Mood Marvel & DC

Hey guys,

Aku bukan peminat Captain America mahupun sekutunya tapi aku suka layan movie superheroes. Jadi 28hb April lalu aku pun pergi menontonnya. Seperti biasa, hari pertama tayangan memang fullhouse tinggal seat depan skrin aje. Untung jadi orang single, tetiba ada satu seat kosong no.13  dekat tetengah panggung. Memang khas untuk aku lah tu.

Captain America Civil War (CACW) best. Padat dengan aksi, emosi, dan humor yang bersahaja  (harap ini bukan spoiler). Terhibur jugak para penonton dengan jenaka spontan. Memang enjoy habis walaupun aku duduk sebaris sdengan mamat yang suka kentut. Vibrate jugak lah seat tiap kali dia kentut, nasib baunya tak sampai ke aku. Manakala Batman v Superman (BvS) bagi aku lebih kepada dark, damp and intense. Oh ya, aku bukan fan DC Comic, aku fan Batman (ewah dah macam Lois cakap I'm not a woman, I'm a journalist). 

Mood Marvel


Bagi aku tak kisah lah theme dark ke colorful ke, apa yang penting adalah plot dan jalan cerita. Aku cakap CACW best sebab plot dia digarap dengan baik dan lebih aksi yang memukau berbanding BvS. Manakala BvS tu jalan cerita banyak sangat lompong sana sini yang buat aku jadi macam "aikk?" dan ada sesetengah scene tu macam takde motif, nasib Ben Affleck bawak watak Batman dengan jayanya (bagi aku lah). Boleh lah diibaratkan baca buku karya Dan Brown dan Faiz Ibrahim perbezaanya.

Mood DC

Anyway, aku bukanlah orang yang layak nak komen lelebih pasal filem apatah lagi komik. Komik Marvel dan DC punya tarikan memasing, mungkin apabila difilemkan ia jadi lain. Sebenarnya aku cuma nak kaitkan mood komik-komik ni dengan mood aku je. Hahaha. 

Tolong jangan kecam, aku buntu takde idea menulis selama hampir sepurnama ni guys.
Sokong lah ciked, nyahahah!


Next, Suicide Squad, weehu! 

18 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. Teringat pulak zaman single dulu tgk wayang sorg2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehheyy sekrg dh berduaan, heheh

      Delete
    2. Berdua xmain. Skrg berlima gi tengok movie.
      Cabaran paling besar bila ank pegang popcorn mkn sorg2 n xnak share. Huh.

      Delete
  2. Teringin nak tengok Captain America ni tapi tak sure sama ada sanggup nak spent duit tengok wayang ke tak. hahahaha. Time gawat macam ni rasa nak jadi kedekut je.

    ReplyDelete
  3. Spoiler alert...spoiler alert..!! LOL.. Padahal kawan aku dah cerita detail abeh kat aku.. TAPI itu tidak akan menghalang aku untuk pergi menonton pakwe aku yang ke berapa entah, di layar perak..! Hahahaa..!

    Aku peminat tegar Kapten Amerikanooo..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejamnya kawan hang, hahahaah kalau aku dh sumbat bantal dlm mulut dia ><

      Delete
  4. Aku baru nak tgk smlm tp tak jadi sebab sakit kepala. Lepas baca kau punya post ni lagi berkobar nak pergi hari ni.

    ReplyDelete
  5. ahhaha mamat tu baru lepas ratah halia kot >,<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha mungkin, mujurrr takde bau dtg klo tak, pengsan

      Delete
  6. Ya benar, tengok wayang sengsorang lagi best sebab tak payah fikir nak cari seat. Mana mana yang lompong, masuk jer. Hua hua hua...

    Saya mcm awak gak, asalkan superhero, saya layan jer. Asalkan cerita tak meleret leret membosankan. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalkn bukan mcm cite twilight ya ampun boleh tido mimpi ke negara China

      Delete
  7. Ya benar, tengok wayang sengsorang lagi best sebab tak payah fikir nak cari seat. Mana mana yang lompong, masuk jer. Hua hua hua...

    Saya mcm awak gak, asalkan superhero, saya layan jer. Asalkan cerita tak meleret leret membosankan. Huhuhu

    ReplyDelete
  8. Dalam fandom orang selalu compare filem DC dgn Marvel. Fan DC akan kata filem Marvel terlalu colorful macam teletubbies, tapi fan Marvel asyik main isu yg filem DC tak pernah menjadi.

    Pada saya, why not both?

    Layan je mana yang suka, dan yang tak suka tak payah layan atau kutuk. As easy as that, kan?
    Tapi fandom peduli hape....diorg nak kutuk diorg kutuk jugak. Hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye layan je, takyah nk fanatik sgt, jom tgok suicide squad! Eh

      Delete
  9. Dua2 aku tak tengok lagi. Tapi kalau tgk trailer dia je dah tahu civil war lagi best. Batman tu kalau tgk trailer yg nampak macam bosan tu, tak interested aku nk pergi tengok. Haaaiihh bila la nak pergi tengok civil war ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best jugak Batman. Ntah lah taste ko cmena, haha

      Delete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape