Rakan Mukabuku

Hey guys,

Dulu aku selalu berangan nak ada 'kawan Facebook' seramai 4 ribu orang.
Tapi bila dah makin berumur ni aku rasa itu bukan satu idea yang bijak.
300+ orang kawan pun dah rasa hazab noks.



Gambar hiasan


Betullah orang kampung aku cakap, wisdom come with age. Gitu.
Bila kau makin dewasa, kau akan lebihkan kualiti berbanding kuantiti.

Baru-baru ni aku ada meremove beberapa jenis kategori kawan FB. Semakin dewasa, kau semakin tak boleh nak tolerate s**t. Antaranya:-

1) Meroyan 24/7
Tiap status dia yang lalu di timeline mesti berunsur mencerca, mengherdik, memaki ntah sapa-sapa (aku rasa orang yang dituju takde baca pun). Semua orang dengki dengan dia, tak puas hati dengan dia (tapi aku rasa dia yang tak puas hati dengan orang). Itu belum caci-maki yang aku pun tak sanggup nak tulis.

Dia punya sawan marah-marah tu aku rasa kalau kucing melintas depan dia pun kena maki gamaknya.

Eliminated. I don't need this kind of pointless negativity in my life thank you very much.

2) Sangap Perhatian
Gila perhatian. Jenis yang tiap hari up status macam; "siapa dah berak harini cuba like/love sikit nak tengok berapa ramai.. " Lalu bertempiranlah orang yang dah berak like/love.

Eliminated. Kurang dosa aku maki dalam hati tiap kali nampak kat timeline.

3) Bajet Penting
Tak sudah-sudah up status 'membersihkan friendlist'. Lebih kurang sangap perhatian jugaklah. Selalu up status lebih kurang; "sila komen di post ini jika anda tak sombong, saya tengah nak membersihkan friendlist ni.. Hiks" maka kucar-kacirlah makhluk seangakatan dengannya komen takut kena remove.

Masalahnya aku tak komen, tak penah peduli pasal dia pun tapi tak jugak kena remove olehnya. Sudahnya, aku yang removed dia sebab mual.

Eliminated. Kerap sangat rasa mual-mual karang orang sekeliling ingat aku berbadan dua pulak, haru.

4) Ejen MLM
Setiap friend request aku tapis. Bukan penapis teh yang biasa tapi penapis suling tujuh pemeringkatan minyak Seri Murni. Namun begitu ada jugak sutir dua yang terlepas.

Mula okay je. Tapi tibah tibah up status macam; "Duduk rumah pun boleh jana income.. Yadayada "
Aku nampak perkataan 'jana' je otomatik aku remove tanpa sebarang kompromi. Sebab manusia normal yang cari rezeki secara halal dan jujur jarang, malah tak pernah guna perkataan 'jana' ni. Perkataan 'janda' atau 'janna nick' itu selalu. Kohkoh.

Eliminated. Tiada jalan pintas untuk kaya/berjaya

***

Aku pandang serius soal ini semua. Walau kau childhood friend sekali pun.
Ini pun ada beberapa orang aku belum remove sebab mengenangkan tali persahabatan. 
Aku hide jelah diorang dari melalui susur masa Facebook.
Sorry not sorry.

I'm tired 

14 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. sebab kita makin meningkat usia, memang akan fikirkan kualiti berbanding kuantiti, IQ pun kalau boleh nak remove fb friend yg kdang2 rasa "eh, aku pernah add ko ke?" macam tu la gayanya, agak2 macam tak pernah kenal, memang sorry, bye2

    ReplyDelete
  2. Faham sangat.. Makin meningkat usia ni, tolerance aku towards shitty drama makin low..haha..

    Facebook ni kengkadang jek aku hadap so aku tak hamek kesah sangat but in real lifela agak terkesan.. Kawan yang shitty2 ni aku bagi jek sebijik, ikut sukala nak kata aku baran ke hapa tapi I'm done tolerating drama and shit.. =_=

    ReplyDelete
  3. Hahahha... Jarang dah buka facebook, kalo buka pun hanya melihat2~! Tapi ya betul.. macam2 jenis orang kat fb skg..

    ReplyDelete
  4. Begitu jugalah sebab-sebab saya deactivate FB sebelum ni. Kemudian ambik masa hampir setahun nak open balik dan add keluarga dan kawan berkualiti je. Hidup lebih tenang dengan 56 friends.. haha...Sebenarnya malas nak ada FB dah. Tp sbb nak buka page utk bisnes, kena ada FB account .. so....hmmm..

    ReplyDelete
  5. kalau aku ada FB kau remove aku tak? tapi aku rasa aku takde dalam kategori kat atas hehe. yeap, quality over quantity. Aku takde FB so takde isu tu, tapi aku ada issue dekat IG. so macam kau cakaplah, kawan tak kawan, aku remove je kalau rasa akan menambah dosa yang sedia menggunung ni haha

    ReplyDelete
  6. mcm mcm kan....rietta xde fb....ada blog satu pown jrg update...hehehe...

    ReplyDelete
  7. nasib baik saya dari dulu first time buat fb dah bertindak tentang kualiti. tak sangka matang juga pemikiran kecik2 dulu. hahaha

    ReplyDelete
  8. Sama la..aku terpaksa remove org sbb mase mula2 buat fb aku main add je gadis2 hot...last skali aku remove kwn2 kaki kencing..

    ReplyDelete
  9. Since dah jarang on fb, so masih bertahan dengan semua jenis2 di atas sbb kebanyakan yg muncul di timeline adalah sahabat yg rajin share segala bentuk video.. hehe

    ReplyDelete
  10. Sorry not sorry. Hahaha sebab tu dah malas nak bukak fb dah. Sebab ni lah. Dah rasa tak seronok. Kat fb, kalau muncul je request yang berbaur akan kena tag bila dia promote produk atau profile picture tak begitu meyakinkan, takkan sesekali accept friend request. Selamat jalan. 💪

    ReplyDelete
  11. Betul tu zy remove je semua yang menyemakkan mata. Tapi jangan remove sy tau huhu.

    ReplyDelete
  12. samaaaaaa.. sy pun ada sikit friends kt fb XD

    ReplyDelete
  13. Setuju sangat! Banyak status yang entah apa apa sekarang. Masalah rumah tangga ke gaduh perang ke apa ka mesti ada juga yg up kat fb or mana mana laman sosial, konon mintak simpati. ayoyo

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape