Artfriend x Bookxcess

Hey guys!

Entri ni sepatutnya terbit pada awal Januari 2017. Sebab tertunda:-
- Tunggu nak upload gambar yang sedikit bermaselah.
- Aku rasa entri ni tak best bagai melepaskan batok di tangga.

Kebelakangan ini entri aku banyak berakhir dalam draft je.
Entahlah. penulisan aku makin radikal barangkali? Kahkahkah!

Terimalah..

***

Long weekend Krismas haritu aku ke KL. Atau lebih tepat lagi, ke Selangor, hahaha. Hujung minggu tersebut menjadi luarbiasa panjang sebab aku cuti sejak Khamis.


Dari sebelum datang KL aku dah setkan dua tempat yang aku nak lawat; Artfriend (kedai alat tulis/apa-apa je berkaitan art) dan Bookxcess (kedai buku murah). Jadi,  bila aku di KL dua tempat ni menjadi agenda utama.

Aku ke Artfriend dulu. Jumpa secara tak segaja bila tengah cari panggung wayang. Memang lah takkan jumpa sebab panggung dekat e-Curve manakala aku sedang berada di the Curve,  LOL. Aku sempat membelek kejap je sebab nak bergegas ke panggung.

Lepas tamat cerita Moana hari pun dah lewat. Aku bawak anak buah underage jadi kena cecepat balik. So aku pass dulu lah nak membeli kat Artfriend. Tak rasa terkilan sangat sebab dekat dengan rumah kakak aku, hehe. Beberapa hari kemudian (amboi,  cuti panjang lah katakan) aku kembali lagi ke the Curve melepak bersama-sama anak buah-buahan. Korang jangan ingat anak buah aku tu umur lima tahun kepe, diorang yang drive aku,  hahaha you do the math (tetiba).

Dan kali ni, aku keluar dari Artfriend bukan dengan tangan kosong. Cuma purse aku pulak yang jadi kosong. Tapi takpe biar hati senang dan puasssssah! Gitu.

Entah apa lah merasuk aku suruh beli brushpen, pen yang biasa pun terkial-kial nak guna,  huhu. Watercolor tu pulak aku beli dengan harapan dapat jadi pandai. Hahahahahaharapan..

Hari keberapa entah aku pergi Bookxcess bersendirian. Sebab aku tahu akan berlama. Dan sebab anak buah aku alergik dengar perkataan 'buku' sapa pun taknak ikut, hahahaha minat membaca tidak boleh diwarisi dari seorang ibu saudara..

Dan aku tertinggal handphone dalam bilik.

Kau tahu tak perasaan tertinggal henfon bilamana kau berada di persekitaran yang asing? Rasa macam masuk hutan tanpa bawak sardin. Mujur jugak aku dah siap google cara nak ke Amcorp Mall di rumah tadi. Jadi aku meneruskan perjalanan dengan yakin. Cuma terkilan tak dapat ambik gambar pintu masuk Bookxcess idaman aku sejak sekian lama.

My first Murakami. Jo Nesbo tu memang aku aim dari bookxcessonline.com lagi. Tim Sadlin tu aku dah ada tiga bukunya. Bukan genre thriller, tapi tentang kehidupan. Sangat funny dan warm cerita dia. Tapi sayangnya ada beberapa buku dijual online tapi tiada dalam stock di kedai nyata. Terpaksa lah aku beli secara online nanti dan membuang duit untuk postage charge. ugh. Tak kesampaian hasrat aku nak angkut buku Case Study S. Holmes dengan megahnya keluar dari kedai.

Oh ya, buat yang tak tahu Bookxcess ni emak kepada Big Bad Wolf. Memang bukunya murah sepanjang tahun. Tapi taklah semurah anaknya tu. Aku lagi suka beli kat Popular Bookstores yang ada Blockbuster Price serendah RM8 satu buku. Tapi tak banyak buku yang aku mahu berada dalam kategori harga tu,  huhu.

Anyway. Aku datang dengan rasa ringan. Balik ke Penang dengan rasa berat hati. Sebab tak puas lagi bercuti,  hahahah. Di samping berat muatan. Boleh tahan jugaklah berat enam biji buku tu. Oh oh, sempat jugak aku jumpa dengan beberapa orang rakan pengkomik iaitu Lee-kuncEroAujinz dan Faye. Rasa sekejap sangat berjumpa, tak sempat nak sembang kencang dan panjang hari dah petang, perlu pulang awal sebab guna public transport

Yang aku tak faham masa dekat the Curve tu ada lah beberapa orang tanya aku tentang arah atau tempat. Nak menganjing aku ke atau aku memang nampak macam penduduk tetap Selangor? Atau I'm simply approachable..and cute? *Sniff.


Aku nak Pintu Suka Hati dari Doraemon! 
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape