Dari karena mata
yang punyai kuasa
aku tergoda, aku tergoda, terkeciwa
Yep, gua tahu selalu orang cakap 'dari mata turun ke hati', tapi gua rasa elok juga cakap 'dari mata turun ke kaki'. Jangan la tanya kenapa, tindakan refleks barangkali, hihihi.
Okey, harini gua nak membebel fasal salah satu deria terpenting manusia: mata (harap takda yang kaitkan entri ni dengan iluminati). Seperti sedia maklum, seiiring dengan arus kemodenan, bertambah canggis manggis lah teknologi sekarang, hingga banyak evolusi terhadap mata dilakukan, err evolusi?
Zaman sekarang ni, kalau rabun dan lu malas nak pakai spek, lu boleh buat pembedahan laser in-situ keratomileusislasik (LASIK) asalkan ada duit berkepuk-kepuk dalam bank. Kalau takde duit, cubalah mintak tolong otromen gi laserkan lu punya mata. Tetapi bukan isu tu yang gua nak ketengahkan sekarang (ceh, serupa mesyuarat PIBG pula).
Yang gua nak kisahkan kat sini sekarang fasal kecantikkan mata. Jangan teruja sebab gua bukan nak bagi tips atau petua kasi mata cantik tapi gua nak tanya lu semua kenapa mata besar tu equal comel? ataupun formulanya berbunyi begini:-
mata besar = comel²
(Kahkah cegampang betul formula ini)
Jangan nak menidakkan pertanyaan gua. Kalau tak, takdela diciptakan cara-cara berikut untuk 'membesarkan' mata bagi mereka yang kononnya bermata kecik:-
(1) Pembedahan di kelopak mata (entah le apa nama saintipiknya) bagi mereka yang bermata sepet dan sembam gila sampai orang pun tak berapa pasti sama ada dia celik atau pejam. Lazimnya dilakukan oleh orang Asia, terutamanya golongan retis sebab depa ada banyak duit. Gua syak depa ni terpengaruh dengan anime yang mata besar-besar dan berkilat-kilat.
(2) Kontek lens yang berdiameter lebih besar dari biasa lalu memberi efek mata hitam kelihatan besar secara mendadak tahap alien. Dah boleh mula buat lagu 'besar mata hitamku', hahaha nangis kumpulan Wings kalau depa tahu. Harap berjaga-jaga dengan cara ni sebab silap haribulan lu berkemungkinan boleh jadi buta terus. Tengah elok-elok ada mata, langsung takde. Nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang engkau dustakan?
(3) Aplikasi edit gambar di smartfon yang membolehkan pengguna membesarkan mata atau apa saja bahagian tubuh badan yang nak dibesarkan. Kelebihan guna aplikasi cenggini adalah, lu akan diminati ramai dan dapat banyak likes. Keburukkannya pula, lu mungkin akan dicaci maki atau lebih teruk lagi, dibelasah ketika pertama kali bersua muka di alam nyata. Kah.
Nuff said
(4) Tutorial mekap yang extreme untuk menampakkan mata yang besar. Cara ini boleh lah diibaratkan seperti aplikasi edit gambar in real life. Peratusan untuk kena belasah time jumpa pertama kali tu kurang. Tapi lepas kawen tak tahulah bagaimanan pula ceritanya. Kalau lu rela bermekap 24/7 gua rasa takda masalah sebab mungkin lama kelamaan suami akan ingat lu memang natural cenggitu.
Jadi di sini, gua nak tanya apa hinanya bermata kecik? Entah lah, semua ciptaan Tuhan nak dimodify, sesekali bawak-bawaklah bersyukur. Bukan sekadar mata, boobs, bibir, bontot, penis pun nak dibesarkan. Apa kata kita mula besarkan akal dan amal pulak?
Terimalah gua apa adanya (motif?)
Skrang ada produk memutihkan tempat sulit wanita.haa itu dikira tak bersyukur ke mende?
ReplyDeleteerr entah, gua bukan ustazah ><
Deletemacam macam la kan :)
ReplyDeleteho oh ><
Deletebesarkan n edit boobs n butts kt pic paling lawak.. dgn background skali effected
ReplyDeletehahaha itula ngedit sampai tak ingat dunia ><
DeleteGua mungkin outdated, tapi gua tak berapa nak berkenan sangat dengan makwe yang solek tetebal dan pakai konteks kaler maler atau bersaiz rim 18 inci.
ReplyDeleteCukup sekadar tepek bedak nipis dan merahkan bibir supaya tak nampak pucat. wkwkwkwkw..
Gua oke
gua ni kalau tak pakai apa pun tak pucat, hohohoh
Deletebetul ke oke?
ya betul.... koh koh koh
Deleteem sebenarnya apa yang oke dan apa yang betul? hahaha :|
DeleteAku=mata kecik macam lelaki2 anime/manga shoujo+hidung panjang macam lelaki2 anime/manga shoujo+tinggi dan slender macam lelaki2 anime/manga shojou
ReplyDeleteKesimpulannya, aku ensem..so aku x kesah kalau takde mata besr chumil2 nih..tak boleh tamak sangat, comel nak, ensem pn nak kan..akal pun besar..UvU Amal tu...ehemmm, sedang dalam proses..eheee..
Gua terima lu seadanya, Zyra.. *nyanyi lagu Just The Way You Are, Bruno Mars.*
~~When I see your face..there's not a thing that I would change...!!~~
Delete**tetiba**
@Lee-kun: again, apesal lah lu ni bukan jantan Lee??? T_T gua syak nanti lu mesti dapat hubby comel, sebab lu dah kacak, kakakaka ><
Delete@cEro: i know i'm not the only one, ehh ><
beliau perempuan?! lulz.takjub aku.
Deletetajuk lu selalu gempak dulu kan. haha
ReplyDeletepengaruh harian metro gamaknya T_T
DeleteAku salah seorang yg sgt menilai orang guna mata.
ReplyDeleteTp pd aku mata kecik tak hina, asalkan pandai jaga.
Yg besar pon, kalau perangai cam najis, hina jugak jadinya....hehehe
**kenyit mata ciked**
yelah sbb dari mata kita dapat tau orang tu jujur ke tak, nipu ke tak, low self esteem ke tak n macam2 lagi kan kan
Delete*terbayang lu kenyit mata kat budak, dan mak dia terus bwak budak tu jauh dari lu, kakaka
Kadang2 gua tengok yg mata kecik ala2 cina hot jugak apa...gua baru tengok cermin n mata gua kecik jugak. So, gua hot rupanya...hahaks :)
ReplyDeletekahkahkah kelakar la Bro. cainis look sometimes hot woo
Deleteobses mata besar..eleh tak papeeee ntah...*taktau pasaipa emo, AHAHA
ReplyDeletegua tggu je ni bila org nk obses mata kecik pulak, hahah
DeleteMata gua tak kecik tak besar, biasa je, tapi gua rabun jauh. Nak pakai contacts tak berani, gua tetap pilih spectacles. Mekap? Lagi tak kuase gua nak letak, buang mase dan duit je kot, cukup la sekadar apply lipgloss supaya tak nampak pucat macam orang sakit baru keluar spital... hahah. Actually kan, kalau selalu jaga muka dgn pakai facial bar soap mlm2 waktu sebelum tido utk kawal muka dari berminyak n jerawat, mekap itu adalah sesuatu yg mengarut dan tak diperlukan langsung dlm kehidupan perempuan yg bukan kne kerja sbg retis atau masuk tv. Hahah...
ReplyDeletePM gua fasal facial bar soap plz, hahahaha (serius)
DeleteGua pun rabun, tp masih dalam denial mode dan sgt malas nk pkai spec, bila perlu je la pakai :3
Hehe takpa gua kasi tau kat sini je, gi ke farmasi, tanya apa selection of facial cleansing bar soap yg dorang ada. Pilih yg ada ingredient tea tree oil. Semoga berkesan. Heheh...
Deletetak perlu nak modify buat mata besor..mata kecik pun comel jugak :)
ReplyDeleteyep, kecik tu kan selalu dikait dgn comel ><
Deletemata dibesarkan.. !! >_< selalu jumpa gambar macam tu. ergh!
ReplyDeletehahaha ><
DeleteGua pernah komen "fake" kat gambar friend FB yang gua tak rapat.
DeleteTerus kena unfriend.
wkwkwkwkw
kan dah melepas sorang calon, wkwkwkw
Deletemata kecik pon comey gak. Maybe nak mata besar pasai nak tiru k-pop kot. Dulu pernah pakai contact lens gak tp prefer yg diameter dia tak besar lah pasai nampak cam alien. Dulu pakai pun pasai nak fefeeling mata kaler-kaler macam omputeh. HAHHAHA. Tapi sekarang dah tak pakai, leceh nauu.
ReplyDeletegua rasa nak jugak pakai contact lens sbb tanak pakai spec. tapi rasa seriau lain macam nak letak benda kat mata, pastu nk tnggalkan lagi :3
Deleteduit tak berkepuk.kat mana saya boleh dapatkan khidmat otromen tersebut? sila pm.kikikiki(gelak anime)
ReplyDeletebuat masa sekarang encik otromen fully booked, kakaka ><
Deletetp mata kecik pon comel what. tak tau kenapa ada obsesi nak mata nampak besar segala. tak pernah pula dengar orang buat pmbedahan nk kecikkan mata, hehe. rasa mcm sakit mata kot tgk contact lens yg berwarna warni tu, rasa mcm nampak pelik ada la o.O
ReplyDeletehahaha tula, depa yang pakai kita yang sakit ><
Deleteahahahaha tapi mata gua mmg besar bila tengok cicak, geli! ><
ReplyDeleteaku pun tak pasti knpe ade orang yang obses sungguh nak bermata besor. kalau mata besor tapi akal kecik pun tak guna jugak. sekarang aku tak faham apsal aku tetiba kaitkan mata dengan akal.
ReplyDeletetakut baca ayat akhir..
ReplyDeleteoleh kerana saya baca post ni agak lambat, maka saya dpt baca komen yg berjela-jela dibawah. Mcm2 gak respon org psl mata ea.. oh ya, saya sbnrnya katogeri mata besar. Tp slalu org kata takut tengok saya. mcm tngh marah la apa la. hahaha... mata besar pun salah...
ReplyDeleteorang kata mata besar tu sexy, cantik. tapi bagi saya mata ada eyebag tu comel. (puji diri sendiri) kahkah!
ReplyDelete