Crush is Crushing YOU

Hey!

So I post this question on my IG story:

What is your sweetest memory?

"Crush kacau"
"Berada dalam satu gambar dengan crush"
"Nampak crush lintas jalan"
"Crush senyum"
"Crush tegur"

Aku juga pernah berada dalam fasa baru akil baligh, baru discover perasaan sayang dan ingin disayangi. Tapi takdelah aku taksub sangat dengan crush sampai boleh masukkan beliau dalam kategori 'sweetest memory' (kenangan paling manis sekali dalam hidup)

Itu belum yang tanya aku dalam siri question yang lain:

"Marah bila orang lain bercakap dengan crush"
"Putus kawan sebab crush"
"Menagis sebab crush"

This is not healthy for the mind, body and soul. I have crush, tapi bila balik rumah aku dah tak terfikir pun pasal dia and definitely not gonna shed a single tear for someone who barely acknowledge your existence. So why?

Dapat aku simpulkan seperti berikut:

KASIH SAYANG KEKELUARGAAN YANG KURANG

I'm growing up in a loving household. Sebab tu agakanya bila balik rumah je aku langsung tak fikir hal-hal crush. Makpak zaman sekarang mostly sibuk bekerja, masa dan kasih sayang untuk anak pun berkurang. Maka tak hairanlah anak-anak mula mendambakan kasih orang luar.

TREND

Target nak kawin umur 19-20 tahun so kenalah mula praktis perasaan berkasih-kasihan seawal umur 10 tahun ye dok? Walaupun crush hanya 'hidup' dalam kepala hotak je.

PENGARUH RAKAN SEBAYA/MEDIA MASSA

Weh aku dah rasa macam tulis esei Bahasa Melayu form 5 dulu. Kawan ada crush, dia pun rasa nak ada crush, sailang crush kawan, pastu gaduh putus kawan. Lepastu tengok/follow pulak media sosial yang memaparkan kebahagiaan pasangan-pasangan muda yang halal dan pasangan yang haram, lagi lah melonjak perasan ingin memiliki dan dimiliki itu.

Aku tak cakap ada crush tu salah. Tapi kalau terlalu memuja crush sampai angau, treat crush macam suami walaupun crush tu pun tak sedar atau tak peduli akan kewujudan kau, maka itu salah.

Salah sebab ia menghalang diri untuk discover benda-benda baru. Asyik fikir crush je kau ingat ada masa nak berhobi?  (Tengok cerita cinta sambil berangan hero dan heroin itu adalah kau dan crush bukan satu hobi ye) Putus kawan disebabkan crush then dipulaukan kat sekolah, best ke? Boleh buat self esteem merudum teruk, sedangkan waktu remaja lah waktu yang sesuai untuk bina keyakinan diri.

Enjoy life while you still can. Dunia ini luas. Bukan setakat kau dan crush je.

Xoxo,
Z

Review: Hansaegee ALOE AC Clean Bubble Cleanser


Annyeong! (Tetiba Korea)

Lama tak bersiaran. Sibuk sangat sampai tak sempat nak membebel kat blog.

Okay lately aku macam suka beli dan guna produk skincare dari Korea sebab harga yang berpatutan dan kesan yang not so bad. Before this memang aku guna produk jenama barat je so sekarang nak try produk asia. Hanya Asian yang memahami Asian tak gitu? Haha.

Harini aku nak review buble cleanser dari Hansaegee Nature iaitu ALOE AC Clean Bubble Cleanser. Atually ni FIRST TIME aku try bubble cleanser. Before this memang stick to cleanser biasa je yang gel dalam tub tu sebab malas fikir sangat pasal cleanser haha..

Packaging dalam botol plastik berkotak. Berbalut bubble-wrap yang tebal. Bubble cleanser inside bubble-wrap. Bubbleception.

ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni mengandungi aloe vera dan tea tree oil sebagai dua bahan utama. Dua bahan ni jugak telah umum diketahui baik untuk kulit. 

Serious best guna bubble cleanser ni sebab kau tak payah berusaha tenyeh-tenyeh untuk keluarkan buih sebab dia memang dah buih, hahah. Tekstur buih yang sangat ringan dengan haruman yang mild memang menaikkan mood bila time cuci muka sebab aku tak suka sangat bau cleanser yang harsh sebab macam nak cover bau bahan kimia je.

Bak kata Harith Iskander; Halusssss...

Aku dah guna ALOE AC Clean Bubble Cleanser hampir sebulan dan apa yang boleh aku katakan adalah:-

1. Masa aku stop guna cleanser lama dan guna ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni ada lah jerawat pasir bertabuaran sikit kat dahi, sekarang dah licin berkilat. Mungkin atas bantuan tea tree oil yang terdapat dalam bubble cleanser ni sebab aku tak pernah guna cleanser yang mengandungi teatree (hmm noted for future reference)

2. Dua hari lepas aku rasa sakit kat bawah bibir sebab nak tumbuh jerawat (you know that particular time in a month, sigh). Tapi harini dah kurang rasa sakit dan kemerahan. Aku harap sangat jerawat tu tak jadi tumbuh, tak sanggup nak hadapi parut lagi.

3. Muka memang rasa clean after use. Not that squeaky clean macam pinggan lepas cuci, no itu dry sangat, bad for skin's health. ALOE AC Clean Bubble Cleanser membersih dengan tak mengeringkan. Kau rasa muka bersih tapi takdelah kering kontang, dia lembab-lembab gitu. Soothing, tak rasa pedih ke apa even lepas picit jerawat.

4. Memang soothing dan tak harsh. Aku cakap macamni sebab before this pernah guna satu cleanser tu yang buat muka kemerahan lepas pakai. Bukan merah glowing uolls tapi merah macam kena tampar, huhu.

150ml for RM65

Walaupun packaging dia agak bulky tapi tak mendatangkan masalah pada aku sebab ia ringan. But hopefully akan ada saiz travel-friendly pada masa depan sebab for sure lah takleh picit cleanser ni masuk dalam travel kit kan? Hehehe (alah macam kuat travel sangat travel)

Harga sebotol ALOE AC Clean Bubble Cleanser adalah RM65. Dapat bertahan pada firasat aku selama 3 bulan atau lebih, depends kepada penggunaan. Dengan hasil yang aku nyatakan di atas, aku rasa berbaloi dengan harga yang diberi.

Okay that is all from me folks! Stay tune for more honest update and always remember; results may vary!

Ciao,
Zyra
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape