Dilarang Tidur Dalam Bas Ekspress!

Hey guys.

Topik pilihan aku kali ni adalah tidur ketika dalam perjalanan menaiki bas ekspress.

Aku pengguna tegar bas ekspres.
Sebab murah, muahahahahaha cheapskatenya seorang Z.
Di samping sebab rumah aku dekat dengan stesen bas. Nak naik flight, agak jauh dan renyah, ERL pulak jauh nak kena meredah laut naik feri dulu so nope nope nope I'll just stick to the bus.

Alhamdulillah, aku dikurniakan dengan sifat tak boleh tidur dalam bas ekspress. Jangan tak tahu ada manusia yang boleh tidur dengan nyenyaknya sampai berdengkur satu bas. Kalau tertidur pun, well, I'm a light sleeper, eceh.

Sebab kenapa kau jangan tidur dalam bas:-

1) Terlepas stesen. 
Pernah terjadi (thank god not me). Ada sorang mamat tu nak turun di Butterworth tapi selesa sangat agaknya bas tu terus terlajak tidur sampai Alor Setar. Hahaha kalau korang tak biasa, bas ekspress dari Kuala Lumpur selalu akan singgah Butterworth di Penang, kemudian ke Alor Setar, Kedah dan kadang ada yang terus ke Perlis sebagai hentian akhir.

Dan driver bas tak rajin nak kejutkan penumpang sorang demi sorang. Dia jerit "Butterworth Butterworth" dua tiga kali. Tunggu dua tiga minit, lepastu teruskan perjalanan. Berbaloi ke tidur sampai ke stesen lain lepastu kena beli tiket pulak untuk patah balik? Fikir sebelum tidur. Hahahah.

2) Pertukaran bas secara drastik.
Aku tak tau bas ke destinasi lain macamana tapi kalau dari KL ke Penang pernah lah dua tiga kali aku kena tukar bas di pertengahan jalan.

Sebabnya driver bas tu berpakat dengan pemandu bas yang lain. Bas akan dibahagi dua; yang nak ke Butterworth baik bas A dan yang nak ke Sungai Nibong (stesen sebelah pulau) naik bas B. Ini adalah langkah bijak pemandu bas tu untuk jimat masa dan petrol, hahahah.

Jadi jika kau tidur sepanjang 'transaksi' berlaku, maka jangan terperanjat kalau kau tak sampai ke stesen yang dituju.

3) Salah ambik beg. 
Kau sedap tidur. Orang berhampiran dah sampai stesen dia, lalu dia bergegas turun sambil tercapai beg kau sekali. Haaa tak ke haru biru. Kalau beg baju ada spender dua tiga helai je takpe, buatnya beg yang berisi Macbook Pro? Tak ke sawan kejap kau kat situ. 

Apa yang aku nak tekankan kat sini, be alert. Tidur-tidur ayam sudah. Takyah lah tidur macam bas tu hotel empat bintang. Jenayah ringan kerap berlaku time kita terjaga apatah lagi time kita tidur. Gadis terutamanya, karang ada 'sesuatu' merayap sapa nak bertanggungjawab?

***

Itulah serba sedikit pesanan aku kat korang. Kalau rasa tak boleh nak hindari dari tidur nyenyak atas bas, kau boleh cuba:-

- Setkan alarm untuk setiap setengah jam. Kalau tak dengar alarm pun takpe, jap lagi ada lah orang yang ketuk kepala kau sebab memekak, justeru kau akan terbangun,  hahaha. 

- Berteman. Dan pastikan teman kau tu pun bukan kaki tido mati macam kau. Kalau tak end up dua-dua orang sampai ke Hatnyai, kahkahkah.

- Makan asam asim. Lagi masam dan masin lagi bagus. Takpun makanan pedas macam mi Samyang. Lepastu kau sakit perut. Perut memulas mana sedap nak tidur dah kan. Bernas tak idea aku? 

- Elakkan buat aktiviti yang meletihkan sebelum menaiki bas. Aktiviti apa itu aku taknak elaborate..

- Cuba travel pada siang hari. Sebab malam sinonim dengan tidur maka kau pun asyik nak tidur aje lah.

Tips aku untuk orang yang tak tidur pulak adalah bawak earphone atau earplug. Itu akan membantu kau menangani masalah bunyi dengkuran. Oh dan sekarang zaman dah maju, di sebelah tiap seat ada USB cable yang kau boleh guna untuk cas fon. So kau tak payah berpeluh cemas sebab bateri fon tinggal 5%.




Bila nak dapat partner naik bas sama-sama ni :3 

14 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. saya setakat ni tidur atas bas yang mudah terjaga. alhamdulillah. tak pernah terlepas stesyen bagai. haha

    ReplyDelete
  2. setakat ni kalau tidur dalam bas ekspress, tak pernah lagilah terlajak stesen hehehe, mmg sentiasa alert..tido pun tido2 ayam je hihi

    ReplyDelete
  3. Tdo tp kjap2 takut terlps destinasi..haha

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi terlepas stesyen. Tapi kena tukar bas kat pertengahan jalan tu pernah. Itu pun sebab bas rosak.

    ReplyDelete
  5. Rasanya kalau dah ada partner nanti tak naik la bas dah..kan??heheh

    ReplyDelete
  6. Rsnya klu yg pertama kali naik bas nk ke tmpt yg tak pernah g mmg kene alert lebih.. tp klu dah biasa blk kg boleh kira kot bpe jm lg nk smpai.. hehe..

    ReplyDelete
  7. Saya kalau tido tuh..memang macam hotel 5 bintang da..tapi alhamdulillah la setakat nih tak ada apa apa yang tak diingini berlaku..huhu

    ReplyDelete
  8. perlu berhati hati setiap masa....haah, rietta pown pernah kena tukar bas, jimat masa best, tpi kena turun pergi bas lain, kurang best...

    ReplyDelete
  9. hahahha aku jenis tidur jugak. tapi aku jenis senang terjaga. kalau aku stesyen akhir aku tak kunci jam. kalau aku stesyen tengah2 aku akan kunci jam awal dari eta. aku pernah pergi tganu dari ipoh 11.30 malam. aku penat gila hari tu, aku naik bas, aku sedar dah sampai tganu pkul 5.30 pagi. sumpah tidur paling lena sepanjang sejarah aku naik bas haha

    ReplyDelete
  10. teringat zmaan IQ belajar, tak pernah lagi tidur sampai terlajak stesen, selalunya IQ akan alert tiap kali bas berenti. IQ lebih suka travel malam, memang untuk tidur sebab kalau travel siang memang tak lalu nak tidur dan perjalanan akan rasa paanjaaanggg sangat!

    ReplyDelete
  11. Memang bukan spesies mudah tidur dalam kenderaan. Sangat susah untuk tidur lena tahap meleleh ayaq lioq basi. Setakat terlelap, tidur tidur ayam tu biasalah. Lagi-lagi tidur dalam bas. Tak tau nak tidoq position macam mana, serba tak kena. Hahahaha

    ReplyDelete
  12. ada satu lagi cite pasal bas ekspress, tertinggal kat R&R. bas berhenti kejap kat R&R, pergi kencing makan solat kejap, datang balik bas dah takde. menangis la sorang2 huhu...

    ReplyDelete
  13. Aku tidur sebab aircond sejuk sangat dalam bas. Brr tak tahan sejuk >.<"

    ReplyDelete
  14. bnda paling takut jadi bila tido dlm bas adalah tetiba bdengkur.. tak pasal2 jadi jam loceng org.. hahha

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape