Hey ya!
Seperti yang sesetengah dari kamu semua sedia maklum, aku merupakan seorang kaki buku/novel. Buku-buku yang aku baca ada ditepek di Instagram @zyraroxx (follow lah terus alang-alang tu) kehkeh.
Aku dapat banyak komen (sebenarnya dua je) dari adik-adik yang bertanyakan tips macamana nak minat membaca novel-novel Inggeris. Well, aku anggarkan bukan dua orang je yang berminat nak tahu, lalu aku pun buat entri ni dengan harapan dapat memupuk minat membaca amnya, dan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris khususnya (dah macam ucapan guru besar).
Sebelum aku bagi tips, sila kenalpasti dulu beberapa perkara berikut:-
1. Minat membaca tak?
Ini point penting untuk membaca. Tak kiralah novel Inggeris ke, Jerman ke, kalau takde walau satu iota minat untuk membaca, lupakan ajelah hasrat.
2. Faham bahasa ke tak..
Sebelum pergi dengan lebih lanjut, faham ke tak bahasa Inggeris ni. Its okay kalau lemah dalam penulisan atau lisan, tapi perlu lah reti dalam kefahaman. Macam aku, penulisan tak berapa nak okey tang grammar. Percakapan so-so aje sebab jarang boleh dipraktikkan, nak speaking 24 jam karang dikata lupa daratan pulak.
3. Nak baca novel Inggeris sebab...?
Kena tahu sebab jugak. Sebab nak menunjuk-nunjuk ke, pengaruh rakan sebaya ke, pengaruh drama ke.. Kerana ianya akan memberi kesan terhadap pembacaan kau.
Sekarang, aku bagi tips seperti berikut. Harapnya membantu jugak sedikit sebanyak:-
1. Kenal pasti genre kegemaran
Ini adalah satu perkara asas dalam bidang membaca. Jangan pakai sebat je beli novel sebab cover dia lawa, atau sebab crush kau beli maka kau pun kena beli. Contohnya aku tak suka novel cinta atau novel melakolik. Aku pernah beli satu novel konon romance dan.. aku menyesal. Bosan tak sudah, baca pun tak habis. Aku suka genre misteri/penyiasatan/suspense/thriller. Oleh itu aku lebih terarah kepada penulis yang macam Dan Brown, David Baldacci, Jo Nesbo (sekadar sebut beberapa nama).
Kadang-kala kalau dalam hati ada taman instead of machine gun, aku pun akan baca jugak novel-novel sweet and cheesy. Penulis pillihan aku untuk novel kategori tu adalah Sophie Kinsella.
Kadang-kala kalau dalam hati ada taman instead of machine gun, aku pun akan baca jugak novel-novel sweet and cheesy. Penulis pillihan aku untuk novel kategori tu adalah Sophie Kinsella.
PENTING: Tolong jangan paksa diri membaca novel yang kau tak suka sebab kebarangkalian untuk rasa bosan dan give-up itu sangatlah tinggi.
2. Mulakan dengan seleksi ‘Young Adult’
Nama pun baru nak mula membaca, jangan lah terus hentam pergi beli novel tebal 500 mukasurat dan susah gaya bahasanya. Pilih novel dari bahagian young adults atau teenager (even umur kau dah tak berapa nak young) sebab gaya bahasanya lebih ringkas, mudah untuk difahami. Aku dulu kakak belikan buku bedtime stories untuk baby walaupun waktu tu aku dah berumur 12 tahun! Aku mula baca novel Harry Potter masa umur 14 tahun. Nampak tak? Mulakan dari bawah.
4. Jangan paksa diri
Sebab aku jenis suka membaca, jadi boleh habiskan sebiji novel 300-500 mukasurat dalam masa sehari cuti. Kalau kau jenis tak berapa nak suka membaca, jangan paksa diri untuk habiskan semata-mata sebab tak nak rasa terbeban. Kalau kau paksa diri untuk habiskan baca sebab jalan ceritanya yang menarik dan tak sabar nak tahu ending, itu amatlah dialu-alu kan, hahahah. Jangan sesekali paksa diri sebab nanti automatik membaca jadi satu perbuatan yang dibenci, sedangkan membaca ni sepatutnya jadi perkara yang menyeronokkan. Satu mukasurat sehari pun takpe asalkan hati riang.
5. Buat Imbasan sebelum membeli
Sebelum diimbas oleh scanner cashier, aku sarankan kau imbas dulu novel yang nak dibeli. Kalau dibaluti plastik, baca dulu excerpts dekat bahagian belakang novel. Kalau tak berplastik, lagi bagus, kau boleh tengok gaya penulisannya macam mana. Kalau mudah faham, dan jalan cerita yang sesuai dengan citarasa, baru beli. Aku selalunya akan imbas harga dulu sebelum jalan cerita, wahahaha! Jangan sebab dia tulis ‘No. 1 bestseller author in New York’ kau terus beli. Sebab kekadang novel yang takde tulis puji-pujian itu berpuluh ganda lagi best!
Nah aku tepek kata-kata dari jiran aku sebagai inspirasi.
Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri.
Lain orang, lain caranya. Kalau cara kita sama, harap ia membantu :)
Bangsa membaca bangsa berjaya
Habis SPM dulu aku selalu beli buku kanak2 yang tulisan besar dan ada gambar. Dari author Enid Blyton. Kan dia suka tulis buku cerita2 dongeng tapi best. Lebih 10 buku beli sebab nak manfaatkan cuti dan bersiap sedia nak masuk uni kena pandai speaking. Haha. Dan baru2 ni aku gi kedai buku ada lagi buku2 Enid Blyton yang pernah aku beli lebih 10 tahun lepas.Tebal kot buku dia dan tak rugi beli guys.
ReplyDeleteLa ni aku gi jugak section Young Adult dan dah tamat baca buku bersiri The Dork Diaries. Haha banyak gambar jugak tapi kulit buku dia keras. Warna cantik. Young Adult ni banyak buku best kot! Especially A Little Princess.
Short entry dari aku kat bahagian komen entry kau. Lalalala~~
kita pown suka harry potter.....lgi suka novel dr filem....
ReplyDeleteSaya pun suka sangat membaca novel English. Lain sangat dari novel melayu yang jalan cerita lebih kurang sama kebanyakannya. Dulu masa umur 12 tahun macam tu, ayah dah mula suruh saya baca buku kanak-kanak yang Enid Blyton tu. Mula2 tak nak baca, tapi bila dah baca best pulak! Lepastu kumpul collection horror stories, Mr.Midnight. Lama2, bila dah makin faham English, baru boleh beli novel Young Adult. Tapi percayalah, membaca novel English sangat membantu tingkatkan penguasaan baca Inggeris. Nak menulis pon lebih mudah sebab kita ingat balik words yang ada dalam novel kan. :D
ReplyDeletedapat sikit semangat nak membaca lepas ni
ReplyDeletenak baca buku nak baca buku nak baca buku :D
ReplyDeletebagus tips nih..sesuai nau untuk aku! haha. tengok dok memupuk diri sendiri untuk baca novel inggeris..nak improve english katenya..
ReplyDeleteaku pun banyak buku tak baca lagi tapi tetap beli lagi. baru ni pergi BBW beli 10 lagi. matilanak hahaha. aku pun suka thriller, romance pun layan jugak, self help pun kegemaran. penulisan aku plg suka sydney sheldon.
ReplyDeletesebelum beli aku akan baca sinopsis and tgk jenis tulisan. aku x kan beli tulisan kecil, sakit mata baca. haha. skrg aku tgh baca LOve Without Limit. Auwww hahaha
setuju dgn tips2 diatas. :D
ReplyDeleteBV dulu start suka baca novel english sebab selalu belek reader's digest n suka baca mr midnight XD
tapi novel english takbanyak dalam simpanan sebab harga agak mahal. ada pun dua tiga ketul je kt rumah :D nanti nak tambah koleksi kalau dah ada pendapatan sendiri :)
tips yg bagus. tapi entah bila sy nak start membaca buku novel ntah, baik english mahupun bm huhu...
ReplyDeletetips suka membaca, hide your phone. Disconnect from the world and pick up the nearest book you can find. You will finish reading the damn thing due to boredom.
ReplyDeletethanks for the tips. :)
ReplyDeleteRamai tak tahu dd ialah seorang ulat buku zaman blaja dulu, tak kira apa2 buku memang suka membaca. Pergi mana2 pun dengan buku, ikut mama shopping pun bawa buku untuk baca.. tapi sejak jd full time doodler, kesian kat buku...rindu nak jadi macam dulu, bestfriend dengan buku....
ReplyDeleteLepas baca soalan satu dah tahu dah tips ni kurang berkesan utk aku.
ReplyDeleteRasanya tips paling berkesan nak minat baca buku inggeris ke melayu ni, kena duduk kat tempat yg takde internet connection, takde gajet tapi cuma ada buku2 je... dulu2 masa darjah 6 aku pernah baca novel cinta kat rumah atok aku sampai habis kot.. Haha..
Saya seorang pembaca secara general, tapi saya tak baca novel.
ReplyDeleteMacam pernah saya cerita dalam blog, novel perlukan komitmen which is saya kurang ada hahahaha.
Short stories are better sebab sekali baca je habis, tapi nak dapat buku short stories yang betul-betul best sangat susah bila industri ditimbuni dengan novel sarat dan panjang.
Tapi membaca is good. Really good. Budak generasi sekarang memang sangat perlu banyak membaca, not just novel, tapi apa sahaja termasuk laa paper, majalah dan info belakang kotak ubat gigi.
Kalau Sally, suka baca review..kadang-kadang tu pilih authors yg mmg favorite laa...tu jela caranya...
ReplyDeleteBetul sangat kena ada minat membaca barulah boleh praktikkan tips tu.
ReplyDeletePendapat Mrs. A pulak boleh jugak baca komik bahasa Inggeris mungkin lebih menarik
thanks for the tips. really helpful.
ReplyDeletetips yg tip top., ;p
ReplyDeletesaya pun dulu start dengan buku budak-budak walaupun dah sekolah menengah. bhahaha... sekarang lebih terarah ke poetry. hehe :)
ReplyDeleteBuku budak2 memang menjadi pilihan untuk dibaca masa awal2 berjinak dengan novel English ni. Sekarang, beralih ke Young Adult dan novel2 pendek Wattpad. hehe
ReplyDeletefirst english novel sy ialah mr midnight! best sangat.. lepas tu sekarang ni suka dengan nicholas sparks.. tapi bila dah busy dengan assignment semua tak menyempat pun nak baca.. tapi kalau baca newspaper pun boleh help to improve our vocab jugak :D
ReplyDeletesaya perlu membaca untuk menambah input dalam minda saya,kerana kerja saya memerlukan saya untuk banyak membaca,cabaran yg saya hadapi adalah saya lemah dalam pembacaan buku english dan saya tak tahu nak cari buku apa yang terbaik untuk saya baca.macam contoh buku 7 Habits of Higly effective people…tapi kalau still tak boleh nak faham kan isi kandung dia benda boleh menyebabkan rasa give up dan malas untuk terus membaca
ReplyDelete