Cuti raya ritu gua berpeluang balik kampung barang semalam dua *awal2 lagi dah nipu. Padahal nengok dari date entri terakhir gua memang jauh jaraknya. Ramai jugak yang nangis meraung2 tak keruan, bimbang gua tinggalkan alam blogging *ewah lepas raya ni banyak pulak nipunya kan
Adik badik gua yang lain berserta anak2 buah yang sederet ketapi pun balik. Depa kalau balik tak sah kalau tak berpergian beramai2 ke rumah Mak Cik Besah, bukan untuk ziarah orang tua tu tapi atas dasar ingin membeli ais malaysia.
Gua tak sebut ais krim sebab memang tadak 'krim' pun pada ais tu yang sekadar minuman yang dibekukan dalam plastik kurus yang selim.
Best betul budak2 tu membeli sampai lima hengget, dapat 50 batang, wahhh! seposeng je sebatang korang hadooo? Yaa hanya sekupang untuk satu ais, tu yang kemain galak mereka membeli tanpa berfikir panjang.
Oh dulu kakak gua yang sulung penah jugak buat ais ni dan letak kat kedai runcit abang gua untuk dipasarkan. Macam2 perasa ada, salunya milo, grape, oren, jagung, sarsi ahhh slurp! terliur gua weh.
Ais untuk gua? haruslah lain dari yang lain dan spesial gitu, kompom2 menjadikan bebudak lain iri hati, hohoho. Korang nak terai pun bulih tapi jangan dikomersialkan, kalau nak jugak kena kasik gua komisyen 43.67% dari hasil jualan, koh koh
Sonang sangat kan nak buat ais osem ni, kalau ada yang tak reti memang gua kasik tempeleng secara percuma. Bersusah payah gua membuat diagram ala-ala buku rujukan sains sasbadi tahun 6 ni, sia2 je kalau lu orang tak peraktikkan.
Gua suka perasa asam dengan sebijik asam kat dasar ais, fuh fuhh sedap dikemam begitu saja. Tapi gua geget ais sebelah yang tadak asam supaya asam tu gua boleh nikmati last sekali, aaaaah terangsang pulak taste-buds gua.
Marilah sesama kita berazam untuk membina ais malaysia berperisa asam dengan meletakkan beberapa bilah asam boi sebanyak mungkin *gua gagal subjek BM sejak tabika kemas lagi.
Ais ni elok dinikmati waktu tengahari sebab beliau bulih jadi penghilang dahaga sebab tak berkrim. Kalau gua makan cornetto kompom2 gua kena pulak pi cari ayaq, dengan adanya ais ni, dahaga bukan satu masalah lagi, tima kasih alamas, ehh
Oh sambung cerita awal tadi. Memandangkan jumlah ais yang seramai 50 batang tu, maka seisi lapisan masyarakat family gua pun memakan tanpa mengira kaum dan peringkat umur dari seawal usia 2 1/2 tahun hinggalah ke 78.34 tahun *tok gua lettew.
Dan, abang ipar gua pun telah dikejarkan ke supermarket berdekatan untuk membeli poliden, ehh silap, sensodyne akibat gigi beliau tetiba menjadi sensitip dan mudah tersentuh dan asik nak marah.
Gua yakin benar bebudak kampung yang lain kecewa dengan sikap rakus dan boros anak2 buah gua. Sebab depa dah tak berpeluang membeli belah ais di rumah makcik besah lagi kerana menurut makcik besah semua ais dah sold-out.
Ehhh, baru gua terperasan bahawasanya entri gua kali ni ada iras2 keratan akhbar harian metro. Ok, gua perlu berbuat sesuatu, nak pi bertapa barang sepurnama dua sat, bai.
P/S: Entri raya gua tergendala akibat terkena serpihan bunga api. Beliau kini dirawat oleh Lembaga Penapisan Entri Blog Malaysia (LPEBM) dan akan dipublish beberapa hari lagi. *hari lah sangat.
P/S: Entri raya gua tergendala akibat terkena serpihan bunga api. Beliau kini dirawat oleh Lembaga Penapisan Entri Blog Malaysia (LPEBM) dan akan dipublish beberapa hari lagi. *hari lah sangat.
asam masin tu pilihan terbaik BB ..selamat hari raya maaf zahir je batin x de setakat ni
ReplyDeletePerisa asam boi paling osem.. bleh bedal maksimum 10 batang 1 hari smpai kebas mulut ngunyah benda alah tu.
ReplyDeletebila dah habis, plastik kosong tu tiup cam belon, ikat hujung, dekatkan dgn telinga sape2 yg bertuah dan.. BOOM! ketuk kuat2 smpai meletup..
fuuh, nikmat
woahh! best tu, memang perisa asam masin (asam boy) yang paling ummphhhh XD
ReplyDeletehar har har! wa suka idea buat belon tu, asal tak tepikir nk masuk dlm entri arghhh otak sumbat pulut tupat :3
ReplyDeletetue ap pesen aiskrim mcm pelangi tue...erkkk
ReplyDeletelama dh wa x mkn ais Malaysia...mohon belanja wa sebatang dua.
ReplyDeletegua x sebut ais krim sebab wa taw x dew krim..eh..haha :P
yg ais pop tu, suka ala2 karate untuk belah dua. share dgn cousin. hehe.
ReplyDeleteselamat hari raya. maaf kalau ada slh silap.
koh koh koh..wa tau nanti wa datang penang mohon 50 batang wa nak bawak balik!wa nak yang 3 layer tu takmau yang biasa2!harap lu faham
ReplyDeleteko jual lg ke x dah skrg ni..?? haha
ReplyDeletebuatkan plissss,nak perasa doyan. hihi
ReplyDeletehaha. macam sodap je yang kaler kaler tu. hihi. sodap yeeeee. :D
ReplyDeleteteringat zaman kecik2 dulu salu makan eskim nehh..huhu
ReplyDeleteasam boi jugak yang terbaikk..hehe
ReplyDeleteibu saya pun jual aiskrim malaysia,,sepulo sen lagi...xnak tuka harga lg
ReplyDeletelama dah tak makan ais malaysia tuu :DD
ReplyDeletep/s : terliurnya ais krim asam boi tuu -,-
perisa milo.. ok.. wa ngidam...=="
ReplyDeletesedapnya aiskrimmmm
ReplyDeletepower la kau lukis..
ReplyDeleteaku teringin nak lukis , tapi x ngeti laa...
orang lidi ngeti laaa
hohoho kalau bce entri nih time tgh ari,mang tegugat iman..hohoho
ReplyDelete^_^ yummy2 diera paling suka perisa asam boi tu..hohoho ^_^
YOSH!!! perghhh tiga perasa dalam satu batang. oh oh oh-sem nyehhhh!!
ReplyDeleteeskerem malaysia...haha tokwan ku msih jual eskerem ni kt kg...hahaha
ReplyDeleteaku suka milo punye perisa...;)
ReplyDeletetetibe rs mau cari eskrim pop tu
ReplyDeleteaku stuju sgt kalo semua peniaga ais malaysia melebihkan asam boi dalm ais perisa asam tu haha
ReplyDeleteADA DALAM PETI GUWA ..TAPI TAK MKN PON , MANA NYA ASYIK HUJAN JE...
ReplyDeleteNak taw tak.. dulu kan, aku beli aiskrim pop tu share dengan mmber 5sen sorang.. kedekut giler akuu.. hahhaha
ReplyDeletesmlm wa dtg bce entry ni, tp wa lupe nk komen. kahkah
ReplyDeletemohon buatkan wa eskrem malaysia versi lu. mcm comel pulak. haha
Comel aja doodle tu.
ReplyDeleteMohon buatkan saya aiskrim. Hihi. :)
eskrem ni kena 10 batang skali hadap
ReplyDeletehoho...kreatifnye yang ikat2 ais krim tu n boleh letak byk2 perisa...best kot,huhu...
ReplyDeleteais asam masin sedappppp....
Ais krim malaysia.. dh lama xnmpk xD
ReplyDeleteassalamualaikum.
ReplyDeleteQis dh lame xmkn aiskrim asam boi tu...#dhduatahun xP
peberet wa sejak turun temurun nie, spesially masa demam eh! demm..meleleh pulak air liur gua tatkala baring nie..
ReplyDeleteterliuq tengok ais tak bkrim tu.. asam boi mai pebret :)Kg sis kak mana ea??
ReplyDelete