Pakcik Burger

Hey guys.

Depan rumah aku ada sorang pakcik dan isterinya berjual burger, hotdog dan tak lupa jugak oblong.
Ya, profesion menjual burger ni lazimnya dipelopori oleh golongan lelaki muda. 
Tapi itu tidak menghalang Pakcik untuk menghasilkan buger yang bermutu dan lazat. 
Lebih lazat dari burger Abang Sado.

Sejak aku mula mengamalkan gaya hidup sihat, dah lebih setahun aku tak membeli burger Pakcik.
Kalau dulu, boleh kata tiap hari jugaklah aku melahap burger. 
Pada waktu malam pula tu.
I love to lead a dangerous life.

Pada malam minggu lepas, aku ke kedai Tujuh Sebelas untuk membayar bil. 
Aku melintas kedai Pakcik. 
Ah,  alang-alang dah lalu order lah burger daging sepukul. 
Selepas memberi order kepada Pakcik yang sibuknya boleh tahan,  aku berlalu sambung perjalanan ke kedai.

Selesai urusan di kedai Tujuh Sebelas, aku kembali ke gerai Pakcik.
Mujur jugak aku tak terlupa dan terus berjalan balik ke rumah.
Baru je aku nak melabuhkan punggung atas bangku, Pakcik hulur bungkusan burger aku. 
Fuh pantas! Dan dengan kurang pantas aku membayar harga burger.

Aku sedikit kecewa sebab tak sempat cakap dekat Pakcik supaya letak sos tomato. 
Bukan sebab aku tak tahan pedas, tapi bagi aku burger Pakcik bertambah sedap dengan sos tomato.
Sos tomato dia tak sama dengan sos tomato KFC atau McD.
Mungkin Pakcik menggunakan sos keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Balik ke rumah aku pun membuka bungkusan burger yang masih panas. 
Sambil mata tajam menghadap laptopburger di tangan aku gigit dengan rakus.
Serentak dengan itu aku rasa sangat terharu.
Pakcik letak sos tomato.

(Lalu timbul imaginary conversation dengan Pakcik)

Tak sangka Pakcik masih ingat preference aku. 
Dah lama kot aku tak pegi kedai dia. 
Dan pelanggan dia boleh tahan ramai dan datang dari tiap penjuru daerah.
Aku kagum.
Pakcik memang seorang ahli perniagaan yang berkarisma dan berkaliber. 
Atau,  aku satu-satunya pelanggan dia yang dah tua bangka tapi mintak sos tomato.
Kahkahkah.


Entri ni membangkitkan nafsu makan aku jelah 

29 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. apekehey sos tomatonya? dok pedas.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Hahah kan. Walau benda kecik tp bila org ingat, its really something..

      Delete
  3. Munhkin pakcik tu tengah ushar awak sebab nak kenenkan dia punya anak dengan awak ... wkwkwkwkbaidewei, awak beli beger letak sayo? 😄😄😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha utk dia punya anak takpelah. Huahahahaha. Of kos letak sayo and mayo. Wajib!

      Delete
  4. mane kedai pakcik burger ni, nak pegi la jugak

    ReplyDelete
  5. aaa tetiba nak burgerrr. kena cari ptg ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak bertanggungjawab ke atas paras kolestrol kau, hahahah

      Delete
  6. Replies
    1. Takde takde tak habis, hahhaha plot twist sgt

      Delete
  7. Woaaahhh..!! I'm touched, pakcik..! *srooottt..sedut hingus.*

    Aku rasa, pakcik ni professor X..! OvO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha jgn lap kat aku Lee.

      Tulah, dh la ada iras Prof X ayoook entah dia intai aku nk ajak join geng mutant

      Delete
  8. tacingnye...hehehe kdg kdg orang yang berbeza dengan org lain lebih senang diingati...

    ReplyDelete
  9. Touching!!! cerita pakcik burger ni Zyra.
    Teringat Abang Teh burger kat AU3 Keramat.

    ReplyDelete
  10. tadi komen emosi, sekarang nak gelak. gelak tak mau mau!!! hahahahaha apeni apeni apeniiii sweet lah pakcik ni... adoiii

    ReplyDelete
  11. Hebat pak cik tu ingat lagi.. Tapi org yang pelik senang nak ingat. So, tak payah terharu sangat lah.. Haha..

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape