Calon Bebas PRU 13

Busy busy busy busy busy busy busy busy busy busy suby busy bsuy busy buys busy!

Kemahen taip busy banyak-banyak tanpa kopipes, abaikan je andai ada taipo, tak larat dah nak ikut tempo. Ewah dah macam syair pulak rentaknya.

Busynya bukan main-main, hampir lupa bahawa gua mempunyai seorang blog yang ketandusan kasih sayang, pergh! Nasib beliau tak menjadi remaja liar. 

Kesibukkan gua ini bolehlah dikatakan setanding pak menteri, ehh lebih lagi bizi rasanya dari menteri kebudayaan sebab gua merupakan calon acara bebas PRU-13. So sekarang nampak tak betapa bizinya diri ini mempromosikan diri gua supaya meraih undi berketul-ketul. 

Gua teringat blog ni pun sebab tengah pening nak pikirkan idea cemana nak berkempen. Dekat Facebook dah, siap bertikam lidah lagi penyokong-penyokong gua dengan penyokong parti lain. Dekat Twitter pun sudah, favourite dan retweetnya dah cecah ribu-ribu kali. Instagram jangan cakaplah, sampaikan penduduk Yugoslavia pun terus follow gua disebabkan idea gua yang bernas.

Undilah demi kesejahteraan bersama gituuuuu

Oleh itu, dikesempatan ini yang sememangnya gua sengaja ambik kesempatan, gua nak umumkan manifiesta, err manifesto parti ZyraRoxx untuk tatapan dan rujukan tuan/puan:

1. Andai ZyraRoxx diberi peluang mentadbir, gua akan pastikan hidup lu orang semua terjamain dari segi kecomelan, takda yang terkecuali, semua comel-comel belaka. Hatta jamban tuan/puan sekalipun bakal dicomelkan.

2. Jika Zyraroxx diberi mandat oleh lu orang pada kali ini, gua akan pastikan tiada lagi iklan-iklan cegampang di chatbox, shoutbox, atau box-box lu orang yang lainnya melainkan komen-komen yang rasional dan berhemah sahaja.

3. Gua jugak akan pastikan traffic blog lu orang naik mencanak-canak bagaikan napsu anjing yang tertelan viagra, ini sebuah janji! 

4. Pilihlah Zyraroxx kerana hanya gua yang dapat menjamin bahawa lu orang akan mendapat bayaran DUA kali ganda dari Nuffnang, ChurpChurp, Says dan sebagainya, setimpal dengan usaha lu orang menghapdet bloh tetiap hari.

5. Zyraroxx sangat prihatin akan masalah lu orang yang susah untuk mendapatkan likers, subscribers, followers. Usah gusar, beri sahaja mandat kepada gua, nescaya lu akan tengok sendiri hasilanya dalam tempoh sepenggal pemerintahan gua.


Demikianlah manifesto gua yang bersifat padat dan realistik. Gua rasa setakat itulah dahulu entri gua untuk kali ini sebab masa gua sekarang sungguh suntuk, tinggal berapa hari je lagi sebelum PRU. Nebes woiii nebesssss!

Akhir kata, gua merayu pada lu orang supaya ngundi lah gua pada PRU nanti untuk kebajikan dan kelestarian hidup lu semua, kbai.

Dah dah dah, gua nak pi sambung berkempen.

 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape