Menjadi anak bongsu bukan satu perkara mudah dan indah dalam kes gua. Tambahan pula bila anak bongsu dari sembilan adik-beradik (4 abang 4 kakak). Ya, satu keluarga besar. Sebagai anak bongsu, expectation terhadap diri gua memang tinggi, baik dari segi pencapaian akademik mahupun sahsiah diri (kenmain, dah macam teks ucapan MB).
Lewat 80an. Emak mengadungkan gua, anaknya yang kesembilan dan harapnya zuriat yang terakhir. Kandungan emak waktu tu bukan kandungan biasa, mana taknya, emak mengandungkan gua ketika umurnya sudah pun mencecah angka 45 tahun! Ya, satu umur yang sangat bahaya untuk hamil menurut para pengamal perubatan. Komplikasi mendapat anak sindrom-down, atau mungkin nyawa anak dan ibu bakal terancam. Tapi emak lebih percaya pada qada dan qadar Allah dari teori sains manusia.
Sana-sini emak pergi disambut dengan pandangan sinis, terkejut, simpati dari orang sekeliling. Emak hanya tersenyum kelat. Tak kurang juga dijerkah doktor saat melakukan pemeriksaan (belum lahir lagi orang dah tak suka gua, sobsob).
Tanggal 2 April, emak menunjukkan tanda-tanda nak bersalin. Waktu tu tengahari, seisi keluarga sedang menikmati lunch (sebab tu gua kuat makan? hekhek). Abang gua entah yang mana meluru memberitahu bapa saudara yang kemudiannya menghubungi ambulan. Lewat 80an, kawasan luar bandar pula, komunikasi bukan sepantas sekarang. Abang gua yang no. 2 ditugaskan menunggu ambulan di depan jalan masuk ke kampung. Dia masih ingat cemana ambulan tu break secara mengejut macam dalam cerita aksi kerana hampir terlepas jalan.
Memang takdirnya kelahiran gua bukan disambut oleh tangan doktor. Pukul 2.20 petang, seorang bayi perempuan yang comel (sampai sekarang *batuk² kecil*) seberat 3.7kg (boleh tahan berat gua) selamat dilahirkan secara normal tanpa sebarang komplikasi. Alhamdulillah, yang penting sihat dan sempurna kata emak yang tak pernah putus mengucap syukur. Kalut dengan kehadiaran orang baru, ayah sampai lupa menjemput kakak gua yang bongsu dari asrama (yang kemudiannya menumpang seorang jiran).
Susurmasa dalam tahun-tahun awal hidup gua menyaksikan bermacam episod. Macamana gua dah pandai meniarap sedangkan emak masih dalam pantang, bagaimana gua dah betah berlari sedangkan sepupu yang setahun tua dari gua masih dalam dukungan, bagaimana gua terjatuh ke dalam telaga dan hanya berpaut pada rumput sehingga ditemui oleh kakak sulung, bagaiman gua terjatuh dari 12 anak tangga rumah, meninggalkan parut di atas kepala yang jelas terlihat saat rambut disisir ketika basah. Semua tu berlaku ketika gua belum pun mencecah umur 4 tahun!
Dan sekarang, emak dah tiada, ayah, terlebih dulu lagi pergi mengadap Ilahi. Yang tinggal hanya those memories. Gua seorang fighter sejak belum tahu apa-apa dan akan terus fighting selagi masih bernyawa, dengan izin-Nya.
Happy birthday to me. Have a blast Zyra.
selamat ulang tahun kelahiran... semoga dipermudahkan segala urusan.. sentiasa dalam rahmat ALLAH..senyum selalu.. :) btw zyra mase sebelum masihi tu cute la.. :D
ReplyDeleteamboi comelnya, happy birthday dear...
ReplyDeleteajaja fighting!
ReplyDeletecomelnya, happy birthday zyra, moga sentiasa murah rezeki :)
ReplyDeleteselamat ulang tahun kelahiran yg ke *dirahsiakan. Semoga terus menjadi insan yg sukses dan terus rock :)
ReplyDeletesanah helwah ! rock selalu ! hehe
ReplyDeletehappy birthday kak zyra.. semoga hidup kak zyra diberkati Illahi :) maintain rawks!!
ReplyDeleteAllah Selamatkan Kamu :)
ReplyDeleteHappy birthday dear... :D
ReplyDeletePatutlah bunyi macam tegar ajer... anak bongsu yang buas... cuba tengok atas kepala tu ada berapa pusar? kalau dua lagi lah buas... hahahaha...
Great job here... be it that way... you are a fighter...:)
Selamat ulang tahun kelahiran ya :)
ReplyDeleteHappy birthday dear kak zyra. Moga terus kuat setiap masa dan terus menempuh episod bahagia! :)
ReplyDeletehappy birthday..
ReplyDeletebudak yg lahir bulan 4 memang special sikit. tak gitu? hehehe
sannah helwah kpd fighter yg kental. ciri2 seorang fighter dah terserlah sejak kecil tu
ReplyDeleteselamat hari lahir =D
ReplyDeletehappy birthdayyyyyyyyyyyyy kak zyraaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletehave a blast!!!!
may allah bless u <33333
selamat hari lahir yang semalam. :)
ReplyDeleteMoga tercapai segala hajat dan sentiasa hidup dalam rahmat Allah. :)
hi..singgah baca enrty dan follow awak ;)
ReplyDeletehave a blast tu maknanya kau nak orang letupkan apa2 ke?lulz
ReplyDelete#kartunster
Jap, belum terlambat nak wish, kan?? So...
ReplyDeleteSelamat bertambah umur!!!
Semoga sentiasa roxx! Hahahaha...
sedikit sebanyak dapat kenal Zyra Roxx yang memang roxx abes nih dgn lebih dekat..cehhh..hehe..apa2 pon selamat ulang tahun Zyra Roxx..Semoga panjang umur dan murah rezeki.amin
ReplyDeleteWalapun agak lambat aku wish, tapi happy belated birthday. Moga zyraroxx terus fighting utk hari mendatang!! Ganbatte...!! Heh heh heh...
ReplyDeleteAllah selamatkan kamu.....
ReplyDeleteAllah selamatkan kamu.....
Allah selamatkan kamu zyra, dunia dan akhirat....tercaai segala cita-cita, insyaallah...
alahai... nak tergelak baca :D
ReplyDeletecerita macam time tuh dah nampak dunia hehe.. comel sgt aih :3
btw Happy Birthday.. Sanah Helwah.. Selamat hari Lahir.. Zhi Ni Shengri Kuaile.. Saengil Chulka Hamnida.. Otanjoubi Omedetou Gozaimasu..
Semoga sentiasa ceria, happy dunia akhirat dan selalu sihat.. aamiin...
selamat hari lahir....sentiasa roxx hihi :)
ReplyDeleteSelamat hari lahir zyra :) cantek blog. Nanti singgah kite punyer jgk ae :)
ReplyDeletehappy belatedddddddddddddddddddddddddddd birthdayyyyyyyy.......
ReplyDeletekoh koh koh
Salam. Hepi besday zyra yg chomey. Ni sy dtg dr future (tahun 2015) kihkih
ReplyDelete