Zyraroxx Sebelum Masihi


Harini bukan hari ulangtahun blog ini tetapi hari ulangtahun tuan blog, yakni gua lah. So harap maklum akan ketidakhadiran doodle roxx pada entri kali ni, hekhek. Ulangtahun yang keberapa Tak perlu lah gua ucap sebab umur dah banyak, yang pasti masih belum sebanyak ratu rock ella, eh.

Menjadi anak bongsu bukan satu perkara mudah dan indah dalam kes gua. Tambahan pula bila anak bongsu dari sembilan adik-beradik (4 abang 4 kakak). Ya, satu keluarga besar. Sebagai anak bongsu, expectation terhadap diri gua memang tinggi, baik dari segi pencapaian akademik mahupun sahsiah diri (kenmain, dah macam teks ucapan MB). 

Lewat 80an. Emak mengadungkan gua, anaknya yang kesembilan dan harapnya zuriat yang terakhir. Kandungan emak waktu tu bukan kandungan biasa, mana taknya, emak mengandungkan gua ketika umurnya sudah pun mencecah angka 45 tahun! Ya, satu umur yang sangat bahaya untuk hamil menurut para pengamal perubatan. Komplikasi mendapat anak sindrom-down, atau mungkin nyawa anak dan ibu bakal terancam. Tapi emak lebih percaya pada qada dan qadar Allah dari teori sains manusia.

Sana-sini emak pergi disambut dengan pandangan sinis, terkejut, simpati dari orang sekeliling. Emak hanya tersenyum kelat. Tak kurang juga dijerkah doktor saat melakukan pemeriksaan (belum lahir lagi orang dah tak suka gua, sobsob). 

Tanggal 2 April, emak menunjukkan tanda-tanda nak bersalin. Waktu tu tengahari, seisi keluarga sedang menikmati lunch (sebab tu gua kuat makan? hekhek). Abang gua entah yang mana meluru memberitahu bapa saudara yang kemudiannya menghubungi ambulan. Lewat 80an, kawasan luar bandar pula, komunikasi bukan sepantas sekarang. Abang gua yang no. 2 ditugaskan menunggu ambulan di depan jalan masuk ke kampung. Dia masih ingat cemana ambulan tu break secara mengejut macam dalam cerita aksi kerana hampir terlepas jalan.

Memang takdirnya kelahiran gua bukan disambut oleh tangan doktor. Pukul 2.20 petang, seorang bayi perempuan yang comel (sampai sekarang *batuk² kecil*) seberat 3.7kg (boleh tahan berat gua) selamat dilahirkan secara normal tanpa sebarang komplikasi. Alhamdulillah, yang penting sihat dan sempurna kata emak yang tak pernah putus mengucap syukur. Kalut dengan kehadiaran orang baru, ayah sampai lupa menjemput kakak gua yang bongsu dari asrama (yang kemudiannya menumpang seorang jiran). 

Susurmasa dalam tahun-tahun awal hidup gua menyaksikan bermacam episod. Macamana gua dah pandai meniarap sedangkan emak masih dalam pantang, bagaimana gua dah betah berlari sedangkan sepupu yang setahun tua dari gua masih dalam dukungan, bagaimana gua terjatuh ke dalam telaga dan hanya berpaut pada rumput sehingga ditemui oleh kakak sulung, bagaiman gua terjatuh dari 12 anak tangga rumah, meninggalkan parut di atas kepala yang jelas terlihat saat rambut disisir ketika basah. Semua tu berlaku ketika gua belum pun mencecah umur 4 tahun!

Dan sekarang, emak dah tiada, ayah, terlebih dulu lagi pergi mengadap Ilahi. Yang tinggal hanya those memories. Gua seorang fighter sejak belum tahu apa-apa dan akan terus fighting selagi masih bernyawa, dengan izin-Nya.


Happy birthday to me. Have a blast Zyra.
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape