Salam Ramadhan yang ke-18 hari. Maaf la ye, dah lapanbelas hari baru nak ucap selamat. Sibuknya kalah menteri kewangan, ahahaii.
Mungkin ada yang dah sedia maklum gua bermukim di Penang, pulau mutiara (walau gua tak pernah jumpa mutiara di jual macam kat Sabah). Tapi gua bukanlah berasal dari sini walaupun plat kereta berkepala 'P'. Harini gua bukan nak cerita fasal makanan Penang yang femes, mahupun street art Penang yang menjadi tumpuan. Tapi fokus kat driver Penang.
Traffic di Penang sangat mencabar. Jalan kecik, kenderaan besar dan banyak. Jalan dua lane boleh jadi lima lane, only in Penang hokey. Drivers di Penang di cop sebagai drivers terteruk di Malaysia (termasuk gua ke? *sedih) dan insyaAllah kalau lu amik lesen di Penang, lu boleh survive mana-mana jalan seantero Malaya, kah! Contohnya gua. Amik lesen di Penang di kala umur dah nak masuk senja. First time pegang stereng rasa macam first time nak pegang babi (sumpah gua belum pernah pegang), nebesnya lain macam. Seminggu lepas dapat lesen, gua lah champion, hokhok #truestory.
Sudah, tinggalkan bab perasan dan lesen. Gua nak bercakap fasal salah satu trademark femes drebar di Penang: main hon. Tak kisah lah pemandu lori ke, bas ke, kereta ke, motor ke, even basikal pun gua rasa punyai cita-cita untuk install hon kat beskal. Bayangkan, dekat lampu isyarat tengah kaler merah. Serentak dengan lampu bertukar hijau serentak tu jugak hon berbunyi. Nasib lah kan kalau kereta kat depan tu berusia lebih dari 30 tahun dan manual pula... Maunya bermacam-macam jenis hon yang mempunyai pelbagai pitching kedengaran.
Kalau kat kampung gua time lampu dah hijau, kereta yang kat depan tu boleh sikat rambut, sembur pewangi mulut, texting, makan cekodok, check gigi kat cermin mahupun berselfie dahulu sebelum bergerak jalan, takda sapa yang nak hon hatta walau lambat bergerak setelah seminit lampu hijau bernyala.
Gua peratikan hon ada beberapa fungsi di Penang, iaitu:-
1. Penunggang motor suka bunyikan hon dari belakang supaya memberikan beliau laluan untuk melintas, so dreba kereta sila beri laluan dan brek mengejut jika perlu. amboi mulianya engko jahh.
2. Kereta suka bunyikan hon even lu dah 5 minit bagi signal untuk masuk ke lane beliau. Gua rasa dia ni jenis pantang di potong. Gua sunatkan baru tahu.
3. Hon jugak digunakan sebagai tanda mengorat. Gua hampir gugur jantung kat tepi jalan bila di hon oleh dreba trailer yang tersengih-sengih melambai-lamabi. Haram jadah betui.
4. Dan yang paling obvious, sebagai tanda marah kalau lu terlambat bergerak, walaupun selama 0000.0000.0001 saat.
Suatu masa dulu pernah diterbitkan buku yang berjudul "Honk! If You Are Malaysian". Tapi kenapa? Kenapa rakyat Penang ni senang sangat picit hon? Agaknya depa drive sambil ibu jari atau telapak tangan siap siaga di punat hon masing-masing. Pernah ada motor yang tiba-tiba menuggang secara merbahaya depan keta gua, gua baru teraba-raba, baru nak hon mamat tu dan 5 kilometer di depan. Punya janggalnya gua dengan hon.
Sebabnya yang pertama, orang Penang ni sentiasa kalut dan pantas, tapi keadaan geografinya kecik cinonet. Bukan nak bersikap racist atau apa tapi dari pemerhatian gua, yang selalu main hon ni orang cina. Mungkinkah hon ada kaitan dengan ong (tuah)? Jengggg... Kadang rasa sakit hati jugak, kita tak buat apa-apa pun kena hon hanya sebab lambat 1 saat. Logik tak? Memang la masa itu emas tapi takpayah lah nak kalut tahap esok nak meninggal. Makan cepat, berjalan cepat, nak drive cepat-cepat, bersenggama pun nak cepat jugak tak uncle?
Yang kedua, selfish. Bukan selfie ye abang kakak, tapi selfish, sikap pentingkan diri. Pernah terjadi motor terbalik time nak naik feri dan berlakulah sedikit kesesakkan, motor-motor di belakang bukan nak tolong angkat, tapi tolong bunyikan hon bertalu-talu secara berjemaah yang membingitkan telinga. Apa lu rasa kalau lu yang jatuh motor tu? Kadang gua jalan tepi jalan, dah atas rumput, pun kena hon dengan apek longsi sebab mungkin gua ni menganggu 'pemandangan' beliau, habis nak gua jalan dalam longkang?
Yang ketiga, ramai driver kereta atau penuggang motor yang dah masuk tahap 8 series dan veteran. Selalu sangat gua jumpak apek yang terketar-ketar bawak motor, hon sana sini sebab nak lalu dan supaya orang sekita sedar kewujudannya. Gua bukan tanak hormat orang tua, tapi dia sendiri buat salah langgar lampu merah, dia nak hon dan marah-marah kereta yang ikut lampu hijau. Bila dah veteran, depa rasa tak selamat bila di jalanan, tu yang sikit-sikit hon sikit-sikit hon. Dan menggalakkan orang lain hon depa bila drive dengan kelajuan 15km/j.
Sungguh tak dinafikan ada jugak melayu Islam yang suka jugak tekan hon tak bertempat ni, jenis nak cepat, kalut, kalau untuk ke masjid gua tak kisah, tapi kalut nak ke kedai nasik kandaq bersidai lepak minum kopi itu gua begang. Mungkin kampung gua tak ramai orang kafir, lebih bersabar dan berlapang dada dalam pemanduan, sebab tu jarang sangat dengar bunyi hon. Kalau ada yang tekan hon pun akan malu sendiri bila kena pandang semacam.
Jadi, apa yang membezakan kita, orang Islam dengan mereka orang kafir? Jawapannya #SABAR
Seperti bait-bait lagu 'Sifat Mahmudah' dari kumpulan Hijjaz:
Sabar itu, sedikit berbeza.. Ujian yang menimpa sakit dirasa, tapi dapat ditahan perasaannya, hanya bermain di dalam sahaja, di luar tidak nampak terang nyata..
Ketahuilah bahawa gua menaip rangkap di atas sambil mengalunkan nasyid yang sungguh merdu, tsk tsk :p
Jadi motifnya di sini, sebagai seorang muslim, sila banyakkan bersabar supaya kita berbeza dengan orang kafir. Gua buat pesanan ni untuk diri sendiri dan jugak untuk lu semua yang membaca, sebab gua sayang lu, muah. Moh le kite ke arah lebihkan sifat mahmudah berbanding mazmumah. Yukk!
Gua tak pasti akan update ke tak sempena raya nanti, jadi di sini gua hulur sepuluh jari memohon maaf jika gua banyak merapu sampai lu meluat atau sakit hati. Sungguh, bukan itu niat murni gua, sobsob. Sambutlah raya dengan penuh kesyukuran.
uih. baru taw cenggini sifat org penang...
ReplyDeletemau tension drive kat sana,,
bukan semua tp just brace yourself la, hehee
DeleteTolong lah jangan comel sangat blog ni. Hiks ^^ Comel TT_TT
ReplyDeletedah sedaya upaya tanak kasi comel ni, hins hins
Deletehahaha,, semua tempat pun sama.. drebar mcm onggile ! hehe
ReplyDeletepatut kena ada kelas saiko jgk time amik lesen. free. erm. haha
Deletetaon lopeh pergi Penang, yup, jalannya kemaen mencabo tau, ala2 kete2 berkahwen dan tinggal nak berakad nikoh je, sbb rapat sungguh nau2 kecik jalannya. traffik yg sesak, dan pacik macik yg chenta sepenuh jiewa pada HON. Uhh..semua dh rasa dah, kena byk sabarlah. *oh, dan aku agak, pacik macik resident tetap Penang bila tengok kete Selangor masuk jalan dia, bila lambat 0000.01 saat tu, terus *humph, org Selangor lettew. *jgn viralkan komen ni, sy xnak bawak 2k. eh? canne tu?
ReplyDelete*saya takde 2k nak bayar, bukan xnak bawak. aiyo typo
Deletehahaha, a hah, satu lg kalau dia tengok keta lu baru, and then lu ada stiker P, lagi syiok dia buli lu tahu, disamping plat asing.
DeleteDasat lu punya typo dari 'takde' jadik 'bawak'. kahkah epik.
erm, klau kasi gua 2k punnn boley, eh
Laaa, gitu ke perangai orang penang??
ReplyDeletehahahaa...
Aku tak pnah plak drive dkat penang, tp kalau dkat kedah takde plak camtu...heheh
homaii, cero org kedah? kedah tang mana?
Deletebaru last week p penang..kena honk gak..aku bg signal dari jauh..xmau toleransi satu..pastu aku berjaya menyelit plak..mungkin dia honk tak puas hati...haha egois sungguh bila memandu..-_-
ReplyDeletehaha...seronok baca. tolong bagi tips buat ayat comel. mesti tuan blog pun comel je kan.
ReplyDeletebetul sgt la tu. saya dulu selalu berulang alik ke penang. memang speed racer betul la orang penang. sampaikan kakak saya bawak budaya driving penang ke kampung, kena marah haaa...
ReplyDeleteTakkan jalan dalam longkang aduss haha. Lawak ayat tu.. haritu gi penang pernah sekali pon pon ponnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.. Kereta belakang belakang walaupun lambat jalan sikit ahoho :3
ReplyDeleteBaca entri ni setelah baca komen kat entri Cero haha.
ReplyDeleteAku ambik lesen kat Penang jugak, dan tinggal kat sana 3 tahun. Memang kuat hon!
Tapi,tak mewarisila sikap tu,in fact, aku jarang sgt tekan hon.
Kebaikannya, jadi pandai jugakla drive, especially bab parking di tmpt sempit hehe.
Sekarang kat Shah Alam jiwa tenang sikit time drive,takde rasa tertekan sangat bakal dihon.
-Star-