Zyraroxx Diserang Oleh Lanun Ranggi!

Hey,

Amboi nampak gayanya ramai jugak yang meneka watak cosplay yang aku mainkan dalam entri Zyraroxx Main Cosplay itu hari.

Jawapan yang tepat mengikut skema pemarkahan adalah:
The Punisher

Hohoho memang lah kadang Marvel ada tulis Punisher je, tapi rasa macam tak sedap pulak tanpa 'the' macam Si Penghukum tanpa perkataan 'si'.
Apa pun keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

Peneka tepat (The Punisher) adalah:
1) Aujinz a.k.a. Lanun Ranggi
2) Afzal Sukasuki (ada ke dia sajes nama alternatif seperti Siti Punisher?)
3) Lee-kun (come back and let me love you!)

Peneka separa tepat (Punisher) pulak:
1) Firdaus M
2) Aiman Mania
3) cErolian (boo!)


Daripada enam orang peneka di atas, hanya seorang je peneka perempuan yang meneka dengan tepat, sayangnya dia terlambat dua komen, huhu. Sebagai seorang manusia yang janjinya ditepati, now aku nak review blog Lanun Ranggi (LR) (wee tabur confetti).



Aku dah kenal dengan blog LR ni sejak di bangku sekolah tahun 2012 lagi. Blog LR bagi aku best sebab blog dia lain dari blog lelaki-lelaki yang lain. Suka untuk aku tekankan kat sini bahawa blog lelaki yang best sangat lah sedikit. Jadi untuk terjumpa dengan blog lelaki yang best itu adalah sangat rare and collectibles gitu. Aku rasa ramai blog milik lelaki-lelaki sekarang lebih terarah kepada blog untuk buat duit. And trust me bebeh, blog untuk buat duit ni sangat bosan.

Selain melanun, Aujinz jugak rajin (ke?) melukis komik. Itu aku rasa salah satu tarikan utama blog LR. Yang aku dengki sekali, dia lebih reti lukis perempuan berhijab dari aku sendiri yang merupakan sejenis perempuan berhijab ini, hnss hnss. Oh ya, sebagai seorang yang agak veteran (kihkih), maka terdapat banyak lah entri-entri yang berkaitan permainan ataupun lifestyle budak dulu-dulu. Kalau baca, hangpa pun akan terimbau nostalgia lama. Tapi kalau engkau generasi Z dediam je situ.

Sebagai seorang lanun yang suka memasak, blog beliau jugak ada menyediakan resipi ringkas masakannya. Aku tak pernah berkesempatan untuk try lagi sebab kesuntukan waktu, ufufu. Blog LR jugak turut diserikan dengan kehadiran Mem Kecik yang sangat comel. Most of his entries berkaitan dengan life beliau, takdelah banyak merapu macam entri-entri aku.

Eik, apesal macam hensem sangat je aku lukis ni??!


Blog LR loading time pun takdelah lama sangat, means blog LR takdelah seberat tuannya, melainkan kelajuan internet engko yang bermasalah. Di samping tu, background blog LR yang putih suci jugak memudahkan pembacaan, takdelah berpinau bijik mata aku. Kalau kau tengok sidebar dia macam takde menda ja kan? Hahaha kau sepatutnya bukak mata sikit sebab segala macam harta karun rampasan perang semua ada dekat dalam menu tab bawah header blog. Bercakap mengenai header, bila nak tukar baru bang? 

Secara keseluruhannya, aku berani jamin korang semua takkan menyesal kalau ke blog LR. Kalau rasa menyesal pun peduli hapa aku? Tapi aku ada sedikit terkilan lah sebab, seperti kebanyakkan blog best yang lain, blog LR ni sangat jarang berupdate. Mungkin atas faktor kesibukkan si Aujinz. Tapi aku harap blog LR tak terus berkubur macam blog awesome yang lain. Sayang woi!

***

Err.. kejap, apesal aku asyik dengar bunyi napas ala Darth Vader je kat belakang aku sejak tadi?
Dalam bebanyak villain, Darth Vader lah yang paling aku takut.
Bunyi napasnya tu menyeramkan dan getting on my nerves gitu.
Hahahahahh!


Lupa pulak aku yang si Firdaus M ni pun bunyik napasnya boleh tahan sebab pakai gas mask taknak tanggal. Aku kurang pasti sebab apa, tapi mungkin untuk elak dari terkena gas pemedih mata yang ditabur pihak berkuasa (fitnah). Sebab bunyik napas yang hampir sama, jadi aku buat keputusan untuk review blog beliau jugak, yey!

Actually blog Firdaus M bernama WHY atau nama penuhnya unter diesem gesichtspunkt. Aku bukan mencarut di situ okey, ayat Jegheman tu bermaksud under this aspect (kot?). Setiap entri dia tu deep betul, sampai tergolek-golek aku ber rolling (get it?). Ada ke patut dia cakap takyah review blog dia, tak sesuai untuk gadis katanya. Siap bagi link untuk ke blog kawannya yang hensem dan kaya sebagai pengganti. Dia ingat aku ni seorang bimbo ke cemana? Ceh.

Bila kau orang masuk blog dia, baca entri dia kau akan rasa cool gila. Yang gadis mungkin akan tertanya-tanya dia ni dah berpunya ke? Tak usah lah kau pasang angan sebab dia dah bertunang pun (kantoi stalk). Kalau kau spesis yang reti ber Tumblr, boleh lah terjah dan follow dia kat sini. Maaflah aku sampai sekarang tak faham bagaimana Tumblr ni berfungsi *batuk-batuk tua*

Tapi aku sangat geram ni. Apesal entah dia disable comment dekat blog. Menggigil-gigil dibuatnya jari-jari aku ni nak menaip komen tapi tak boleh, hahaha. Kalau si lanun tadi kenmain putih berseri, blog WHY ni boleh lah aku ucap welcome to the dark side wahahaa sebab background dia itam legam. Jadi berpinaulah sekejap bijik mata aku kat sini.

Amacam best tak aku punya review? Kalau best nanti kita main teka-teka lagi eik? Kahkah.
(kosser)


I 'lava' you, my blogging friends! 

18 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. bila masa ada main teka-teka ni? mengapakah aku terlepas? haha

    Suka baca Lanun Ranggi gak.. pendek kata semua blog yang ada kartun2 ni memang best.. n mmg akan difollow.. even orang lidi pon aku suka LOL

    Blog yang kejar duit ni kadang2 membosankan.. sebab buat review barang yg dia tak pakai pon sebenarnya. ok bye selamat hari Malaysia!

    ReplyDelete
  2. Alaaa...
    tertinggal 'The' pun nak kisah laa cik Zyra ni...
    Belum cakap nama dia Frank Castle lagi,..Hehehe

    Blog Aujinz memang power. Kalaulah diri ini perempuan, sure dah jatuh cintan dengan tuan blognya...hahahah

    Blog Firdaus belum sampai lagi...
    InsyaAllah nanti gi stalk, sementara tengah waktu rehat ni...hehehe

    Rare sungguh blog lelaki yg best.
    Betul2, laa ni banyak blog kejar duit je...Jual produk, jual tips SEO bagai...
    Macam laa saya kisah...hehehe

    ReplyDelete
  3. Ada pertandingan ke ji? lol kenapa aku tak tau, tulah, dah berpuluh tahun tak update kan. haha. anyhoo, aku dah follow dah blog Aujinz tu, tapi yg satu lagi tu terlampau deep sampai nak kena panggil Adele buat performance

    ReplyDelete
  4. Apsal aku punya jawapan salah weh??haha....
    Blog aujinz tu aku follow dan baca gak kadang2 sebab blog kartun ni macam menaik sikit pada aku....
    Tapi blog firdaus M tu betul deep la...aku pun x faham sangat. English aku pun kelaut, baca english yg deep lagi la ke dasar laut terus....

    ReplyDelete
    Replies
    1. *menarik

      verb 'tarik'
      example 'aku tak suka minum teh tarik'

      source: kamus broxford

      Delete
  5. Hoyeah...
    dapat reviu free.. wkwkwkwkw

    Lanun tak semestinya berketrampilan seperti lanun.. Lanun Cetak rompak pun ada yang smart pakai kot semua tauuu... koh koh koh...

    ReplyDelete
  6. Aujinz bila nak up entry masak-masak lagi kat blog nihhh??? hahah~ ;3

    ReplyDelete
  7. Tahniah tahniah... KTC awal awal lagi dah menyerah dan kalah hari tuuu XD
    Pssttt... Nak belogwalking jap.. Ngehehehe

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. take note ye. lanun ranggi punya owner dah kurus. kakakaa. - mampus aku kalau ojin baca ni

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. entah..asl aku terlepas game nie..
    asl tak ajk aku..haha..
    wat lg..
    aku join..
    tag aku..mihaha,,,

    ReplyDelete
  12. tahniah untuk pemenang., review pon terbaek ;)

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape