Menjadi MacGyver

Hey guys!

Minggu lepas ada dua peristiwa berlaku kat aku. Satu best. Satu lagi tak best. Entri kali ni, biar aku cerita pasal yang tak best dulu. Yang best simpan kemudian.

Di suatu senja yang hening, aku ke bawah untuk mengisi bekalan air sejuk. Usai mengisi air dan setibanya aku ke pintu bilik, aku dapati ia.. berkunci. Entah syaiton apa yang menghasut sampaikan minda separa sedar aku menekan kunci tombol pintu sebelum keluar tadi.



Semua harta benda aku dalam bilik. Dan pada waktu kejadian aku hanyalah berkemban tuala, literally sehelai sepinggang. Aku ada simpan kunci spare bilik. Dalam kereta. Kereta berkunci. Kunci kereta ada di dalam bilik. Genius betul seorang Zyra kan? Aku berfikir-fikir. Mungkinkah aku lupa lock kereta harini? Tak mungkin! Masih jelas terngiang bunyi beep waktu aku masuk ke rumah tadi. Jalan penyelesaian yang aku nampak hanya dua; pecahkan pintu bilik, atau pecahkan pintu kereta. 

Aku rasa korang pun boleh agak cara mana yang aku pilih. Lesung batu di dapur aku capai dan tombol pintu aku ketuk dengan penuh semangat yang padu disertakan bersama perasaan marah, kecewa dan sedih. Berkemban sambil pecahkan pintu dengan menggunakan lesung, what a dramatic heroic scene..

Rupanya nak menjahanamkan harta benda yang tak rosak ni bukanlah satu kerja mudah. Salah ketuk, langsung tak boleh bukak pintu kalau sisa tombol melekat ke dalam lubang. Ahhh.. its hard to explain. Selepas beberapa titik keringat yang menghampiri ke titisan air mata kemudian, akhirnya pintu dapat dibukak dengan bantuan sebilah gunting dapur.

Bukan masanya untuk berasa lega dan berkuak lentang atas katil, baju aku sarung, kunci aku ambik dan perlu berjalan lekas ke kedai hardware berhampiran. Kenapa tergesa-gesa bagai tiada hari esok? Sebab aku taknak housemate mulut mak nenek sedar kejadian yang menimpa aku senja itu, hahahah. Nasib aku baik sebab kedai hardware masih terbukak pintu kecik, hampir tutup. RM15 harga yang perlu aku bayar untuk kecuaian diri yang tak munasabah. Tombol aku tukar sendiri dengan jayanya. Tak sia-sia waktu kecik dulu aku tonton cerita MacGyver, hahaha!

Moralnya di sini, aku nak sarankan kepada para gadis. Hidup seorang diri, jauh dari keluarga yang mengasihi, belajarlah hidup berdikari. Kalau aku panggil tukang kunci, rasanya bukan setakat RM15 yang kena keluar. Dan moral kedua, haruslah jangan cuai. Sebenarnya kakak housemate aku dah penah pesan, simpan kunci spare di tempat sulit. Sebab memang pernah terjadi kes macam aku. Tapi setahun berlalu, tempat sulit masih tak ketemu, so what to do? Hahahaha.. alasan.

Tapi takpe, selepas selesai pasang tombol baru, aku terus simpan satu kunci spare di satu tempat yang hanya peminat tegar Detektif Conan je yang dapat cari.


I need to learn Alohomora Charm 

34 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. syabas! inilah perempuan moden, semua boleh buat sendiri. laki tak tentu boleh buat sambil berkemban kekeke.

    Aku kalau sorok benda kat tempat sulit, maka sulitlah nanti aku nak carinya kembali haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah *hidung kembang*

      segala kesulitan amat dikesali #tetiba

      Delete
  2. gitu pun boleh kan. hahahaha. mujurlah pandai baiki xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah macam2 boleh terjadi dlm hidup yg singkat ini, ewah.

      Delete
  3. Aku pernah alami kes tragik macam ni tapi nasib baikla aku bukan jenis berkemban nak pergi mandi, be it bilik air dalam bilik or luar bilik..huhuhu..

    You go MacZyra..!

    But yes, nak merosakkan benda yang tak rosak, bukan mudah.. It's real life.. the hardship is real.. =_=

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku berkemban cause i'm fab, hahahah kalau ikutkn hati kemban pun aku taknak, panas.
      dan tetiba aku lapar BigMac.

      Delete
    2. Hmmmm..hmmm..hmmmm.. Hang harap aku order Mcd delivery BigMac ka kat hang? Hahaha.. =_=

      Delete
  4. bagus2.. berdikari.. bersemangat waja nk bukak pntu dgn lesung batu.. hihi

    ReplyDelete
  5. dugaan...nasib baik pndai tukar tombol pintu sendiri...rietta xreti...pernah gak magga pagar berkarat, jdnya rietta xleh kuar, tpksa mnta ihsan kwn tech datang jd mc gayver...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau henpon berada di genggaman, mebi aku pun akan call mintak tolong, wahahahah. dlm keadaan selai sepinggang, malu berat nk keluar rumah.

      Delete
  6. Oh aku pernah pecahkan pintu sebab terkunci camni. Pintu jenis rapat, takleh nak pick lock. Anyway, cara terbaik nak pecahkan pintu adalah dengan menendang, bukan dengan merempuh menggunakan badan/bahu. Long story short, kunci rosak dan ditukar dengan jayanya. Sekarang aku dah terer pick pintu. Klau terkunci pun aku selamba boleh bukakkan. yeah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gais, hati hati ngan Day .. wkwkwkwkw 😄😄😄

      Delete
    2. Gais hati-hati dengan aku. This is too much power for me.. Even I don't trust myself with this power!

      Delete
    3. Patut la senang2 you buka pintu hati i bae. Kbai XD

      Aku pun selalu terkunci pintu. Selalu buka dengan kad, takpun pisau.

      Delete
    4. nk tendang, kaki pendek
      nk guna kad, hanya pisau yang ada
      nk guna pisau, pintu anti-pisau

      so teach me mastah!

      Delete
  7. Hahahaha, hamagad, nak signnnnnn 😄😄

    Gebat. Sebab saya pun kengkadang malas nak tukar tombol pintu sendiri 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. marilah kita belajr ilmu sihir Harry Potter, ufuu

      Delete
  8. haha .. tempat sulit tidak ketemu .. kelakar .. haha

    ReplyDelete
  9. dah lama aku tak menempek dkt blog ni rasanya. rindu la pulok.. ;p

    ReplyDelete
  10. saye bukak pakai kad je. kekeke. Jimat duit. ❤❤❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. waktu tu saya cuma ada tuala :)
      dan pintu tu kalis-kad :)

      Delete
  11. *tengah imagine sorang perempuan berkemban ketuk tombol pakai lesung dengan muka nak nangis*..haha ok kelakar dan kesian.

    Jaga diri elok2 zyra.
    xoxo!

    ReplyDelete
  12. kadang2 cuai tu perlu sebab kita manusia. dan kecuaian itu perlu seiring dengan duit (kos baiki) hahaha

    ReplyDelete
  13. Rumah sewa tu ada indoor cctv x? Hehe.

    ReplyDelete
  14. Kalau pintu tu jenis tombol yang tekan punat kat dalam tu, ada cara nak buka yang terkunci dengan jayanya. Hanya perlu korbankan satu kad plastik keras. Skill ini dipelajari masa duduk kolej dulu. Budak jahat memang pandai bab-bab pecah masuk tanpa dikesan camni. Hahahahahaha

    ReplyDelete
  15. tempat sulit tu, haha..nak panggil adik la, investigate sikit kat mana zyra punya tempat sulit tu..die je yg minat D.conan >_<

    ReplyDelete
  16. Saya peminat tegar detektif conan. Tapi saya tak dapat fikirkan tempat tersebut.

    Oh.. ni situasi yang paling saya geruni. Cuma berkemban, dan tak dapat masuk bilik. Saya tak ada skill seperti zyra.

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape