Text and Drive Untuk Golongan Bangsat

Hey guys.

Aku nak rant pasal kehidupan di atas jalan raya sikit.

Aku tak pernah encounter pemandu mabuk sepanjang aku memandu.
Mungkin sebab aku sebolehnya elak memandu pada malam minggu di kawasan kelab malam.
Tapi aku pernah saksikan bekas-bekas kecelakaan jalan raya yang ditinggalkan oleh pemandu mabuk.
Kereta sodok rumah kedai sampai jadi tin penyek.
Kereta langgar pokok besar tepi jalan.

Walaupun selalu memandu di waktu orang mabuk lazimnya tidak berkeliaran, hakikatnya aku masih tak selamat. 
Sebabnya masih bersepah pemandu 'mabuk' di jalanraya tak kira waktu.
Siang, pagi, malam, petang.
Siapa mereka?
Mereka ini adalah golongan bangsat yang memandu sambil main handphone.

Aku boleh terima kalau kau main fon waktu traffic-jam, yelah kau kan perlu update tentang kesesakan tu dekat Waze, dekat sahabat handai, dekat followers. Faham.
Aku tak kisah jugak kalau nak belek fon kesayangan kau wktu traffic light tengah merah. Yelah, kena bagitahu orang tersayang bahawa kau sedang dalam perjalanan, atau nak confirmkan dengan sahabat handai tempat lepak kejap lagi. Faham. Kau orang popular. Ada life.

TAPI TOLONG JANGAN MAIN FON KETIKA KERETA SEDANG BERGERAK LAJU!!!

Sila sedar diri korang bukan pemandu yang cekap pun walau ada berpuluh tahun pengalaman memandu. 
Melainkan korang ada sepasang mata tambahan atas dahi untuk pandang ke depan semasa sepasang mata lagi pandang fon.
Tahu tak dalam masa 2 saat macam-macam boleh terjadi di atas jalan raya?
Dan aku rasa bukan 2 saat masa yang diperuntukkan bila kau tengah tersengih baca mesej dalam group whatsapp.

Aku hampir berlanggar dengan kereta golongan bangsat ni dua kali.
Aku di lane laju dan bangsat di lane tengah. Dengan tak semena-mena kereta bangsat tu melelong ke arah aku, sebelum melelong masuk ke lane tengah semula.
Bila aku potong dia, sempat aku jeling si bangsat. Tengah tersengih macam orang gila mengadap fon, tangan sebelah terkeluar dari tingkap yang terbuka, santai.
Lagaknya macam tengah lepak atas sofa di ruang tamu rumah.
Langsung tak hirau, tak sedar, yang aku ni separuh nyawa tekan break rapat ke lantai kereta.
Kalau aku terbersin sewaktu dia melelong secara tiba-tiba, mungkin aku dah tak menaip sekarang ni.

Aku rasa panggilan bangsat tu terlalu sopan.

Tak kisah kalau kau text and drive dan kau langgar pokok atau jatuh gaung, mati sorang-sorang.
Aku serius tak peduli. Good riddance.
Tapi masalahnya kau boleh babitkan nyawa orang lain. Dan mungkin bukan satu nyawa je.
Dan lebih teruk lagi, orang lain yang mungkin mati dan kau selamat.
Kalau pun tak mati, mungkin mengalami kecacatan kekal yang perlu menyusahkan orang lain untuk jaga.

Sebelum fikirkan diri kau je, fikirkan orang lain juga.
Jalanraya milik bersama, bukan hanya milik kau dan bapak kau.
Allah bagi akal, tolong fikir.
Macamana kalau kau terlanggar penunggang motorsikal waktu sedang galak bertexting?
Dan orang yang kau langgar tu meninggal?
Macamana kalau orang yang meninggal tu ketua keluarga di mana dialah punca pendapatan keluarga?
Macamana kalau dia anak harapan sebuah keluarga yang miskin?

Tak ada alasan yang munasabah yang membolehkan kau text masa drive.
Emergency? Berhenti tepi jalan.
Awek merajuk? Dump her. Kalau bodoh tak reti bahasa kau tengah memandu, tak guna simpan.
Sibuk? Call terus orang tu, pakai earphone, bersembang lah sampai esok.

Dan guys, dengar lagu tu dengar lah jugak, tapi kadang bila drive tu banyakkan selawat, istighfar, memuji Allah.
InsyaAllah kita akn berada dalam lindungan-Nya.
Bak kata cikgu memandu aku dulu: Bila kita di atas jalan raya, sebelah kaki dah berada dalam kubur.
Kedengaran ngeri, tapi itu lah hakikat.
Sama ada kita jadi mangsa atau kita yang jadi pemangsa.

Please take note 

31 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. Setuju dgn n3 ni dari huruf pertama sampai huruf terakhir.

    Cumanya camana nk smpaikan mesej ni kat diorg. Hmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesej dh byk rasanya di media2 sosial. To kalau dh perangai selfish tu, mmg xmasuk mesej dlm kepalahotak diorg..

      Delete
  2. bangsat yg text n drive patut dihukum gantung sampai mati. menyusahkan org ramai je.

    ReplyDelete
  3. Aku selalu jek jumpa orang yang text and drive tapi belum pernah kot jumpa yang text and speeding..huhuhu..

    Tula, betul sangat2.. Sama ada kita mangsa atau pemangsa.. Aku pun berpikiran sama, kalau accident sorang2 takpe gak, lantaklah situ.. Ini selalu babitkan orang lain yang tak bersalah..

    Hmmmm, sedih2.. Taktaula macam mana nak educate orang macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara nak educate diorg ni adalah bila org yg dia syg jadi mangsa golongan bangsat cm dia jugak. Kot.

      Delete
  4. I will never ever tengok phone bila aku drive nak2 memang aku drive sorang2 pergi balik sekolah. Handbag memang ada kat bawah sebelah kaki aku tapi takkan ada perasaan nak ambik phone EXCEPT traffic jam yang memang COMPLETE STANDSTILL bak kata Waze haa tu yee aku tgk phone jap call husband lambat sampai rumah sebab jemmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yee lagi satu sebab aku suka menyanyi dalam kereta sebab pendrive aku sekarang penuh dengan lagu2 fresh lama tak dengar. Kahkah

      Delete
    2. Haha bagus hang ni Kon. Kalau la semua org bersikap mcm hang..

      Sama! Aku lagi suka dgr muzik dlm keta dari belek fon

      Delete
  5. Saya tak pro. Jangan kata nak text masa drive. Nak tukar radio sambil drive pun tak berani. Huhu.. masih belum cekap memandu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah bagus. Takyah nk multitask sgt bila drive, fokus :D

      Delete
  6. betul kata kauuuu! aku time trafic je cek msg. reply tetap dh smpai destinasi. baru puas. kalau x baru type ok dah trefik hijauuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahnya, lepastu kena hon dgn keta belakang, haha

      Delete
  7. bahaya sangat text sambil drive nie. apatah lagi sambil speeding.
    harap manusia jenis macam nie cepat sedar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ingat dia cool kot boleh speeding sambil texting

      Delete
  8. saya sebagai pengguna jalan raya agak terkesan dan sedikit tidak setuju dengan statement menggunakan phone semasa tgh tunggu traffic light merah bertukar hijau. alkisah nya, pemandu terlalu lalai menggunakan phone sampai lampu merah itu bertukar dan bertukar merah semula. ape kejadah semua ini? bayangkan anda di belakang kereta tersebut dok tunggu keta depan yg lalai ni x jalan2. lepas hon2 baru nak jalan, tapi di sebabkan lampu hijau yang x sampai 5 saat, kena tunggu lagi. saya di sini memohon maaf secara terbuka kepada yg hon kereta sy tempoh hari di sebabkan lalai menggunakan phone semasa lampu merah tersebut. ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjang nau kome komen. Insaf lah, jgn terus lalai, hahah..

      Delete
  9. weiiii sumpah semua ni kenyataan, zyra. pernah jgk terjadi cemni, mujur x accident je. tekan break habis rapat dah sampai bunyi ngilu siap berbau lagi, masatu hujan jalan basah. apa ke takde perikemanusiaan perangainya, ya Allah... kalau berdentum masatu tak tahulah apa nasib. alhamdulillah sangat Allah masih sayang xde apa jadi masatu. lembik langsung kaki nak teruskan pemanduan. adoiiii mohon sesiapa yg ada habit gini pls laa fikir jgk orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak memasal haus tayar keta dan brek, hnsss.

      Kan, janntung rasa cm gugur, huhu syukur Allah masih bagi peluang hidup, :')

      Delete
  10. Bangsat betullah! *terbawak emosi lepas baca*

    ReplyDelete
  11. Aku pun tak faham dgn orang camni. Tak sedar diri pulak yang diri sendiri tu bukannya cekap sgt drive siap nak text sambil memandu. dah la nak balas text kat phone touchscreen tu payah..

    Good advice part bawah tu. Kena byk doa dan berzikir masa memandu. Takut tu kali terakhir kita memandu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, bergaya santai gilaaaa eee sakit pulak hati kita nieww

      Delete
  12. Itulah kita punyalah berhati-hati tapi sebab manusia jenis ni kita terjebak sama.

    Cakap tentang dengar lagu time drive tu setuju dengan Zyra biarlah berpada-pada lebih elok banyakkan selawat, istighfar, memuji Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huu tu yg takut sgt, kita bwk hati hati dah tapi org lain bwk mati mati :(

      Thanks Mrs. A :)

      Delete
  13. Hahahaha kenapa gelak, serius ni serius >_<

    ReplyDelete
  14. Tu lah, bila naik kereta ni, nyawa cam dah duk kat hujung tandukšŸ˜¢. Mak dan nenek sy prnah alami accident sbb ada kereta rempuh kat blkg, katanya budak tu x nampak kereta mak sy kat depan sebab pglihtn dia tu kabur.entahlah,agaknya sibuk belek phone. Mujur mak dan nenek sy masih hidup.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Rasanya, antara benda lain yang penting jugak masa driving is 'bagi signal baru turn' gosh, some people. or 'pakai helmet'like duhh. kadang2 aq sampai jadi racist masa driving.hehee

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape