Perasaan Itu..

Hey guys.

Pagi tadi, sebaik buka group Telegram, mata aku bergenang.
Selalu mata bergenang sebab bergurau, harini sebab sedih.
Amna Shark, salah seorang ahli group telah kehilangan Tok nya di kampung.
Dia perlu bergegas pulang dari KL ke Kedah.
Alhamdulillah, urusan dipermudahkan bila Amna dapat pulang bersama sepupunya.

Aku sangat faham kehilangan insan tersayang saat diri berada jauh.
Aku kehilangan mak waktu tengah sibuk bekerja di ofis.
Saat dapat berita, dunia memang gelap gelita. Airmata terhambur keluar tanpa dapat ditahan.
Lemah semua semangat. Tapi perlu kumpul jugak segala kudrat untuk pulang segera.
Aku terus memandu sendirian ke kampung.
Perasaan dan pengalaman macamtu memang aku tak nak berlaku pada orang-orang yang aku kenal.
The agony is.. hard to explain.

Mujur jugak perjalanan cuma sejam setengah.
Allah permudahkan semua urusan.
Aku teringat kata-kata salah seorang kakak masa aku dapat tawaran bekerja di Penang dulu:
"Hm.. tak apalah, dekat jugak Penang daripada di KL. Kalau jadi apa-apa senang.."

Kadang aku harap terjadinya situasi macam dalam drama Melayu,
Ahli kelurga dan yang tersayang berkumpul di sekeliling orang yang sedang sakit.
Membantu melafazkan syahadah. Melihat dia pergi..

Tapi aku tak berpeluang.
Semasa ayah pergi aku masih terlalu muda untuk berada di sekitar.
Dan kemudian emak..
Aku sangat berharap dapat genggam dan cium tangan emak buat kali terakhir.
Mugkin aku tak berpeluang kerana belum cukup kuat untuk berhadapan dengan situasi begitu.
Allah lebih tahu.

Tapi tidak mengapa.
Keberadaan kita itu tidak penting.
Yang penting, ingatan dan doa yang tak pernah padam.

Kepada Amna sekeluarga, salam takziah.
Kita tak kenal secara rapat but I feel you.



Be strong

16 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. Betul tu... Kehilangan org yg tersayang amat terkesan sekali di hati

    ReplyDelete
  2. takziah d ucapkan kepada amna.

    kepada zyra semoga mereka berada dlm kalangan orang2 yang soleh dan solehah.

    ReplyDelete
  3. :'( Al Fatihah to your parents and Amna's tok.May they rest in peace
    You're strong girl Zyra. Keep being strong

    ReplyDelete
  4. salam takziah untuk keluarga amna...

    ReplyDelete
  5. Ya allah, aku baru comment kat entry dia..

    Innalillah..sampaikan takziah aku kat dia weyh, kat dalam group tuh..
    Hari tuh tak sempat tukar2 no phone kalau tak boleh WhatsApp personal..

    Aku pun sedikit sebanyak dapat rasa kehilangan korang masa Pakteh aku meninggal bulan lepas..
    Betul, yang penting do'a... Al-fatihah untuk arwah mak kau dan Tok Amna..

    ReplyDelete
  6. Takziah amna dan keluarga..
    Al fatiha

    ReplyDelete
  7. Takziah amna dan keluarga..
    Al fatiha

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah sekarang saya masih ada mak dan ayah dan saya tak boleh imagine macam mana keadaan saya bila nyawa mereka telah diambil =(

    ReplyDelete
  9. tak dapat nak bayangkan macam mana perasan dia. T__T

    ReplyDelete
  10. Innalillahhiwainailaihirojiun...
    Takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga Amna.
    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  11. Inalilahhirojiun.. semoga ana bertabah :')

    ReplyDelete
  12. Takziah... Al-Fatihah untuk mereka..

    ReplyDelete
  13. saya baru sedar ada post ini. (sebab agak seketika juga saya sunyi dari online). Terima kasih zyra. Bukan niat saya nak buat orang lain turut sedih. Tapi, terima kasih sekurang-kurangnya saya tahu ada yang memahami.

    ReplyDelete
  14. Kehilangan memang bukan urusan mudah sebab libatkan perasaan apatah lagi kalau berkaitan dengan yang rapat dengan kita.

    Entahlah. Fikirkannya pun boleh buat bergenang :|

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape