Showing posts with label Sekmeng. Show all posts
Showing posts with label Sekmeng. Show all posts

Ada Apa Dalam Handbag Anda?

Ini bukan macam kisah Ada Apa Dengan Cinta, takyah nak teruja sangat, kehkeh.

Gua tertarik dengan sebuah blog bernama Tangan Punya Kerja ni, dia punya ilustrasi sungguh memikat hati sanubari gua ini, lukis pakai apatu? Hiks.

Dan gua jugak berbesar hati dan pankreas nak join segmen yang dianjurkan oleh beliau memandangkan segmennya lain dari yang lain dan bernilai estetika tinggi. Yang penting, tak menyusahkan gua untuk klik itu ini sampai rosak mousepad gua.
Inilah henbeg beliau, comels 
(sila 'ragut' henbeg ini untuk join segmen)


Takyah cakap banyak, jom kita pergi menjelajah menelusuri masa ke ruang dimensi henbeg gua. Gua ada beberapa ketul henbag sebenarnya, jadi gua pilih yang gua selalu bawak dan boleh jadi henbeg kesayangan kot sebab beliau merupakan henbeg yang tertua. 


Inilah beg yang gua maksudkan. Hampir tiga tahun beliau berbakti dan memberi keyakinan tatkala melangkah kaki, atoddia ayat. Benda-benda berikut merupakan yang wajib ada dalam beg, even bila tukar beg pun mereka pasti dipunggah sama. Setelah ditapis segala resit dan sampah sarap, mai skodeng apa yang ada:


1. Purse

Yang ini haruslah wajib. Kang tak pepasal jadi warga asing dan kena mintak sedekah, kuhkuh. setakat ni gua masih tak penah terlupa bawak. Tapi pernah hampir tertinggal dekat celah-celah longgokan baju di supermarket, phew!

2. Kunci

Gua pernah tertinggal kunci dalam bilik dan dengan slumber rocknya pi tekan kunci sebelum keluar. Alamatnya, terpaksa jadik McGyver tak bertauliah sebentar dengan memecahkan dan tukar tombol kunci baru dengan SENDIRI, wah megahnya bila boleh buat kerja jantan. Semenjak itu, kunci, beg dan gua tidak lagi dapat dipisahkan.


3. Phone

Gua rasa menatang ni buat ada-ada je, just in case. Bukan selalu gua guna pun. Kadang-kadang termati cenggitu je dalam beg sebab kehabiasan bekalan bateri, kesian beliau.

4. Tablet

Menatang ni lah punca phone gua terabai. Sibuk dok LINE, WeChat, Whatsapp bagai dalam ni haa, luas sikit mata memandang. Kadang boleh jugak sketching lukisan bila bosan tahap gaban.




5. Mekap

Wahh ayu gittewww. Biasa, keterampilan harus dijaga. Kahkah! Tapi gua bukan jenis yang tacap mekap tiap 38 minit. Memang depa selalu berada dalam beg sebab gua jenis mekap dalam kereta tetiap pagi dekat parking lot, kuhkuh mengejar masa lah sangat.

6. Ubat Kecemasan

Kemahen lah kecemasan kan. Kira cemas lah jugak bila tetiba terasa jerawat mula nak berputik kan, baik gua 'siram' dengan racun sesiap sebelum ia berkembang mekar. Tiger balm pulak sangat membantu saat headache datang mengintai tatkala melayan karenah bos dan client.

Muehehe, itu saja lah kot benda penting yang tak boleh termiss dari dalam henbeg. Oh ya, ada lagi iaitu kabel USB merangkap pengecas gajet dan jugak snek ringan (malas nak lukis, dush dush!)

Apa pulak menda yang ada dalam beg ampa? Takdak henbeg? Beg galas pun boleh, kalau takdak jugak beg plastik punnn boleh. Yang penting jomlah join reramai kasi meriah ini segmen, oh ya, tarikh luput segmen ni adalah pada 10 Mei 2013, sempat lagi tuuuu. ok, tata!

jom balik kampung pergi mengundi

ZyraRoxx's Blogbuster

Gua faham sangat lu suka pilem-pilem blockbuster, oleh itu gua pun membuat acara ini, kehkeh. seperti siaran telebisyen yang sibuk tayangkan pilem2 blockbuster sempena nak habis tahun ni, gua pun nak menampilkan blogs yang memang cecah pecah panggung, whoahh.

Ni kira seken time gua membuat acara sebegini setelah sambutan yang agak memberangsangkan pada acara dulu :')

Oleh itu, dengan rasminya (gosok-gosok tangan) gua merasmikan acara gilang gemilang ini!! *potong riben merah besaq gajah diiringi bunga api berguguran

(http://i.imgur.com/Jx1bM.png)

...Menampilkan blogs hebat masakini, sapa yang join otomatik hebat, kehkeh.

30.12.2012 - 15.01.2013


Cara cara menjoin:

 1. Follow dan like page gua satu keperluan, bagi memastikan gua tak keseorangan, sadis tak ayat gua :p
 2. Buat satu entri bertajuk "ZyraRoxx's Blogbuster" tajuk laen gua maleh layan, hekhek
 3. Lekat sticker gua kat atas tu. (http://i.imgur.com/Jx1bM.png) dan linkkan ke entri ini.
 4. Letak link entri ke komeng post ni.

Apa pekdah yang boleh didapati? Lu bakal dapat ramai geng blogger baru dan 6 blog yang gua terbekenan bakal masuk bloglist gua permanent. permanent ok, gua malaih nak tukar2, hehh tanak ke masuk bloglist gua hem? hem?


*barangsiapa main tipu, tak folow gua, gua sumpah blog beliau jadik cengkerang kura-kura, ping!

senarai Blogbuster™ yang dah join 

xoxoxo,
ZyraRoxx

Zyraroxx: Follower Datang Bertubi-Tubi

Salam semua :)

Gua malu.
Oh gediknya gua harini membuat acara ala-ala segmen bagai, hewhewhew. Saja membuang masa di opis, heh. Jomla join reramai, simple je ;)

Hehehe saja la try buat sementara nunggu entri gua mendapat pelepasan daripada pihak lembaga penapisan entri, kihkih. Gua harap ramai yang sudi menyertai, kamon2 sapot sikit ;)

Syarat? Wah gua tak reti betei skema2 ni. Tapi gua berbesar hati dan lubang idung andai lu orang dapat:-


 Buat entri bertajuk "zyraroxx: follower datang bertubi-tubi" - letak banner kat entri

terpulang nak tulis panjang mana pun entri, nak tepek banner je pun bole :)

letak jumlah follower korang sekarang

letak link entri kat dalam komen post ini

dan dan follow blog gua ini *malu!
Tak rugi jugak kalau folow Rasukan Kentut Gua ni, awrrr

dan like Zyraroxx Inc. di Facebook ^^



tu jelah! Ngeee.

Jemput hebahkan pada kengkawan yang laen yep! :D Gua mengucapi terima kekasih bebanyak siap2 kepada yang sudi bagi sokongan moral, sobs sobs tersentuh hati kecik cinonet gua ini :') *emo tak betempat.

Dah ramai nanti gua buat list so kita bulih kunjung mengunjung ke blog terbuka sempena raya ni, syawal belum abis kan kan ;)

# Acara bermula pada 06/09/2012 sehingga 30/09/2012 (gua baru decide, ngeh)

 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape