Pakai Tudung 24/7

Hey guys!

Sekarang ni banyak dah komik-komik islamik yang diterbitkan, alhamduillah. 
Satu cara baru untuk berdakwah.
Tapi ada satu perkara yang aku kurang berkenan.
Pemakaian tudung di dalam rumah.

Kelihatan agak berlebih lah kalau seorang emak bertudung litup di dalam rumah bersama suami dan anak-anak.
Bukanlah aku nak suruh si emak tu dilukis dengan memakai miniskirt atau baju nampak klivej, tapi memadai lah lukis dia sarung anak tudung, takpun free-hair je.
Logiknya ada ke kita nak lilit shawl labuh-labuh bila dalam rumah bersama muhrim?
Yeah yeah, guna common-sense
Malangnya, tak ramai manusia yang dikurniakan dengan common-sense zaman sekarang ni.

Dalam drama Melayu lagi haru. Adegan tidur pun pakai tudung.
Okay, yang ni aku nak gelak. Kahkahkah!!
Aku faham lah pelakon tu memang berhijab in real life, tapi boleh je buang scene bilik tidur.
Tak terjejas pun jalan cerita.
Setakat nak berangan atau bersendu-sedan atas balkoni pun boleh, dalam kereta pun boleh, atau mana-mana tempat yang sesuai dengan imej perempuan bertudung yang dalam kegelisahan.
Tu belum babak isteri bertudung bemesra dengan 'suami' (baca aktor lelaki bukan muhrim) atas katil.
Hm.

Bukan apa, risau nanti orang yang cetek agama, atau orang bukan Islam merasakan yang menutup aurat itu sangat berat.
Mana taknya, dalam rumah, luar rumah, dalam bilik tidur, waktu tidur, semasa berasmara semua kena pakai tudung.
Habis bilanya boleh bukak tudung? Waktu mandi je? Ke dah ada drama Melayu yang menampilkan perempuan berhijab dalam tab mandi? Kuihihih..

Apa yang aku cuba nak sampaikan adalah;
Islam itu mudah. Jangan buat ia nampak susah.


Z makin membosakan 

11 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. Betul.Yup Islam itu mudah..Islam itu tidak menghukum tapi ada hukum yang perlu diikut..ilmu itu perlu untuk kita melaksanakan syariat yang telah ditetapkan.

    ReplyDelete
  2. Apakah? Jangan kutuk Neelofa saya! Kahkahkah

    ReplyDelete
  3. Yaaaaay, ada post baru dari Zyraaa..! Busy ke weyh?

    Isu ni.. Aku taktau nak komen apa tapi aku setuju dengan post ni.. Cakap pasal drama, benda tak penting selalu sangat excited drama nak tunjuk.. adegan-adegan hat tak perlu yang mengundang kontroversi tula yang nak dimasukkan sangat.. *sigh.*

    ReplyDelete
  4. salam part dalam dram tu setuju sngat, buang je scene tu .. hehe

    ReplyDelete
  5. hahaha. setuju. at last someone said it right. memang kelakau nak tarik selimut bertudung. entah mende mende la. tak payah buat ceita lah senang cerita.

    komik pun ada isu aurat ke? lol. bukan nak suruh lukis yang menggairahkan pun kan.

    ReplyDelete
  6. Ahh. terasanya sayaaa... koh koh koh

    ReplyDelete
  7. Kenapa saya boleh terlepas post ni?
    Dah laa Zyra jarang update dah sekarang sejak jadi instafemes ni hehehe

    Oh, isu bertudung tak kena tmpat dlm komik dan drama memang selalu jadi isu perbualan saya dgn beberapa teman.
    Komik dan drama seharusnya jadi cerminan kepada realiti.
    Jadi bila tunjuk perkara tak logik tu, macam kelakar plak.
    Tapi bab scene atas katil boleh dibuang tu sangat setuju.
    Tak lari pun plot suami isteri kalau tak tunjuk scene atas katil.
    Saje nak buat fanservice laa tu hehehe

    ReplyDelete
  8. Tunggu juga scene pelakon berhijab berendam dalam bath tub.. Tak muncul2 lagi ni.. herherher..~ saya pun selalu mengomel pasal benda ni. Director depa ni tak boleh tolong logik lagi ka.. bebal betul.. hahaha

    xoxo

    ReplyDelete
  9. totally agreed. boleh je kut tak payah tayang scene dalam bilik utk pelakon yg bertudung

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape