Gentelmen v Gentleman

Hey guys.

Baca tajuk betul-betul.

Minggu sudah aku rasa muscle lengan aku ni naik dengan mendadak. Mana tidaknya kalau terpaksa angkat motor dua hari berturut-turut. Okay, 'angkat' motor tu rasa macam hiperbola sangat. Terma yang tepat adalah 'seret'.

Tempat aku parkir memang sangat sempit. Kereta diparkir sebaris secara sisi. Sengaja aku tinggalkan ruang yang agak luas di bahagian depan bagi memudahkan aku untuk keluar. Dan ruang tersebut telah digunakan oleh seorang penunggang motorsikal ni sebagai tempat meletak motornya.

Nak reverse bukan lah satu pilihan bila kereta belakang hampir french-kissing bontot kereta aku dan kereta aku pulak belum canggih untuk bergerak mengiring macam ketam. Jadi terpaksa lah aku berbuat sesuatu dengan motor tersebut. Dengan mengumpul segala kudrat aku seret dan ubah motor sedikit ke tepi. Untung jugak motor Honda Wave, dibuatnya Ducati superbike maunya aku tido dulu dalam bonet.


Aku tak kisah nk kena seret motor tu. Tapi aku menyampah bila aku diperhatikan je bila terhegeh-hegeh dengan motor tu. Kawasan tu memang ramai lelaki. Tapi setakat tahu buat bunyi cencurut jelah. Takde rasa nak datang tolong the damsel in distress, kahkahkah. Agaknya konsep gentlemen bagi diorang adalah dengan memakai tuksedo dan minum di hotel lima bintang. Atau adakah aku ini kelihatan seperti seorang penyokong tegar feminism? Tak tahu ke aku penyokong kuat meninism?

Tak kisah lah taknak tolong pun.
Tolong jangan tengok pun dah cukup bermakna bagi aku.

Berbeza pula sewaktu aku pergi membeli belah keperluan rumah di Tesco tempoh hari. Dengan kayu mop/penyapu bersilang, rak buku tiga tingkat dan groceries so yeah, its quiet heavy. Time tu jugaklah perut aku menjerit mintak disumbat KFC. Dalam KFC tokleh bawak troli. Takkan aku nak tinggal barang-barang semua kat luar, aku insecure macam Kak Mah. Karang orang sorong troli aku tak ke melopong hisap tulang ayam..

Setelah kenyang menjamu selera aku mendapati troli aku tadi dah dikutip oleh perkerja Tesco yang berdedikasi. Great. Aku angkat semua barang dan cuba menyusup keluar dari pintu kaca KFC yang sedang ditolak oleh seorang amoi. Tapi tak sempat. Dalam pada aku berkira-kira nak tolak pintu guna bahu atau kaki, seorang lelaki Cina yang sedang mendukung anak meluru laju dan tolong buka kan pintu sambil tersenyum. Tersentuh hati ini, sobs.

After thanking him profusely, aku beredar dengan penuh kepayahan dengan muatan yang melebihi had tersebut sambil menjeling troli liar yang ditinggalkan sepi. Tiba-tiba satu suara menyapa, "Are you okay? Can you manage?" lelaki Cina tadi. Tiba-tiba aku rasa nak menagis kat bahu dia, hahaha betapa concern-nya seorang stranger. Rasa macam nak selfie dengan dia sebab kindness from a stranger sangat rare zaman sekarang.

Aku harap anak yang didukung itu satu hari nanti meneladani bapanya.
Kita memerlukan lebih ramai gentlemen.
Bukan 'gentelmen' kaki cencurut.


Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke dalam pinggan nasik aku, nyum! 

38 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. Dengan penuh perasaan aku baca entry kau ni hahahaha . Sekarang , gentlemen cuma pada kekasih dia saja . Kat oranglain , jangan harap laaa .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah tahniah! Haha setuju pulak dgn komen ko ni.

      Delete
  2. Untung siapa isteri lelaki gentleman tersebut. Huhuhuhu... gigih betei bawak barang masuk KFC. Hahahaha.. kalau saya gi Tesco (Saya bayangkan Tesco Nilai, KFC dia depan pintu masuk) saya akan hantar barang ke kereta dulu baru saya gi makan KFC. Huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. KFC tu nun di sana, parking nun di sinun. Real man act sekali harung je, hahahahh

      Delete
  3. Untung siapa isteri lelaki gentleman tersebut. Huhuhuhu... gigih betei bawak barang masuk KFC. Hahahaha.. kalau saya gi Tesco (Saya bayangkan Tesco Nilai, KFC dia depan pintu masuk) saya akan hantar barang ke kereta dulu baru saya gi makan KFC. Huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. yes , chinese yg anis jumpa slalu baik even to the strangers

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Kt Penang pun gitu. Mebi sbb Penang ramai chinese

      Delete
  5. So gadis2 klau bf anda seorg gentelman sila break skrg sbb transformasi itu sesuatu yg sgt sukar. Risiko utk hidup sbg ibu tunggal wpun blm cerai adalah tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha amboi deep ni. makan hati kot kalau bf cencurutkn pompuan lain hahaha. Cencurut ni jgn dilayan

      Delete
  6. zaman skrg memang kurang lelaki gentleman macam ni. ada yang dah nampak mak buyung bawak anak anak and barang barang, dia tak reti nak tekankan pintu lift -_- kot tersepit perut naya je. haihhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huh selfish nye. Tau nk cepat aje, huhu. Marahnya aku ini, hmphh!

      Delete
  7. Kalau saya ada, bukan je barang2 zyra... dgn zyra sekali saya angkat... gentleman tak saya..kah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambui, ini dh tahap menyeramkan ni, hahahaha

      Delete
  8. Susah nak Cari lelaki gentlemen skrang. Lagi pulak nak jumpa memang xjumpa dah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda rare ni lazimnya takleh dicari. Kena terjumpa sendiri. Ehwah.

      Delete
  9. Susah nak Cari lelaki gentlemen skrang. Lagi pulak nak jumpa memang xjumpa dah haha

    ReplyDelete
  10. betul tu, kalau taknak tolong tak payah tgk! zzzz. a little gift from stranger even a smile will brighten up your day :)

    Aku harap aku dapat laki yang gentle bukan gentel dan bukan hipsturrrrr haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, betul. Senyum pun dh cukup.

      Hahahah hipsturr aku pun xsanggup. Karang aku minum dlm cawan dia nk minum dlm pasu

      Delete
  11. sometimes manners seseorang teramat la penting, kalau pergi shopping sorang sorang memang ada keberangkalian untuk dapatkan bantuan orang luar untuk waktu waktu gentir...

    IQ pernah la pegang troli plus pegang air cup xbertutup, air IKEA memang xde penutup..grrr...tersilap sikit terus tertumpah atas barang yang baru beli...erghhh....nasib baik ada auntie chinese tolong pegangkan kejap air dan bagi tisu sume....terharu dengan bantuan..even sekecil tu..thanks auntie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, pertolongan yg kita nmpk kecik je sebenarnya besar bg org yg sedang memerlukan. Lets spread the kindness!

      Delete
  12. You know what, I was once that good fellow yg suka tolong orang angkat barang, beg berat terutamanya bila masa ada di public facilities etc.
    Tapi kan, sebab dah beberapa (ratus) kali dah berlaku, bila kita offer nak tolong, diorang refuse (lelaki ke perempuan ke sama je) pastu pandang slack semacam.
    Saya faham, this is KL, jahat ke baik ke tak tertulis kat muka, tapi orang nak tolong kot. Terima je laa. Lagipun tengah ramai orang keliling, camne nak buat jahat?

    Rasanya sebab muka saya ni macam muka mat rempit tersagat pipi kat jalan tar, muka pecah rumah, tu yang bila nak buat baik nak tolong semua refuse.
    I was trying to be a gentleman, but the world did support me.

    Now, I'm questioning my self-esteem disebabkan manusia-manusia yg suka menilai dr luaran camni. Middle fingers to them all. Yaay!

    ReplyDelete
    Replies
    1. correction:

      "...but the world DID NOT support me."
      RIP my english :(

      Delete
    2. Huhuhu, nk berbuat baik ni selalunya ada byk dugaan berbanding nk buat jahat. sometime ppl are insecure without reasons. It got nothing to do wth your appearance lah :)

      Delete
  13. Ko perlukan lelaki di sisiko nak aku tolong jadi org tengah tak utk carikan pembuka pintu dan menyambut mop ko seumur hidup?

    Ekekek

    ReplyDelete
  14. Setakat ni, aku ada dua orang kawan yang gentleman...malangnya dedua dah berpunya tapi gentlemen dia tak mengenal status hubungan..

    Dan aku rasa aku lebih gentleman dari mana-mana lelaki yang aku kenal, selain daripada dua di atas..

    Aku tak pernah jumpa gentleman strangers..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owwwwhhh, aku harap ada kereta canggih yang boleh beregerak mengiring di masa depan.. Bertabahlaaaaa.. tak boleh nak harap banyak sangat dari lelaki2 zaman sekarang, I mean, sesetengah lelaki.. The other sesetengah plak, yang gentleman and well-manner, tak bertembung plak dengan kita.. *sigh.*

      Delete
    2. Hahahha i oways know you are the true gentlmn out there Lee! ><
      Masalah gentleman yg dh berpunya ni, nk buat baik nnt kena tuduh nk menggatal, hahahah.

      Hahahah mungkin lepas tahun 2020 nnt ada. Tak harap tggi mcm keta terbang, keta mengiring pun dh cukup kan ><

      Delete
  15. aku setuju giler....perasaan nak nangis tu pernah gak rasa....huhuhuhu memang terharu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tgh depressed tetiba ada org tlg, mmg terharu :3

      Delete
  16. sometimes nak jadi gentelman... i mean gentleman gak, tapi ada 3 perkara yang menghalang...
    1. macam cEro cakap tu
    2. nanti ada orang jeles
    3. nanti pompuan tu ingat kita nak ngurat dia terutama kalau aweks, tapi kalau tolong makcik2 semua alasan ni dah tak valid huhu.

    ReplyDelete
  17. Suami org jugak yg kau nampak gentleman kan..Hmmm... Ternyata perempuan memang suka laki org.... Patut la wujud page ksrt tu. Hahaha...

    Betul2... Kalau x nak tolong diam2 sudah. Buat bunyi buat apa... Aku x tahu apa yg best buat camtu. Bukan awek sangkut pun kalau buat camtu....

    ReplyDelete
  18. deeply true..huhu sedih lelaki gentleman pupus

    ReplyDelete
  19. bukan taknak gentleman kekadang tuh.. aku pernah offer nak tolong gadis tapi ghupanya suami ada kat belakang jalan lenggang.. huhu..

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape