Ekspresi Muka Harian

Hey!

Sapa baca tajuk di atas dengan bacaan 'Ekspresi Muka Hairan' sila angkat kaki!
Duh, hambarnya seorang Zyra.

Sebelum bercuti minggu lepas, aku ada baca entri Plain83 tentang ekspresi wajah yang selalu diekspreskan setiap hari sambil tag art-blogger friends beliau untuk lukis ekspresi wajah harian memasing. Memandangkan aku perasan yang aku ni seorang art-blogger selain perasan bahawa aku ni friend beliau, maka aku pun sambut tag tersebut, kofkof. Well, boleh dikatakan inilah dia 86.9% dari ekspresi muka harian aku:





Orang selalu sifatkan rupa zahir aku ni sebagai sombong, pecah amanah, piss-off, kerek, takde perasaan, jahat, garang yadda yadda. Tapi percayalah hakikatnya aku ni sebenarnya seorang gadis yang comel dan pemalu, kofkof. Aku syak orang yang mencipta pepatah 'tak kenal maka tak cinta' mesti pernah lalui apa yang aku lalui.

Rata-rata kenalan baru akan bagi remarks yang lebih kurang: "Masa mula-mula dulu ingatkan engko ni sombong, tak berani aku nak tegur. Rupanya engko ni kelakar nak mampos, hahah!!" Aku tak pasti tang mana kelakarnya aku ni. Entah lah sama ada mereka dari golongan #MudahTerhibur atau aku berkebolehan melawak tanpa sengaja atau aku ada aura Ben Stiller yang berupaya buat lawak dengan muka ketat.

Hasil pemantauan sendiri, dapat aku simpulkan bahawa muka 'berlagak' aku ni terhasil daripada bentuk bibir aku yang melengkung ke bawah atau kekonon 'pouty lips'. Kalau aku seorang yang cun, mungkin pouty lips ni akan jadi menggoda. Tapi memandangkan aku tak berapa nak cun, maka pouty lips terus menjadik 'potty lips' kofkof.

Aku tahu senyum itu satu sedekah. But you know, tipikal lelaki Melayu. Kalau perempuan senyum nanti cakap nak menggatal atau lebih haru jika senyuman di salah tafsir sebagai 'inviting' (jangan tanya invite apa). Oleh itu, jarang ada manusia yang nak approached aku kecuali kucing. Hey, kucing kan makhluk jujur yang sensitif dan ada masalah trust-issues so aku rasa I'm not that bad. Meow.

*kofkof = batuk #Pray4Zyra


Everybody have their own mask 

41 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. kak PC pernah dilabel sombong dik...bila dah kenal ketawa guling guling barulah mereka kata eh ko ni muka sombong tapi seronok kawan dengan ko..hamboi...rasanya sebelum kita kenali seseorang itu...jangan mudah menilai..

    ReplyDelete
  2. expressi harian zyra..macam muka bini bekas boss namy..muka takut terancam dengan wanita lebih muda ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk alamak! hahahahah jgn lah saya berakhir macamtu hendaknya :3

      Delete
  3. Saya pun sama la. Kadang2 ada pulak tu yang tanya saya ni tengah marah ke. Memang orang tak kenal akan andaikan saya ni macam sombong padahal sikit tak ada dalam hati nak menyombong. Dosa tau sombong2 kan? Hehehe...>.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kalau org tanya mcmtu mmg sakit hati. Selalu jwb dlm hati, bij its my face :3

      Ha ah mna ada sombong, tunduk ke bumi je ni ;D

      Delete
  4. Sy pun muka sombong..tapi bila senyum xde yg tergoda tu tipulah..eceh perasan Kahkahkah.

    ReplyDelete
  5. Hurmm kadang-kadang effect juga ekspresi muka ni lagi2 dalam tempat kerja . You know what ? Ekspresi muka ni boleh dapat kerja dgn senang especially during interview , my friends told me that "syamsid always smile during interview ok , dont smile all the time bcs it's too creepy haha, just look natural of yourself"( Ke sebab die cantik ) Haha but I will take that as good advise . One more thing ! tak suka betul kalau orang cakap "Eh muka kau macam perempuan la , susah nak jumpe lelaki yang ada lips merah menyala + mata kucing" kesian lah lelaki mcm tu , mohon mereka sedar lelaki begitu adalah tough belake . o(O_O)o

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai je lelaki berpinky lips ni, Najib misalnya. Kofkof!
      mata kucing?? *berlalu usha DP

      Delete
    2. demmit syamsid, thought you were a girl just from looking at your icon, tapi lepas baca komen lu baru gua notice lu bukan seorang awek... ahaks gomenne~ ^^

      Delete
  6. Wow. Lipstick apa pakai. Nti nk update gak la ekspressi muka

    ReplyDelete
  7. #Pray4Zyra minum air masak banyak2.. Hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoh hoh ada jugak yg sambut tag tu, kofkof thanks Day

      Delete
  8. Saya pun ekspresi kalau dengan orang luar memang 'beku'..pokerface. tapi tapi.. kalau dengan orang yang dah biasa, macam-macam ekspresi luar alam terkeluar .. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, exactly! Bila selesa dgn seseorang tu mula lah keluar segala macam hantu raya, puntianak sundal bolong muahahaha

      Delete
  9. yeke org kata sombong/ kerek? Kat fb nampak cun jer. Hehe.. (oh ya, sedang batuk juga. kof kof..)

    ReplyDelete
  10. comel n cantik la :D
    walaupun ada je yg cop sombong ke mende, kenal lah dulu kan. wehehehee :D

    ReplyDelete
  11. ehehe... gua ada jugak member yg ekspresi mukanya selalu nampak macam sombong n kerek gitu, tapi hakikatnya dia........ memang agak kerek pun hahahhah! XP

    but i agree with you that us women/girls can't always go on smiling recklessly all the time to guys (particularly strangers), nanti ada yang salah tafsir, naya jugak hahah X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah kawan lu tu mencemarkan nama baik org mcm gua je lah :/

      Delete
    2. Actually kan, masalah tu same goes to men.
      Kalau senyum dekat some perempuan nanti macam-macam kena tuduh.
      Padahal senyum je. Tapi rasanya hal tu berlaku dekat lelaki yg muka tak kacak je (mcam aku). Kalau kacak yang senyum, sure perempuan tu berbunga-bunga. Hahahahaha

      Delete
  12. Mostly orang akan macam tu kot, nampak intimidating at first tapi bila kenal hati budi rupanya kelakar nak mam...hahaha

    Benarlah kata orang, jangan judge buku dengan pandangan pertamanya. Eh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah judge buku sbb semua buku best, wahahahah!

      Delete
    2. Oh, sy selalu judge buku. But mostly judge dengan harganya.
      Contoh, buku DIAgnosis (the first) jual RM20 jadi best seller walaupun boleh kata beribu typo dlm buku tu.
      Pastu publisher buat DIAgnosis 2, jual RM30, masih beribu typo.
      Bila ditegur katanya penulis seorang doktor, jadi typo boleh dimaafkan.
      Tapi apa guna ada editor kalau kerjanya tak check typo si doktor tu?
      Hahahah
      (macam dah lari tajuk je)

      Delete
    3. Ok tipu je, sebenarnya dulu pernah salah judge satu buku tulisan perempuan dari rupa paras kulitnya.
      Tapi isi hambar nak mamps end up tak baca sampai habis, rugi. Baik beli buku lain. Huhu.

      Best ke DIAgnosis tu? Cer review, hihihi

      Delete
  13. Yer..tapi kadang2 kucing juga tak berapa jujur bila berak kat rumah kita tapi buat muka macam tak bersalah. #eh.. (macam tak kena je komen ni)

    Tapi .. kita lebih kurang la.. cuma bezanya with this "potty lips" i suka buat muka sarcastic .. and i dont care what people say about me .. lol.. ~

    hashtag "persetankan"

    ReplyDelete
  14. Lebih kurang samalah first impression orang terhadap kita.

    ReplyDelete
  15. Jangan risau, sebab saya pada muka default orang akan kata sombong gak. So, saya kena senyum sentiasa supaya orang akan anggap saya bukanlah sombong mana. Saya pemalu orangnya. Koh koh koh

    #pray4zyra

    ReplyDelete
  16. Hahah..tak apalah, biar orang yang mengenal kita tahu macam mana kita ni sebenarnya

    ReplyDelete
  17. Kecik2 dulu memang selalu kena. Orang ingat aku sombong, tapi pemalu sebenarnya..wahha..

    Dah besar ni dah kurang sikit sbb aku jumpa org aku try senyum je dulu. Masih malu lg tapi aku try create first conversation dgn tanya benda basic bila first time jumpa org. Lepas tu esok jumpa lg x tahu nk sembang apa dah. Tunggu diorg je start sembang. Haha...

    Tapi org x cakap sombong dh. Diorg cuma tanya "kau cuma ckp benda penting ke? Senyap je selalu". Wahaha.. Nak buat camne, aku cerita byk kt org yg aku selesa je..

    Tapi kalau perempuan, aku tak senyum, aku buat muka innocent+blur dan berlalu pergi. Kahkah..

    ReplyDelete
  18. kawan aku pernah gelar aku muka gengster..siap dulu masa aku intern dekat 1 comp ada makcik kedai makan mai serang aku tny apa aku tak puas hati...padahal aku takdak apa2 masalah pun masa tu..terkebil² aku terkejut kena serang..haihh...memang betul tak kenal maka tak cinta..kenal dulu baru la tau..ni tak terus serang..kegilaan apakah??-_-

    ReplyDelete
  19. http://throughmyglasseskacamata.blogspot.my/2015/12/another-quick-digital-art-practice.html

    Finally had the time to "update" this old entry with your link, my art-blogger friend~ ;3

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape