Hey guys!
Aku nak bagi tips buat duit melalui Instagram.
Cara Pertama:
Sejak bila aku jadi agen MLM ni? Kahkahkah! Mana ada, aku bukan dah join MLM atau skim cepat kaya atau yang sama waktu dengannya. Aku nak bagi tips buat duit dengan cara berkesan dan tak perlu modal banyak pun.
Aku nak bagi tips buat duit melalui Instagram.
Cara Pertama:
Cara ni sangat sesuai untuk korang yang tak tahu malu sangat (banyak sebenarnya).
Tak kisah lah korang hodoh atau cantik, pasti berkesan. Asalkan korang bodoh. Kalau cerdik takut tak menjadi.
Caranya mudah, kau buat je video pendek yang sangat annoying gila namatey yang sure bakal dikecam orang awam. Bercakap menggunakan slang Uganda disertai dengan gaya yang sangat mengada-mengada ke. Atau kalau kau tak mahir sangat nak bercakap, kau boleh buat tarian entah apa-apa berlatarkan muzik Kpop.
Kau kena tahan diri kejap dengan tohmahan dan makian di peringkat awal pembabitan. Orang awam a.k.a netizen ni dik, diorang cakap je benci, annoying, maki sumpah seranah. Tapi pada masa yang sama, mereka akan membantu mempopularkan kau secara percuma. Jadi, jangan risau denga cacian sebab itu strategi pemasaran yang paling berkesan dan yang penting, percuma. Kau dah jimat kos pengiklanan. Syraikat lain bayar beribu malah beratus ribu untuk iklan tapi kau percuma je dapat, untung kan?
Risiko cara ni adalah maruah korang mungkin tergadai. Tapi apa dehal, janji korang viral dan popular. Dah lepas viral korang akan dapat berjuta followers. Bila dah bersepah-sepah followers, peniaga-peniaga semua akn berpusu-pusu suruh korang buat review produk/servis. Kau cas RM300-400 satu review, kirakan jumlah pendapatan korang kalau sebulan dapat lapan review.
Dah kaya nanti jangan lupakan aku okay, lanje kepsi sebulan sekali pun jadilah.
Cara Kedua:
Ini cara yang sesuai kalau kau punyai sekelumit rasa malu dan segan. Korang tak nak tonjolkan diri dan rupa. Sama ada low self-esteem sebab rupa buruk nak mampus atau korang taknak jiran kenal. Its okay, ada caranya jugak.
Kau create satu akaun Instagram. letaklah nama @lawakbasi ke @viral.sensasi.namatey ke atau apa-apa jelah yang kau rasa dapat tarik perhatian orang awam. Lepastu kau kutiplah segala macam post dari internet yang kau rasa disukai ramai. Gambar lawak. komik.. (aku tak halalkan kalau kau curi komik aku, fullstop). Kau buat je tanpa jemu. Makan masa sikit lah berbanding kalau kau post video bodoh-bodoh alang. Eventually, followers kau makin ramai.
Bila dah ramai followers, ulang macam hasil Cara Pertama. Atau kalau skill raih followers dengan cara mencuri hasil kerja orang lain ni semakin hebat, kau boleh buat banyak akaun dan bila dah ramai followers, kau boleh jual akaun tersebut kepada yang berminat. Maka jadilah kau saudagar IG yang berjaya.
Demikianlah tips untuk jana pendapatan dari aku.
Cuma satu jelah aku nak pesan: Apa pun kerja yang kau buat, carilah rezeki yang berkat.
Hidup secara bermaruah