Hey guys.
Semasa awal remaja dulu aku perasan ramai orang dewasa di sekeliling aku yang sakit gigi. Waktu tu sakit gigi aku hanya associate dengan budak-budak: banyak makan gegula, gigi berlubang. Tapi bila orang dewasa sakit, aku jadi curiga.
Sehinggalah tahun lepas bila seorang kenalan mengadu sakit gigi yang teramat. aku pun tanya dia what is it with this sakit gigi? Tapi of course lah aku tanya bila dia dah cabut gigi tu dan kembali menjalani kehidupan normal. Gila kau nak tanya time tengah nazak? sakit gigi ni bukan boleh dibawak berunding, silap haribulan laki bini pun boleh bercerai-berai.
Dapatlah aku ringkaskan di sini bahawa wisdom tooth/third molar/gigi bongsu ini adalah gigi yang akan tumbuh paling last sekali dalam senarai. Dan kebanyakkannya akan datang bersama dengan kesakitan yang tak mungkin dapat dibendung tanpa kuasa luar biasa adiwira, hahahaha dan perlu mendapatkan rawatan doktor gigi.
Jadi aku pun print gambarajah lengkap gigi dan periksa gigi aku satu per satu (rasa macam Mr Bean pun ada). Selepas puas meraba dan mengira serta menanda, aku disahkan sudah mempunyai dua gigi bongsu pada bahagian bawah. Bila mereka menumbuhkan diri mereka? Kenapa aku tak sedar?
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, aku pun membuat satu penyiasatan apasal orang lain selalu rasa sakit bagai nak gila? Hasil penyisatan menunjukkan bahawa ia disebabkan oleh ruang untuk gigi bongsu mereka tumbuh adalah sempit dan terhad, menjadikan gigi bongsu tak dapat tumbuh dengan sempurna, tumbuh secara melintang, tumbuh separuh, tumbuh senget yadda yadaa which resulting in pain.
tak sangka rupanya gigi bongsu pun boleh tahan #PotterHead nya, gagagaga
Nampak gayanya wisdom tooth aku tinggi ilmunya sampai kewujudan mereka pun aku tak sedar, hahaha. Di kesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih kepada mereka kerana hadir tanpa menyakiti aku atau memperabih duit aku. Terima kasih untuk 'extra blade' bagi aku mengunyah dan menghancurkan makanan dengan lebih padu.
Bah! *baling glittered-confetti untuk diri sendiri*
Wait a minute.
Baru dua biji gigi bongsu tumbuh. Mana lagi dua? Macamana kalau dua 'adik bongsu' tu datang membawak petaka yang maha dasyat?
*sedut balik glittered-confetti*
Kebijaksanaan tidak datang bersama gigi
Third molar saya dah tumbuh, dan ia tumbuh diiringi kesakitan. Tapi sakit macam sakit gusi gitu jer laaa... dan lagi ia tumbuh senget dan ada ruang... jadi selalunya ada makanan tersangkut kat situ.. huhuhu
ReplyDeleteBaguslah gitu, jadi tempat simpan bekalan makanan, bila lapar boleh keluarkan, kakakakakrr
Deletegigi bongsu IQ dah tumbuh, RASANYA...sebab IQ pernah cabut gigi geraham...so, ada ruang untuk dia tumbuh dan mungkin sebab tu tak sakit...incase, gigi bongsu dah jadi gigi geraham IQ da...haha!!
ReplyDeleteHahahaha gigi bongsu dh naik pangkat, tak jdi si bongsu dah ^_^
Deletealmak...gg bongsu blom tumbuh...harap2 ada lg ruang utk dorg....
ReplyDeleteAmboi muda belia lagi ni. Cer check entah2 dah penuh ;p
DeleteAku dh tumbuh semua! Mula2 dlu ade gk sakit2 gigi mase yg gigi last sekali nk tumbuh.. tpi dia berjaya tumbuh properly.. fuhh. Naseb. Org ckp lepas tumbuh gigi bongsu takde chance nk tmbh ketinggian (dlm cm) dh. Sobss...
ReplyDeleteHahaha aku dh masuk usia veteran tp belum habis tumbuh ni apa cer, ke mmg tak tumbuh dah? Sobsss.. aku rasa xde kaitan dgn ketinggian sbb tggi mmg stop develop once kita capai 21 thn utk perempuan (rasanya) :3
Deletesungguh bijaksana gigi itu.
ReplyDeleteadakah tandanya sudah matang jika tumbuh gigi tu?
Gigi tu tumbuh di sekitar usia 18 tahun so konon dikaitkn dgn kematangan seiring usia lah, padahal perngai still duck duck lagi, kakakaka
DeleteAlhamdulillah Mrs. A pun tak pernah merasa sakit yang maha dahsyat (seperti yang diceritakan kawan-kawan) bilamasa gigi bongsu itu tumbuh.
ReplyDeleteLagipun Mrs. A tak check dah tumbuh ke belum?
Dah kot sebab Mrs. A dah 40an pun ngeh!ngeh!ngeh!
Hahahahah mana tahu dia tumbuh 50an ke? Hehehe. Gurau je. Kita geng lah gitu, geng tak sakit ;p
DeleteCakap pasal gigi... Cuba tengok blog ni. Best.. advanture si gigi-gigi. (cuma dia dah lama tak update)
ReplyDeletehttp://mymilktoof.blogspot.my/
*adventure... sori typo.
DeleteHahaha kretif betul, dgn gigi pun jadi. Mat saleh ni buat apa pun menjadi, huhu.
Deletefiqa pun dah tumbuh tapi tak sedar pun hahahaha
ReplyDeleteO yeah geng lagik *high 5
DeleteTumbuh gigi palsu sakit dan tahun lepas gigi bongsu aku dah pun selamat dicabut sebab dah tiba masanya dan time memang dah berlubang yg maha dalam. Tapi memang sakit sampai ke kepala. Sebelah kiri so sakit kepala pun belah kiri sahaja. Sakit hoiiiii
ReplyDeleteGigi palsu pun tumbuh ke?? Adoi ngeri kedengarannya, harap baki gigi aku dua lagi tu tak tumbuh langsung, huhu
DeleteAdoiii silap2 nak type gigi bongsu apasal jadi gigi palsuuuu
Deletewahhh tumbuh gigi baru ke?
ReplyDeleteBV punya gigi crook n xcantek. sedihnyaaa T^T
Haha dah lama tumbuh tp baru kini ku sedari, ewah. Hahaha mna ada buruk, haritu tgok bv selpi comel je gigi ^_^
DeleteGigi aku gila, liar, tak dapat dibendung. Semua gara-gara mereka lahir di bandar, tak macam yang lain lahir di kampung.. Eh?
ReplyDeleteItulah aku pesan jgn g bando ko degil, nk sgt kejar kemajuan.err..
DeleteAku pun dah menyesal dan kini ingin kembali jinak
DeleteHuhuhu..Ty dah tumbuh dan dah operate semuanya. Terseksa , 2-3 minggu , kurus sbb xckp mkn
ReplyDeletehahaha kiranya ubat mujarab utk kuruih ><
DeleteGigi2 bongsu gua tak buat hal sangat, depa baik2 je masa tengah menumbuhkan diri mereka dulu ;3
ReplyDeletefuh fuh nasib baik. gua harap pun begitu hendaknya :3
DeleteMengulangi point yang sudah disebut di blog Mona, actually kenapa wisdom tooth ni memberi derita kepada manusia adalah berkait rapat dengan evolusi kita sebagai homo sapiens dari nenek moyang yang dulu. Seronok untuk dibaca (bagi saya laa, tapi rasanya utk orang lain bosan kot..)
ReplyDeletehahahahaha
sebab homo sapiens makin mengecil? dunno tak penah rasa sakit pun. thanks utk komen copy paste, lalalaa
DeleteSebab rahang modern human semakin kecik untuk beri ruang kepada saiz otak yang lebih besar. Dan sebab 3rd molar kegunaannya lebih untuk hancurkan sayur-sayuran keras. Sekarang dah tak perlu sangat kot fungsi 3rd molar tu.. Entah la.
DeleteGa ga ga ga ga
ReplyDelete(Tgh kira gigi)
hahahah bagus bagus >_<
Deleteberapa sbnrnya semua gigi bongsu? berapa sbnrnya semua gigi kita? hahahha. aku pun x mengalami apa2 sakit sejak umur 18. kekawan aku sampai demam-demam la tumbuh gigi. samada aku cm kau atau mmg x tumbuh lg hoho
ReplyDeleteaku gigih print google image gambarajah gigi ko tahu, hahaha belum tumbuh lagi tu, muda belia lagi.. hahaha :p
DeleteAku pernah sakit gigi sebab tumbuh gigi bongsu ni. Pergi check kat klinik, diorg kata kena buat minor operation dulu, baru boleh cabut gigi tu sbb pipi belah dalam aku block.
ReplyDeleteSbb aku malas nk pergi hospital n aku takut sikit nak operation sampai sekarang aku x cabut2. Tumbuh pun x proper sgt. Huhu..
Tapi skrg dah x sakit la, sbb yg sebabkan sakit gigi tu sebab gigi aku tergigit pipi belah dlm tu... Now, kalau aku makan gelojoh, dia jadi sakit balik. Tapi kalau aku makan dgn sopan, i'm free from the pain..haha..
sy baru je buat operation buang gigi bongsu sebab takda ruang nak tumbuh ;D
ReplyDeleteSaya dah tak ingat dah sama ada semua gigi saya dah tumbuh ke tak. Tapi, memang sakit gila-gila bila gigi tu nak tumbuh. Rasa macam nak lempang orang sekeliling je masa tu.
ReplyDelete