Showing posts with label Random Rabu. Show all posts
Showing posts with label Random Rabu. Show all posts

Artfriend x Bookxcess

Hey guys!

Entri ni sepatutnya terbit pada awal Januari 2017. Sebab tertunda:-
- Tunggu nak upload gambar yang sedikit bermaselah.
- Aku rasa entri ni tak best bagai melepaskan batok di tangga.

Kebelakangan ini entri aku banyak berakhir dalam draft je.
Entahlah. penulisan aku makin radikal barangkali? Kahkahkah!

Terimalah..

***

Long weekend Krismas haritu aku ke KL. Atau lebih tepat lagi, ke Selangor, hahaha. Hujung minggu tersebut menjadi luarbiasa panjang sebab aku cuti sejak Khamis.


Dari sebelum datang KL aku dah setkan dua tempat yang aku nak lawat; Artfriend (kedai alat tulis/apa-apa je berkaitan art) dan Bookxcess (kedai buku murah). Jadi,  bila aku di KL dua tempat ni menjadi agenda utama.

Aku ke Artfriend dulu. Jumpa secara tak segaja bila tengah cari panggung wayang. Memang lah takkan jumpa sebab panggung dekat e-Curve manakala aku sedang berada di the Curve,  LOL. Aku sempat membelek kejap je sebab nak bergegas ke panggung.

Lepas tamat cerita Moana hari pun dah lewat. Aku bawak anak buah underage jadi kena cecepat balik. So aku pass dulu lah nak membeli kat Artfriend. Tak rasa terkilan sangat sebab dekat dengan rumah kakak aku, hehe. Beberapa hari kemudian (amboi,  cuti panjang lah katakan) aku kembali lagi ke the Curve melepak bersama-sama anak buah-buahan. Korang jangan ingat anak buah aku tu umur lima tahun kepe, diorang yang drive aku,  hahaha you do the math (tetiba).

Dan kali ni, aku keluar dari Artfriend bukan dengan tangan kosong. Cuma purse aku pulak yang jadi kosong. Tapi takpe biar hati senang dan puasssssah! Gitu.

Entah apa lah merasuk aku suruh beli brushpen, pen yang biasa pun terkial-kial nak guna,  huhu. Watercolor tu pulak aku beli dengan harapan dapat jadi pandai. Hahahahahaharapan..

Hari keberapa entah aku pergi Bookxcess bersendirian. Sebab aku tahu akan berlama. Dan sebab anak buah aku alergik dengar perkataan 'buku' sapa pun taknak ikut, hahahaha minat membaca tidak boleh diwarisi dari seorang ibu saudara..

Dan aku tertinggal handphone dalam bilik.

Kau tahu tak perasaan tertinggal henfon bilamana kau berada di persekitaran yang asing? Rasa macam masuk hutan tanpa bawak sardin. Mujur jugak aku dah siap google cara nak ke Amcorp Mall di rumah tadi. Jadi aku meneruskan perjalanan dengan yakin. Cuma terkilan tak dapat ambik gambar pintu masuk Bookxcess idaman aku sejak sekian lama.

My first Murakami. Jo Nesbo tu memang aku aim dari bookxcessonline.com lagi. Tim Sadlin tu aku dah ada tiga bukunya. Bukan genre thriller, tapi tentang kehidupan. Sangat funny dan warm cerita dia. Tapi sayangnya ada beberapa buku dijual online tapi tiada dalam stock di kedai nyata. Terpaksa lah aku beli secara online nanti dan membuang duit untuk postage charge. ugh. Tak kesampaian hasrat aku nak angkut buku Case Study S. Holmes dengan megahnya keluar dari kedai.

Oh ya, buat yang tak tahu Bookxcess ni emak kepada Big Bad Wolf. Memang bukunya murah sepanjang tahun. Tapi taklah semurah anaknya tu. Aku lagi suka beli kat Popular Bookstores yang ada Blockbuster Price serendah RM8 satu buku. Tapi tak banyak buku yang aku mahu berada dalam kategori harga tu,  huhu.

Anyway. Aku datang dengan rasa ringan. Balik ke Penang dengan rasa berat hati. Sebab tak puas lagi bercuti,  hahahah. Di samping berat muatan. Boleh tahan jugaklah berat enam biji buku tu. Oh oh, sempat jugak aku jumpa dengan beberapa orang rakan pengkomik iaitu Lee-kuncEroAujinz dan Faye. Rasa sekejap sangat berjumpa, tak sempat nak sembang kencang dan panjang hari dah petang, perlu pulang awal sebab guna public transport

Yang aku tak faham masa dekat the Curve tu ada lah beberapa orang tanya aku tentang arah atau tempat. Nak menganjing aku ke atau aku memang nampak macam penduduk tetap Selangor? Atau I'm simply approachable..and cute? *Sniff.


Aku nak Pintu Suka Hati dari Doraemon! 

5 Pesanan Kepada Zyra 2016

Hey,

Susulan dari kes pembaziran masa secara melampau dalam tahun 2015, jadi sempena tahun baru ni aku (Zyra 2015) nak ajak kau (Zyra 2016) bermuhasabah mengenai 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara:

Masa muda ni lah kau perlu gunakan sebaiknya untuk melakukan perkara yang dah tak akan dapat kau buat bila tua. Beranak misalnya. Tapi itu di luar bidang kuasa kau. Jadi apa yang kau boleh buat sekarang adalah jaga kesihatan, jaga kesihatan tulang dan oral mulai dari sekarang sebab bila dah tua nasik dah jadi bubur, rebung dah jadi buluh betong apa pun tak boleh (kata nak jadi tua dengan penuh bergaya?). Explore nature more, go hiking like you used to do.

Jangan nak jadi sedara syaiton sangat, jangan membazir, jangan boros, beli bila perlu. Dan tolonglah faham bahawa semua duit gaji yang kau dapat tu bukan 100% milik kau. Selain milik bank dan lain-lain, ada peratusan dalam tu yang milik orang susah dan asnaf. Banyakkan lah sedekah. Tak luak pun, percayalah rezeki Allah. Belum ada lagi yang jadi muflis sebab bersedekah ni.

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ
"dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kecukupan."
(Surah An-Najm : 48).

Takde pun tulis dalam tu "Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kemisikinan". Jadi? Apa masalahnya sekarang?

Jangan suka menangguh lagi. Tangguh filing dokumen, tangguh tulis entri (eh?), tangguh itu ini, enough. Mulai harini kau buat semua benda on the spot. Dapat dokumen terus filing tanpa perlu tunggu ia menimbun, rasa nak tulis entri terus tulis tanpa perlu datang mood (eh lagi). Sebab kau tak tau bila akan datang masa sempit yang akan membuatkan kau menggelabah dan depressed.

Sewaktu entri ni ditulis tekanan darah kau adalah 111/120 (darah rendah), kandungan gula dalam darah adalah 4.2/7.0 (okey belum tahap potong kaki) manakala kandungan kolestrol pulak 4.7/5.0 (do something!). Jadi jangan ingat dengan berat kau yang 43kg tu kau boleh melahap macam harimau kumbang. Jaga pemakanan (well, hello oats!). Aku tahu ia susah, dah lebih 2 dekad kau hidup dengan memakan semua makanan tanpa sebarang kompromi. Tapi cuba lah, you can do it! Again, kata nak jadi tua dengan penuh bergaya? 

Semasa hayat di kandung badan ni lah kau nak berbakti kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Dunia hanya persinggahan. Jangan pernah lupa tu. Kalau harimau mati meninggalkan belang, kau buatlah sesuatu supaya bila kau mati at least kau ada tinggalkan sesuatu yang berguna. Tinggal hutang je nak buat apa. Buat wasiat. Maksud aku bukan wasiat harta juta-juta macam dalam drama, tapi wasiat simple je. Jadi waris kau takdelah tenggelam punca nak buat apa. Senaraikan sekali segala macam email dan password media sosial kau tu bagi memudahkan aktiviti memadam akaun.

Thats it. Hujung tahun 2016 ni kalau kau masih hidup, kau datang balik ke sini dan tolonglah cakap yang kau dah buat at least 76% dari kesemua yang disebutkan di atas. Kalau masih tak buat? Itu bermakna kau telah mensia-siakan tahun 2016 jugak!


Ini self-reminder, terima kasih lah kau orang turut terbaca sama, kah! 

A Girl With A Big Heart

Hey,

Hari ini aku nak ceritakan satu kisah yang agak menarik yang kaya dengan subliminal messages:

Tersebutlah kisah seorang gadis. Yang mengendong sekeping hati ke mana saja dia pergi.
Di tengah-tengah kesibukan dan kesesakkan bandaraya kosmopolitan.
Seolah tercari-cari sesuatu dengan mimik muka sedikit ceria, bingung dan confuse.

Sehinggakan malam menjelang. Gadis terduduk termenung.
Hati yang dikendong semakin mengecil.

Tiba-tiba..

Seorang jejaka menegur ramah.
Si gadis sedikit terpana dan gugup.
Is that your heart?
Um..hum..

Lalu mereka berbual mesra. Tentang banyak perkara.
Tak tersangka mereka memiliki kegemaran yang sama.
Hey, I tell you what, why don't we hit the bar and have a drink?
Yea, okay. Cool.

They really have a good time.
Dalam pada itu, hati si gadis semakin mengecil. Sebesar tapak tangan.
Si jejaka menemani si gadis berjalan pulang.
Hey, wanna meet again tomorrow?
Yea, sure. See ya.

Keesokan harinya, wajah si gadis berseri-seri riang dan teruja menanti kedatangan si jejaka.
Yang sebenarnya takkan pernah kunjung tiba.
Melihatkan keadaan si gadis dengan sekeping hati yang sangat besar, si jejaka berfikir sejenak.
Dan berlalu pergi.

Now, korang jangan nak melakolik sangat dan buat spekulasi liar bahawa 'si gadis' tersebut adalah aku. Sebenarnya kisah di atas dipetik dari satu music video yang aku tertengok bertahun lama dulu. Dari jauh. Aku tak ingat di mana. Aku tak tahu lagu siapa. Aku tak tahu tajuk apa. Itulah kali pertama dan terakhir aku tengok video tu. 

Dan aku sangat teringin nak tengok lagi. Boleh tolong? Yup, aku boleh google je. Tapi aku malas. To even lift one finger.. hahaha! Alah, bila lagi aku nak bermanja dengan hangpa semua :3


Jom lah kita tonton sama-sama 

Masalah Tulang Golongan Bujang

Kalau zaman dedulu kita lazimnya hanya mendengar warga emas je dok komplen fasal tulang, tidak lagi pada zaman sekarang. 

Zaman sekarang, anak-anak muda seawal usia 14 tahun pun dah pandai bergiat cerdas dalam memberi keluhan mengenai tulang.

Tapi keluhan dan rintihan bukan diajukan kepada dukun atau pawang mahupun doktor, zaman dah berubah beb, mestilah laporkan kepada media sosial.


Cumanya, jika warga emas seringkali bermasalah sakit tulang lutut, tulang belakang atau tulang selangka, golongan muda mudi bujang pula begitu spesifik masalah mereka: hanya pada tulang rusuk atau disebut oleh penjajah sebagai ribs.

Gua kalau ke KFC memang suka rekues bahagian ribs, besar tapi tak banyak isi. Ribs kambeng bakar pun sedap baqhang (apehal tetiba tukar topik, see? Gua dan makanan berpisah tiada).

Erkhem, okey sambung. Sebagai seorang concerned citizen yang comel dan berhemah tinggi, gua begitu bersimpati kepada mereka yang mengalami masalah tulang begini. Oleh itu, gua cadangkan ambillah susu Anlene dua gelas sehari untuk kesejahteraan tulang-temulang anda.
Ini bukan entri berbayar 

Pharmacophobia?

Gua tak suka telan pill.
Esofogus gua enggan menerima sesuatu melainkan sesuatu yang berupa makanan.

Pharmacophobia? Rasanya tak sangat kot, sebab gua masih belum berlari lintang pukang sejurus selepas terlihat pill.

Sudah ditakdirkan sejak azali gua susah nak menelan ubat berbentuk pill. Tekak gua tetiba terasa mengecik. Bukan sekali dua gua tersedak ketika memaksa ubat masuk ke kerongkong, fuh! nak makan ubat pun seksa.

Dulu gua selalu request untuk ubat syrup. Tapi bila dah tua bangka sekarang ni, takkan nak request ubat syrup berperisa manis lagi kot? Sobs.

Paling gua tak suka haruslah pill antibiotik. Kenapa? Antibiotik ni dah lah rasanya pelik, lepastu habis air kencing turut berbau pelik. 




Mujur jugak gua ni jarang ditimpa sakit. Setakat demam biasa boleh jugak dibawak berunding dengan hanya sebiji paracetamol tanpa perlu melibatkan sebarang antibiotik.

Gua teringat satu peristiwa waktu gua dapat pil vitamin warna cokelat sebesar ibu jari dari pihak klinik.

Gua masukkan vitamin tu dalam mulut, kendian cecepat telan air, tapi pil tu tak jumpa saluran ke kerongkong! Ia hanya berlegar-legar di sekitar mulut. Hampir dua gelas air kemudian gua tercekik dan pil bersama sekumpulan air meluru keluar dan terpelanting di atas meja.

Sejak itu, emak gua tak pernah paksa gua makan vitamin tu lagi. Mungkin tak sanggup tengok anak bongsunya mati tercekik pil vitamin..


Gua lebih rela kena inject!

Komen Puji Pujian

AMARAN OLEH KERJAAAN MALAYSIA: entri ini berbaur riak dan takabur, muahahahah.

Ekhem.
Harini gua rasa terharu sikit. Terharu sebab blog picisan gua ini medapat tempat jugak di hati pembaca. Malah dipuji pula, sungguh gua tak sangka (lap hidung). Bagi gua, pengikhtirafan ini jauh lebih bermakna daripada dapat masuk dalam akhbar tempatan sebab dapat masuk dalam hati readers ni, dia punya feeling fuh, sangat lain macam.

Tanpa perlu membuang masa dan tenaga elektrik, gua pamerkan di sini komen puji-pujian yang telah menjadi inspirasi dan pemberi semangat untuk gua terus merapu dalam setiap entri:



Thanks guys, you rawks! Lama gua tak jenjalan ke blog rakan taulan tapi lu still datang ke blog gua. Maafff sangat sebab perasan sibuk sampai tak sempat bagi nafkah zahir yang berupa komen dan kutukan yang membina. Maafff perasan sibuk sampai tak terjawab soklan-soklan yang mintak tips berblog (rasa otai sangat bila dapat soklan cenggini tahu?)


Sekali lagi gua nak ucapkan berkoyan-koyan terima kasih kepada geng blogger yang susah payah buat review blog zyraroxx atau mementionkan nama gua dalam entri-entri mereka dan tak kurang jugak yang telah memasukkan nama zyraroxx dalam bloglist. Jasamu dikenang, sumpah tak tipu! 

Dan apalah sangat blog zyraroxx ni tanpa pengomen-pengomen setia (even komen spam pun gua terima dengan seadonya). InsyaAllah panjang umur nanti gua nak buat entri khas untuk menyanjungi dan menghargai jasa pengomen-pengomen tegar zyraroxx. Love you guys! 



P/S: Entri ini tidak dapat diteruskan ekoran daripada pendarahan hidung yang teruk yang dialami penulis. Sekiranya blog tidak berupdate selepas ini, faham-faham jelah ye - Jiran Admin
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape