Trend Nama Anak Panjang Berjela

Nur Fathaniah Thariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam
Siti Normayatullah Rabiyatul Arbiah Maizurati Armida Puteri binti Md Arif

Cukuplah nama-nama di atas menjadi mukadimah entri kali ni, itu pun dah kira satu perenggan apa. Memang agak semput jugak kalau nak melafazkan nama-nama diatas dengan sekali napas. Itu belum lagi dia punya pronunciation, sebutan dan makhrajnya lagi, phew!

Gua tak salahkan bapak, apatah lagi ibu yang mengandung, tapi gua salahkan surat beranak JPN yang baru. Sapa suruh sedia ruang panjang-panjang? (Sila refer gambarajah 1.1)







Tengok pulak surat beranak dolu-dolu (sila refer gambarajah 1.2 pulak), seciput je ruang untuk nama anak. Tapi tak tahulah pulak kalau-kalau zaman tersebut jika nak letak nama anak panjang-panjang kena guna lampiran berasingan, kuikui.




Gua sarankan kepada bakal ibubapak sekalian supaya pertimbangkan dulu situasi-situasi berikut sebelum letak nama anak panjang-panjang serupa beras Faeza Herbaponni TajMahal:-

1. Anak lambat belajar tulis nama sendiri;

2. Sesi suai kenal menjadi panjang dan hambar;

3. Berkemungkinan berlakunya salah faham tentang sebutan nama apatah lagi jika anak pelat ketika berucap;

4. Menjadi pelajar yang paling tidak digemari guru-guru sekolah walaupun anak anda bijak bistari (lenguh tangan nak tulis nama banyak sangat)

4. Anak menjadi keliru sebab di sekolah cikgu panggil Zahra, kawan baik panggil Mia, kawan biasa panggil Farzana, jiran sebelah panggil Nasuha etc.;

5. Menjelang peperiksaan, kawan-kawan dah menjawab soalan nombor sebelas, tapi anak anda masih terkial-kial menulis nama sendiri (belum masuk bin/binti lagi tu);

6. Jika anak anda perempuan, mungkin menyukarkan proses akad nikah sebab sukar untuk melafazkan nama anak anda dengan sekali lafaz (belum campur darah gemuruh lagi). Kalau cinta tak kuat, mungkin pengantin lelaki lari akibat tension; dan

7. Satu perlakuan yang sia-sia bila orang panggil anak anda dengan nama singkatan (yang tak membawa makna dalam Islam). Lebih malang lagi bila anak anda diberi nickname seperti Chiko (apa guna letak nama sampai lapan perkataan?!)

Ada jugak kebaikkan nama panjang ni sebenarnya, iaitu dapat masuk dalam Malaysian Book of Records wahahaha, glemer tu. Orang kita kan suka glemer-glemer.



P.S: Entri ni terbit hasil dari ketidakpuasan hati penulis terhadap abang beliau yang meletakkan nama anak barunya Nur Safiyya (sahaja). Penulis ingin menambahkan Nur Zara Safiyya supaya penulis boleh memanggilnya Zara tetapi direjek oleh abang beliau. Namun begitu, penulis berazam untuk memanggil anak buah barunya itu sebagai Safiyya dan bukannya Piya, Piah, Safi Rania atau sebagainya.

P.S 2: Amboi panjangnya P.S

43 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. beri nama anak yang ringkas dan ada maksud dalam Islam, itu dah cukup baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yg terbaik dan tak 'mendera' anak mahupun guru, jajaja

      Delete
  2. HAHHHA sumpah semput sebut 2 nama panjang kat atas tu. Mesti kes tak tahu nak pilih nama yang mana satu, dah semua orang suggest nama itu-ini, sudahnya gabung semua nama. Adil gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibu, ayah, atuk, nenek, acik, oyang semua nak bagi sumbangan. kena jaga hati masing2 :p

      Delete
  3. Ayoyo. Manyak lawak. XD Kasihan sungguh pada bakal pengantin lelakinya nanti. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung2 bakal pengantin lelaki tu lari cari org nama pendek mcm gua :p

      Delete
  4. nanti aku nak bagi nama anak aku zira rox, tapi panggil tipah kpop. bole?

    ReplyDelete
  5. alaa ko macam nak kondem nama anak aku je ni.mincik la :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana aku tau. yg aku tau nama anak ko Jasmin je, ke ko ada anak baru tokk?

      Delete
  6. hahahhha.. suka hati abang awak laa nak letak nama anak dia apa... wkwkwkwkw

    ReplyDelete
  7. Betul sangatlah kesan2 buruk yang tulis tu. Hahaha.. Terbelit2 lidah nak nyebutnya pon.. Apa kata nama yang lebih2 tu untuk anak yang lain pulak nanti.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe depa merancang nak ada anak tunggal je, kuikui

      Delete
  8. betul dik, akak kalau tulis dalam buku rekod kehadiran, byk kutip pahala ....sabar jelah!

    ReplyDelete
  9. Aku cukup anti nama2 panjang cam contoh kau tu...
    Aku ada anak nanti, aku nak letak satu nama je ber-bin-kan/ binti-kan aku...
    Aku tak peduli bini aku nak nama panjang mana pun, aku nak satu nama je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kang bini ko mintak cerai talak satu kang? kuikui.
      aku nak sajes Ceri Binti Cero

      btw, sapa kata nama2 tu contoh, ia perkara benerrr..

      Delete
  10. betul tu.. memang surat beranak JPN yg salah!! hahaha

    ReplyDelete
  11. nanti nak tulis nama time exam Masya Allah,belum jawab dah berpeluh tangan hahaha xD

    ReplyDelete
  12. yang jadi masalah kat den pulak, nama dah letak boni, tapi orang lain panggil daniel lah, haiqal lah, rayyan lah, iskandar lah. shahputra lah. ada yang panggil daniel haiqal rayyan iskandar shahputra. pening penin..

    ReplyDelete
  13. hahaha . sekarang memang trend nama kalau tak dua baris tak sah . laki tak kisah lg , tapi perempuan semput bakal suami nak akad nikah .

    ReplyDelete
  14. Krik3 sangat la.. nama panjang cenggitu ... jenuh oiii hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cegkerik pun tak larat nak bunyik begitu punya panjang :3

      Delete
  15. anak buah aku nama dah sabrina . dipendekkan lagi jadi nina . takfaham aku .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau aku jadi hang, aku pangil ya Sabrina Kekasih Lama lah

      Delete
  16. tergeliat lidah kalau baca nama panjang panjang ni XP belum nama bapak lagi

    ReplyDelete
  17. tu la skg ni semua nak bagi nama ank pnjg2. biar lah nama pendek aslkan punyai maksud yg baik. hehe :D

    ReplyDelete
  18. haha entry tak puaih hati rupanya...xpa apa kata nama anak sendiri kelak buh zara..eceh..;p

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah baru dari atas scroll baca komen hahaha. Nama kita dua perkataan jr ._. :3 .-.

    ReplyDelete
  20. ni belum bayangkan macam mana cucu-cucu mereka mereka yang bernama panjang ni nak perkenalkan nama datuk nenek mereka kepada kengkawan. :3 Tak dapat dibayangkan nak sebut " Nama datuk saya ialah bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla" .

    ReplyDelete
  21. weyhh aku induu arr ngan kau zyroxx..k tu je nak cakap...

    ReplyDelete
  22. best kan kalo ade anak., hihi2

    ReplyDelete
  23. Ko nk nama anak dia lbh kurang nama ko apsal... zara n zyra.... ehhh mcm nama bebi kembaq plak..

    ReplyDelete
  24. Ko nk nama anak dia lbh kurang nama ko apsal... zara n zyra.... ehhh mcm nama bebi kembaq plak..

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape