Hey guys!
Bagi menyahut seruan Daygoon dalam entri Tag: Superpower, maka terhasillah entri angan-angan Mat Jenin pada hari ini. Korang jangan nak tipulah bila lepas menonton cerita superhero takde berangan nak ada kuasa super jugak. Atau korang berangan nak jadi villain?
Sebagai seorang yang agak vigilante macam Batman, aku mestilah nakkan kuasa yang boleh melawan penjenayah. Tapi bila aku fikirkan semula, why bother to fight those scums when I can.. make them destroy themselves? *evil grin* Ya tuan dan puan, kuasa super pilihan aku adalah kebolehan mengawal minda orang lain. Mind Control. Pada mulanya aku nak pilih kuasa Time Control, tapi complicated sangat lagipun apalah guna kuasa mengawal masa sekiranya hanya untuk menambah dosa #deep
Anyway, dengan kuasa ini, aku boleh buat perompak tembak diri sendiri, penyamun Wan Maimunah samun diri sendiri, pembuli membuli diri sendiri, perogol merogol diri sendiri.. err sorry, I got carried away. Berbalik kepada kuasa super aku. Dengan kuasa mengawal minda, aku boleh buat mak cik cafe bagi aku teh O suam dan bukan teh O panas menggelegak neraka jahanam, aku boleh buat pemandu yang tak bagi signal diserang rasa bersalah dan tak lalu makan, and I can make our corrupt politicians 'see some sense'..
Senang cakap, aku boleh punish semua assholes di muka bumi tanpa menggunakan kekerasan yang zahir. Tau tau je dah insaf. Tau tau je dah serah diri ke balai polis terdekat. Tau tau je dah letak jawatan..
Senang cakap, aku boleh punish semua assholes di muka bumi tanpa menggunakan kekerasan yang zahir. Tau tau je dah insaf. Tau tau je dah serah diri ke balai polis terdekat. Tau tau je dah letak jawatan..
Oh, dan aku taknak kontrol minda orang melalui eye-contact. Hell no, people nowadays are hopeless in making eye-contact. Kuasa super aku boleh dilaksanakan dengan hanya melihat manusia tersebut sambil aku fokuskan apa yang aku nak diorang buat (sounds absurd? Biarlah aku nak berangan!). Takde percikan halilintar atau elektrik yang keluar, kuasa aku berlaku tanpa disedari sesiapa, seterusnya mengelakkan aku dari diancam bahaya. Gitu.
Aku sebenarnya suka jugak kuasa teleport macam Day sebab aku suka berjalan-jalan ke seluruh dunia tanpa arah tujuan dan secara percuma. Tapi, dengan kuasa super aku ni pun aku masih boleh pergi ke mana saja aku nak. Macamana? Dengan.. mengawal minda Day. Muahahaha! Awww just kidding, I will not use my superpower around my love ones *cross fingers*
Baik, aku ada satu soalan cepukcemas.
Menurut hemat korang, aku guna kuasa ke tak dalam situasi di atas?
Seronok kalau aku berada bersama-sama geng yang tahu aku ada kuasa ni. Sebab diorang akan rasa was-was dan sangsi sama ada aku sedang messed-up with their mind or not. Muakaka.. Tapi, nanti aku kena pulau pula, sobs.
Okaaay, lets do some reality check. With great power comes greatest responsibility. Dengan mempunyai kuasa sebegitu bolehkah aku menahan diri dari mengawal minda billionaires seluruh dunia? Am I able to control myself from sending my most hated person(s) to the asylum? Bhahahah! Guys, you better pray I'm not somehow accidentally have this kind of power.
Tapi tulah, tak powernya sebab aku bukan kalis peluru. Kena tembak, mati jugak. Tapi itulah realiti kehidupan, lambat laun akan mati jua #tetiba
Dan aku dengan ini nak tag Lee-kun! Sambutlah tag aku ni dengan penuh kasih sayang UvU
Berangan itu seronok kerana ia percuma
Dan aku dengan ini nak tag Lee-kun! Sambutlah tag aku ni dengan penuh kasih sayang UvU
Berangan itu seronok kerana ia percuma
Hahaha best jugak berangan cenggini.. hiks..
ReplyDeletehehehe.....best jugak sesekali berangan kan....
ReplyDeleteHahahahaha!! Kuasam guna kuasa kat aku pulak budak neyh..
ReplyDeleteKo kena pakai topi macam Magneto la Day..Hahaha..
DeleteTakpun ada kuasa cam Emma Frost lam Xmen 1st Class.. Repel all mind control!
Deleteberangan..
ReplyDeleteberangan..
berangan..
berangan..
itu indah..
dan percuma..
ehehehe
Zyra ni gemar betul dengan wan maimunah hahahaha
ReplyDeleteAmbuihhh.. kalau macam ni, dia kontrol semua bilioner, memang makan x habis laaa jawabnya.. wkwkwkw
ReplyDeleteemmm best kalau berangan.. kalau jadi kenyataan lagi best. muahahaha. kita dulu berangan nak ada kuasa baca minda orang/ w_w
ReplyDeleteWooo mind control. Nice powah
ReplyDeleteAhahahaha. Bijak! Meh aku suggest ko satu movie jepun tajuk MONSTER. Kuasa dia kuasa control minda orang lain. Besh gak cte tu.
ReplyDeletefirst, kau guna kuasa kau kat Day, sbb tu dia cekik kau nak teleport korang pg Paris. Second, kalau kau nak kena tembak mati, kau sempat masuk minda org yg nak tembak kau tu dan suruh dia tembak diri sendiri. ok tu je.
ReplyDeletehahaha best weh superpower kau ni. aku dah terikut-ikut berangan. boleh tak buat orang suka kita? eh taknaklah, tak best benda benda mcm ni nak paksa2 hahaha. :P
ReplyDeleteKo memang dah pikir masak2 sampai hangit dah bab superpower ni..baguih betul kalau ada ramai vigilante macam ko.. Aku rasa macam selfish giler sebab pk pasal nak superpower untuk keuntungan diri sendiri jek..haha..
ReplyDeleteEyh?? Aku kena tag? *click link* Blog aku..... Dang, aku kena tag..! =w= Aku taktau nak gembira ke sedih..hahaha..
Nah..! UvU
ReplyDeletehttp://doubleidlife.blogspot.my/2016/08/superpowah-tagged.html
Teleport best! Dari kecik selalu berangan. Sebab malas jalan kaki pergi sekolah. Kan best, tiba-tiba, dah sampai.
ReplyDelete