Hi, Saya Seketul Metabolisma


Dengan berat 40 kilo dan tinggi 155 sentimiter, gua sering dianggap kecik tapi gua prefer istilah comel. Di atas merupakan soalan-soalan lazim dan ruji yang selalu gua terima. Kalau malas, gua hanya akan jawab dengan menguap. Kalau rajin (in rare occasion), gua akan explain seperti berikut:
Badan gua mempunyai kandungan metabolisma yang tinggi di mana kadar pembakaran lemak di dalam badan gua sangatlah aktif sehingga membuatkan gua sentiasa lapar. Ya sentiasa lapar dan sentiasa nak makan, malangnya makanan yang gua ambil hanya memberi sedikit sahaja kesan kepada badan. Kandungan metabolisma akan semakin berkurang sesuai dengan peningkatan umur, maknanya gua mungkin akan berisi bila gua makin tua nanti, atau ehem, lepas kahwin.

Most of my friends yang tergolong dalam kategori fatso akan berasa iri hati betul dengan gua yang depa sifatkan sebagai 'memiliki perut stokin'. Makan, makan, dan makan, mana pegi ntah semua makanan, jadi poops semata-mata barangkali. Tapi depa tak tau, gua spend duit untuk beli makanan lagi banyak dari depa spend duit untuk kurus (nangis celah almari).

Tidak kurang jugak yang cakap gua bela saka. Entah apa faedah yang boleh gua dapat dari saka gua pun tak pasti. Pernah gua mengadu pada doktor berkendaan kondisi gua ni time pergi ambik ubat sebab demam (nak MC je sebenarnya, kohkoh). Tau dia jawab apa? "Biarlah masa yang menentukan". Gua syak dia ni banyak sangat tonton drama Melayu. Dan gua tetiba rasa sangsi dengan kredibiliti beliau.


Tapi sejak akhir-akhir ini soalan cepu emas telah bertukar rentak, dari soalan mengenai fizikal, kepada soalan yang lebih spiritual...



Ha.. ha.. ha.. tunggu sat saka gua nak keluar mengamuk!


Gua tak suka pertanyaan yang tak disertai dengan sebarang cadangan atau solution. Contohnya bila tanya kenapa gua kurus, sertai lah dengan satu bucket ayam kepsi ke. Bila tanya kenapa gua masih single, sertai lah dengan bawak dua tiga orang calon suami di sisi.. I'm just a simple person with simple needs

Kita memang tak boleh nak tutup mulut orang, kalau mulut tempayan tu lain, gua pecahkan je tempayan tersebut, muahaha! Jadi, jangan jadi tempayan. Jalanilah hidup dengan penuh bergaya.


       

60 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. Hmmmmmm, kite spesis yang sama nampaknya.. Aku berat sikit la sbb aku tinggi lg..
    Tp soklan cepukcemas tuh memang sentiasa menyinggah.. Best gak tuh, kalau tanya jek, sertakan sekali ngan kepsi ke, mekdi, ke, subwei ke..barula aku ni boleh gemok haaa..

    Aku setuju sesetuju setujunya... duit beli makanan lg banyak dari org kurus belanjakan utk kurus.. QAQ aku lapar like 24/7 koooooot..

    Hmmmm, soklan yang no 2 tuh.............*krik...krik...krik..*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muahahah perut kita ni umpama kedai tujuh sebelas lah kan kan, sentiasa terbuka ><

      Delete
  2. Biasa orang kurus2 ni,gua tuduh dia ambik dadah je. kehkeh

    ReplyDelete
  3. samalah cenggituh......makan cam bela saka,tapi,berat tetap maintain .. :0

    ReplyDelete
  4. Aku nye berat 45kg dan tggi 163cm.mohon kita tggal dlm satu khemah saiz budak tadika.kakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa hang lagi tinggi? Ini tidak adil, kakakaa ><

      Delete
  5. haha. haritu pulak yaya beli makanan dua bungkus.. terus abg sepupu yaya cakap "ISH. NDA PAYAHLA MAKAN BANYAK-BANYAK. NDA PANDAI JUGAK KAU BESAR KALAU MAKAN BANYAK"
    serius.. sentapnyaaa.. hahaha.. mentang-mentanglah yaya kurus dan paling pendek. :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaha itu lagi satu masalahnya. Beli makanan byk pun org bising, diskriminasi betul bah ><

      Delete
  6. jom geng haha. aku 42 kilo tinggi 151 je xD

    ReplyDelete
  7. Hahaha.. Aku tinggi 156, berat 67kg.. bayangkan.. Apa-apa pun aku rasa as long as kita hepi ngan badan sendiri persetankan orang yg takde kena mengena dengan proses pengisian perut kita. Hal kawen pun. Alah, sebok pulak dia tanya kita nak kawin bila. Bukan nak sponsor bunga telur pun klau kita cakap kita nak kawen. Modal bercakap je tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apesal ko ngan Zyra ni chiut miut neyh?

      Betuuuulll..! Aku happy jek ngan kekedingan aku...angin tiup melayang, senang, xyah guna banyak tenaga berjalan..haha..XP

      Delete
    2. wow Day... tinggi aku 1cm je lebih dari ko, tapi bab berat tu kurang la (tapi takde la sampai 10kg kurangnya dari berat ko, hahah, just almost la...), still... aku rasa ko ni maybe kes tulang padat kot, so berat tulang je lebih tu... bukan kes lemak sangat, kan? aku pulak makan tak banyak langsung, cepat kenyang, dan kekenyangan tu dapat bertahan agak lama la. berat badan aku susah nak turun, metabolism slow benau. aku rasa berat ni memang dah stagnant dan susah nak turun, melainkan aku buat vigorous exercise on a daily basis, dengan konsisten... pergh, tak sanggup pulak aku... hahah X3

      so far berat badan aku sekarang ni tak mendatangkan masalah kesihatan pada aku, so... OK la kot? tapi kalau dapat kurangkan lagi, syiok gak, lebih bergaya... keskeskes ;3

      Delete
    3. jadi gais, gua lah yg paling renek kat sini? Sobs,
      Setuju dgn Dea, janji happy, persetankan yg lain hah! ><

      Delete
    4. salah!, gua lgi pendek, 149 je hahahaha, untung arr sape spesis tingi-tinggi,
      kadang-kadang nk gi oder kfc pun orang mcm taknak pandang aku nk oder makanan.
      sob3....

      Delete
  8. gua prefer istilah petite... koh koh koh

    Gua suka makwe suka makan sebab kalau gua belanja, gua takkan rasa menyesal. koh koh koh
    Ini kalau gua belanja tapi makan sikit, rasa tak berbaloi plak belanja... kah kah kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cmon Ojin, takde ayat **smooth** lagi ke??

      Nak belanja zyra ajak aku sekali...hahahah

      Delete
    2. Aku nak ikut gak..! Ngeeeee...

      Walaupun aku tak mengkategorikan diri aku as makwe/cewek, aku memang pasti aku takkan menghampakan ko.. AKU MAKAN BANYAK.. UvU

      Delete
    3. Alah apa ni apa ni, biar ojin lanja gua dah ah, kalau cEro dgn Lee ikut nanti kurang makanan utk gua, keh keh keh.

      Petite? I loikesss ><

      Delete
    4. Err, jap gua sangsi ni. Entah berapa byk dah makwe dia belanja sampai berpengalaman begitu rupa *korekidung

      Delete
    5. cEro: kemon cEro.. janganlah bagi nampak aku obvious sangat.. wkwkwkwkw
      Lee Kun: Ko makan banyak?.. baiklah nanti aku timbangkan... koh koh koh
      Zyra Roxx: hahahha... gua selalu belanja opismet okay.. dan depa makan tak banyak... tak berbaloi.. kkoh koh koh

      Delete
    6. Harap you tak nyesal nanti belanja ai. Kahkahkah!

      Delete
    7. amboii.. tetiba bertukar jadi you and Ai ... kah kah kah

      Delete
  9. Aku pon rasa metabolism aku tinggi, tp aku jenis lain sikit dgn kau.
    Aku cepat naik, dan cepat pula turun.
    Kalau minggu ni bedal kambing golek, sure naik badan.
    Tapi bila aku rasa naik, esok lusa badan akan turun balik...hahahah

    Bab jodoh..."Biarlah masa yang menentukan"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang ada berat badan yoyo. Gua pernah naik sekilo je, saited kenmahen! Lepastu timbang jd kurang balik at the menten 40 je, sobsss

      Alahh, belum check kolestrol lagik! =_=

      Delete
  10. gua cukup pelik dgn perangai sesetengah makhluk beremosi yg bergelar manusia ni yg mmg suka sangat la menyibuk hal peribadi org lain, lagi pelik jenis yg suka menyibuk hal org yg dia langsung tak kenal pun, as if kalau dia tak menyibuk hal org lain tu, hidup dia boleh jadi hancur luluh dan barangkali kiamat akan datang lebih cepat. selalunya, org yg kuat sangat menyibuk hal org lain ni mmg takde life sendiri yg dia rasa worth living, atau dia sendiri ada masalah keluarga yg kronik, maka, demi mengalih kepedihan yg dia lalui, dia memilih utk menyibuk hal kehidupan org lain. seriously, poor souls... better dia guna masa dia utk memperbaiki situasi hidup dia sendiri, dari dok menyibuk hal kehidupan org lain 24/7. nothing good will ever come out of it, hidup org macam tu tetap terus bermasalah yg takde penyelesaiannya (sebab dia sendiri tak nak selesaikannya), dia lebih suka menyibuk nak highlight 'kekurangan' yg dia rasa org lain tu ada, demi mengisi kekosongan hidup dia sendiri. seriously, pathetic beings... apa yg berlaku dalam hidup lu, akan affect hidup diorang ke? lu tanya je soalan camtu kat diorang... belum sempat diorang jawab, lu blah je... hahah ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu faktor besar.... mungkin satu lagi faktor adalah orang2 macam kite ni yang jenis x melawan, kire kes malas nk besarkan hal..nak taknak layan jekla..

      X sampai hati dude nak tanya..kang nangis x berlagu plak..kekeke.. tapi kalau dapat buat tuh, nescaya level macho aku mencanak tinggi..XP

      Delete
    2. Hahahahaha kain depa dah cukup labuh, sebab tu sibuk kain orang pulak ><

      tak salah nak bertanya tanda kita concern ke, tanda sayang ke tapi kita patut fikir dulu soklan tu nanti akan menyinggung perasaan ke tak. Contohnya bab soal kawen mawen. Org yg jawab tu mungkin dgn tersenyum tapi di hati ini, hanya tuhan yg tahu, di hati ini…. HAaa kan gua dah termenasyid kat sini ><

      Delete
  11. wah,,,,metabolisma tinggi???klau macam aku,,,kategori apa??,,badan turun naik,,klau makan banyak,,,banyak lah naik,,klau diet,,,banyak lah turun nya,,,klau makan normal,,maintain je laaa,,,,aku pernah turun 30 kg,,,pastu kering sgt,,,aku naik kan balik 20 kg,,hahah,,macam remote control,,ejas jee volume,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang pun kategori berat badan yoyo. Tapi lain macam sikit siap boleh control bagai. Sure lu tak dicipta dalam lab or something? JK ><

      Delete
  12. Aku rasa aku sama la..kadar metabolisme tinggi jugak. Makan la banyak mana pun, tp tak naik2 jugak badan. Orang lain pun jealous dgn aku sebab sentiasa nampak fit. Kehkeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelaki selalunya begitu maybe sebab hempa golongan yg kuat dari perempun. Tapi jejaga, lepas kawen selalunya lelaki perutnya ke depan ><

      Delete
  13. Aku jenis kurus mcm tue jugak, tapi dalam setahun nie badan dan mula naik, nampaknya alarm clock dah keluar, tak boleh makan banyak ikut perasaan saka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muahahha nampaknya metabolisma dah makin pupus, kena start eat healthy gitu ><

      Delete
  14. aku golongan fatso! jeles kat ko! mohon derma sket metabolisme!

    bab tanya bila nk kawen tu kita sekapal kah3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muahahaha kenapa naluri gua mengatakan lu tak sefatso mana? ><

      Delete
  15. Tinggi saya 154. hee.. lebih kurang. dan.. saya pun diserang ngan soklan2 tu. Soalan kurus dan soalan x de calon. haih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesss! Gua lagi tinggi. Hahahah. Lumrah lah soklan tu. Japgi bila dah kawen tnya bila nak ada anak, bila ada anak tnya bila nk ada cucu, ada cucu tnya bila nk mati, ehh ><

      Delete
  16. haahhahaha.. sama la jugak,, orang tanya kenapa kurus sedangkan makan kuat.. padahal dia tak tahu yang benda tu semua digunakan dalam badan, but ada 30% yang bertukar menjadi lemak yang berlipat di perut... hahah .. :3
    #makankuat #kurusselalu

    #blogwalking

    ReplyDelete
  17. HAHA..i feel u beb....part metabolisma tggi tu memang penah kena....sehari tak sah kalau tak cakap psl berat badan...padahal duit bnyk abes beli mknn je..bia la...mulut orang kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha biasala manusia curious tak bertempat ><
      yeyy geng lagi!

      Delete
  18. hukhuk. sy berat badan ok juga, tapi bila tengok badan dekat cermin... errrr terkejut sampai mata dah nak terkeluar. takkan la penimbang berat tu menipu kot o.O Muehehe.

    Lain kali bila jumpa kawan2 atau sedara mara, jangan lupa bawa lesung batu dalam handbag, mungkin boleh jdi berguna bila soalan2 mcm tu ditanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh apa yang lu nampak dalam cermin tu? Teringin pulak nak tau, wahahah ><

      Delete
  19. jelesss...kita susah nak turunkan berattt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak turun apa, gua nengok lu dah cukup cun dalam gambo tu ><

      Delete
  20. saya pun kurus jugak,berat 34 je tapi Alhamdulillah angin bertiup pun tak pernah lagi jatuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. 34? *Gosok2 mata
      Hahahah angin tiup tu mitos je. Kalau taufan katrina tu mungkin la kot kita terbang =_=

      Delete
  21. saya juga seorang yg bermetabolisma tinggi, jadi saya makan dgn kadar sedikit tetapi sgt kerap. jadi kepada zira, sila practice beli mempelam epal yg gemok2 fatso dan sumbatkan kat mulut mereka yg tidak bermoral ittew.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huahahaha rugilah, dari sumbat mulut depa baik sumbat ke mulut gua ><

      Delete
  22. hahahahhahhaa. jeles okay... kita jeles dengan orang yg metabolisma tinggi nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa nak dijeleskan, tiba masa ku gemuk jua ><

      Delete
  23. hahaha yeke kak? Sian akak, huhu err kebaya? tunggu hari nikah lah. khahahaha *gataiii :3

    ReplyDelete
  24. org tak pernah tny kenapa aku kuruih sbb aku tak pernah kuruih..tapi soalan tny bila nk kawen aku sudahi dgn awat, nak belanja duit hantaran ke?

    ReplyDelete
  25. mulut orang memang gitu...
    tapi biasenye kalau orang tanye aku macam mana nak kurus, aku cakap sile exercise. tapi bile orang tanye aku pasal kawen memang jawapan aku "sila bagi aku duit dan calon suami". sekian.

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape