Perasaan Itu..

Hey guys.

Pagi tadi, sebaik buka group Telegram, mata aku bergenang.
Selalu mata bergenang sebab bergurau, harini sebab sedih.
Amna Shark, salah seorang ahli group telah kehilangan Tok nya di kampung.
Dia perlu bergegas pulang dari KL ke Kedah.
Alhamdulillah, urusan dipermudahkan bila Amna dapat pulang bersama sepupunya.

Aku sangat faham kehilangan insan tersayang saat diri berada jauh.
Aku kehilangan mak waktu tengah sibuk bekerja di ofis.
Saat dapat berita, dunia memang gelap gelita. Airmata terhambur keluar tanpa dapat ditahan.
Lemah semua semangat. Tapi perlu kumpul jugak segala kudrat untuk pulang segera.
Aku terus memandu sendirian ke kampung.
Perasaan dan pengalaman macamtu memang aku tak nak berlaku pada orang-orang yang aku kenal.
The agony is.. hard to explain.

Mujur jugak perjalanan cuma sejam setengah.
Allah permudahkan semua urusan.
Aku teringat kata-kata salah seorang kakak masa aku dapat tawaran bekerja di Penang dulu:
"Hm.. tak apalah, dekat jugak Penang daripada di KL. Kalau jadi apa-apa senang.."

Kadang aku harap terjadinya situasi macam dalam drama Melayu,
Ahli kelurga dan yang tersayang berkumpul di sekeliling orang yang sedang sakit.
Membantu melafazkan syahadah. Melihat dia pergi..

Tapi aku tak berpeluang.
Semasa ayah pergi aku masih terlalu muda untuk berada di sekitar.
Dan kemudian emak..
Aku sangat berharap dapat genggam dan cium tangan emak buat kali terakhir.
Mugkin aku tak berpeluang kerana belum cukup kuat untuk berhadapan dengan situasi begitu.
Allah lebih tahu.

Tapi tidak mengapa.
Keberadaan kita itu tidak penting.
Yang penting, ingatan dan doa yang tak pernah padam.

Kepada Amna sekeluarga, salam takziah.
Kita tak kenal secara rapat but I feel you.



Be strong

Buasir Otak the Komik Kembali Lagi!

Hey guys!

Dengan sukacitanya aku nak maklumkan bahawa projek komik kolaborasi aku yang ketiga telah selamat dilahirkan. Komik Buasir Otak kali ni diberi nama Awakening. Sesuai dengan temanya untuk 'awaken' atau membangkitkan kembali sifat-sifat kemanusiaan.

Menampilkan 56 pelukis (termasuk Zyraroxx), Buasir Otak the Komik: Awakening (BOTK4) sememangnya menyajikan kepelbagaian. 5 mukasurat komik one shot dari 56 pelukis menjadikan BOTK4 sebuah komik 296 mukasurat. Tebal macam kamus dewan! 

Kalau kau jenis sayang nak baca (macam aku), baca sehari satu komik dari seorang pelukis pun dah mengambil masa 56 hari untuk habiskan, hahaha lama tu, lebih dari sebulan. Apatah lagi musim cuti sekolah dah nak mula. Dari korang bagi anak/anak buah/sepupu sepipit main gajet je, baik jugak bagi baca komik kerana komik ini mematuhi piawaian yang ketat lalu sesuai dibaca oleh seisi keluarga.

Buat anda yang sudah memiliki komik BOTK 1, 2, dan 3 memang wajib dapatkan komik yang ke-4 ini. Barulah lengkap koleksi. Buat yang belum pernah memiliki mana-mana komik Buasir Otak, inilah satu permulaan yang sangat sesuai!

- Harga buku BO:TK (AWAKENING): RM25 seunit (tidak termasuk kos penghantaran)
- Caj penghantaran PosLaju: RM8 (Semenanjung) | RM12 (Sabah dan Sarawak)
- Jumlah mukasurat: 296 mukasurat (Ya komik ini memang tebal, berbaloi-baloi)

Cara-cara pembelian:
- Hantar pesanan ke alamat email princeofnoob[at]gmail[dot]com ; ATAU
- PM Page Facebook Buasir Otak: The Komik ; ATAU
- Whatsapp/SMS agen kami SangKancil: 013-9313541
- Servis cash on delivery (COD) di area Putrajaya dan Cyberjaya turut disediakan.
- Jangan lupa mention nama Zyraroxx untuk penghantaran yang lebih pantas,  kahkahkah!




Akhir kata, insyaAllah kualiti komik bermutu tinggi, harap korang semua berpuas hati. Kami amat berharap masyarakat memperoleh manfaat darinya. Sangat sesuai untuk koleksi peribadi atau sebagai hadiah kepada anak murid (tiba-tiba sangat, hahahah).


Tebal macam novel sampai aku boleh letak chop mohor, hahaha..


Selamat melawaskan otak masing-masing!
Terima kasih kerana sudi sokong produk tempatan! 

"Bukan Orang Nampak Pun.."

Hey guys!

Aku sebenarnya agak tak suka bila orang cakap "alah,  bukan ada sapa nampak pun".

Ayat tersebut, selain digunakan oleh pasangan bercinta untuk memadu asmara di celahan semak, bagi aku ia juga turut digunakan oleh orang malas. 

Aku bagi contoh aku sendiri (masuk bakul). Memiliki bilik sendiri. Tak ada orang luar datang menjengah, housemate pun setahun sekali nak masuk. Tapi itu tidak bermaksud aku boleh biarkan bilik bersepah dengan alasan "alah, bukan ada sapa nampak pun".

Walaupun bilik aku tak pernah ada tetamu, tapi aku still memastikan ia berada in pristine condition. Untuk siapa? Untuk aku lah. Balik kerja penat-penat masuk bilik kemas teratur, bukankah ia satu nikmat dunia? 

Kedua, penjagaan rambut. Walau aku pakai tudung, tapi aku tetap jaga rambut macam Rosmah. Aku sangat tak suka bila orang cakap "alah, buat apalah nak jaga bagai, bukan ada sapa nampak pun". Tapi aku nampak. Kakak aku nampak. Abang aku nampak. Makcik aku nampak. Dan insyaAllah satu hari nanti suami aku pun nampak. Jadi? 

Nak pilih spender pun sosah. 

Ketiganya, underware. Pernah dulu aku ternampak spender macam roti kirai bertompok-tompok stains tersidai di ampaian hostel PEREMPUAN. Aku rasa kalau spender tu "untuk orang nampak", takde sapa sanggup pakai. Tapi memandangkan ia jatuh kategori "alah, bukan ada sapa nak tengok" maka, pakailah ia sampai lunyai. Jangan cakap pasal ekonomi dengan aku. Spender kat pasar malam harga tak sampai pun RM5 sehelai.

Jadi tolong jangan pertikaikan bila aku masuk laSenza atau Victoria's Secret, hahahha. 

Mulai sekarang, cuba bayangkan apa yang kita buat semua orang nampak. Apatah lagi kita (muslim) sangat diajurkan untuk menjaga kebersihan. 

Bersih tak perlu tunggu bila kaya. 
Miskin bukan halangan untuk jadi bersih. 

Rupa atau Bau?

Hey guys!

Kadang-kala, aku akan berbas ke tempat kerja.
Hajat hati tu nak jugak berbasikal, tapi tempat kerja aku agak jauh, dan aku belum beli basikal.

Actually, menaiki bas ni elok untuk kesihatan minda aku.
Takyah stress pasal jalan jem tak kira waktu, boleh tidur, boleh makan aiskrim (tetiba).
Selain itu, ia merupakan satu bentuk terapi.
Sebab bila menggunakan penganggkutan awam ni, aku suka perhatikan gelagat manusia yang pelbagai.
Dari bus-stop sampailah ke atas bas, bermacam jenis manusia dan habitat aku boleh rekodkan, hahaha.

Di Penang ni ada satu jenis bas awam je iaitu RapidPenang.
Aku sangat kagum dengan pemandu wanitanya.
Nampak gagah, waja, agam, manis, cool level Everest.

Kisahnya pada suatu hari tu sedang aku menunggu bas di sebuah bus-stop, aku telah didatangi oleh dua lelaki Caucasian.
Dari jauh aku perhati kelibat mereka yang ber backpack sebesar alam yang aku kira mampu memuatkan seketul Zyra dengan selesa.

Mudah saja aku tertarik untuk perhatikan mereka kerana memang mempunyai ciri-ciri lelaki virtual yang aku suka:-
- Rambut ikal berwarna perang muda paras leher
- Mempunyai facial hairs (tak panjang tak pendek) just nice
- Bertindik
- Sado, tinggi, gagah, apa lagi yang kau nak?
- Hidung terletak, kulit tanned berjemur, mata sorang biru, sorang lagi aqua/kelabu.

Memang sedap mata memandang, apatah lagi bahu yang memikul, eh.

Dari jauh mereka kelihatan macam lost in translation.
Tidak berapa lama kemudian, mereka mendekati aku untuk bertanya.
Dan setibanya mereka dekat aku..

Allahu. Rasa nak pengsan!

Bukan sebab mereka kacak sangat, tapi sebab busuk amat!
Tahap busuknya tu? Kau akan lebih rela duduk sebelah tong sampah atau lori majlis perbandaran.
Aku kerap jugak jumpa foreign backpackers tapi takdelah busuk, malah some of them berbau sangat wangi.

Betapa strugglenya aku kat situ nak menolong diorang dan pada masa yang sama takmau tutup hidung.
Susah weh nak bercakap dan bernapas guna mulut pada masa yang sama.
Nasib kejap je aku cakap diorang boleh paham dan berlalu pergi dengan gembira.
Meninggalkan aku dengan sedikit dukacita.
Eh, bukan sedikit, banyak! Sebab lepastu aku rasa pening-pening lalat.
Hajat hati nak jugak aku suggest hotel terbaik untuk backpackers di Penang ni.
Tapi aku taknak memanjangkan masa kami bersama, lagipulak aku ni bukan nya Trivago.



On the other note. Haritu time aku melintas H&M untuk masuk ke dalam sebuah mall terkemuka, aku berselisih dengan sorang minah salleh. Mak aih tengik, hangit, hapak betul bau badan beliau. Tak padan dengan muka lawa dan seksi. Ke bau tengik tu tengah trending sekarang? Aku slow sikit bab industri fesyen antarabangsa ni.

Selama ni sesetengah dari kita keji Bangladeshi cakap diorang busuk, hina hanya sebab mereka dari negara mundur, berkulit gelap, kerja buruh kasar.
Sedangkan yang kacak kulit putih datang dari negara maju itu lagi busuk! Yakk!

Jadi girls, korang sanggup dan rela tak dapat hubby kacak tapi busuk?
Korang buat cemana pun dia tetap nak busuk, hahahah (bende ntah Z merepek).
Kalau aku tak sanggup kot. Sebab benda hubby ni kita nak peluk tiap hari.
Biarlah rupa buruk sikit, boleh tutup lampu. Daripada kena tutup hidung.. kahkahkah!


Bau lagi penting!  
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape