BlogTalk #2 - Background Entri

Hey guys,

Bertemu lagi kita dalam segmen #BlogTalk edisi minggu ini.
Ada gaya pengacara rancangan Nona tak?
krikk krikk

Okey, harini aku nak membebel fasal warna background entri. Background blog tu hak individu kau nak letak apa pun lantak lah asal kau bahagia. Tapi tolong lah bagi penekanan sikit dekat background entri sebab ia melibatkan readers.

Background atau latar belakang entri yang paling sesuai mengikut firasat aku adalah putih. Bahan bacaan sering dicetak atas kertas putih, atau warna-warna pastel cair. Kenapa? Mata kita lebih rileks sebab warna latar yang cerah akan menaikkan lagi tulisan dalam tu. Kalau membaca tulisan halus-halus di atas latar hitam, mata terpaksa bekerja keras. Begitu jugak dengan blog. Kalau nak orang baca entri, kenalah berbuat sesuatu yang dapat menarik perhatian pembaca.



Lagi pulak, ada readers yang macam aku ni yang berpinau bijik mata bila baca entri yang berlatar hitam pekat. Ibarat melihat secara terus ke arah matahari atau gerhana tanpa memakai perlindungan mata. Mood nak membaca terus jadi suram. Siapa suka kalau sakit mata bila membaca? Kalau suka jugak warna hitam/gelap, tolonglah jadikan warna tersebut sebagai latar blog sahaja. Untuk latar entri, pilih lah variasi warna yang lebih cerah. Aku mohon!

Blog kau jadi suka hati kau lah. Aku bagitahu benda betul je. Kalau nak berubah bagus lah, tapi kalau taknak pun takpe. Nanti aku gi blog kau sambil pakai sunglasses. Cool. 


Hitam mata biruku 

26 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. Dulu pernah backgroud hitam juga blog lepas tu tukar putih atas sebab yang dinyatakan di atas ni.

    ReplyDelete
  2. background entry kita secerah cahaya bulan purnama uolsss :p

    ReplyDelete
  3. Background entri aku seputih sesuci kertas. Kau apa tau? Kakaka

    ReplyDelete
  4. Background entry color hitam, font color merah. Pas aku baca jadi berpinau.

    ReplyDelete
  5. Aku memang saja buat hitam sebab takde nak attract sesape pun. Kalau yang sudi datang, aku jemput masuk dan layan elok elok, macam tetamu. Gitu je la. hehe

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. fuhh pakai sunglasses hihi.btw setuju sgt pendapat kak zyra.Bila entry cerah latar belkang gelap sakit mata lagi2 kalau tulisan style cute miut sampai kena tambah power punyaaalaaaa kecik :/.Bagi pendapat yan,elakkan terus guna BC wana hitam mmg menyakitkan mata hihi XD.Apa2 pon kena pandai menggunakan wana hihi

    ReplyDelete
  8. Ngahahaha "warna segelap masa depan"

    ReplyDelete
  9. Suka entry ni. sakit mata baca blog yg background post dia gelap huhuhuhu

    ReplyDelete
  10. hehehe....blog sy confirm menenangkan mata

    jemput join GA sy tau... http://munirahmustafar84.blogspot.my/2016/01/jom-tambah-kawan-blogger.html

    ReplyDelete
  11. mujur blog saya punya background entry warna putih :)

    ReplyDelete
  12. "segelap masa depan?" Sampai hati awk! T__T Tetiba nak sentap hahaha

    ReplyDelete
  13. yezza..sangat betul...pergi blog yang background yg berserabut dengan kaler warna warni kadang berpinau mata...warna pastel jugak boleh digunakan

    ReplyDelete
  14. Ngahaha gelap masa depan.. Witty zyra, I like it

    ReplyDelete
  15. Aku baru je lepas ubah warna background warna lain sikit, kau terus up entri ni. Terasa k...huhu..

    Nanti2 la aku ubah jadi warna putih balik. Internet aku tgh slow, kau bagi tips blog apa sekalipun x terdaya aku mengubahnya dgn kelajuan internet yg slow..T_T

    Btw, kadang2 background hitam pekat pun ok je nak baca kalau font dia, arrangement dia kemas.

    ReplyDelete
  16. "segelap masa depan" Adeh..... hahahaha.... terasa saya. Hmm.. blog saya dah hitam sejak lahir. Mungkin saya patut putihkannya.

    ReplyDelete
  17. Sy tak pernah hirau pun beckground entry blog lain.
    As long as I like to read the content, so baca je tak kira warna apa.
    Banyak je blog yg walaupun background entry dia putih, tapi sedikit tak sedap dibaca atas beberapa mixed factors.
    Tapi memang basically, background putih dan tulisan hitam adalah most basic, most boleh diterima oleh sesiapa juga. Kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezzaaa ada orang dah tolong tuliskan isi komen yang sama macam gua nak sampaikan, thanks C ;3

      Delete
  18. saya pon suka latar cerah untuk bahagian entri ^^ tpi ok lagi lah background hitam tapi font putih. Kalau background putih lepas tu tulisan warna cerah, pon pening kepala juga, kekeke

    ReplyDelete
  19. salam Haah background entry suka buat pastel /putih :)

    ReplyDelete
  20. Aku pernah jugak buat kaler hitam tapi kejap je then tukar sebab aku sendiri sakit mata haha

    ReplyDelete
  21. Warna-warna lain ok lagi bagi Mrs. A.
    Tapi kalau background hitam pastu tulisan kuning serius memang berpinau mata kepala

    ReplyDelete
  22. Warna-warna lain ok lagi bagi Mrs. A.
    Tapi kalau background hitam pastu tulisan kuning serius memang berpinau mata kepala

    ReplyDelete
  23. Jap, nak gie check warna backgroubd blog. ngehehehehe

    ReplyDelete
  24. oi3...ko kutuk aku ke ape??mihaha..aku tak de mase la nak ubah..n tak igt dah mcm ne nak ubh..tlg aku bleh tak?kiki

    ReplyDelete
  25. baiklah pakcik da berubah nak.

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape