Hey guys.
Aku tengok bukan main lagi kisahnya bila nak berumahtangga sekarang ni. Sampai tahap pihak lelaki kena buat pinjaman peribadi. Perkahwinan itu satu ikatan suci, sehinggakan dianggap seolah membina masjid. Masjid dibina dengan hutang? Umm..
Bertunang
- Pelamin, khemah, banner segala bagai macam kenduri nikah kahwin. Sedangkan seeloknya bertunang itu diam-diam, belum halal pun lagi. Karang tak jadi, kan dah malu sendiri?
Pra-perkahwinan I
- Photoshoot dulu sebelum bertukar status. Apa motif aku pun tak tahu. Lebihan duit melimpah ruah untuk bayar khidmat fotografi mungkin. Pengaruh drama je semua ni *tiba-tiba.
Pra-perkahwinan II
- Adakan bachelorette party. Ala-ala parti enjoy dengan rakan sejantina sebelum kena 'ikat'. I don't get this, lepas kahwin dah tak boleh nak berkawan ke?
Bernikah
- Sehari sebelum majlis kahwin sebelah perempuan. Sepersalinan (atau mungkin 2) baju sewa anggun, solekan dan sudah tentulah khidmat fotografer lagi.
Majlis resepsi perempuan
- Baju sewa lagi sepersalinan (mungkin 2 utuk sesi petang/malam), lagi parah bila pengantin perempuan nak gaun macam pari-pari lah, macam permaisuri agong lah. Lepastu solekan ekstrim sampai sedara-mara tak kenal. Belum campur bridesmaid penyibuk setengah dozen. Flowergirl lagi. Tinggal paderi je missing. Fotografer dilupa jangan.
Majlis resepsi lelaki.
- Lelaki selalu simple sikit. Tapi nasib lah kalau dapat mak dan sedara perempuan yang over excited abang nak kahwin nah kau (ulang babak sebelah perempuan). Khidmat DJ membingitkan telinga lagi.
Aku malas nak masukkan kira-kira karang ada yang trauma taknak kawen pergi nikah kat siam kemudian datang salahkan aku. Cuma aku nak cakap kat sini, kalau kau dari golongan hartawan, terserlah lah kepadamu (suara Ameng Spring). Tapiiii.. kalau kau dengan bakal zaujah pun bergaji bawah RM3,000 sebulan, aku sarankan ukur lah dulu badan korang sebelum beli baju. Kalau badan saiz XXL tolonglah jangan beli baju saiz XS. Tersiksa jiwa.
Eh, kau belum nak kawin senanglah bercakap Zyra. Entah nanti kau lagi teruk majlis lima hari lima malam non-stop sampai pengsan. Hahahaha!
Nope. I don't think so. Mungkin disebabkan usia aku jadi aku masih reti lagi membezakan mana keperluan dan mana kehendak. Kalau aku ditakdirkan kawin di usia muda, yeah, mungkin majlis diadakan dengan gilang-gemilang. Just fikir nak abadikan hari bahagia, fikir glamor untuk jiran gosip selama seminggu. Tapi sebab aku dah tua, aku lebih banyak fikir ke depan lepas fasa bulan madu dah tamat.
Ya aku tahu kalau gaji bawah 3K pun mampu buat majlis gemlang kalau dikumpul duit. Buat OT siang malam, join Forex, jual kain tudung online. Ya, semua mampu. Tapi, lagi elok duit banyak-banyak tu di simpan for rainy days. Kita tak tahu apa yang bakal menanti kita di depan. Lagipun dari bayar beribu ringgit untuk sewa pelamin untuk sehari, baik pergi beli set sofa/perabot, decorate sendiri. Dari upah jurufoto beribu ringgit, baik kau pergi beli satu set kamera DSLR dan mintak tolong kawan/sedara yang agak berseni dalam bergambar. At least semua barang tu akan jadi MILIK SENDIRI lepas guna. Ini pandangan peribadi, jangan lah mak andam dengan jurufoto datang libas aku pulak.
Aku tergerak hati nak tulis mengenai hal ini bila aku mendengar keluh kesah seorang makcik. Seorang ibu yang terpancar resah di wajah tuanya. Resah hutang dengan sanak saudara belum terlunas, dek kerana memenuhi tuntutan si anak yang menginginkan majlis perkahwinan yang gilang gemilang. Hmm.. sampai bila lah seorang anak tu nak menyusahkan ibubapanya?
Dan kepada masyrakat sekalian alam, kalau pergi majlis kawin orang tu simple, jangan pulak bawak mulut kata macam-macam, mengutuk, mencela. Sebaliknya perkahwinan yang simple itulah perlu disanjung. Melainkan kau baik hati nak tanggung kehidupan pengantin lepas diorang kahwin sampai beranak pinak.
Dan kepada masyrakat sekalian alam, kalau pergi majlis kawin orang tu simple, jangan pulak bawak mulut kata macam-macam, mengutuk, mencela. Sebaliknya perkahwinan yang simple itulah perlu disanjung. Melainkan kau baik hati nak tanggung kehidupan pengantin lepas diorang kahwin sampai beranak pinak.
Moral dari cerita aku ni?
Ambik lah jurusan seni fotografi kerana insyaAllah job masuk tak berhenti-henti.
Ambik lah jurusan seni fotografi kerana insyaAllah job masuk tak berhenti-henti.
Jangan sukarkan sesuatu yang mudah
Hmmmmm, anak kawen, mak bapak yang berhutang..
ReplyDeletekawan2 aku ramai buat personal loan nak kawen.. Honestly aku rasa sape yang buat tuh memang bodoh, lantakla atas apa alasan sekali pun..
kalau ikut kepala aku ni jek, aku nak kawen bese2 jek, akad nikah dan kenduri jek, panggil orang kampung setakat nak war-warkan dah kawen..cukupla..
sangat betul, masa depan macam-macam lagi..
aku antara org amik personal loan kawen. huhu.
ReplyDeletefamily matters. went thru merisik, bertunang, nikah, kenduri wife, kenduri belah family sendiri. semua tu pakai duit. susah nak explain.
link ini menjelaskan kehidupan berhutang yang sedih
Deletehttp://mangafox.me/manga/crayon_shin_chan/v06/c003/23.html
Ni pendapat aku sbg orang yg dah kawen. Duit kenduri kawen mostly guna duit aku n pasangan. Mak bapak kitorang just sponsor goodies & makan waktu nikah sahaja dan itu sbb diorang yg nak sponsor. Disebabkan nak jimat,kitorang bt 1 majlis je. Itu pun total cost almost 33k. Habis byk kt mana? Berhabis byk kat catering padahal bt 1 majlis je. Need to be fair kitorang bt kt dewan bukan kt rumah masing2. So kt dewan kne la pakai catering sbb takde orang sanggup nak rewang masak kt area dewan. Bila kita nk yg simple tetap akan ada halangan sbb mak bapak kakak adik beradik nak itu lah nak macam ni lah. Sedara mara kena sponsor baju lah sbb masa anak diorang kawen, kita pun dpt baju jugak. Kita dimomokkan kisah begini & begitu lepas tu nak kena jaga hati family 2 belah pihak.
ReplyDeleteAlhamdulillah kalau ada orang lain yg tak berhabis byk duit kat majlis sbb family diorang tak kisah ape2 pun. Tapi sebab family aku jenis pikirkan ape orang cakap, so aku punya majlis agak berhabis duit jugak la sbb kenangkan kahwin hanya sekali. Pada korang yg sama mcm keluarga aku tuh. Aku nasihatkan simpanla duit bebanyak, kalau dpt bonus setahun gaji tuh tolong jgn boros.
Sekian.
Saya boleh tengok macam mana keadaan abang saya selepas buat personal loan untuk resepsi. Selepas gaji ditolak tinggal ciput je ==
ReplyDeleteBab kahwin memang dah masuk bab subjektif.
ReplyDeleteBila semua orang nak kahwin meriah, tetiba mesti ada yang menongkah arus menentang kata kahwin murah lagi bagus. Tup tup ramai pulak nak kahwin murah sekali ada pulak yang nak menentang arus jugak kata duit masing2 lantak laa nak kahwin camane pun.
Pada saya, ramai pasangan sekarang salah target. Mereka target nak kahwin dengan pasangan dan set itu sebagai matlamat. Sebab tu sanggup berhabis. Padahal matlamat sebenar adalah kehidupan selepas berkahwin. Majlis sekadar permulaan. Kalau starting grand tapi nak hidup mengikis, itulah nanti turun naik mahkamah pakai spec besar bertudung bagai...
Hahaha ... ini win
Deleteaku setuju dengan setiap statement kau. Tapi tu lah, kata belum kawen kan. Harpanya pendirian aku ni teguh sampai anak aku punya perkahwinan nnt. haha. Plus aku memang tak suka majlis, penat. Aku insan yg lemah, tak suka penat2 haha.
ReplyDeleteMulut manusia memang tak boleh ditutup. kau buat grand kene mengata, kau buat simple kene mengata. so pekakkan telinga . paling lama pun seminggu je kene mengata lepas tu ada kenduri org lain dorg mengata org lain plk haha. at least seminggu tu dpt pahala free.
orang berfikiran matang je fikir mcm kau ni hehehe. zyra kawen jemput walaupun simple aku nak nasi kandar hahahaha
Tak pernah berangan nak kahwin meriah besar-besar. Sebab aku pemalu, naik pelamin pun tak nak. Hahaha. Janji kahwin sudahlah, kehidupan lepas kahwin tu yang penting. Nasib juga mak ayah aku jenis tak kisah buat yang simple pun, yang penting tetamu cukup makan :p
ReplyDeleteDulu bapak aku bisik-bisik ckap ngan aku, nak kawen jgn dengar ckp mak aku nk buat kenduri besar2. Buat biasa. katering pun tak payah, bapak boleh kawahkan gulai tu, cewah. Tapi angan-angan la mak pak aku nak timang menantu (timang? cari pasal).. Aku forever alone. Jimat duit buat walimatulurus
ReplyDeleteya masa muda kita selalu nak ikut kehendak. bila dah makin tua, dah makin banyak tanggungjawab, makin tahu macam mana penatnya nak dapat duit, kita makin ikutkan keperluan. kadang2 pakaian pun pakai je sampai rosak baru beli baru.
ReplyDeletehttps://www.youtube.com/watch?v=s1P-dpSD2ts&index=5&list=RDQamxu3pdJf8
ReplyDeletekepentingan membuat kad kahwin yg betul
haiihhh... (mengeluh tetibe sebab speechless) :'D
ReplyDeletesepatutnye pengantin kena usahakan duet belanja sendiri, kesian plak mak ayah nak menanggung kecuali mak ayah mmg mampu...
ReplyDeleteA wedding or a marriage. Pilih pilih..
ReplyDeleteTp kadang tu pengantin nk simple je tp byk pulak campurtangan luar. Kesian.
Tersuka pulak moral citer ni. Kih3.
Btw mine was kenduri bajet. Pattern poket takde isi. Ehehe.
aku baca novel english satu je. The Pearl. pmr for3
ReplyDeleteKau dah kenapa korn? Nak cerita tu cerita la sinopsis sekali macam mana dia jumpa pearl kt dalam laut tu.. Haha..
DeleteMasih ramai yg ingat majlis tu lebih penting daripada kehidupan selepas berkahwin. Tu yg spend byk kat majlis. Padahal nak pakai duit kehidupan selepas berkahwin tu lagi byk nanti. Kesian yg sampai terpaksa buat loan..
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah time Mrs. A kahwin takdelah sampai nak amik personal loan.
ReplyDeleteMrs. A & Mr. A sedar diri itu pasal yang ukur baju ikut saiz kita orang.
Alhamdulillah lepas kahwin happy takdelah terbeban dengan hutang-piutang yang ntah bila mampu nak dilunaskan sekiranya buat personal loan tu.
Lagi satu lepas kahwin tu nanti akan ada baby pastu bersalin tu nak kena bayar bil hospital lagi...
Ha.. ini ada jugak jenis yang tak berkemampuan tapi nak pi beranak kat prince court. Hutang kahwin tak settle lagi tambah lagi dengan hutang beranak. Fengsan.
COOL - I LIKE DIS STATEMENT.
ReplyDeleteHIHIHI
"Lagipun dari bayar beribu ringgit untuk sewa pelamin untuk sehari, baik pergi beli set sofa/perabot, decorate sendiri. Dari upah jurufoto beribu ringgit, baik kau pergi beli satu set kamera DSLR dan mintak tolong kawan/sedara yang agak berseni dalam bergambar. At least semua barang tu akan jadi MILIK SENDIRI lepas guna."