Hey guys.
Tahun lepas aku dikejutkan dengan kehadiran seekor kucing tak bertuan.
Seekor bapak kucing yang dah tua.
Sebab bulu dia warna putih bertompok hitam, terus aku namakan ia Moo.
Tolong jangan mempersoalkan kebolehan aku menamakan binatang.
Anyway, Moo dah tua.
Bernapas pun dah semput. Sebatu lagi dah boleh dengar dia punya wheezing.
Pemalas tu jangan cakaplah. Dah hilang energy menikus. Meownopos.
Ia selalu ada time aku balik, time aku nak keluar dari pagar.
Diberi makanan tak makan. Mungkin nak kasih sayang? Tapi bila aku nak belai lari pulak.
Satu hari, aku berhajat nak baca buku di taman (pengaruh drama).
Keluar je dari pagar, Moo dah setia menanti.
Aku sapa Moo dengan suara comel yang dibuat-buat. Moo sekadar memejam mata tanda meluat.
Kemudian Moo mengekoriku. Aneh. Selama ni dia tak pernah peduli pun.
Aku biar je. Tapi lama-kelamaan aku rasa kasihan pulak dengar bunyi nafas semput Moo.
Jadi aku putuskan untuk duduk kat bangku depan rumah je.
Dan sejak itu, Moo jadi peneman setia aku bila datang mood nak membaca kat luar.
Secara tak langsung aku rasa selamat.
Aku membayangkan kalau tiba-tiba ada penjahat yang datang menyerang aku.
Moo takkan menyalak, apatah lagi menggigit penjahat tu.
Moo mungkin hanya akan pandang dengan muka bosan, atau join penjahat tu menyerang aku.
Tak kisah, aku tetap rasa selamat.
Hinggalah di suatu hari.
Moo tiba-tiba mengiau perlahan. Sumpah aku tak pernah dengar Moo mengiau sebelum ni.
Aku letak buku dan perhati Moo. Aku perasan riak muka Moo sedikit sedih.
Aku hulurkan tangan cuba mengusap kepala Moo, dan buat pertama kalinya diizinkan.
Buang tebiat ke Moo ni?
Esoknya waktu pulang dari kerja, takde Moo yang setia menanti kat pagar.
Hari minggu berikutnya, takde Moo yang ikut aku ke bangku baca buku.
Oh Moo..
Walau bulu kau berdebu, walau muka kau grumpy selalu, walau nafas kau berbau.
Kau tetap kucing paling comel bagi aku, yang akan kurindui selalu.
Terima kasih, Moo.
Baru-baru ini aku ternampak Moo.
Sedang menikmati makanan di bawah porch jiran tanpa rasa bersalah.
Cis, dengan kucing pun kena game.
I hate you Moo

Mak aku cakap dulu, kucing kalau nak mati memang lain macam perangainya.
Esoknya waktu pulang dari kerja, takde Moo yang setia menanti kat pagar.
Hari minggu berikutnya, takde Moo yang ikut aku ke bangku baca buku.
Bila terdengar bunyi desahan angin, aku tertinjau-tinjau.
Mungkinkah bunyi nafas Moo? Tapi hampa.
Aku kembali pandang buku.
Ada titik-titik hujan di situ.
Oh Moo..
Walau bulu kau berdebu, walau muka kau grumpy selalu, walau nafas kau berbau.
Kau tetap kucing paling comel bagi aku, yang akan kurindui selalu.
Terima kasih, Moo.
Sedang menikmati makanan di bawah porch jiran tanpa rasa bersalah.
Cis, dengan kucing pun kena game.
I hate you Moo
HAhahahaa.. Aku emosi tau baca entry ni. Siot aku kena game ngan zyra
ReplyDeleteHaha ko g salahkan Moo. Dia tgh bahagia sekrg pandang aku pun taknak.
DeleteHahaha ... baru nak teqiyak ><
ReplyDeleteHahaha nasib boleh sedut balik ayat mata :p
DeleteHAAHAHAHA... tak tau nak bagi riaksi apa. kesian pon da. sedih pon da..
ReplyDeleteKesian kat Moo kah atau kesian kat saya, hahaha
DeleteDusyum.
ReplyDeleteSia2 aku sebak.
Hahaha tahniah jadi mangsa si Moo :p
Deletesaje nak bgtau..kucing ni bila kita cakap2 dengan dia, pastu dia kejam mata, tu maknanya dia senyum..tu cara kuncing senyum..bukan kejam sebab meluat..:)
ReplyDeleteUh oh, yeke awak? Baru tahu ni. Selama ni ingat semua kucing membenci saya :3
Deletelol moo..
ReplyDelete-kartnster-
Scumbag Moo
Deletesalam , memula tu dah predict ending , rupanya salah XD
ReplyDeleteHahahaa dont judge a story by its name, eh :p
DeletePengajaran hari ini. Comment only selapas habis baca. Wahahaha.
ReplyDeleteHahaha harap hang tak sesedih pasal Kame.
DeleteDah la ade kucing ngintai sambil nangis ujung corner ruang komen ko ni. Kame the Great forever my fav pet. TT_TT
Deletehahahhaa. aku baru nak ucap takziah! teringat kucing under 18 bernama scar face!
ReplyDeleteHahahaha kenapa rupa dia grumpy mcm Moo ke, hahaha
DeleteCet!!! Dramatik sangat memula ingat sad ending tadi.
ReplyDeleteSad ending lah tuu... hahahaha :3
Deletehahaha... gimik disitu, nasib baik happy ending kisah si Moo ni..
ReplyDeleteMana ada happy, sad ending tu awwaa.. TT^TT
Deletehahahahaha! kesian...kena game habis ni...
ReplyDeleteDemyu Moo.. hahahaha
Deleteni apsal citer kucing sedih plak jira. alahai. hmm.
ReplyDeleteApa pulak, aku yg sedih sekrg ni, hahahaiii
DeleteHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA hanya mampu gelak tergolek! Adoiiiiii laa :'D
ReplyDeleteHahahahaha sampainya hati Moo~
DeleteProoottt arghh leganya
ReplyDeletesimpati dengan zyra kena game dengan kucing jalanan. .. hahaha.. bertabahlah dan teruskan hidup. ..
ReplyDeleteHahahaha kucing jalanan tu yg tak menahan. Dasar kurang kasih syg :3
Deletelaa ingatkan betullah nak mati pasal nafasnya semput.. :(
ReplyDeleteAdoih tergelak baca komen ni. Awat comel sgt Namyyy, hahahahahaha!
DeleteCeh.. penat2 baca dengan kesedihan.. haha...
ReplyDeleteHahaha sila salahkan si Moo tu :3
DeleteTak pasti nak react apa, nak tensen sebab kena game atau nak gelak sebab...hm...kena game. Hahahaha.
ReplyDeleteBaru ingat nak ada ninja potong bawang kat belakang,
rupanya ninja tak potong bawang, tapi poke dekat pinggang #tryhard
Huhu.. tawa dalam tangisan *emoticon mata berair sambil gelak
DeleteLaaaaaa, ingatkan Moo mati. Baru nak rasa sedih.
ReplyDeleteIni lagi satu komen yang comel, hahahaha
DeleteHahahaha.. rupanya ngan kitorang sekali kena game. Wkwkwkwwkw
ReplyDeleteGohoho barulah adil dan saksama... :p
Deletedah menitis2 air mata keluar...
ReplyDeletetetiba.... kena game gak baca sampai habis....
hehehehee....
Hehehehehe yeke ahkak dah nanges? :p
DeleteHaha my nicknames on IRC and my old blog also , I named it as "Flymoo" haha . Mooooooo haha
ReplyDeleteHahahaha, why? Lembu terbang? :p
DeleteLebih kurang macam perangai sekor kucing gua yang dah level atok kucing. Nama dia smokat. Hahah moo betul smokat tu.
ReplyDeleteHahahaha smokat? Dia suka smoke? Atau rupanya mcm meerkat? Hahaha comell
Deleteceh, baru je nak sedih.
ReplyDeleteHahahahaha ><
DeleteTak dan aku nak sedih kau dah bagi spouler. Sekian
ReplyDeletekemain baca memula feeling2 habis. sedih je. tetiba~ cehhhhhh
ReplyDeletehahhahaha
Wei..aku dah sebak..baca bawah ciss, tipah tertipu. Hahaha
ReplyDeleteWei..aku dah sebak..baca bawah ciss, tipah tertipu. Hahaha
ReplyDeleteShooott....mcm ni rasanya kena game. Hahaha...
ReplyDeleteJalan cerita baik dah. Feeling habis... X sempat nak sedih. Patut panjang lagi, bagi ktorg keluar air mata dulu baru spoilkan..haha..
aku igt ending sedih dah..rupanya tidak..haha mooo
ReplyDelete