Showing posts with label In Real Life. Show all posts
Showing posts with label In Real Life. Show all posts

Artfriend x Bookxcess

Hey guys!

Entri ni sepatutnya terbit pada awal Januari 2017. Sebab tertunda:-
- Tunggu nak upload gambar yang sedikit bermaselah.
- Aku rasa entri ni tak best bagai melepaskan batok di tangga.

Kebelakangan ini entri aku banyak berakhir dalam draft je.
Entahlah. penulisan aku makin radikal barangkali? Kahkahkah!

Terimalah..

***

Long weekend Krismas haritu aku ke KL. Atau lebih tepat lagi, ke Selangor, hahaha. Hujung minggu tersebut menjadi luarbiasa panjang sebab aku cuti sejak Khamis.


Dari sebelum datang KL aku dah setkan dua tempat yang aku nak lawat; Artfriend (kedai alat tulis/apa-apa je berkaitan art) dan Bookxcess (kedai buku murah). Jadi,  bila aku di KL dua tempat ni menjadi agenda utama.

Aku ke Artfriend dulu. Jumpa secara tak segaja bila tengah cari panggung wayang. Memang lah takkan jumpa sebab panggung dekat e-Curve manakala aku sedang berada di the Curve,  LOL. Aku sempat membelek kejap je sebab nak bergegas ke panggung.

Lepas tamat cerita Moana hari pun dah lewat. Aku bawak anak buah underage jadi kena cecepat balik. So aku pass dulu lah nak membeli kat Artfriend. Tak rasa terkilan sangat sebab dekat dengan rumah kakak aku, hehe. Beberapa hari kemudian (amboi,  cuti panjang lah katakan) aku kembali lagi ke the Curve melepak bersama-sama anak buah-buahan. Korang jangan ingat anak buah aku tu umur lima tahun kepe, diorang yang drive aku,  hahaha you do the math (tetiba).

Dan kali ni, aku keluar dari Artfriend bukan dengan tangan kosong. Cuma purse aku pulak yang jadi kosong. Tapi takpe biar hati senang dan puasssssah! Gitu.

Entah apa lah merasuk aku suruh beli brushpen, pen yang biasa pun terkial-kial nak guna,  huhu. Watercolor tu pulak aku beli dengan harapan dapat jadi pandai. Hahahahahaharapan..

Hari keberapa entah aku pergi Bookxcess bersendirian. Sebab aku tahu akan berlama. Dan sebab anak buah aku alergik dengar perkataan 'buku' sapa pun taknak ikut, hahahaha minat membaca tidak boleh diwarisi dari seorang ibu saudara..

Dan aku tertinggal handphone dalam bilik.

Kau tahu tak perasaan tertinggal henfon bilamana kau berada di persekitaran yang asing? Rasa macam masuk hutan tanpa bawak sardin. Mujur jugak aku dah siap google cara nak ke Amcorp Mall di rumah tadi. Jadi aku meneruskan perjalanan dengan yakin. Cuma terkilan tak dapat ambik gambar pintu masuk Bookxcess idaman aku sejak sekian lama.

My first Murakami. Jo Nesbo tu memang aku aim dari bookxcessonline.com lagi. Tim Sadlin tu aku dah ada tiga bukunya. Bukan genre thriller, tapi tentang kehidupan. Sangat funny dan warm cerita dia. Tapi sayangnya ada beberapa buku dijual online tapi tiada dalam stock di kedai nyata. Terpaksa lah aku beli secara online nanti dan membuang duit untuk postage charge. ugh. Tak kesampaian hasrat aku nak angkut buku Case Study S. Holmes dengan megahnya keluar dari kedai.

Oh ya, buat yang tak tahu Bookxcess ni emak kepada Big Bad Wolf. Memang bukunya murah sepanjang tahun. Tapi taklah semurah anaknya tu. Aku lagi suka beli kat Popular Bookstores yang ada Blockbuster Price serendah RM8 satu buku. Tapi tak banyak buku yang aku mahu berada dalam kategori harga tu,  huhu.

Anyway. Aku datang dengan rasa ringan. Balik ke Penang dengan rasa berat hati. Sebab tak puas lagi bercuti,  hahahah. Di samping berat muatan. Boleh tahan jugaklah berat enam biji buku tu. Oh oh, sempat jugak aku jumpa dengan beberapa orang rakan pengkomik iaitu Lee-kuncEroAujinz dan Faye. Rasa sekejap sangat berjumpa, tak sempat nak sembang kencang dan panjang hari dah petang, perlu pulang awal sebab guna public transport

Yang aku tak faham masa dekat the Curve tu ada lah beberapa orang tanya aku tentang arah atau tempat. Nak menganjing aku ke atau aku memang nampak macam penduduk tetap Selangor? Atau I'm simply approachable..and cute? *Sniff.


Aku nak Pintu Suka Hati dari Doraemon! 

Tips Supaya Suka Membaca Novel Inggeris (for Beginners)

Hey ya!

Seperti yang sesetengah dari kamu semua sedia maklum, aku merupakan seorang kaki buku/novel. Buku-buku yang aku baca ada ditepek di Instagram @zyraroxx (follow lah terus alang-alang tu) kehkeh. 

Aku dapat banyak komen (sebenarnya dua je) dari adik-adik yang bertanyakan tips macamana nak minat membaca novel-novel Inggeris. Well, aku anggarkan bukan dua orang je yang berminat nak tahu, lalu aku pun buat entri ni dengan harapan dapat memupuk minat membaca amnya, dan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris khususnya (dah macam ucapan guru besar).



Sebelum aku bagi tips, sila kenalpasti dulu beberapa perkara berikut:-

1. Minat membaca tak?

Ini point penting untuk membaca. Tak kiralah novel Inggeris ke, Jerman ke, kalau takde walau satu iota minat untuk membaca, lupakan ajelah hasrat.

2. Faham bahasa ke tak..

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, faham ke tak bahasa Inggeris ni. Its okay kalau lemah dalam penulisan atau lisan, tapi perlu lah reti dalam kefahaman. Macam aku, penulisan tak berapa nak okey tang grammar. Percakapan so-so aje sebab jarang boleh dipraktikkan, nak speaking 24 jam karang dikata lupa daratan pulak.

3. Nak baca novel Inggeris sebab...?

Kena tahu sebab jugak. Sebab nak menunjuk-nunjuk ke, pengaruh rakan sebaya ke, pengaruh drama ke.. Kerana ianya akan memberi kesan terhadap pembacaan kau.

Sekarang, aku bagi tips seperti berikut. Harapnya membantu jugak sedikit sebanyak:-

1. Kenal pasti genre kegemaran

Ini adalah satu perkara asas dalam bidang membaca. Jangan pakai sebat je beli novel sebab cover dia lawa, atau sebab crush kau beli maka kau pun kena beli. Contohnya aku tak suka novel cinta atau novel melakolik. Aku pernah beli satu novel konon romance dan.. aku menyesal. Bosan tak sudah, baca pun tak habis. Aku suka genre misteri/penyiasatan/suspense/thriller. Oleh itu aku lebih terarah kepada penulis yang macam Dan Brown, David Baldacci, Jo Nesbo (sekadar sebut beberapa nama).

Kadang-kala kalau dalam hati ada taman instead of machine gun, aku pun akan baca jugak novel-novel sweet and cheesy. Penulis pillihan aku untuk novel kategori tu adalah Sophie Kinsella. 

PENTING: Tolong jangan paksa diri membaca novel yang kau tak suka sebab kebarangkalian untuk rasa bosan dan give-up itu sangatlah tinggi.

2. Mulakan dengan seleksi ‘Young Adult

Nama pun baru nak mula membaca, jangan lah terus hentam pergi beli novel tebal 500 mukasurat dan susah gaya bahasanya. Pilih novel dari bahagian young adults atau teenager (even umur kau dah tak berapa nak young) sebab gaya bahasanya lebih ringkas, mudah untuk difahami. Aku dulu kakak belikan buku bedtime stories untuk baby walaupun waktu tu aku dah berumur 12 tahun! Aku mula baca novel Harry Potter masa umur 14 tahun. Nampak tak? Mulakan dari bawah.

4. Jangan paksa diri

Sebab aku jenis suka membaca, jadi boleh habiskan sebiji novel 300-500 mukasurat dalam masa sehari cuti. Kalau kau jenis tak berapa nak suka membaca, jangan paksa diri untuk habiskan semata-mata sebab tak nak rasa terbeban. Kalau kau paksa diri untuk habiskan baca sebab jalan ceritanya yang menarik dan tak sabar nak tahu ending, itu amatlah dialu-alu kan, hahahah. Jangan sesekali paksa diri sebab nanti automatik membaca jadi satu perbuatan yang dibenci, sedangkan membaca ni sepatutnya jadi perkara yang menyeronokkan. Satu mukasurat sehari pun takpe asalkan hati riang.

5. Buat Imbasan sebelum membeli

Sebelum diimbas oleh scanner cashier, aku sarankan kau imbas dulu novel yang nak dibeli. Kalau dibaluti plastik, baca dulu excerpts dekat bahagian belakang novel. Kalau tak berplastik, lagi bagus, kau boleh tengok gaya penulisannya macam mana. Kalau mudah faham, dan jalan cerita yang sesuai dengan citarasa, baru beli. Aku selalunya akan imbas harga dulu sebelum jalan cerita, wahahaha! Jangan sebab dia tulis ‘No. 1 bestseller author in New York’ kau terus beli. Sebab kekadang novel yang takde tulis puji-pujian itu berpuluh ganda lagi best!

Nah aku tepek kata-kata dari jiran aku sebagai inspirasi. 


Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri.
Lain orang, lain caranya. Kalau cara kita sama, harap ia membantu :)


Bangsa membaca bangsa berjaya 

Menjadi MacGyver

Hey guys!

Minggu lepas ada dua peristiwa berlaku kat aku. Satu best. Satu lagi tak best. Entri kali ni, biar aku cerita pasal yang tak best dulu. Yang best simpan kemudian.

Di suatu senja yang hening, aku ke bawah untuk mengisi bekalan air sejuk. Usai mengisi air dan setibanya aku ke pintu bilik, aku dapati ia.. berkunci. Entah syaiton apa yang menghasut sampaikan minda separa sedar aku menekan kunci tombol pintu sebelum keluar tadi.



Semua harta benda aku dalam bilik. Dan pada waktu kejadian aku hanyalah berkemban tuala, literally sehelai sepinggang. Aku ada simpan kunci spare bilik. Dalam kereta. Kereta berkunci. Kunci kereta ada di dalam bilik. Genius betul seorang Zyra kan? Aku berfikir-fikir. Mungkinkah aku lupa lock kereta harini? Tak mungkin! Masih jelas terngiang bunyi beep waktu aku masuk ke rumah tadi. Jalan penyelesaian yang aku nampak hanya dua; pecahkan pintu bilik, atau pecahkan pintu kereta. 

Aku rasa korang pun boleh agak cara mana yang aku pilih. Lesung batu di dapur aku capai dan tombol pintu aku ketuk dengan penuh semangat yang padu disertakan bersama perasaan marah, kecewa dan sedih. Berkemban sambil pecahkan pintu dengan menggunakan lesung, what a dramatic heroic scene..

Rupanya nak menjahanamkan harta benda yang tak rosak ni bukanlah satu kerja mudah. Salah ketuk, langsung tak boleh bukak pintu kalau sisa tombol melekat ke dalam lubang. Ahhh.. its hard to explain. Selepas beberapa titik keringat yang menghampiri ke titisan air mata kemudian, akhirnya pintu dapat dibukak dengan bantuan sebilah gunting dapur.

Bukan masanya untuk berasa lega dan berkuak lentang atas katil, baju aku sarung, kunci aku ambik dan perlu berjalan lekas ke kedai hardware berhampiran. Kenapa tergesa-gesa bagai tiada hari esok? Sebab aku taknak housemate mulut mak nenek sedar kejadian yang menimpa aku senja itu, hahahah. Nasib aku baik sebab kedai hardware masih terbukak pintu kecik, hampir tutup. RM15 harga yang perlu aku bayar untuk kecuaian diri yang tak munasabah. Tombol aku tukar sendiri dengan jayanya. Tak sia-sia waktu kecik dulu aku tonton cerita MacGyver, hahaha!

Moralnya di sini, aku nak sarankan kepada para gadis. Hidup seorang diri, jauh dari keluarga yang mengasihi, belajarlah hidup berdikari. Kalau aku panggil tukang kunci, rasanya bukan setakat RM15 yang kena keluar. Dan moral kedua, haruslah jangan cuai. Sebenarnya kakak housemate aku dah penah pesan, simpan kunci spare di tempat sulit. Sebab memang pernah terjadi kes macam aku. Tapi setahun berlalu, tempat sulit masih tak ketemu, so what to do? Hahahaha.. alasan.

Tapi takpe, selepas selesai pasang tombol baru, aku terus simpan satu kunci spare di satu tempat yang hanya peminat tegar Detektif Conan je yang dapat cari.


I need to learn Alohomora Charm 

Mentadak & Misteri Dalam Tidur

Hey!

Zaman aku kecik dulu, ada satu permainan yang agak syirik iaitu Mentadak Mentadu.
Cara naik main dia mudah, kau cari seekor mentadak (praying mantis), letak atas telapak tangan, dan chant:
Mentadakkkk mentaduuuu (masukkan nama orang yang berkenaan) tidoq macamana?

Dan mentadak tersebut akan mengerekot, mengiring, atau apa-apa jelah yag dia suka.
Konon menggambarkan posisi tidur si polan yang disebutkan dalam mentera tadi.

Dan kemudian masing-masing gelak terbahak-bahak bila si mentadak buat aksi tidur yang pelik dan memalukan. Tapi kesahihan posisi tidur tak dapat dikenalpasti melainkan pergi tanya sendiri ahli keluarga si polan tersebut. Kalau ada yang betul tu, eksaited jugak, mula lah percaya si mentadak ada kuasa magis. Tapi aku sangsi dengan pengakuan kawan-kawan yang mengaku posisi tidur mereka sama macam si mentadak sebab mengaku untuk posisi yang senonoh je.

Ada yang tak ambik kisah, macam aku. Do it just for fun sake. I don't need a freaking praying mantis to tell me what to do, hahaha. Tapi ada jugak yang take it seriously. Bila berselisih di sekolah "wehh.. hangpa tau dak Zyra tidoq menonggeng.. hahahaha.." Dan budak tu bila dah besar, dia jadi seorang yang sangat annoying dan berfikiran sempit yang sangat taksub dengan teori konspirasi.

I guess she never growing up.

Sejujurnya, aku pun tak tau aku tidur macamana. Pernah aku nak rakam aksi tidur sendiri (wth?), tapi bimbang kalau-kalau terakam aksi lembaga lain sekali. Jenuh pulak aku nak mencari teman tidur upahan, hahaha. Jadi aku anggarkan posisi tidur aku adalah gaya macamana aku bangun. Jangan risau awak, saya masih tidur setempat tak berguling-guling atau berpusing 360°.
Kau ingat mentadak mampu ke nak buat posisi tidur anggun macamni?
Hahahaha (sebenarnya mampu, penah tengok ia buat -..-)


Dulu penah sekali aku kena 'tindih' masa tidur. Bila tersedar dan mampu mengucap, terus aku berlari ke bilik housemate mintak tumpang tidur, atas lantai pun jadilah, hahaha, Aku ingatkan bila jadi rocker, hati kental dan keras, ilusi je semua tu nak. Sesungguhnya, hanya Roy yang berhati keras, Roxx belum.



Sleep tight 

Lagi Mangsa Fesyen Dilaporkan

Hey guys,

Sebagai manusia, kita mempunyai citarasa masing-masing mengenai pemilihan kasut. Aku hormati pemilihan tersebut selagi praktikal dan tak menyusahkan orang sekeliling.

Macam apa yang aku pernah hadapi di Hari Terbuka TLDM yang lalu. Imagine, kau pergi ke dermaga yang panas terik dan bersesak dengan orang ramai, nak naik kapal turun kapal untuk membuat lawatan dan bergambar. Dan dalam setiap kapal tu pulak ada lagi narrow steps untuk ke tingkat atas/ke bawah perut kapal. Kau pulak pergi pakai high heels 5 inci.

Ini yang aku maksudkan dengan tak praktikal. Kau bukan nak pergi majlis tari-menari tapi naik turun kapal, satu aktiviti yang lasak. Ini jugak yang aku maksudkan dengan menyusahkan orang ramai. Yelah, bila pakai heels 5 inci kau bayangkan lah betapa dia terhegeh-hegeh tiap kali nak turun tangga kapal yang curam. Terus jem satu kapal.


Kemudian dekat stesen bas/keretapi/jeti. Ini bagi aku sangat tak munasabah. Bawak luggage, backpack yang berat dan besar. Dah tahu akan berdepan dengan long and tiresome journey, yet kau pergi pakai stilettos 4 inci. Bagi aku kalau travel, baik pakai sneakers. Selain selesa, memudahkan pergerakan bila nak kejar feri/bas atau nak lari dari anjing/manusia. Bayangkan kalau pakai stilettos 4 inci then bawak dua biji beg seberat 24 kilo setiap satu then nak kena berlari? Kalau pun taknak pakai sneakers sebab takut terserlah kejantanan, banyak je lagi kasut flat yang dicipta khusus untuk perempuan.

Aku tulis bukan sebab aku nak menjustifikasikan kegemaran aku menyarungkan sneakers. Aku perempuan, aku pun ada wedges, boots, platform, ballerina flats tu semua. Tapi aku pakai ikut occasion lah. Use your common sense. Jangan jadi mangsa fesyen tak bertempat.


Nak cari kasut raya 

Bunyi Penggera(k)

Hey guys.

Aku percaya rata-rata masyarakat sekarang memilih untuk menggunakan alarm clock phone instead of jam loceng/jam radio. Melainkan kau seorang hipster, masih lagi menggunakan jam loceng yang dipusing dekat bahagian belakang.

Aku teringat satu kisah di zaman silam. Haritu hari awal puasa. Nak dijadikan ceritanya satu rumah tak bangun sebab tak dengar bunyi jam. Maka berpuasalah kami tanpa bersahur. Petang tu kakak geledah almari dan terjumpa jam berbentuk Ultraman hadiah perkahwinan abang aku dulu. Malam tu, jam pun di setkan ke waktu sahur. 

Dan sahur keesokannya satu rumah bangun dalam keaadan terkejut tergempar.
Gila tak bagun. Alarm jam tu bukan bunyik tipikal teett teettt tettt.
Tapi bunyi
kababommmm dushh shrekkkk piupiupiu nenonenonenono eikkkkk dushhhhh booommm!!! 
Perasaan tu macam berada di tengah peperangan keluarga Ultraman dan segala keturunan rasaksa.

Sayangnya jam tu dah hancur dikerjakan anak-anak buah.

Sekarang, bila berkumpul satu famili, macam-macam alarm telefon yang berdendang menjelang subuh.
Bunyi ayam, bunyi hon kereta, bunyi gadis comel jerit "konichiwaaak!", lagu Korea yang mendayu..
Tapi siapa pun tak boleh lawan alarm aku.



Huahahaha jiwa kelajuan lah katakan.
Alarm pun haruslah rancak.
Bunyi/lagu yang slow membuatkan aku makin bersemangat nak tarik selimut.
Anda pula bagaimana?


Wake-up call 

Hikayat Seekor Kucing Bernama Moo

Hey guys.

Tahun lepas aku dikejutkan dengan kehadiran seekor kucing tak bertuan.
Seekor bapak kucing yang dah tua.
Sebab bulu dia warna putih bertompok hitam, terus aku namakan ia Moo.
Tolong jangan mempersoalkan kebolehan aku menamakan binatang.

Anyway, Moo dah tua.
Bernapas pun dah semput. Sebatu lagi dah boleh dengar dia punya wheezing.
Pemalas tu jangan cakaplah. Dah hilang energy menikus. Meownopos.
Ia selalu ada time aku balik, time aku nak keluar dari pagar.
Diberi makanan tak makan. Mungkin nak kasih sayang? Tapi bila aku nak belai lari pulak.

Satu hari, aku berhajat nak baca buku di taman (pengaruh drama).
Keluar je dari pagar, Moo dah setia menanti.
Aku sapa Moo dengan suara comel yang dibuat-buat. Moo sekadar memejam mata tanda meluat.
Kemudian Moo mengekoriku. Aneh. Selama ni dia tak pernah peduli pun.
Aku biar je. Tapi lama-kelamaan aku rasa kasihan pulak dengar bunyi nafas semput Moo.
Jadi aku putuskan untuk duduk kat bangku depan rumah je.

Dan sejak itu, Moo jadi peneman setia aku bila datang mood nak membaca kat luar.
Secara tak langsung aku rasa selamat.
Aku membayangkan kalau tiba-tiba ada penjahat yang datang menyerang aku.
Moo takkan menyalak, apatah lagi menggigit penjahat tu.
Moo mungkin hanya akan pandang dengan muka bosan, atau join penjahat tu menyerang aku.
Tak kisah, aku tetap rasa selamat.

Hinggalah di suatu hari.
Moo tiba-tiba mengiau perlahan. Sumpah aku tak pernah dengar Moo mengiau sebelum ni.
Aku letak buku dan perhati Moo. Aku perasan riak muka Moo sedikit sedih.
Aku hulurkan tangan cuba mengusap kepala Moo, dan buat pertama kalinya diizinkan.
Buang tebiat ke Moo ni?
Mak aku cakap dulu, kucing kalau nak mati memang lain macam perangainya.

Esoknya waktu pulang dari kerja, takde Moo yang setia menanti kat pagar.
Hari minggu berikutnya, takde Moo yang ikut aku ke bangku baca buku.
Bila terdengar bunyi desahan angin, aku tertinjau-tinjau.
Mungkinkah bunyi nafas Moo? Tapi hampa.
Aku kembali pandang buku. 
Ada titik-titik hujan di situ.

Oh Moo..
Walau bulu kau berdebu, walau muka kau grumpy selalu, walau nafas kau berbau.
Kau tetap kucing paling comel bagi aku, yang akan kurindui selalu.
Terima kasih, Moo.

***


Baru-baru ini aku ternampak Moo.
Sedang menikmati makanan di bawah porch jiran tanpa rasa bersalah.
Cis, dengan kucing pun kena game.


I hate you Moo 

Keutamaan

Hey guys.

Setiap individu punyai keutamaan atau priority dalam membuat pilihan. Bergantung kepada faktor ekonomi, sosial, demografi, upbringing etc.


Aku masih seperti gadis-gadis kebanyakkan.
Masih reti memasak, masih punya taste dalam fesyen, masih apply mekap walau jarang-jarang.
It just.. I got 'things' with books. Mungkinkah uri aku dulu tertanam bersama buku? (Bad joke)

Merenung kembali susur galur keluarga, aku mewarisi 'kegilaan' membaca dari arwah emak.
Emak sangat suka membaca. Walaupun hanya dalam tulisan jawi.
Pilihan membaca emak terdiri dari kitab, buku agama, tafsir al-Quran, Hadis.
Tapi aku, anak bertuahnya ini? (guilty conscience)
Kerana suka membaca, emak sometimes baca paper harian tulisan rumi, walau mengeja dengan perlahan-lahan.
Sebab tu aku sangat kagumi emak. Emak punyai kegemaran yang tinggi terhadap pembacaan.
Masa kecik dulu aku cuba baca paper jawi emak dan hanya mampu satu artikel sebelum give-up.

Bukan aku seorang yang mewarisi minat arwah emak.
Boleh dikatakan semua anak emak minat membaca.
Eh, perlu tak aku tulis macamana aku terdorong untuk membaca novel Inggeris?
Tak perlu Zyra, it would be long and boring and nobody cares.

Jadi, apa pulak keutamaan anda?


I am Fictionista 

Ip Man 3 in High-Definition (HD)

Hey guys.

Maaflah kepada yang datang ke sini dengan niat nak memuat-turun filem Ip Man 3 sebab high-definition yang dimaksudkan di atas adalah dari pandangan 'mata baru' aku, wahahaha! Padan muka.

gambar sekadar hiasan, takde kena mengena dengan yang hidup atau sudah meninggal dunia.


Sebenarnya dari tahun 2015 aku asyik nak nak nak nak nak buat cermin mata baru. Kali terakhir aku buat cermin mata semasa zaman sekolah menengah dulu. Masa berlualu, daun berguguran dan mata aku pun dah power-up, jadi kenalah buat yang baru. Tahun baru haritu aku tekadkan azam ajak sorang kawan pergi buat. Selain faktor malas, faktor takde design yang berkenan di hati juga menjadikan aku bertangguh untuk buat glasses. Kawan aku cadangkan aku pilih bingkai dekat kedai optik O.W.L sebab situ designnya up-to-date.




Aku tahan diri dari buat glasses sebab berhajat nak cari bingkai 'ol skul' yang tebal kat atas, bawah takde bingkai tu. Memang ada pilihan macam tu dekat O.W.L tapiiii bila aku try, mak aihh terus jadi serupa nenek kebayan si bongkok tiga lalu terus termati hasrat. Lepas puas tawaf satu kedai dan try segala macam jenis bingkai (termasuk round-frame ala Harry Potter dan John Lennon), akhirnya aku tergerak hati nak try bingkai yang pada firasat aku sangat tak menarik. Sekali try terus eh, sesuai pulak dengan muka aku. Terus ambik. Pengajarannya, jangan pandang sebelah mata pada orang sekeliling (motif?)

Dua hari kemudian aku pergi ambik glasses baru yang dah siap dan wallah, terang berderang dunia aku. Ibaratnya seperti dari TV1 arial bercabang bertukar ke saluran Astro MAYA HD piring satelit, hoho. Muka manusia yang dulunya flawless rupanya ilusi optik semata-mata. Setiap biji jerawat, jeragat, parut, kedut semua kini terlihat jelas, huahahah! Aku kemudian terus menuju ke panggung wayang dan beli tiket Ip Man 3. Dan itulah hari di mana aku menikmati wayang gambar dengan pandangan HD tanpa perlu mengkecikkan mata baca subtitle.


jangan kecam pilihan hati saya!


Aku bukanlah fans cerita kantonis ni sangat, Tapi memandangkan aku dah tengok Ip Man 2 dulu jadi terasa lah nak tengok Ip Man 3 ni pulak. Di samping hero filem si Donnie Yen yang aku kira sebagai lelaki yang tak hensem tapi sangat hot dan hubby-material (blush). Punyalah ignorance aku dulu, bila kawan tunjuk poster filem Ip Man aku cakap cerita apa tu? Ai Pi Man? (sebutan macam dalam Bat'man'). Dan terus kena gelak tanpa belas kasihan.

Aku sejenis manusia yang pakai glasses on-off yang sedang mengumpul kekuatan untuk lasik (ouch, sebut 'lasik' pun dah seriau bijik mata).


Ke arah masa depan yang lebih jelas 

Mukasurat Yang Ke-365

Hey guys,

Sebagai seorang ulat buku, aku tak ada masalah untuk habiskan ribuan mukasurat novel/buku dengan jayanya.
Tapi aku rasa aku tak berupaya untuk habiskan 365 mukasurat novel berjudul 'Zyraroxx Dalam 2015 Masihi' dengan cemerlang.


Ya, aku belum bersedia untuk selak ke mukasurat 365.
Banyak lagi perkara yang aku rasa belum sempat aku buat di mukasurat sebelumnya.
"Demi masa sesungguhnya manusia kerugian".
Dan aku adalah di antara manusia yang rugi tersebut.
Bersedia atau tak, masa akan terus berjalan.
Terpaksa lah aku selak jugak mukasurat tersebut dalam keterpaksaan.
Buku yang aku maksudkan adalah buku kehidupan, bukan Buku Amalan Roqib dan 'Atid
(Hey future Zyra, jangan banyak bunyik kalau kau dapati banyak ruang-ruang kosong dalam buku ni).




hajat hati nak buat collage yang awesome tapi *dengkur


Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun 2015 aku diwarnai dengan pelbagai kisah suka dan duka.
Yang baik aku ambik untuk diteruskan dalam tahun-tahun mendatang.
Yang buruk pulak aku jadikan pedoman, iktibar dan rujukan.
Kalau buruk tu datang dari aku, akan aku usahakan supaya ia menjadi lebih baik (hoi future Zyra, ingat ni!).
Terima kasih daun keladi aku ucapkan kepada semua yang sudi hadir mewarnakan hari-hari aku.
Tak kisah lah kau warnakan dengan warna pastel atau warna hitam pekat, tetap aku hargai.
Dan, banyak jugak pengajaran yang dapat aku kutip untuk dimasukkan ke dalam karung berlabel 'peringatan'.

Dengan ini, aku nak mengucapkan selamat menyambut 2016 masihi kepada sekalian pembaca.
Selamat tersilap tulis 2016 sebagai 2015.
Selamat membina azam tahun baru yang tak pernah tercapai.
Selamat bercount-down dan menikmati percikan bunga api (aku dah lama bersara dari aktiviti ni).
Aku taknak mintak maaf kalau ada tulisan aku yang mengguris hati, sebab tahun depan aku akan buat lagi.
(evil laugh)


Lupa pulak letak ayat: Pejam celik pejam celik 

Ekspresi Muka Harian

Hey!

Sapa baca tajuk di atas dengan bacaan 'Ekspresi Muka Hairan' sila angkat kaki!
Duh, hambarnya seorang Zyra.

Sebelum bercuti minggu lepas, aku ada baca entri Plain83 tentang ekspresi wajah yang selalu diekspreskan setiap hari sambil tag art-blogger friends beliau untuk lukis ekspresi wajah harian memasing. Memandangkan aku perasan yang aku ni seorang art-blogger selain perasan bahawa aku ni friend beliau, maka aku pun sambut tag tersebut, kofkof. Well, boleh dikatakan inilah dia 86.9% dari ekspresi muka harian aku:





Orang selalu sifatkan rupa zahir aku ni sebagai sombong, pecah amanah, piss-off, kerek, takde perasaan, jahat, garang yadda yadda. Tapi percayalah hakikatnya aku ni sebenarnya seorang gadis yang comel dan pemalu, kofkof. Aku syak orang yang mencipta pepatah 'tak kenal maka tak cinta' mesti pernah lalui apa yang aku lalui.

Rata-rata kenalan baru akan bagi remarks yang lebih kurang: "Masa mula-mula dulu ingatkan engko ni sombong, tak berani aku nak tegur. Rupanya engko ni kelakar nak mampos, hahah!!" Aku tak pasti tang mana kelakarnya aku ni. Entah lah sama ada mereka dari golongan #MudahTerhibur atau aku berkebolehan melawak tanpa sengaja atau aku ada aura Ben Stiller yang berupaya buat lawak dengan muka ketat.

Hasil pemantauan sendiri, dapat aku simpulkan bahawa muka 'berlagak' aku ni terhasil daripada bentuk bibir aku yang melengkung ke bawah atau kekonon 'pouty lips'. Kalau aku seorang yang cun, mungkin pouty lips ni akan jadi menggoda. Tapi memandangkan aku tak berapa nak cun, maka pouty lips terus menjadik 'potty lips' kofkof.

Aku tahu senyum itu satu sedekah. But you know, tipikal lelaki Melayu. Kalau perempuan senyum nanti cakap nak menggatal atau lebih haru jika senyuman di salah tafsir sebagai 'inviting' (jangan tanya invite apa). Oleh itu, jarang ada manusia yang nak approached aku kecuali kucing. Hey, kucing kan makhluk jujur yang sensitif dan ada masalah trust-issues so aku rasa I'm not that bad. Meow.

*kofkof = batuk #Pray4Zyra


Everybody have their own mask 

Kepercayaan Kepada Kedai Online

Hai,

Harini aku bukan nak cakap fasal keburukan/kelebihan membeli secara online.
Korang dah besar, takkan benda macamtu pun nak kena ajar.
Harini aku nak cakap fasal kepercayaan, trust issue bak kata moyang aku.

Aku yakin shopping online dan trust issue berpisah tiada.
Itu aku, tapi Abang Chik aku lain pulak ceritanya.
Beliau adalah pembeli online tegar.
Sangat tegar.
Sampai lampin pakai buang anak pun dia beli secara online!
Hahahaha.. ha. ha.

selain lampin, beliau suka membeli gadget, perkakas rumah etc. nasib baik bini pun tak order online 
(tapi aku rasa depa memula jumpak secara online), kah!


Sebagai seorang yang skeptikal dengan barangan online (di samping pernah jadi mangsa), aku kerap jugak argue dengan dia. Tapi hujah yang dia bagi berdasarkan lojik akal. Contohnya kalau di Lelong.my (tempat shopping kegemaran beliau), terdapat paparan reputasi dan prestasi setiap sellers. Kalau dah beribu-ribu orang dah membeli dengan seller tu, takkan lah dia penipu?

Lepastu dia kutuk aku ni yang tengok handbag dekat Mudah.my terus beli,
Tanpa usul periksa kredibiliti seller. 'Mudah' sangat percaya. Lepastu meroyan kena tipu.
Beli beg dengan cari pasangan sama je, mudah tertipu (err).

Jadi sekarang, kalau aku terliur dengan memana barang online, aku akan suruh abang kesayangan aku tu yang belikan (duitnya aku laa yang kasi, zzz). Kecuali kalau di Zalora.

Hahahaha bukan nak promote okey, tapi aku sangat berpuas hati dengan sistem dan perkhidmatan diorang.
Boleh Cash on Delivery (COD) jadi tak payah nak menggelabah duit kau kena tipu.
Boleh tukar saiz. Kalau kedai biasa, mau kena jelingan tajam dan muka masam!
Boleh tukar dengan duit balik kalau tak berkenan. Kedai lain? Sorry, not refundable.
Mana nak cari seller macamni woi?!
Sebab tu dah banyak kali jugak aku 'menyoping' dekat Zalora sejak 2014.

aku rasa tugas seorang adik perempuan adalah meng-annoying-kan abang mereka,
huahahahah!


Satu je yang tak best bila beli secara atas talian: Tak dapat paper bag.
Entahlah kenapa, tapi aku suka kumpul paper bag, price tag, buku, penanda buku..
Orang cakap manusia berbinatang berbintang Aries memang suka mengumpul dan sangat setia (motif?)


Yay! Dapat baju Levi's FREE! 

Perhatian Buat Peminjam PTPTN!

Hi,

Bagi menjadikan blog ini lebih bermanfaat, harini aku nak kongsi tips (ke?) kepada peminjam PTPTN di luar sana. Khususnya yang mula meminjam sebelum kewujudan sistem Ujrah.


Bapak serius mukadimah aku kali ni, seram pula rasanya. Aku nak kongsi entri ni kepada mereka yang berusaha dan berniat nak bayar, kepada yang taknak bayar langsung tu terpulang lah. Aku malas nak cakap apa. Hutang tetap hutang walau dengan siapa pun kita berhutang. Ops.

Pertama,
Kepada yang belum bertukar kepada sistem Ujrah (1%), aku merayu supaya engkorang pergi buat pertukaran sekarang (RM20 untuk setem hasil). Kenapa aku merayu? Aku dapat komisen ke? Tak, aku tak dapat apa pun, cuma aku tak sanggup tengok engko habiskan sisa-sisa hidup kau dengan bayar "bunga" pinjaman SAHAJA. 

Kedua,
Dah kau bertukar kepada Ujrah, jangan terus pergi berfoya-foya bayar macam biasa. Sebabnya, bila kau bertukar, jadual bayaran balik kau akan diselaraskan semula. Jadi, kalau kau terkurang bayar dari jadual tu, maka terciptalah tunggakkan. Tunggakkan ni kalau dibiarkan akan melarat bulan demi bulan. Macam kes aku, nasib ada staff PTPTN yang mention aku ada tungakkan. Mula tu memang aku menyirap, tapi bila dia eksplain seperti di atas, aku terima. Itulah, malu bertanya sesat jalan dan padan muka aku (nasib tak banyak, kalau tak maunya menangis bawah kereta).

Jadi penyelesaiannya, kau perlu apply pulak Penstrukturan Semula (PS) Jadual Bayaran Balik (lagi RM20 untuk setem hasil). PS ni bagus sebab kau boleh tetapkan bayaran bulanan ikut kemampuan dan ikut suka hati kau. Contoh, kau nak bayar balik  RM100 je sebulan. Staff tu akan buat pengiraan pantas dalam sistem diorang dan akan bagitau kau mungkin kena bayar RM112 sebulan (jumlah yang hampir) selama 10 tahun.

Tapi, permohonan bergantung kepada approval dari PTPTN lah. Kalau gaji bulanan kau RM15,000 sebulan tapi kau mintak nak bayar balik RM100 je sebulan, agak berat lah kot untuk dapat. Bagi aku PS ni bagus sebab kau tetapkan sendiri bayaran bulanan. Kalau dah tetap sebulan RM112, kau bayar lah berapa kau nak sebulan, asalkan jangan kurang dari jumlah tu. Mengerti?

Kalau kau tak faham, kau pergi lah tanya dekat kaunter PTPTN yang terdekat. Aku dulu pun macam malas nak ambik  kisah, bayar je ikut suka konon kalau tak ambik kisah, hutang makin berkurang dengan sendirinya, hidup dalam denial mode, hahaha. Jangan takut untuk bertanya. Banyak kes tunggakkan yang peminjam langsung tak tahu menahu sebab diorang malas nak ambik tahu. Masa aku pergi tu, ada seorang peminjam sebelah aku tengah dimaklumkan bahawa beliau mempunyai tunggakkan sebanyak RM3K++.....

Aku juga nak nasihatkan para peminjam yang baru grad atau yang baru mula kerja, eloklah kiranya enkorang pergi mintak nasihat mengenai pinjaman dan pembayaran balik pinjaman. Jangan tunggu sampai surat saman atau surat mahkamah sampai ke dalam peti surat, atau tunggakkan dah berkepuk-kepuk baru nak menggelabah.

Aku harap perkongsian ni berguna kepada nusa dan bangsa.
Sebelum kau tanya sebarang soalan, suka untuk aku nyatakan kat sini bahawasanya aku bukan kerja dengan PTPTN, aku takde kaum kerabat, sahabat handai yang kerja dengan PTPTN. Hubungan aku dengan PTPTN hanyalah sekadar peminjam dan pemberi pinjam, tak lebih dari itu, hahahah.

DISCLAIMER: Apa yang aku tulis bedasarkan pengalaman sendiri. Aku tak bertanggungjawab sekiranya kes kau tak sama dengan kes aku atau kau mengalami kerosakkan harta benda, perceraian, kehilangan nyawa, muflis etc. akibat dari entri ini. Tagline blog fully applied.


Pitih pitih no end 

Lebih Baik Gagal dari Cemerlang?

Hi,

Hari ini keputusan UPSR telah diumumkan. Resah-gelisah para ibubapa terjawab sudah. Alhamdulillah, nephew dan niece (bukan kembar) aku berjaya dengan cemerlang dengan memasing menggondol 5A (lap air mata). Sebagai Ucu yang hanya mampu dapat 2A 3B, aku bangga tiap kali ada anak buah yang berjaya dapat 5A.

Tapi aku rasa sedikit kecewa dengan netizen yang sembang kencang macam:

"Tak guna kejar A dalam belajar, A sana, A sini tapi skill kemahiran entah di mana-mana. Masuk Universiti pulak sibuk kejar pointer. Dapat 4.0 pun akhirnya menggangur jugak. Tengok pelajar yang gagal, bukak bisnes sendiri. Sekarang dah ada banglo, kereta menjalar. Yang jadi mekanik pun apa kurangnya, berjaya jugak walau tak masuk Universiti!"

Aku faham kalau tulisan begitu ditujukan buat pelajar yang gagal. Sebagai menyedapkan hati mereka, memotivasikan mereka supaya berusaha untuk berjaya walau tak mampu untuk cemerlang dalam akademik.

Tapi aku tak setuju bila kau seolah-olah merendahkan pelajar yang berhempas-pulas untuk mendapat A! Mesej kau seolah-olah: "Tak payah belajar teruk-teruk, kalau gagal pun nanti berjaya jugak!". Kalau ada pelajar yang mula malas belajar sebab status sampah ni macamana? Dari puluhan ribu pelajar yang gagal akademik, peratusan yang hidup berjaya bila dewasa amatlah menyedihkan. Bukan semua rajin berusaha atau pandai mencari alternatif.

Yes, I know, Steve Jobs pun gagal, dropped out of college. Bill Gates pun, tapi masih berjaya, lebih berjaya dari kawan-kawan yang cemerlang. Tapi satu perkara kau perlu faham, berapa orang anak muda kita yang ada visi dan misi macam Steve Jobs atau Bill Gates? Berapa orang yang sanggup bermula dari bawah? Berhentilah berangan untuk berjaya kalau takde kelayakan, tapi demand kerja bagus, anggap kerja buruh hanya untuk warga asing, tak mahu bersusah payah dulu.


Dan aku juga faham, akademik bukanlah segala-galanya dalam dunia pekerjaan zaman sekarang. Tapi jangan terus menidakkan kepentingan akademik dalam pasaran kerja. Hampir semua profesion seperti jurutera, doktor, guru, arkitek, peguam memerlukan kelayakan akademik. Melainkan kau nak import peguam dari luar negara? Atau doktor dari luar negara? Lepastu bila kos perubatan meningkat kau menyalak. Itulah kerja manusia mentaliti macam ni, menyalak dan terus menyalak, yak yak yak.

Fikirlah guna akal yang waras. 


To my beloved Haziq and 'Afaf, keep being awesome! 

Bye Bye Rocktober

Heyy,

Berlalu lah sudah bulan Oktober bersama tragedi Oktober dan festival Rocktober nya. Entah kenapa aku suka betul dengan bulan yang kesepuluh ini. Bukan sebab rock semata-mata tapi aku macam suka nombor 10.

Oktober 2015 ni bagi aku sedikit spesial sebab banyak betul free goodies yang aku dapat, muahahahah! Thanks guys, you rawks!


Bawal Aidijuma Green Label

Tahun ni tak semena-mena kakak menjadi di antara pemenang hadiah utama giveaway yang dianjurkan oleh Anies yang merupakan sehelai tudung bawal Aidijuma Green Label. Bertambah koleksi Aidijuma kakak sekarang, thanks Anies. Love it!

scary pulak muka kakak tanpa mekap

Keychain & Fridge Magnet

Tuah terus menyebelahi kakak bila sekali lagi menang tempat kedua dalam giveaway yang dikendalikan oleh Plain83. Giveaway yang tersangat sempoi dan comel. Takyah buat entri pekebende, cari perbezaan dalam gambar then tulis je kat ruangan komen. Kau hado? Cemburu betul abang posmen dengan kakak yang asik dapat bungkusan aje!


LaSenza

Si LaSenza ni baru je berjinak dengan Instagram kateko. Lalu mereka pun buat promosi dekat Facebook. Follow IG diorang, then pergi tunjuk dekat salesperson di butik LaSenza terdekat lalu terus dapat one piece cenggitu aje. Kakak taknak tunjuk apa dalam beg. Muktamad. Yang pasti kakak happy gilos. 


The Body Shop

Kakak baru tahu wujudnya kedai The Body Shop versi online ni ha. Ketinggalan keretapi betul kakak. Tahu pun sebab tetiba dapat voucher RM6. Kakak tak tahu nak beli apa, kakak hentam ajelah beli bath lily RM5.95 after 70% less (kakak kecewa depa bagi kaler pink). Lepastu dapat free gift body puree perisa strawberry. Lazat betul baunya. Rasa macam nak makan diri sendiri, huahahaha. Nasib baik dia tulis 'unfit for consumption', kalau tak dah lama kakak picit ke dalam mulut. Oh, lepastu pulak ada promo lagi free delivery. Jadi kakak takyah bayar pape. Berbulu aje abang posmen tengok kakak. 



Bhahahah geli pulak bila bahasakan diri 'kakak' ni, dah serupa Amran dengan Rani Kulup. Well guys, tu je yang aku nak show-off dekat engkorang. Dalam keadaan ekonomi yang semakin merosot ni, dapat pemberian secara percuma itu amat membahagiakan. Thanks again dekat Anies dan Plain83!


Kalau tetiap bulan begini, terasa dunia hai ana yang empunya 

Sick of Motion-Sickness

Hey,
Setiap manusia mempunyai kelemahan. Heck, even Superman pun lemah dengan seketul batu.
Dan kelemahan aku yang paling aku tak suka adalah motion-sickness.


Tak keterlaluan kalau aku cakap motion-sickness ni mimpi ngeri ulat buku seantero dunia. Yelah, bila aku habiskan masa berjam-jam travel sama ada naik bas, feri, train tanpa dapat menggunakan masa tu untuk membaca. Jangan kata mahu baca novel, baca text dalam phone pun tak berapa nak mampu. 

Tapi aku redha jelah. Mungkin aku mempunyai motion-sickness sebab aku dilahirkan sebagai seorang librocubicularist yang sejati. Lagipun, tak berapa nak masyuk kalau membaca sambil travel ni. Hahahaha..

Simply irresistible. 


Selain oksigen, makanan, minuman dan benda asas lain, aku perlukan buku untuk hidup. Tolong bagi aku buku. Eh pernah tak orang bagi dulang hantaran berisi buku?


Abibliophobia: The fear of running out of reading material 

Problem Perempuan Petite

Hey guyss,

Rasanya umum mengetahui bahawa aku ini bolehlah dikategorikan sebagai seorang petite.
Bukan plastik, tapi petite yakni seorang yang punya sosok tubuh yang kecik molek, haha.

"Seronoknya badan kecik!"
Itu antara remarks yang selalu aku dapat. Aku rasa diorang seronok sebab badan kurus, bukan sebab kecik. Tapi ada waktu tertentu di mana jadi kecik ini tidak lah begitu mengundang keseronokkan..


Sejak pihak PLUS mengumumkan sistem tol elektronik sepenuhnya di beberapa plaza tol kat kawasan aku ni, aku rasa perlu jugak menabung untuk seketul Smart-Tag. Barulah boleh sail through the toll barrier like a Batman. Tapi tang parking tiket? apa pun tak boleh (nangis bawah meja).


Ini masalah yang di hadapi almost di setiap book-stores. Nak mintak tolong staff, muka memasing macam singa lapar. Dalam pada itu, takde pulak pakwe sesat (tinggi hensem macho) di sekeliling. Gah!


Aku rasa aku saiz S, tapi kekadang saiz S terlalu seksi buat aku. Manakala saiz M pulak terlalu besar. Rasa serupa pakai baju pinjam lah pulak. Agaknya aku perlu beredar ke bahagian pakaian kanak-kanak pulak.. (which I do sometimes.. hoho)


Walaupun kadang rasa tak seronok, tapi aku takdelah mintak nak jadi besar/tinggi atau apa. Syukur.
Sebab tu aku salahkan persekitaran dan bukan diri sendiri, miahahaha.
Betul apa, kesemua yang di atas tu bukan salah aku pun?
Card reader/feeder (or wtf its name) should be reachable..
Every book-store must have at least 10 stool..
Garment maker should consider something between 'small' (S) and 'medium' (M). Name it as 'fit' (F) perhaps?
Hmm...

Sayangi tubuh anda setiap hari. Siapa lagi nak sayang kalau bukan diri sendiri? Orang tersayang? Huh, kosser..


Thats all folks! 

 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape