Hey guys.
Mulai harini setiap hari Isnin insyaAllah aku akan post apa-apa perkara berkenaan dengan blog dalam label #BlogTalk. Tapi bukan setiap minggu lah, ikut nasib, hahahaha. Jangan kecam aku pulak bila kau datang hari Isnin dan mendapati takde entri BlogTalk sebaliknya hanya entri sendu.
Aku mula berblog pada tahun 2011. Baru 5 tahun. Dan aku masih belum layak nak bagi tips and tricks tapi aku pandai mengkritik, kahaha. Harini aku pilih tema followers sebab aku rasa followers sangat penting dalam dunia blog. Dengan adanya followers takdelah kau rasa bercakap sorang-sorang dan bertemankan si cengkerik. Oh ya, blogger yang mencari followers bukan 'batak followers'. 'Batak followers' bagi aku adalah blogger yang NAK orang follow blog dia tapi dia TAK NAK follow blog orang ATAU dia follow blog orang lepastu unfollow. There, itulah batak followers yang sebenar.
Aku percaya ramai yang lost followers bebaru ni. Well, team Google tengah menghapuskan semua profil akaun non-Google. Oleh itu, semakin ramai followers kau yang follow blog tanpa menggunakan google account, maka semakin ramai lah followers yang akan hilang. Aku lost seramai 80+ orang (sobs). Anyway, lets move on. Perkara penting dalam meraih followers adalah widget followers. This is based on my personal experiences/opinions.
1) Google+ Followers (g+)
Jangan salah sangka bahawa ini merupakan pengganti kepada Google Friend Connect (GFC)-widget followers yang aku guna. Google+ ni adalah widget untuk follow (add in circle) blogger BUKAN blog. Macamnilah. Katakan kau guna g+ kau untuk upload gambar, makan jadilah ia serupa Instagram. Kalau kau guna g+ kau untuk menulis status jiwa-jiwa, jadilah ia serupa Twitter, its entirely up to you. Aku ada guna g+ ni untuk ping entri dan aku rasa tiada sapa peduli, hahahh!
2) Google Blogger Account (GBA)
GBA ni digunakan oleh blogger yang tak mahu ada widget followers dalam blog tapi nak orang follow blog mereka. Lazimnya mereka selalu letak 'butang follow' di atas header blog. Selalunya menjadi pilihan blogger kategori minimalis. Aku faham sesetengah blogger tak suka layout/design blog yang serabut tapi kalau nak orang follow please letak widget followers. Tapi sayang seribu kali sayang, GBA hanya mengehadkan setiap blogger untuk follow 300 blog SAHAJA. Jadi mintak maaf aku tak dapat follow blog kau sebab kuota aku dah penuh sejak 2012.
3) Google Friend Connect (GFC)
THIS IS THE RIGHT CHOICE. Tak seperti GBA, GFC membolehkan kau follow blog tanpa had, its unlimited bebeh. Disebabkan Blogger dah bertukar interface, mungkin ada blogger baru yang tercari-cari mana dia widget GFC? jadi di sini aku nak bagitau cecara tambah widget GFC:
Add a Gadget > pilih tab "more Gadgets" > scroll sampai bawah sekali, pilih widget "Followers" > add
Demikian lah pandangan aku mengenai tiga widget pilihan blogger. Kesimpulannya, kalau kau nak
followers yang ramai, gunalah
widget yang memudahkan mereka untuk
follow. Ini kadang tu aku sampai kena menggeledah segala macam jenis
widget untuk cari GFC. Hmm.. bila menulis entri ni aku macam mendapat satu ilham untuk buat '
Segmen ZyraRoxx Follow Google Friend Connect'. Adakah kejayan
ZyraRoxx Blogbuster yang lalu akan berulang? *dengkur
Buatlah pilihan bijak 