Hey guys,
Sebagai manusia, kita mempunyai citarasa masing-masing mengenai pemilihan kasut. Aku hormati pemilihan tersebut selagi praktikal dan tak menyusahkan orang sekeliling.
Macam apa yang aku pernah hadapi di Hari Terbuka TLDM yang lalu. Imagine, kau pergi ke dermaga yang panas terik dan bersesak dengan orang ramai, nak naik kapal turun kapal untuk membuat lawatan dan bergambar. Dan dalam setiap kapal tu pulak ada lagi narrow steps untuk ke tingkat atas/ke bawah perut kapal. Kau pulak pergi pakai high heels 5 inci.
Ini yang aku maksudkan dengan tak praktikal. Kau bukan nak pergi majlis tari-menari tapi naik turun kapal, satu aktiviti yang lasak. Ini jugak yang aku maksudkan dengan menyusahkan orang ramai. Yelah, bila pakai heels 5 inci kau bayangkan lah betapa dia terhegeh-hegeh tiap kali nak turun tangga kapal yang curam. Terus jem satu kapal.
Kemudian dekat stesen bas/keretapi/jeti. Ini bagi aku sangat tak munasabah. Bawak luggage, backpack yang berat dan besar. Dah tahu akan berdepan dengan long and tiresome journey, yet kau pergi pakai stilettos 4 inci. Bagi aku kalau travel, baik pakai sneakers. Selain selesa, memudahkan pergerakan bila nak kejar feri/bas atau nak lari dari anjing/manusia. Bayangkan kalau pakai stilettos 4 inci then bawak dua biji beg seberat 24 kilo setiap satu then nak kena berlari? Kalau pun taknak pakai sneakers sebab takut terserlah kejantanan, banyak je lagi kasut flat yang dicipta khusus untuk perempuan.
Aku tulis bukan sebab aku nak menjustifikasikan kegemaran aku menyarungkan sneakers. Aku perempuan, aku pun ada wedges, boots, platform, ballerina flats tu semua. Tapi aku pakai ikut occasion lah. Use your common sense. Jangan jadi mangsa fesyen tak bertempat.
kan .. ni tak nnti meyusahkn org la bila dah jatuh ke terpelecok ke dgn stiletto tu :3
ReplyDeletekasut raya lorm beli gak lagi....tu la, kdg kdg konpius, xtaw nk kesian ke nak nyampah bila terkena keadaan cmtu...hehehe...
ReplyDeleteAku gi Ikea ke KLCC pun pakai selipar jepun jek. Gila apa high heels nak naik feri lah bot lah bas lah. Eh aku macam tak berfesyen la pulak kan. Kakaka
ReplyDeletehahaha betul! aku setju. aku pakai heels bertutup time mesy, pakai wedges time kenduri, time lain x selipar jepun, aku pakai sneakers. mudah praktikal tak sakit kaki
ReplyDeleteyaa even pergi shopping mall pun pakai sneakers. tak rasa sakit kaki
ReplyDeletePergi mana mana selalu bantal pakai sneakers, dan skrg je baru belajar jd pmpuan, pakai kasut ayu ayu. Tapi xde laa nak pakai high heels, tak pandai pakai. Haha
ReplyDeleteItu senjata.
ReplyDeleteBuat sepak penjenayah.
Hehe..
beb nak cakap aku rindu kau. tu je..
ReplyDeletebeb nak cakap aku rindu kau. tu je..
ReplyDeleteYezza...anyway, fashion airport mungkin...krik krik krik
ReplyDeleteYezza...anyway, fashion airport mungkin...krik krik krik
ReplyDeleteSebab tu best jadi lelaki. Satu pasang kasut boleh pakai untuk hampir semua occasions.
ReplyDeleteWahahahahahahahaha
Bwk beg besar n pakai high heels...gila fesyen perempuan ni...aku rasa mesti dia pun rasa terseksa masa event tu... Tp xpe biar terseksa asal bergaya..hoho..
ReplyDeleteAku ni pakai kasut kulit yg ada tapak tinggi sikit tu pun dh sakit kaki, cemana la rasanya kalau pakai heels...mahu aku patahkan terus agaknya...huhu...
Haha ! Kan? Pernah pergi hari terbuka TLDM masa tu saya tengah pregnant. Perghhhhh, dia punya tangga memang gerun giler. Perut dah la dah besar, tapi nak naik jugak tangga and mujur laaaaaa pakai kasut flat kannnnn. Betul la, kena pandai pilih kasut sebenarnya. Even gi jalan kat Masjid India pun pakai selipar jerk. Senang.
ReplyDeleteGua suka pakai casual sandals yang boleh juga dipakai untuk berjogging tu. Nak pakai masa hari raya pun boley. Hehoheho~ ;3
ReplyDeleteHehe..jgn plak masuk project site pakai sliper jepun yeh..tak praktikal.. Tak practical.. Ofismate kita penah pegi site pakai heel pastu nk jln mcm terkinja kinja sebab Batu besor Kat site..pastu kita plak kena jd tongkat dia ..sabor jelah
ReplyDeleteKesian dia...
ReplyDeletekena fikir panjang kot bila nak pergi mana2..kalau suka sangat pasal kasut tumit berapa inci make sure stand by la bawa kasut yg bersesuaian,sesuai dgn situasi.
ReplyDelete*pakai
Deleteselipar senang... untuk sayalah.. hua hua hua..tapi saya tetap suka pakai kasut sarung jer
ReplyDelete