat dijimatkan dengan cara cenggini.


Tips Ketujuh: Alergik kepada makanan. Cara ni paling berkesan sebenarnya. Aku tau sesetengah orang ni badan kebal, makan apa pun tak lut. So pura-pura lah korang dilahirkan berkulit sensitip, salah makan karang bertukar jadik kuda belang. Takpun cuba korang tanamkan perasaan sangsi kepada makanan. Contohnya: Sebab makan ayamlah jerawat batu korang tumbuh dengan rancak. Sebab eskrem mekdi lah boipren/gepreng korang tinggalkan korang. Haa camtu la lebih kurang, nescaya korang akan membenci makanan dan menjauhi beliau.

Tips Kelapan: Kurangkan minum air. Haaa selama ni dokter suh minum air paling kurang tujuh gelas satu hari kan? Korang kurangkan kepada setengah gelas je tiap hari. Mandi pun secebok je sehari, kalau boleh jangan basahkan kepala, eh tayah mandi terus lah. Nanti bila badan panas, mulut korang akan ditumbuhi ulser (mata ikan). Aku tau natang tu memedihkan mulut time nak makan. So korang akan rasa malas untuk makan.

Tips Kesemilan: Ewah banyak pulak tips aku nak kasi kat korang?

Hahahha itulah serba sedikit tips dari aku untuk mendapatkan berat badan ideal. Banyak lagi tips ni, takpe aku pospon ke entri yang akan datang je. Kemainnnn tips-tips aku, kalah hot tips dari hot.fm kaaan. Sian korang, krem tangan nak menyalin. Tu la len kali print je terus pastu tampal kat belakang pintu tandas, kan senang, muehehe.

Suka untuk aku eksplenkan kat sini bahawasanya aku ni dilahirkan dengan tulang rangka yang kecik so otomatiknya badan aku pun semulajadi kecik. Mohon kakak abang tayah bersusah payah cuba korek rahsia kekurusan aku ni, muehehe. Lagi satu, metabolisma aku masih tinggi, so lemak cepat terbakar. Sebab tu aku makan banyak tapi tak naik2 berat badan. Makin tua, makin kurang metabolisma dalam badan so satu hari nanti aku pun akan gemuk jugak kalau tak dibendung, hek hek hek.

Kepada yang obses nak kurus, jangan ikut napsu sangat, berkuruslah secara sehat. Pedulikkan apa yang orang nak kata, jadi diri seniri kan lebih bagus? Satu lagi, selagi boleh dan mampu untuk makan, makanlah puas2 tayah tahan2 napsu makan tu, karang dah tua dah kena pantang tak boleh nak makan itu ini baru nak nyesal. 

AMARAN: Sekiranya berlaku sebarang alergi atau kesan sampingan setelah melakukan perkara2 di atas, sila dapatkan nasihat doktor dengan kadar segera. Jauhkan dari kanak-kanak.

Demam Transformers 4


  Ini entri carigali. Hujung-hujung minggu ni tatau nak buat apa. Nak gali hidung, sungguh kurang sopan rasanya. Puas ku gali gali gali dalam draft, eh tercicir pulak satu entri. Ahh tak kira nak post jugak walaupun dah expired!


Sapa sini suka Transformers (TF)? Okie, kita geng gimme five! Tetiba aku diserang demam, bukan demam kepialu lah, thanx sebab amek berat, ekekeke. Tapi demam rindu kasih sayang pada ex-boyfriend aku, homaiii sapakah ex aku yang sangat tak bertuah tu?












jeng



















jeng



















jeng...

















Caaaaakk!



Mohon tup mulut semua, amboii kemain, tau lah ex aku ni comel nak mati kaan. Hadoi entah bila nak kebah demam rindu ni. Tetiba dapat berita gembira yang TF 4 akan dikeluarkan, wah eksaited! Bila akan ditayangkan?











jeng
















jeng














pesen entri kali ni mesra scrolling kan?





















Transformers 4: Rise of the Galvatron
Coming Soon This
29 Jun 2014



Nampak gaya lagi dua taon baru kebah demam aku. Dah boleh masuk Books of Records demam tenpanjang di dunia. InsyaAllah kalau aku masih bernapas di mukabumi ini, akan ku tonton sampai nambelas kali. Lagi dua tahun??? Wadehekkk, Sabar zyra sabar, hufff hufff. Agak-agak kan sempat tak nak buat anak dalam tempoh tu? Nanti boleh tengok sesama, awwwwww sweeettt.


Motiplah Paramount Picture ni peram lelama sangat. Peram sikit2 pun box opis jugak kan. Ehh ada yang kata aku nipu pulak. Ce tengok muka aku yang ineseng ni, ada tanda2 penipuan keh?


Aishhh tapecaya jugak? Dasar ati batu belah batu bertangkup betei korang ni. Michael Bay senirik yang kompomkan pasal ni kat aku, siap face to face lagik tahu. Tak caya jugak?? baca ni! huh! Srooottttt, sedut ingus. Tacing ni korang tapecaya aku, ekekeke gediks.


Ada ura-ura mengatakan yang Shia LaBoeuf, watak Sam Witwicky dan bebrapa watak lain tadak kali ni. Huuu saspen saspen. Tak kisah lah, janji Megan Fox yang bajet2 hot tu tadak. Eksheli, pilem ni kalau tadak pompuan seksi pun tarak hal. Orang nak tengok robot tu yang penting. Dalam kartun asal pun mana ada pompuan nempek kan, kalo nak nengok gak pepuan seksi bek pi tengok pilem porno je lagi besh.


Ramai yang berharap agar kali ni watak jahat biarlah dari kalangan Decepticon, tamau dah watak jahat Autobot yang pembelot macam Sentinel Prime dalam TF Dark of the Moon yang lepas. Huuu tak best, ramai yang kecewa dia punya ending temasuk aku. Yelaa, ingatkan Sentinel dengan Prime nak bersatu, kemain eksaited. Rupa2nya Sentinel mati di tangan Prime, tacing siot.


Hahaaha terover pulak aku, anyway hope TF kali ni jauh lebih best dari yang sebelumnya. Aku setia menunggu kau, Optimus Prime. Aku masih mencintaimuuuu (motip?) Benar apa kau ucapkan dulu, takkan mudah ku lepaskan kamu, aduh aduh mana tahan batinkuuu. Ehh termenyanyi pulak. Ce teka lagu apatu, peneka yang betul akan bawak pulang seekor optimus prime dari aku, kekeke.

More than meets the eye :)

Harapan Lelaki & EURO 2012


Yaaa seperti semua da sedia maklom, demam bola makin menjadi-jadi sekarang ni. Pergaduhan lakibini, boipreng gepreng pun tak terkecuali. Semua gara-gara bola bola bola, satu permainan febret orang laki2 sejati. Kalau boipreng/laki/tunang korang tak minat bola, bawak2 lah pi jumpa pakar sakit tuan check kot2 ada yang tak betul sebelum terlambat, muehehe.


Yang mana gegirls yang kena abai dengan boipreng tu, toksah dok sedih2 meh sini sat, kita wat lek wat pis baca entri ni, hohoho. Apa harapan dan impian orang laki time2 demam bolasepak ni? Selain nak nengok team febret dorang menang, ada lagik beberapa harapan yang diharapkan semasa berlangsungnya EURO doribudoblas ni. Apadia? Baca jangan tengok saja! Fuh garang kemain :p


Gepreng/Bini Memahami

Orang laki ni mesti rasa bahagia gila kalau pasangan kasik full sapot akan kegemaran mereka yang satu ni. Susah nak dapat pasangan cenggini. Selalu mesti gepreng sentap seniri sebab terabai oleh boipreng bila tiba musim menuai bola. Lagi lagilah best bila gepreng/bini ni pi join sekali nengok bola dengan semangat berkobar2 cam jejantan tu semua. Tayah lah  nak ajak bekepit je tetiap malam, sila ambik paham bahawasanya pada musim bola, keinginan untuk mengawan orang jantans ni agak menurun. Yeke? Entah, kalau dah laki tu napsu kudabelang, apa boleh buat, bola dok tepi sat.

 Gepreng/Bini Ada Minat Mendalam Kat Bolasepak

Yang ni memang sangaaaaat diidamkan oleh orang laki. Kira satu aset la bagi pepuan yang gila bola, muehehe. Tapi tengok keadaan jugak, kalau just tengok bola sebab nak nengok player emsem je baek tapayah, karang boipreng jadi menyampah lagi ada. Tambah2 lagi kalau korang minat pulak kat player yang dia tak suka. Peh, punca nahas je semua tu. Kalau korang berpengetahuan luas dalam selok belok bolasepak ni, baguslah, ia satu bonus, boleh lawan ulas game sesama seniri, awww lagi sweet dari detim sambil layan cerita korea kan?

Dikejutkan untuk nengok bola di pagi buta

Aha! Kalau korang buat menda ni kan, memang kompom lah cinta dorang da tak beralih arah, pehhh aku ni dah jadik dokter cinta ke hapa? Hahahah sapa tak suka beb, aku pun suka. Tapi tak suka bila dikejutkan untuk perkara2 seperti potong rumput belakang rumah atau cuci longkang, potong stim. Jangan pulak korang kasik diorang makan ubat pelali atau ubat tido atau menda bukan2 nak kasik tido tak bangun2 untuk nengok bola. Karang tak pepasal tido terus, balut dengan kain kafan lah jawabnya. Erkk.

Tak Membebel

Ce bayangkan bila team febret pasagan korang kalah, pestu balik umah korang lak membebel, tak kiralah bini atau gepreng. Daripada berbuat demikian, adalah lebih baik korang tido mati je tanpa sedar laki/boipreng tu da balik ke belom. Buat bini, ce bagi ayat2 manja sikit, mana tau ada semangat lagi nak mengawan yang tertunggak sebab bola tadi. Pehhh, dah jadi kaunselor rumahtangga pulak aku ni. Baiklah2, sebelum aku merapu lebih jauh ada baiknya aku stop kat sini dulu.

Hahah tu je lah kot carutan aku malamni. Kepada gegirls yang terasa terabai sampai dah serabai aku nengok, bawak2 lah bersabar sat. Musim bola bukan datang hari2 pun, kasi can la boipreng korang nengok bola puas2. Alah, korang dok layan cerita korea sehari sampai nambelas jam takpe pulak?! 

P/S: Kemain aku nulis entri, cam aku ni jantan pulak rasa, err tapi ada betul tak encik2 lelaki yang terbaca?

Masyarakat Dan Tuala Wanita



Hai semua, saya roxx, gadis pemalu yang sangat manis dan sangat comel nak mati. Hari ni saya nak bercakap fasal tuala wanita dan kegunaanya. Peh, sweet tak mukadimah aku? Suka saya perjelsakan di sini bahawasanya kat sini, haku selaku pempuan melayu separa terakhir, sangat berasa malu tentang situasi tuala wanita sekarang. Apa tu tuala wanita (pad)? Sesapa yang tak tau lantak kau lah, aku takmo eksplen menatang apa bendanya tuala wanita tu. Aku pemalu, seriusli.

Entri ini untuk pempuan dan gadis sunti yang baru nak kenal alam barzakh remaja. Jejantan yang terbaca tu maap yep, tapi elok jugak, untuk kegunaan pada masa hadapan. Entahlah untuk kegunaan apa, aku pun tatau apa pungsi entri kali ni. Sekadar renungan bersama, kot.

Aku tatau paseipa diberi nama timangan tuala wanita. Zaman dulu2 tok aku cakap, orang pepuan yang piyed pakai kain buruk je, (euwwww) aku tak boleh imagine cemana perasaan guna kain. Yang pastinya benda ni sangat sangat lah yang amat sangatlah dititikberatkan oleh orang tetua. Tak boleh nampak sikitpun dek orang jenjantan ni. Penah tok aku cakap, pempuan yang period ni dulu2 orang letak dalam kandang kambeng, peh zaman jahiliah betei.

Zaman sudah berlalu, syiuuuuuu~ (efek berlalu) Sekarang, tanpa segan silu tuala wanita ditayang di mana2. Dalam tivi tayah cakaplah, kalau boleh pempuan tu semua siap nak wat demo lagi cara pakai cemana. Serius aku malu. Aku nonton tivi sekali sekala. Time nonton aku selalu bersama sedara lelaki, tak abang, anak buah, tak anak buah, sepupu, tak sepupu, kupu-kupu, ehh? Ngarut sudah. So aku tersanggggggatlah malu tatau nak cakap cemana bila tetiba kuar iklan tuala wanita ni.

Pergh, da macam iklan kasut Nike Air kan dia punya details.
Diulang, serius aku malu, memang aku bukan gadis semasa yang sweet dan lemah lembut gemalai tapi aku masih punya sifat kemaluan, eh, sifat kemalu-maluan eh, ahh apa2lah. Aku pun tapaham cemana Adibah Noor ngan Yunalis Zarai boleh tak rasa apa2 buat iklan Libresse (tapi libresse memang sedap hewhewhew). Lisa Surihani pun kemain beriklan sakan dengan pad sejak2 kawen ni. Awww abang Yusri relakan montot lisa disuluh kamera, i lap u :p

Lantaklah orang nak cakap aku pempuan ortodoks ke, naïf ke, ketinggalan keretapi ke, bas kilang ke, atau apa saja. Tapi apa yang pasti, hal2 sulit yang melibatkan celah kangkang ni, aku sensitip. Kalau dalam taon 90an dulu mana ada kan iklan2 pads cam sekarang. Kalau ada pun adalah terselit sekeping dua dalam majalah2 orang pempuan. Itu pun gambar kulit plastik pad tu je tanpa ada orang pempuan tersengih kat sebelah buat isyarat bagus.

Donia makin rakus, semua nak kaut untung berlipat-lipat siku lipat. Memasing sibuk nak pasarkan pad dengan gaya tersendiri. Dulu tak iklan terok2 pun orang mesti beli lah, benda wajib kottt. Lainla kalau yang still masih jadik pempuan tradisi, pakai kain buruk (pokerface). Jangan tak tau, jaman sekarang pad pun bole dibeli secara online. Peh, ada lagi ropanya manusia yang lagi pemalu dari aku sampai malu nak gi kedai beli pad.

Dedulu aku tatau natang apa kejadah benda tu. Kakak aku selalu beli pastu sorok2 dalam lemari. Heran aku, memula ingatkan makanan, saja tanak kasi aku. Aku pun curik2 bukak kotak, nengok pebenda kat dalam. Dah tengok pun still tak dapat, menatang apakah ini? Tengah khusuyuk membelek kakak aku datang sambar dari belakang dan simpan tinggi2. Sekarang bila diingat2 balik, wadehek kakak??? Aku kan pempuan, takkan nak malu jugak, huu. Curiosity aku melonjak2 naik macam jantan yang kena viagra. 

Inovasi plastik pad, kalau terkantoi pun tade lah malu sangat, kan kan kan (ahh aku dah kantoikan kat sini)
See sampai begitu sekali pempuan dulu menjaga kemaluan mereka. Err maksud aku perasaan malu, kehormatan mereka. Sekarang? bersepah-sepah je aku nengok orang buang pad merata-rata, euuuu jijiks okay? Yang mana yang buat benda terkutuk tu renti-rentikan lahh, kesian makcik2 cleaner wehh nak hadap menda2 tu semua.

Time aku derjah nam dulu, cikgu hal ehwal budak pempuan, Cikgu Rokiah, panggil semua budak pempuan kumpul dalam satu bilik. Pastu diorang akan eksplen pasai menatang ni dan jugak pasal period. So aku pun mulalah faham, antara pesanan penaja yang aku ingat: Dah tak boleh main lasak2 dengan budak jantan, Jangan lupa salin, ehh apakah? Muehehehhe aku tapasti sekarang ni sistem sekolah ada lagi ke tak buat cenggitu. Maklomla, jaman sekarang ni aku rasa budak tadika pun dah tau pad tu natang apa.

Dalam pada bebudak pempuan berkumpul reramai tu, ada la pat lima nam orang budak jantan yang curious tak hengat kan, nak tau kenapa yang dipanggil pepuan je. Mereka pun curik2 nak dengar apa yang cikgu Rokiah nak cakap. Tetiba terkantoi dengan cikgu lain yang standby kat belakang, terus kena syarahan dan marah percuma. See? Betapa cikgu pun nak jaga kemuliaan seorang wanita (ceh, da macam lagu Kopratasa).

Aku puji inisiatif pereka pad case ni, at least tercover sket pad tu kalau nak bawa ke mana2. Wajib ada, selamat dan comel! Tak payah beli pun takpe, Libresse ada kasik pree.

Sebelum balik dari ‘perjumpaan sulit’ tu, tiap sorang budak dari kami mendapat sekotak pads tajaan Kotex. Terus aku jatuh cinta dan sukakan pad. Motip? Sebab plastik Kotex tu kaler biru, hewhewhew. Kegilaan aku pada kaler biru tak mengenal tempat dan batas sempadan :p

Pastu sejak2 aku naik ke sekolah menengah aku da beli seniri pad. Kalau dulu kakak aku yang rajin beli, maklumla aku kan roxx, eh silap, aku kan pemalu tahap musang pulut. Bila aku beli seniri, kritiria yang aku nengok bukanlah kadar serapan, tapi lebih kepada ropa, hohohoho dasar materailistik daku ini. Aku suka Kotex Style sebab plastik dia ada katun2 orang pepuan, pestu pulak plastik yang balut pad tu pun ada katun jugak, kenalah dengan aku yang berjiwa remaja emosi time tu kan, hahahhaha ntah hapa2.

Kotex Style ni materialnya tak macam pad yang lain sebab bukan dari kapas rasanya, lebih kepada campuran apatah yang macam plastik sikit. Memang tak rasa basah (ok, sampai part ngarut sudah) Tapi lama2 aku tukar pad lain sebab fabrik dia tu telah mengiritasikan kulit  haku, ahh kau zyra, cerita kat sini tamalu pulak??


Pastu aku mula beralih arah, da tak setia kat satu brand jep. Kalau Carefree dari Johnson & Johnson’s, memang save sebab banyak dan murah dari Kotex. Pestu agak2 kaya sikit beli pulak Laurier, tapi tak best mana pun, mungkin sebab dia kaler pink. Aku kan anti pink :p Pastu sejak Adibah Noor memperkenalkan Libresse kat haku, aku dah terus melekat dengan brand tu sebab memang selesa, serapan sempurna! Ah sudah, karang tak pepasal Libresse amek aku pulak jadik duta, haru.

Ahh kenapakah aku ceritakan semua ni kalau aku bebetul malu? Sebab sebabbb eh sebabb korang tanamapak aku muka ke muka, muehehehe. Ahh aku cerita atau tak sama je, semua da sedia makloman kot mengenai menda ni. Sekarang iklang details kemain, siap tunjuk serap kat mana, nasiblah guna cacair biru untuk wat demo, buatnya diorang guna sirap? Lagi haru. Memandangkan situasi persaingan makin sengit, aku rasa tunggu masa jelah iklan lagi melampau yang bakalan keluar nanti. Semua nak tarik perhatian orang suh beli. Jangan sampai aku boikot nanti! Jangan sampai aku pakai kain.. ops (pokerface).

P/S: Cemana pengkid beli pad ea? Ke tapakai? Ke tak piyed, ke cemana?
  
/

Mari Belajar Mengira



Eh eh malam ni rasa cam guru sandaran pulak kan nak mengajar2 bagai. Hahaha aku memang fail bab ajar mengajar ni, memang tak boleh jadi cikgu yang mulia, hoohoho. Silap2 haribulan jadi ayah pin, kasi ajaran sesat. Mohon baca entri ni sambil dengar lagu 1234 dari Plain White T's kerna kita akan belajar mengenai dengan nombor pasni :p


Subjek paling aku tak suka adalah yang berkaitan dengan nombor, uishh benci gila. Sejak di tadika lagi da meluat. Salahkan cikgu tadika aku sebab hari2 ngajar pasal duit, sekupang, 2 kupang, ahhh boring2. Oleh itu, umur 6 tahun aku dah takmo pi tadika sebab bosan, pi masa umoq 5 tahun ja =.=

Muehehe, dasar pemalas nak disalahkan cikgu yang mulia pulak, puiiih. Okay2, abang kakak yang ada masalah dengan nombor, jangan takut, jangan khuatir, jangan risau, eceh macam dukun jual obat tepi jalan pulak. Haha aku bukan ada jalan penyelesaian pun kat masalah korang tapi aku nak bagitahu bahawa itu perkara normal bahkan merupakan satu penyakit.

Yaa penyakit yang tak berjangkit dan tak membahayakan kesehatan. Dyscalculia nama diberi, pehh sedap kemain kan? Orang yang ada sindrom natang ni perlu kaedah lain kalau belajar pasal nombor, bukannya tatau apa2 langsung ok? Kira kena bagi spesial treatment, kena cari kaedah pembelajaran yang lebih kretip dan best. Para guru, sila take note perkara ini, jangan nak naik hangin tak tentu pasal. Student yang lemah math ni bukan sengaja tapi memang tak boleh nak blah, tadak napsu, mohon rangsangkan student cenggini supaya lebih bernapsu terhadap math. 

Aku ingat lagi time darjah satu, cikgu kasi kerja suruh tulis nombor 1 sampai nombor 10. Elokkk aje aku nulis dengan cermat, tertib dan berhemat. Agak dah berpuas hati aku pun hantar kat cikgu dengan konfidennya. Tetiba cikgu dengan tanpa segan silunya telah mendenda aku dengan menyuruh aku tulis  nombor 10 sampai penuh dua muka surat buku latihan. Hah?? Wadehek? Ropa2nya aku tulis nombor 10 terbalik, yakni 01 (=.=)'



Syilaka kau Azahari, gelakkan aku dan cakap aku bodoh. Haaaa, aku siap hapal lagi nama budak yang dok kat sebelah aku time tu. Memang betul lah dia cakap aku bodoh pun, dah terang2 ada mural nombor kat depan kelas, kalau tak tau, tengok jelah situ. Cis cis cis cisdel ciskek betei lahhh malu gila baq hang :p

Masuk ke darjah pat lima nam, aku dapat cikgu yang sama yang garang macam singa. Ahh tension gilakk, lagi bertambah kebencian aku dekat subjek yang sorang ni. Seminggu dua kali kena buat latihan kat papan itam. Bila dia kasik je latihan cepat2 buat dan cari jalan nak kira sebab nanti nak tunjuk kat papan itam. Aku selalu doa2 dalam hati biar dapat soklan yang senang. Salah karang kena kritik, malu oiihhhhh kritikan beliau lagi gengster dari Azwan Ali mahupun Ramli MS.

Sampai ke unibersiti, aku terambik pulak course yang ada perakaunan. Pehhhh rasa nak terberak, tercirit semua ada bila pestime tengok jadual. Rasa macam nak tukar course pun ada, huuu tapi atas sokongan kengkawan ku teruskan jugak. Aku cuba sayangkan subjek tu macam bebudak lain sayangkan boipreng memasing. Tapi tak menjadi jugak, meluatttt sengsangat, Jelly gila tengok bebudak lain yang pro bab2 akaun ni. Alhamdulillah grad jugak aku, wheee.

Tapi kalau mengira 1234 pun korang merangkak2 tu bukan penyakit biasa dah tu, ini serius! Perlu cari jalan penyelesaian dengan kadar segera. Takpa2 wat lek wat pis, apa kata korang berkenal-kenalan dulu dengan rakan blogger haku yang ke-1234 (tepuk tepuk tepuk). Aishh, da macam nama susu rumusan bayi pulak kan, muehehe. Comel budak ni, ada potensi nak menggangu gugat tempat najwa latip satu hari nanti, muehehe.

Najwa Izzaty, takziah tahniah2, bukan senang nak masuk entri aku tahu? Muehehehe (ayat bajet retis, ehh suka hatilah). Blog beliau 'fixaheart.blogspot' tatau lah dia ni pandai baiki hati ke atau hanya tahu baiki labu, muehehe. Tapayah nak susah taip, klik je kat banner beliau kalau nak pi blognya, adoyainye punnn korang nii. Eh eh? Sayang nak tinggal blog aku ea? Alahlahlah sweet sangat korang awwwww nyampah makk. Muehehe! Bawak bertendang, blog beliau akan muncul dalam window baru, hewhewhew.

Beliau ni rajin dan gigih benar menjoinkan diri dalam giveaway dan segmen. So sesapa rasa nak joing bole pilih kat blog ni, dah macam katalog, mueheheh. Pesen entri aku ni pilih bebudak gadis sunti je kan, haritu Siti Nasrin dengan nombor bertuah 888. Takpelah, kasi can bebudak sekolah nak berkembang biak, ewah. Mohon jadik blogger yang berhemah ye adik-adik kawan2 (bajet2 sebaya, eh sukahatilah. Tapi memang sebaya pon) 

P/S: There's only 1 thing 2 do 3 words 4 you... I love you
  
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape