"Bukan Orang Nampak Pun.."

Hey guys!

Aku sebenarnya agak tak suka bila orang cakap "alah,  bukan ada sapa nampak pun".

Ayat tersebut, selain digunakan oleh pasangan bercinta untuk memadu asmara di celahan semak, bagi aku ia juga turut digunakan oleh orang malas. 

Aku bagi contoh aku sendiri (masuk bakul). Memiliki bilik sendiri. Tak ada orang luar datang menjengah, housemate pun setahun sekali nak masuk. Tapi itu tidak bermaksud aku boleh biarkan bilik bersepah dengan alasan "alah, bukan ada sapa nampak pun".

Walaupun bilik aku tak pernah ada tetamu, tapi aku still memastikan ia berada in pristine condition. Untuk siapa? Untuk aku lah. Balik kerja penat-penat masuk bilik kemas teratur, bukankah ia satu nikmat dunia? 

Kedua, penjagaan rambut. Walau aku pakai tudung, tapi aku tetap jaga rambut macam Rosmah. Aku sangat tak suka bila orang cakap "alah, buat apalah nak jaga bagai, bukan ada sapa nampak pun". Tapi aku nampak. Kakak aku nampak. Abang aku nampak. Makcik aku nampak. Dan insyaAllah satu hari nanti suami aku pun nampak. Jadi? 

Nak pilih spender pun sosah. 

Ketiganya, underware. Pernah dulu aku ternampak spender macam roti kirai bertompok-tompok stains tersidai di ampaian hostel PEREMPUAN. Aku rasa kalau spender tu "untuk orang nampak", takde sapa sanggup pakai. Tapi memandangkan ia jatuh kategori "alah, bukan ada sapa nak tengok" maka, pakailah ia sampai lunyai. Jangan cakap pasal ekonomi dengan aku. Spender kat pasar malam harga tak sampai pun RM5 sehelai.

Jadi tolong jangan pertikaikan bila aku masuk laSenza atau Victoria's Secret, hahahha. 

Mulai sekarang, cuba bayangkan apa yang kita buat semua orang nampak. Apatah lagi kita (muslim) sangat diajurkan untuk menjaga kebersihan. 

Bersih tak perlu tunggu bila kaya. 
Miskin bukan halangan untuk jadi bersih. 

21 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. hihi i got ur point. bagi aku pulak biarlah orang lain tak nampak janji aku nampak. aku kan orang jugak. jangan mata aku yang sakit memandang. orang lain nak pandang mcm mana aku x peduli pun. tapi tidaklah aku sampai ke la senza hahaha. janji bersih dan sedap mata memandang.

    ReplyDelete
  2. spender macam roti kirai tu WIN :p

    ReplyDelete
  3. hahahaha...rasanya org yg fikir macam ni...dia tak kisah dgn segala bnda...walhal nature perempuan tu suka kepada keindahan..hahaha

    ReplyDelete
  4. itulah, selalu dapat feedback mcm tu, bukan org nampak pun.. salah ke kita nk jaga penampilan diri, huhu

    salam singgah dari blog www.neezalife.com

    ReplyDelete
  5. Setuju 200%. Kita buat bkn utk org. Utk diri sniri.
    Tetiba teringat dh lama xbli spnder baru. Hmm.. alasan bagus ni nk tambah koleksi. Keh3.

    ReplyDelete
  6. Dear,

    PM spender RM90 tu.
    I berminat.

    #lulzzzz

    ReplyDelete
  7. Bertompok-tompok? LOL...
    Spender roti kirai tak semestinya tak bersih. Sengkek sangat la tapi. hahaha

    ReplyDelete
  8. Setuju!! Harus berdisiplin untuk jaga kebersihan dan kekemasan ni kan. haha

    ReplyDelete
  9. hummm betul tu kak zyraroxx i got ur point. kebersihan tu amat penting melainkan org tu mmg pengotor atau pemalas yakmat

    ReplyDelete
  10. awwwww.. Okay lepasni tak boleh lagi cakap "bukan orang nampak pun" hihihi

    ReplyDelete
  11. Setuju. Bukan soal orang nampak atau tak. Diri kita tu berpuas hati ke tak. Saya pegang konsep macam ni juga.

    ReplyDelete
  12. nie setuju. yg penting KEBERSIHAN. utk kebaikan diri sendiri dan org lain jugak. :D

    ReplyDelete
  13. setuju sangat. takkan luaran je nak nampak kemas tapi dalaman selekeh.

    ReplyDelete
  14. Betul sangat bersih tak perlu tunggu jadi kaya.
    Barang tak branded tak pe asalkan bersih dan elok dipandang mata.

    ReplyDelete
  15. Bab spender tergelak2 saya baca.. ahaha

    ReplyDelete
  16. SInce entri ni sooo girly personal jadi tak tahu nak komen apa hahahaha.

    PM sepender RM90, nak buat topeng hahahaha

    ReplyDelete
  17. Ada jugak ke perempuan pakai spender sampai lunyai. Biasa lelaki je sebab lelaki simple dan jarang nak kisah pasal benda2 kecik. Hmmmxz..

    ReplyDelete
  18. Kita buat untuk diri kita, bukan untuk orang lain... so, persetankan.. wkwkwk

    Oleh kerana underwear lelaki di jual dalam kotak dengan harga yang berpatutan, rasanya underwear saya bersepah... tapi, bukan orang nampak pon.. wkwkwkwk

    ReplyDelete
  19. wak pon menggigil tgk "jom jimak" blkg spender yg u pegang tuu., hahar2

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape