Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Dilarang Tidur Dalam Bas Ekspress!

Hey guys.

Topik pilihan aku kali ni adalah tidur ketika dalam perjalanan menaiki bas ekspress.

Aku pengguna tegar bas ekspres.
Sebab murah, muahahahahaha cheapskatenya seorang Z.
Di samping sebab rumah aku dekat dengan stesen bas. Nak naik flight, agak jauh dan renyah, ERL pulak jauh nak kena meredah laut naik feri dulu so nope nope nope I'll just stick to the bus.

Alhamdulillah, aku dikurniakan dengan sifat tak boleh tidur dalam bas ekspress. Jangan tak tahu ada manusia yang boleh tidur dengan nyenyaknya sampai berdengkur satu bas. Kalau tertidur pun, well, I'm a light sleeper, eceh.

Sebab kenapa kau jangan tidur dalam bas:-

1) Terlepas stesen. 
Pernah terjadi (thank god not me). Ada sorang mamat tu nak turun di Butterworth tapi selesa sangat agaknya bas tu terus terlajak tidur sampai Alor Setar. Hahaha kalau korang tak biasa, bas ekspress dari Kuala Lumpur selalu akan singgah Butterworth di Penang, kemudian ke Alor Setar, Kedah dan kadang ada yang terus ke Perlis sebagai hentian akhir.

Dan driver bas tak rajin nak kejutkan penumpang sorang demi sorang. Dia jerit "Butterworth Butterworth" dua tiga kali. Tunggu dua tiga minit, lepastu teruskan perjalanan. Berbaloi ke tidur sampai ke stesen lain lepastu kena beli tiket pulak untuk patah balik? Fikir sebelum tidur. Hahahah.

2) Pertukaran bas secara drastik.
Aku tak tau bas ke destinasi lain macamana tapi kalau dari KL ke Penang pernah lah dua tiga kali aku kena tukar bas di pertengahan jalan.

Sebabnya driver bas tu berpakat dengan pemandu bas yang lain. Bas akan dibahagi dua; yang nak ke Butterworth baik bas A dan yang nak ke Sungai Nibong (stesen sebelah pulau) naik bas B. Ini adalah langkah bijak pemandu bas tu untuk jimat masa dan petrol, hahahah.

Jadi jika kau tidur sepanjang 'transaksi' berlaku, maka jangan terperanjat kalau kau tak sampai ke stesen yang dituju.

3) Salah ambik beg. 
Kau sedap tidur. Orang berhampiran dah sampai stesen dia, lalu dia bergegas turun sambil tercapai beg kau sekali. Haaa tak ke haru biru. Kalau beg baju ada spender dua tiga helai je takpe, buatnya beg yang berisi Macbook Pro? Tak ke sawan kejap kau kat situ. 

Apa yang aku nak tekankan kat sini, be alert. Tidur-tidur ayam sudah. Takyah lah tidur macam bas tu hotel empat bintang. Jenayah ringan kerap berlaku time kita terjaga apatah lagi time kita tidur. Gadis terutamanya, karang ada 'sesuatu' merayap sapa nak bertanggungjawab?

***

Itulah serba sedikit pesanan aku kat korang. Kalau rasa tak boleh nak hindari dari tidur nyenyak atas bas, kau boleh cuba:-

- Setkan alarm untuk setiap setengah jam. Kalau tak dengar alarm pun takpe, jap lagi ada lah orang yang ketuk kepala kau sebab memekak, justeru kau akan terbangun,  hahaha. 

- Berteman. Dan pastikan teman kau tu pun bukan kaki tido mati macam kau. Kalau tak end up dua-dua orang sampai ke Hatnyai, kahkahkah.

- Makan asam asim. Lagi masam dan masin lagi bagus. Takpun makanan pedas macam mi Samyang. Lepastu kau sakit perut. Perut memulas mana sedap nak tidur dah kan. Bernas tak idea aku? 

- Elakkan buat aktiviti yang meletihkan sebelum menaiki bas. Aktiviti apa itu aku taknak elaborate..

- Cuba travel pada siang hari. Sebab malam sinonim dengan tidur maka kau pun asyik nak tidur aje lah.

Tips aku untuk orang yang tak tidur pulak adalah bawak earphone atau earplug. Itu akan membantu kau menangani masalah bunyi dengkuran. Oh dan sekarang zaman dah maju, di sebelah tiap seat ada USB cable yang kau boleh guna untuk cas fon. So kau tak payah berpeluh cemas sebab bateri fon tinggal 5%.




Bila nak dapat partner naik bas sama-sama ni :3 

Tips Supaya Suka Membaca Novel Inggeris (for Beginners)

Hey ya!

Seperti yang sesetengah dari kamu semua sedia maklum, aku merupakan seorang kaki buku/novel. Buku-buku yang aku baca ada ditepek di Instagram @zyraroxx (follow lah terus alang-alang tu) kehkeh. 

Aku dapat banyak komen (sebenarnya dua je) dari adik-adik yang bertanyakan tips macamana nak minat membaca novel-novel Inggeris. Well, aku anggarkan bukan dua orang je yang berminat nak tahu, lalu aku pun buat entri ni dengan harapan dapat memupuk minat membaca amnya, dan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris khususnya (dah macam ucapan guru besar).



Sebelum aku bagi tips, sila kenalpasti dulu beberapa perkara berikut:-

1. Minat membaca tak?

Ini point penting untuk membaca. Tak kiralah novel Inggeris ke, Jerman ke, kalau takde walau satu iota minat untuk membaca, lupakan ajelah hasrat.

2. Faham bahasa ke tak..

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, faham ke tak bahasa Inggeris ni. Its okay kalau lemah dalam penulisan atau lisan, tapi perlu lah reti dalam kefahaman. Macam aku, penulisan tak berapa nak okey tang grammar. Percakapan so-so aje sebab jarang boleh dipraktikkan, nak speaking 24 jam karang dikata lupa daratan pulak.

3. Nak baca novel Inggeris sebab...?

Kena tahu sebab jugak. Sebab nak menunjuk-nunjuk ke, pengaruh rakan sebaya ke, pengaruh drama ke.. Kerana ianya akan memberi kesan terhadap pembacaan kau.

Sekarang, aku bagi tips seperti berikut. Harapnya membantu jugak sedikit sebanyak:-

1. Kenal pasti genre kegemaran

Ini adalah satu perkara asas dalam bidang membaca. Jangan pakai sebat je beli novel sebab cover dia lawa, atau sebab crush kau beli maka kau pun kena beli. Contohnya aku tak suka novel cinta atau novel melakolik. Aku pernah beli satu novel konon romance dan.. aku menyesal. Bosan tak sudah, baca pun tak habis. Aku suka genre misteri/penyiasatan/suspense/thriller. Oleh itu aku lebih terarah kepada penulis yang macam Dan Brown, David Baldacci, Jo Nesbo (sekadar sebut beberapa nama).

Kadang-kala kalau dalam hati ada taman instead of machine gun, aku pun akan baca jugak novel-novel sweet and cheesy. Penulis pillihan aku untuk novel kategori tu adalah Sophie Kinsella. 

PENTING: Tolong jangan paksa diri membaca novel yang kau tak suka sebab kebarangkalian untuk rasa bosan dan give-up itu sangatlah tinggi.

2. Mulakan dengan seleksi ‘Young Adult

Nama pun baru nak mula membaca, jangan lah terus hentam pergi beli novel tebal 500 mukasurat dan susah gaya bahasanya. Pilih novel dari bahagian young adults atau teenager (even umur kau dah tak berapa nak young) sebab gaya bahasanya lebih ringkas, mudah untuk difahami. Aku dulu kakak belikan buku bedtime stories untuk baby walaupun waktu tu aku dah berumur 12 tahun! Aku mula baca novel Harry Potter masa umur 14 tahun. Nampak tak? Mulakan dari bawah.

4. Jangan paksa diri

Sebab aku jenis suka membaca, jadi boleh habiskan sebiji novel 300-500 mukasurat dalam masa sehari cuti. Kalau kau jenis tak berapa nak suka membaca, jangan paksa diri untuk habiskan semata-mata sebab tak nak rasa terbeban. Kalau kau paksa diri untuk habiskan baca sebab jalan ceritanya yang menarik dan tak sabar nak tahu ending, itu amatlah dialu-alu kan, hahahah. Jangan sesekali paksa diri sebab nanti automatik membaca jadi satu perbuatan yang dibenci, sedangkan membaca ni sepatutnya jadi perkara yang menyeronokkan. Satu mukasurat sehari pun takpe asalkan hati riang.

5. Buat Imbasan sebelum membeli

Sebelum diimbas oleh scanner cashier, aku sarankan kau imbas dulu novel yang nak dibeli. Kalau dibaluti plastik, baca dulu excerpts dekat bahagian belakang novel. Kalau tak berplastik, lagi bagus, kau boleh tengok gaya penulisannya macam mana. Kalau mudah faham, dan jalan cerita yang sesuai dengan citarasa, baru beli. Aku selalunya akan imbas harga dulu sebelum jalan cerita, wahahaha! Jangan sebab dia tulis ‘No. 1 bestseller author in New York’ kau terus beli. Sebab kekadang novel yang takde tulis puji-pujian itu berpuluh ganda lagi best!

Nah aku tepek kata-kata dari jiran aku sebagai inspirasi. 


Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri.
Lain orang, lain caranya. Kalau cara kita sama, harap ia membantu :)


Bangsa membaca bangsa berjaya 

BlogTalk #2 - Background Entri

Hey guys,

Bertemu lagi kita dalam segmen #BlogTalk edisi minggu ini.
Ada gaya pengacara rancangan Nona tak?
krikk krikk

Okey, harini aku nak membebel fasal warna background entri. Background blog tu hak individu kau nak letak apa pun lantak lah asal kau bahagia. Tapi tolong lah bagi penekanan sikit dekat background entri sebab ia melibatkan readers.

Background atau latar belakang entri yang paling sesuai mengikut firasat aku adalah putih. Bahan bacaan sering dicetak atas kertas putih, atau warna-warna pastel cair. Kenapa? Mata kita lebih rileks sebab warna latar yang cerah akan menaikkan lagi tulisan dalam tu. Kalau membaca tulisan halus-halus di atas latar hitam, mata terpaksa bekerja keras. Begitu jugak dengan blog. Kalau nak orang baca entri, kenalah berbuat sesuatu yang dapat menarik perhatian pembaca.



Lagi pulak, ada readers yang macam aku ni yang berpinau bijik mata bila baca entri yang berlatar hitam pekat. Ibarat melihat secara terus ke arah matahari atau gerhana tanpa memakai perlindungan mata. Mood nak membaca terus jadi suram. Siapa suka kalau sakit mata bila membaca? Kalau suka jugak warna hitam/gelap, tolonglah jadikan warna tersebut sebagai latar blog sahaja. Untuk latar entri, pilih lah variasi warna yang lebih cerah. Aku mohon!

Blog kau jadi suka hati kau lah. Aku bagitahu benda betul je. Kalau nak berubah bagus lah, tapi kalau taknak pun takpe. Nanti aku gi blog kau sambil pakai sunglasses. Cool. 


Hitam mata biruku 

BlogTalk #1 - Widget Followers

Hey guys.

Mulai harini setiap hari Isnin insyaAllah aku akan post apa-apa perkara berkenaan dengan blog dalam label #BlogTalk. Tapi bukan setiap minggu lah, ikut nasib, hahahaha. Jangan kecam aku pulak bila kau datang hari Isnin dan mendapati takde entri BlogTalk sebaliknya hanya entri sendu.

Aku mula berblog pada tahun 2011. Baru 5 tahun. Dan aku masih belum layak nak bagi tips and tricks tapi aku pandai mengkritik, kahaha. Harini aku pilih tema followers sebab aku rasa followers sangat penting dalam dunia blog. Dengan adanya followers takdelah kau rasa bercakap sorang-sorang dan bertemankan si cengkerik. Oh ya, blogger yang mencari followers bukan 'batak followers'. 'Batak followers' bagi aku adalah blogger yang NAK orang follow blog dia tapi dia TAK NAK follow blog orang ATAU dia follow blog orang lepastu unfollow. There, itulah batak followers yang sebenar.

Aku percaya ramai yang lost followers bebaru ni. Well, team Google tengah menghapuskan semua profil akaun non-Google. Oleh itu, semakin ramai followers kau yang follow blog tanpa menggunakan google account, maka semakin ramai lah followers yang akan hilang. Aku lost seramai 80+ orang (sobs). Anyway, lets move on. Perkara penting dalam meraih followers adalah widget followers. This is based on my personal experiences/opinions.

1) Google+ Followers (g+)
Jangan salah sangka bahawa ini merupakan pengganti kepada Google Friend Connect (GFC)-widget followers yang aku guna. Google+ ni adalah widget untuk follow (add in circle) blogger BUKAN blog. Macamnilah. Katakan kau guna g+ kau untuk upload gambar, makan jadilah ia serupa Instagram. Kalau kau guna g+ kau untuk menulis status jiwa-jiwa, jadilah ia serupa Twitter, its entirely up to you. Aku ada guna g+ ni untuk ping entri dan aku rasa tiada sapa peduli, hahahh!


2) Google Blogger Account (GBA)
GBA ni digunakan oleh blogger yang tak mahu ada widget followers dalam blog tapi nak orang follow blog mereka. Lazimnya mereka selalu letak 'butang follow' di atas header blog. Selalunya menjadi pilihan blogger kategori minimalis. Aku faham sesetengah blogger tak suka layout/design blog yang serabut tapi kalau nak orang follow please letak widget followers. Tapi sayang seribu kali sayang, GBA hanya mengehadkan setiap blogger untuk follow 300 blog SAHAJA. Jadi mintak maaf aku tak dapat follow blog kau sebab kuota aku dah penuh sejak 2012.


3) Google Friend Connect (GFC)

THIS IS THE RIGHT CHOICE. Tak seperti GBA, GFC membolehkan kau follow blog tanpa had, its unlimited bebeh. Disebabkan Blogger dah bertukar interface, mungkin ada blogger baru yang tercari-cari mana dia widget GFC? jadi di sini aku nak bagitau cecara tambah widget GFC:

Add a Gadget > pilih tab "more Gadgets" > scroll sampai bawah sekali, pilih widget "Followers" > add

* * *
Demikian lah pandangan aku mengenai tiga widget pilihan blogger. Kesimpulannya, kalau kau nak followers yang ramai, gunalah widget yang memudahkan mereka untuk follow. Ini kadang tu aku sampai kena menggeledah segala macam jenis widget untuk cari GFC. Hmm.. bila menulis entri ni aku macam mendapat satu ilham untuk buat 'Segmen ZyraRoxx Follow Google Friend Connect'. Adakah kejayan ZyraRoxx Blogbuster yang lalu akan berulang? *dengkur


Buatlah pilihan bijak 

Pakaian Wanita Terbaik Untuk Majlis Perkahwinan

Hai,

Pejam celik pejam celik dah pun sampai ke penghujung tahun 2015. Seperti sedia maklum, bulan November dan Disember merupakan musim cuti sekolah di negara kita di samping musim orang kahwin. Bersusun kad undangan walimatul urus dekat rumah. Kalau ditakdirkan aku kahwin nanti, taknak lah buat dalam musim cuti sekolah, barulah rare, wahaha!



Aku percaya, soalan lazim yang sering bermain di fikiran kaum perempuan ketika mendapat undangan perkahwinan adalah ‘nanti nak pakai baju apa eh?’ Betul tak? Tipikal kaum perempuan, baju penuh almari pun belum tentu tahu nak pakai yang mana. So, untuk korang yang blurred and have no idea what to wear, berikut aku senaraikan beberapa jenis pakaian wanita terbaik yang sesuai dipakai untuk ke majlis perkahwinan atau sebarang majlis formal:



Pakaian yang paling sesuai dipakai semestinya koleksi baju kurung moden mahupun koleksi kebaya moden. Pendek kata, apa jua koleksi baju kurung sama ada tradisional mahupun moden adalah satu pilihan yang bernas dan selamat. Nampak manis gitu, wanita Melayu terakhir habis. Silap-silap boleh jumpa jodoh pulak dekat majlis, wahaha!



Kalau korang rasa nak beri kelainan, boleh cuba koleksi kaftan yang loose seperti dalam gambar. Ia menjadikan si pemakai tampak lebih elegan dan feminine. Sangat sesuai kalau digayakan ke majlis perkahwinan mahupun makan malam.



Selain tu, ramai yang mula beralih kepada jubah untuk ke majlis formal.  Apa kata cuba jubah moden yang tengah in-trend sekarang ni. Boleh serlahkan sisi muslimah korang yang sopan dan ayu di samping menyerlahkan karisma yang tersendiri. Jubah bukan untuk gadis tinggi je tau, yang renek macam aku ni pun boleh pakai jugak, asalkan kena bijak cari potongan/warna yang sesuai.



Atau kalau korang rasa jubah tampak terlalu 'matang' untuk korang, boleh lah tampil bergaya dengan koleksi dress muslimah yang juga sesuai digayakan sebagai pakaian kasual. Aku pun suka pakai dress ke majlis kahwin, lebih selesa dan bebas. Terutamanya kalau  nak berlama dekat satu-satu majlis. Yang penting tampil muda dan riang, hehe!


Tak dapat decide lagi? Baiklah, apa kata korang  mix & match blouse dengan long skirt. Satu lagi kombinasi pakaian terbaik wanita untuk acara seumpama ni. Boleh cuba blouse Muslimah bersama padanan koleksi skirts potongan mermaid. Satu lagi alternatif kepada pakaian two-piece selain dari baju kurung/kebaya. 

Hah kau, walaupun aku rock jangan ingat aku tak tahu menahu fasal fesyen perempuan ni.
Walau apa pun pilihan, pastikan jangan sampai keterlaluan pulak. 
Karang tak ada beza pulak tetamu dengan pengantin, hahahaha. Remember girls, less is more!
Selamat memenuhi undangan dengan penuh bergaya.


Baru berjaya penuhi satu undangan, sobs 

Perhatian Buat Peminjam PTPTN!

Hi,

Bagi menjadikan blog ini lebih bermanfaat, harini aku nak kongsi tips (ke?) kepada peminjam PTPTN di luar sana. Khususnya yang mula meminjam sebelum kewujudan sistem Ujrah.


Bapak serius mukadimah aku kali ni, seram pula rasanya. Aku nak kongsi entri ni kepada mereka yang berusaha dan berniat nak bayar, kepada yang taknak bayar langsung tu terpulang lah. Aku malas nak cakap apa. Hutang tetap hutang walau dengan siapa pun kita berhutang. Ops.

Pertama,
Kepada yang belum bertukar kepada sistem Ujrah (1%), aku merayu supaya engkorang pergi buat pertukaran sekarang (RM20 untuk setem hasil). Kenapa aku merayu? Aku dapat komisen ke? Tak, aku tak dapat apa pun, cuma aku tak sanggup tengok engko habiskan sisa-sisa hidup kau dengan bayar "bunga" pinjaman SAHAJA. 

Kedua,
Dah kau bertukar kepada Ujrah, jangan terus pergi berfoya-foya bayar macam biasa. Sebabnya, bila kau bertukar, jadual bayaran balik kau akan diselaraskan semula. Jadi, kalau kau terkurang bayar dari jadual tu, maka terciptalah tunggakkan. Tunggakkan ni kalau dibiarkan akan melarat bulan demi bulan. Macam kes aku, nasib ada staff PTPTN yang mention aku ada tungakkan. Mula tu memang aku menyirap, tapi bila dia eksplain seperti di atas, aku terima. Itulah, malu bertanya sesat jalan dan padan muka aku (nasib tak banyak, kalau tak maunya menangis bawah kereta).

Jadi penyelesaiannya, kau perlu apply pulak Penstrukturan Semula (PS) Jadual Bayaran Balik (lagi RM20 untuk setem hasil). PS ni bagus sebab kau boleh tetapkan bayaran bulanan ikut kemampuan dan ikut suka hati kau. Contoh, kau nak bayar balik  RM100 je sebulan. Staff tu akan buat pengiraan pantas dalam sistem diorang dan akan bagitau kau mungkin kena bayar RM112 sebulan (jumlah yang hampir) selama 10 tahun.

Tapi, permohonan bergantung kepada approval dari PTPTN lah. Kalau gaji bulanan kau RM15,000 sebulan tapi kau mintak nak bayar balik RM100 je sebulan, agak berat lah kot untuk dapat. Bagi aku PS ni bagus sebab kau tetapkan sendiri bayaran bulanan. Kalau dah tetap sebulan RM112, kau bayar lah berapa kau nak sebulan, asalkan jangan kurang dari jumlah tu. Mengerti?

Kalau kau tak faham, kau pergi lah tanya dekat kaunter PTPTN yang terdekat. Aku dulu pun macam malas nak ambik  kisah, bayar je ikut suka konon kalau tak ambik kisah, hutang makin berkurang dengan sendirinya, hidup dalam denial mode, hahaha. Jangan takut untuk bertanya. Banyak kes tunggakkan yang peminjam langsung tak tahu menahu sebab diorang malas nak ambik tahu. Masa aku pergi tu, ada seorang peminjam sebelah aku tengah dimaklumkan bahawa beliau mempunyai tunggakkan sebanyak RM3K++.....

Aku juga nak nasihatkan para peminjam yang baru grad atau yang baru mula kerja, eloklah kiranya enkorang pergi mintak nasihat mengenai pinjaman dan pembayaran balik pinjaman. Jangan tunggu sampai surat saman atau surat mahkamah sampai ke dalam peti surat, atau tunggakkan dah berkepuk-kepuk baru nak menggelabah.

Aku harap perkongsian ni berguna kepada nusa dan bangsa.
Sebelum kau tanya sebarang soalan, suka untuk aku nyatakan kat sini bahawasanya aku bukan kerja dengan PTPTN, aku takde kaum kerabat, sahabat handai yang kerja dengan PTPTN. Hubungan aku dengan PTPTN hanyalah sekadar peminjam dan pemberi pinjam, tak lebih dari itu, hahahah.

DISCLAIMER: Apa yang aku tulis bedasarkan pengalaman sendiri. Aku tak bertanggungjawab sekiranya kes kau tak sama dengan kes aku atau kau mengalami kerosakkan harta benda, perceraian, kehilangan nyawa, muflis etc. akibat dari entri ini. Tagline blog fully applied.


Pitih pitih no end 

Etika Menghantar Resume

Haii,

Aku sebenarnya dah lama memendam rasa bila terima email resume dari applicants.
Perkataan pertama yang hadir dalam kepala hotak aku tiap kali buka email mereka adalah: MALAS.
Ehem, fefaham sendirlah ye kalau dah dapat first impression cenggitu.

Wake up people! Penghantaran resume ini bagi aku adalah satu perkara yang sangat penting dalam nak apply kerja. Sebab ia melibatkan first impression majikan. Semoga senarai yang aku bagi kat bawah ni bermanfaat dan aku harap somebody akan PRAKTIKKAN apa yang aku kata ni:




1- Create email for professional purposes please?

Aku tak tahulah sebab malas atau apa tapi tiap kali bukak email resume nampak nama macam: Lan the Todak Slayer, Aminah dolly-molly high school, Shinodu Uke Zika Lubu. I mean, come on lah, kau nak hantar resume cari kerja kot, bukan nak hantar request main game Facebook. Be professional sikit. Create email address bukan kena bayar pun kan? Aku ni masih boleh dibawak berbincang, bukak jugaklah email dan baca. My boss? Nampak je nama pelik terus dia toss in the trash. See?

2- Tulis email bukan sakit pun

98.9% email resume yang aku terima hanya attach resume SEMATA-MATA. Takde salam, hello, hai apa khabar, awak kat mana awak kat mana (eh termenyanyi pulak). Seriously, mak bapak korang takde ajar adab ke kat rumah? Belajarlah buat CV (curriculum vitae) atau cover letter. Tak reti? Eh pakcik Google kesayangan korang kan ada? CV ni basically overview fasal diri kau lah. Memanglah rasa leceh but show your effort! Impress us! Takkan kau taknak terserlah among HUNDREDS of applicants?

3- Check gaya bahasa

Aku bukan nak suruh kau buat bahasa berbunga-bunga lengkap dengan personifikasi hiperbola bagai tapi please check struktur ayat kau betul-betul. Terutamanya bila dalam English. Kalau kau yang baca pun tak faham, habis aku ni nak faham sangat? Contoh: you're early reply I've been waiting (??). Aku bukan nak jadi Nazi Tatabahasa, tatabahasa aku pun ke laut, tapi biar orang faham apa yang kita nak sampaikan tu. Dan belajarlah untuk guna bahasa yang lebih manis. Contoh: I hope to get this job, memanglah menunjukkan betapa kau determined tapi lebih manis kalau: I hope to hear from you soon

4- Jangan serlahkan kebodohan

Kalau pun kau ratu Instagram ke, tuhan Twitter ke aku peduli hapa, tak payah lah kau nak mentioned hal-hal tak educated ni dalam CV/email/resume. Melainkan kalau kau nak apply kerja yang memerlukan kelayakan macamtu. Aku ada dapat email dari seorang gadis dengan English tonggang-terbalik, akhir sekali mentioned: I'm beautiful. Kalau majikan tu lelaki hidung belang mungkin ada potensi dia panggil kau interview. But sorry to say, we don't need a bimbo (beauty without brain) in our team. Bak kata orang sekarang, simpan sikit bodoh tu..

5- Jangan letak gambar 'Selfie'

Entahlah, aku rasa bebudak zaman sekarang takde sense of professional langsung. Ada ke patut letak gambar selfie dalam resmue? Dengan latar belakang pokok bungalah, mangkuk jamban lah. Aku rasa zaman sekarang ni kalau ambik gambar passport dekat kedai, ada disertakan sekali soft copy kan? Atau kau hulur jelah thumb-drive kat diorang, save dalam tu. Takkan itu pun nak kena ajar? Eh apa je yang kau belajar dalam hidup ini?

Akhir nasihat dari aku, tolonglah jangan guna Google Translate dalam membuat CV atau resume atau apa-apa saja sebab ayat kau nanti akan jadi kelakar nak mampos dan membuatkan aku terkekeh-kekeh ketawa macam orang gila depan PC.


Selamat mencari kerja dengan penuh bergaya 

Jaga Rambut Semasa Tidur

Hey,

Buat yang tak kenal aku secara mendalam, aku ni sebenarnya seorang gadis bertudung, bukan seorang gadis berambut biru. Tapi itu tak bermakna aku tak ambik berat perihal mahkota kedua aku tu. Aku jaga dia sama jugak macam perempuan free-hair jaga rambut mereka. Ada jugak suara sumbang yang mengatakan buat apa lah nak jaga rambut lawa-lawa tapi pakai tudung, bukan ada sapa nampak pun? Bagi aku pakai tudung tu sebab nak tutup aurat, bukan sebab nak cover rambut yang tak lawa.

Anyway, sebelum ni memang aku lepas bebaskan rambut aku time tido. Tapi sejak aku terbaca satu artikel tu yang aku tak ingat dekat mana, aku start sanggul rambut time tido. Alah, sanggul serupa perempaun dalam pantang tu, ufufufu. Dan hasilnya? Sangat memuaskan! 

Sanggul dapat membantu memerangkap kelembapan pada rambut. Bila rambut lembab, rambut akan jadi ‘berat’ dan terletak elok. Kalau rambut kering tulah yang buat dia mengerbang. Kelembapan maksud aku kat sini bukalah dari air, tapi dari rambut tu sendiri (dari conditioner/minyak etc). Nanti karang kau pergi sanggul lepas mandi pulak tak pepasal lain jadinya.

Sebelum tidur, sapukan krim/minyak (aku prefer minyak dari Loreal Paghis) then ikat/sanggul rambut ikut keselesaan dan tido. Lagi satu, dengan mengumpulkan semua rambut ke atas kepala, secara tak langsung akan menaikkan akar rambut ke atas semasa kita tido, jadi rambut akan bertambah volum keesokkan harinya. 

Selepas bangun tido, bukak ikatan dan taddaaaaaa! Terlihat seorang gadis berambut ikal mayang mengurai cantik instead of langsuir di hadapan cermin.



Oh, by the way, rambut aku dalam kategori ikal mayang atau wavy hair. Maknanya rambut aku takdelah lurus sangat, ada jugak bengkoknya tapi takdelah kerinting sangat, ada jugak lurusnya pendek kata bagi aku, it just nice. So, kalau kau orang kategori rambut lain, aku tak berani nak jamin hasilnya macamana but it worth a try (wink).

Lelaki pun boleh. Hensem gilos kot lelaki dengan man-bun mereka (emoticon mata love). Aku sebenarnya dalam dilemma ni, bila kawen nanti takkan aku nak sanggul rambut time tido, tak seksilah, kahahahh!


Messy is sexy 

Atasi Jerawat Secara Psaikologi

Yo!

Satu perkara yang hangpa perlu tahu tentang zeraroks: beliau tak reti serik.

Walau teruk direjam dengan makian gara-gara entri Selesaikan masalah Jerawat Untuk Selama-lamanya, beliau masih nak bagi satu idea/tips berkenaan jerawat lagi.




Okey gais. Jerawat ni memang masalah utama kaum yang memiliki kulit berminyak
Tapi jangan la gundah-gulana, setiap yang buruk pasti ada baiknya.
Kulit berminyak ni dalam pada masa yang sama buat kulit jadi awet muda.
Tak caya? Tengok gua, dah tua kerepot pun orang ingat masih budak sekolah. Ngahahahahh!
(Okey fine, lebih kepada tubuh genit gua sebenarnya =.=)

Gua faham ramai yang dah guna produk kimia, guna petua tradisi tapi still tak jalan.
So why not hempa try cara psaikologi pulak?

Begini,

Ada satu hari pada bulan lepas, tangan gua merayap ke muka time tengah melayari internet.
Gua terperasan satu benjol kecik yang merupakan jerawat di pipi kiri.
Sebab waktu tu memang hormon tengah tak menentu dengan dasyatnya.
Sebelah kiri halilintar sabung-menyabung, sebelah kanan pelangi senja dengan burung berkicauan.

Selalunya gua akan rasa sedikit gundah.
Jerawat ni datangnya cepat, peginya lambat, dah tu tinggalkan kesan parut yang lama.
Dan gua dah lama lost faith dengan sebarang produk.
Pernah satu masa gua gunakan satu produk, Oxford (bukan nama sebenar)
Semakin gua sapukan ke jerawat, makin keras dan besar jerawat tersebut
and I'm like: ini ubat hapus jerawat ke baja jerawat paling unggul?
Lebih bullshit dari entri gua yang di atas.

Maka, gua tekadkan dalam hati: "Why bother? Why bother?"

Dua tiga hari kemudian gua absent-mindedly garu-garu pipi kiri
Tiba-tiba gua teringat, eh, bukan ke sepatutnya kat sini ada jerawat?
Tapi tak ada. nothing. nada. kaput.
Amazing.
Sebab kalau dirasa dari 'putik' jerawat haritu, ada potensi nak jadi jerawat besar dan sakit.
Tapi ia dah berlalu pergi tanpa kesan!

Gua rasa serupa ada super power pulak boleh hilangkan jerawat, mejik.


Jadi,
Dapatlah disimpulkan di sini bahawa:
-Jerawat itu seperti tetamu tak diundang, kalau kita tak layan dia akan blah dengan sendiri
-Jerawat itu seperti attention-seekers, kalau tak dapat perhatian dia akan berlalu pergi
-Jerawat itu seperti anak manja, akan merajuk pergi bila tak dapat apa yang dihajati

Jadi, jangan dilayan sangat kerenah jerawat.
- Jangan kelam kabut cari cermin bila rasa ada jerawat
- Jangan gopoh-gapah pergi farmasi terdekat cari ubat jerawat
- Jangan bukak Google dan taip 'tips mengatasi jerawat'
- Jangan membelek/usap/pegang/sentuh jerawat setiap hari, bimbang jerawat salah faham itu sebagai tanda kasih, lantas dia akan terus bertapa di muka.


Trust me bebeh, ini bukan kali pertama.
Kalau pertama kali terjadi, memang gua takkan kongsi kat sini.
Tapi dah banyak kali. Agak banyak kali jugaklah untuk ditafsirkan sebagai coincidences.

Tapi, setiap homosapien itu berbeza.
Mungkin cara psaikologi ni berkesan untuk gua.
Mungkin ignorance-mode gua berjaya menenangkan perubahan hormon yang sedang rancak berkonflik.
Mungkin.

Yang bestnya cara ini tak perlukan sebarang effort.
Tak perlu blender timun
Tak perlu tempel bawang putih
Tak perlu cari jintan manis, kulit kayu manis, mangga harum manis
Tak perlu keluar belanja beli krim jerawat

In fact, tak perlu buat apa-apa!
So, kalau tak nak cuba jugak disebabkan malas, gua sarankan lu pergi mati je.
Ahaks.
 

Selesaikan Masalah Jerawat Untuk Selama-lamanya

Ehem, ingat gua lagi?

Nyiahaha lama gilos gua tak update entri. Bukan hilang ingatan kepe, tapi gua bizi sejak akhir-akhir ni. Cari nafkah untuk sara anak-anak gua ni ha, terutamanya anak tekak. Melampau betul beliau, asyik nak mencekikkkk je kejenya siang malam pagi petang. Berat badan tetap jugak 40kg, maigaddd. Next entri ah gua cerita rahsia gua kurus kering, kuhkuh. Gua rasa kalau terus begini dalam masa setahun, harus jugak gua diisytiharkan muflis.

Erm, cari nafkah tu isu lain. Sekarang gua nak cakap isu masalah harian. 

Jerawat. 

Setakat harini gua tak pernah lagi jumpak manusia yang sukakan jerawat, semua benci jerawat. Kalau gua jadi jerawat, mesti dah selalu kena jumpa pakar sakit jiwa akibat tekanan melampau. Muka gua jugak tak terkecuali dari menjadi tempat jerawat melepak. Rasa remaja pulak bila dah tua bangka gini pun jerawat masih sudi singgah, kahkah! Erm, tapi still tak suka jugak -_-



Dah banyak krim disapu, tak ilang. Dah banyak petua dibuat, tak hilang jugak. Kagum betul gua dengan semangat jerawat, pinjam semangat sikit boleh? Tapi buat rileks bro, takdak benda tak boleh setel. Apakata mulai esok, lu pegi beli eyeliner. Tak kisah lah kalau lu jantan sekalipun, beli jugak. Dan lakukan seperti berikut.

Lu hitamkan je jerawat-jerawat tu semua dan taraaaa! Kan dah jadi tahi lalat. Heh, dah macam rupa Saripah Aini time memuda pun ada. Gua percaya takdak sapa yang akan syak apa-apa. Lebih-lebih lagi kalau jerawat lu tumbuh di sekitar bibir, awhh manis gitu.


Gua dah cuba.

Manusia Panda: Kesan Produk Pemutihan

Panda memang sejenis hewan yang comel. Tapi konsepnya berbeza bila manusia pulak 'dipandakan', dari comel jadi comot. Maksud gua di sini bukan mata panda (still considered comel) akan tetapi kulit panda. Kulit panda?? Wadehekk

Manusia panda terjadi bilamana kawasan kulit muka dan leher cerah berseri manakala kulit kawasan tangan dan yang sama waktu dengannya adalah gelap. Fenomena ni banyak terjadi sekarang. Gua rasa ini salah produk kecantikkan jugak, sebab bagi arahan 'sapu dan ratakan ke seluruh wajah dan leher'. Patut buat penambahan kat ayat tersebut: serta ke kawasan tangan dan seleruh tubuh. Hokhok!




Jangan tak tahu sekarang orang laki-laki sudah pandai perati. Kalau dalam Twitter tu kaoo, golongan depa yang paling banyak bash manusia panda gini, memacam gelaran diberi. Tu belum masuk bash hijabister yang kurang hajar. Nampak tak perubahan tu? Bukti depa dah makin terel menilai pompuan! Bukan takat pandang fizikal dah sekarang, tapi tahap mental jugak.

Jadi, tak usahlah nak pakai merkuri sangat ke muka kasi putih kilat bak porcelain (sejenis seramik licin, ala macam pinggan tu). Apakata kita bentuk peribadi tu dulu kasi chantek sebab peribadi tu yang kita akan bawak selama-lamanya. Porcelain itu boleh 'retak atau pecah'. Kesimpulannya, tak usah plastik sangat. Sila konpiden dengan diri seniri.

Lagi satu gua nak pesan kat lu dan gua sendiri, jaga kesehatan dan kecantikkan tapi jangan sampai guna/telan menda-menda yang bakal memudaratkan kulit dan badan dalam jangka masa panjang. Elakkan guna kosmetik yang tinggi kandungan mercury, paraben atau bahan marabahaya yang lain. Pastikan ada kululusan JAKIM KKM dan punyai list ingredients untuk tatapan umum. Ini tak, krim jenama 99 yang datang tah dari memana pun tempek ke muka.


Chantek dalam, chantek luar, chantek sana-sini.

Review: Maybelline Rocket Volum'

Harini terasa seperti blogger girls yang manis-manis, comel-comel pula. Ehem, gua memang comel pom, muehehe.

Rock rock jugak, keterampilan sebagai gadis harus dijaga, karang tak pepasal membujang hingga ke tua sebab terlampau maskulin dan ganas, kahkah.

Semalam time merayau kat Queensbay, tersinggah Watson's kejap. Kebetulan nak cari mascara baru. Memang haritu langkah kanan betul sebab mascara Maybelline Rocket Volum' ni memang tengah murah (RM26.90) plus mataganjaran Watson's 500 points lagi kaooo, berbaloi-baloi mak jahh.

Sebagai seorang pengguna mascara Maybelline sejak 2007, gua rasa patut memberi review. Kenmain ayat, ahh pedulik gua nak review jugak.

Apa yang menarik bagi keluaran terbaru Maybelline ini pastilah berusnya (ultra-sonic brush). Sebelum ni gua guna Maybelline jugak, Magnum ngan Falsies. Agak leceh sikit sebab berusnya melengkung then bila apply tu kena ikut lengkuk berus bagi mendapat lentikkan. Tapi dengan Rocket ni, berus dia sekata. Takde lagi mascara bergumpal kat hujung-hujung bulu mata, kalau lu apply kat matalah, kalau apply kat hidung, lantak lu lah.


Jom terbang bersama gua ke angkasa lepas dengan Rocket Volum', Rockk! 



So far gua sangat berpuas hati dengan mascara ni dan akan setia hingga hunjung nyawa dengannya (yelah tu, karang Maybelline keluarkan mascara baru lajuu je berpaling tadah). Eksheli memang gua dari dulu lagi guna mascara dari Maybelline, cuma tukar-tukar nama je. Kadang Magnum, kadang Falsie ikut yang mana ada tawaran lah derr.

Rocket Volum ni sangat best lah. Setiap bilah bulu mata tu tak lagi bercantum, atau melekat-lekat antara satu sama lain seperti selalu. Memang dia meliputi tiap helaian bulu. Sangat cepat, lu apply sambil berlari pun boleh. Takpayah buat ekspresi muka senget-senget lagi untuk pakai mascara, ufufufu.

Gua rasa kali ni rasa macam nak stick to this mascara lah. Sebab rasa senang, smooth yang amat bila apply, serius, kalau korang yang selalu terkocoh-kocoh mekap tu amat sesuai sebab sangat cepat. Sekejap je dah dapat bulu mata lentik memikat tanpa perlu kepit-kepit lagi. Bak kata Maybelline maybe she born with it, maybe its Maybelline tapi dalam kes gua ni separuh born with it separuh its Maybelline, ngeh.


Selain hasil yang menarik, gua jugak suka packaging 
Maybelline yang Funky, tak bosan macam mak nenek.


Memang sejak sekolah rendah ramai kengkawan tegur bulu mata gua panjang, tapi gua tak pernah amik port. Kesah apa bulu mata, kalau bulu hidung tu kena kisah jugak lah, kofkof. Dan dulu gua penah jugak terpotong bulu mata separuh gara-gara main pengetip kuku, habis senget sebelah bulu mata gua, sobs. Kejadahnya lah permainan gua dulu kala.


Panda pakai maskara


Ok, berbalik kepada mascara tadi. Kalau lu memang betul-betul nak mekap mata yang dramatik & menggoda, pilih yang waterproof (try Falsie/Hypercurl dari Maybelline). Tapi kalau guna yang waterproof ni, kenalah ada mekap remover supaya takda sisa yang tinggal time tido. Tak elok tau tinggal sisa mekap ni nanti cepat tua, sama jugak macam tinggal sisa makanan, ehh. Oh, gua difahamkan, kat overseas dah ada Rocket edisi waterproof, tunggu ia 'mendarat' di Malaysia. 


Akhir kata, tak rugi beli!


Rating: 

Memelihara Muka

Salam malam yang basah dari gua, gua harap malam-malam lu kering dan selesa di sana. Tak lupa jugak kepada para perajurit negara di medan sana.

Apakena tetiba gua nak bercakap fasal pelihara muka? Bukanke lagi baik kalau cakap fasal pelihara alam sekitar ataupun pelihara haiwan domestik? Pelis jangan nak politikkan isu gua malamni, kang ada jugak yang kena tibai. Hekhek.

Ingin gua tegaskan di sini yang bahawasanya menjaga kucing itu sesungguhnya lagi mudah dari jaga muka, sumpah. Hilangkan parut jerawat misalnya, mengambik masa berminggu-minggu bahkan boleh mececah ke satu purnama untuk hilang. Tapi tumbuhnya jerawat itu, hanya perlukan masa setengah hari saja, tsk.

Hoi, gua tahulah gua tak seayu atau selembut gegadis lain tapi sapa tamau muka nampak segerrr kan? Segerr lah sangat, ngaku jelah nak nampak chantek. Hiks.

dah macam dr rozmey gaya posingnya


Dipendekkan cerita yang sememangya dah sedia kontot, gua pun mencubalah beberapa cara tradisi. Maapla gua bukan gila sampai nak beli produk ratus-ratus ringgit. Cukuplah berabis dua tiga hengget je, hiks (nak cun tapi dekut)

Eksheli petua-petua ni dah sedia terpahat di sanubari. Dulu time sekolah menengah gua rajin praktikkan. Maklumla, takda menda nak buat selain setadi. Time tu laman sosial sekadar Friendster, itu pun belum  hot lagi aktibiti bersosialnnya. Plan internet pun bulum meluas lagi macam sekarang, serendah seringgit sehari, maka rumah gua memang takde internet sebab time tu internet bukan satu keperluan.

Dah takde koje, dari gua duduk saja korek hidung, baik gua amalkan petua katanya. Baru-baru akhil baligh katakan, jerawat memanglah harum subur di hati. Mujarab jugak petuanya, kalo rajinlah oke, rajin. rajin itu keywordnya. Tapi untuk cantikkan kulit jelah, tak berupaya nak tukar hidung penyek jadi mancung jadi jangan nak expect lu jadi comel macam kak ton setelah muncoba. kehkeh.

Ini semua dah sedia maklum, tomato. Nak comel macam kak ton makanlah, tenyehlah tomato ke muka, kahkah! Memanglah messy gila pakai masker buat sediri ni tapi, no pain no gain lah weh, tahan jelah kejap, kata nak lawa. Lu pegi suntik botox pun sakit jugak, tak caya tanya kak neeeeeta. err.

Masalah timbul bila pakai masker tomato ni, gua rasa nak jilat-jilat muka seniri macam yang kucing selalu buat. Slurrrpp slurrpp. 


Dan dan dan gua jugak bosan tengok muka panda kat dalam cermin tetiap hari. Sekali sekala nak jugak tengok muka comel kan kan kan. Ok, mak gua dulu suka benar suruh gua masak asam pedas sayur timun (dem, kecur liur tetiba). Stok timun tak penah putus dari peti sejuk. So apalagi mula la buat keja lain selain dari masak, kehkeh. Mula la berangan kekunun tengah berehat di spa layaknya.

Selain dari timun, gua jugak guna uncang teh yang dah diguna, tapi pedih woi mata gua kena sisa air teh, jimbai. Karang mata dah tak panda, buta pulak jadinya. Pepandai lu lah nak buat cemana. Jaman sekarang sonang, tenyeh je roll-on Garnier, tapi haram takda efek pun, mati-mati gua ditipu fasha sandha, jimbai lagi sekali :3


Ini setail paling remeh, paling tak selesa, paling paling, ergh! Hahah taktau mana gua ceduk petua ni tapi lagi berhasil rasanya berbanding garnier lisa surihanis, kihkih. Lumurkan aja muka lu itu dengan asam jawa, dah serupa ikan pulak gua rasa, lumur kasi hilang hanyer. Kan semua produk kecantikan gua dedulu datangya dari ceruk dapur je. Perempuan. Dapur. Tanampak lagi ayu gua di situ? Hm hm.

Demikianlah ramuan rejim penjagaan muka gua time gua belajar dulu, sekarang dah keje, dah ada fesbuk, tuiter, insta, blog bagai, masihkah ada masa untuk muka? Ngehngeh. Sekarang makin malas, semua berharabppada tiub sang produk kecantikan. Tah pape je depa taruh dalam tu kan, kita pulak tepek ke muka, hm hm.


Daaaaan, memandangkan gua dan malas itu ibarat aur dengan tebing, heh hehhh.. nasiblah kau muka, dapat tuan begini. Sehangat-hangat tahi ayam, lama kelamaan sejuk juga. Begitulah jugak dengan semangat penjagaan wajah gua, datang semangatnya tak boleh dihalang, berapi-api, tiba datang malass, bagai air yang mencurah ke api itu, mati.

Sebenarnya gua perati dari tadi lagi, lu perasan sesuatu tak? sesuatu yang tak disangka seringkali mendatangi kita mungkin? Ada perasan? Ceh, doodle gua dah ada DUA bijik mata lah, buat julung-julung kalinya. Muhun sebarkan bunga api barang setitik dua bagi meraikannya, kehkeh.


yang sedang lemas dalam aloevera,
Zyraroxx

Tips Penjimatan Duit

Duit duit di mana kau duit, ehwah jom nyanyi sesama.

Duit.

Kertas berkepala agung idaman semorang. Even orang gila pun tau ia satu kertas bernilai. Sekarang semuanya duit, untuk parkir, untuk berak, untuk masuk toilet snap gambar perasan kat cermin pun duit. 

Fasal duit lakibini bulih gaduh, keluarga bulih putus saudara, kawan2 bulih saling berbunuhan. Semua kerana duit. Jadi, mai kita kontrol duit sebelum duit mengkontrol kita.. Kata nak kawen, kata nak ada keta, kata nak ... ok sudah.

Pergh dah macam edisi siasat tahun 2006 gua punya intro. Harap tak ada yang tertido membacanya. Harini gua bercadang nak kongsi tips jimat. Gua bukanlah penasihat kewangan yang profesional, harap berguna dan dapat membantu kepesatan ekonomi semasa. 


 6) Jangan bawak kad ATM 

Berkesan buat kaki window sopim. Kekonon pi mall nak tengok2 je kan. So bila tak bawak kad atm / kad kredit takdelah nak borong sakan apa yang ada. Lain la kalo lu muka tak malu nak pinjam duit dekat orang lalu lalang. kahkah. Jangan jadikan pinjam meminjam sebagai satu tabiat. ini serius.


5) Bezakan keperluan dengan kehendak.
ini segmen cari perbezaan ke cemana ni, ngahaha

Ok, ini tips basi. Semorang tahu betapa payahnya nak penuhi kemahuan. Gua akui bukan sikit payahnya. Sangat payah mengalahkan soklan algebra. contohnya t-shirt. Jangan pikir sangat soal jenama, sebab beli yang berjenama pun orang tetap tak nampak jenama tu. Bahkan kalau nampak pun mungkin orang ingat itu tiruan, sesia je. Yang branded lebih selesa? toksah dok muhung gua, gua dah terai, sama saja :3


4) Makan benda kenyang


Satu set kepsi berharga dalam lingkungan RM10. Tapi kenyangnya sekejap, muaknya yang lebih. Dahtu kita ni pulak jenis makanan rujinya nasik. Harus pelahap nasik baru bebetul kenyang. Ce fikir, RM10 tu bulih buat makan 2 kali nasik, bahkan 3 kali nasik kalau kita pilih lauk yang sederhana. Jimat dan kenyang. (Tapi bagi yang jenis perut macam gua, makan apa pun tak kenyang, err)


3) Buat akaun berasingan.

Bila dapat je gaji / elaun / biasiswa / duit kutu atau sumber kewangan apa saja peruntukkan sikit untuk simpan. Seeloknya untuk akaun simpanan ni cari bank yang lu jarang / susah nak jumpa. Motipnya supaya rasa malas nak kuarkan duit. Pegi bank lain nanti kena cas singgit, rugi tuuu. Lagi bagus kalo akaun ke 2 yakni akaun simpanan tu korang buat buku, jangan buat kad. Pergh lagilah malas nak isi borang kuarkan duit. (Takpun simpan dalam ASB)


2) Anggap gaji ciput


Dapat gaji lu tolak duit2 untuk pembayaran rutin bulanan, balance tu lu amik lah berapa pun untuk disimpan sikit (pastikan fix tetiap bulan, contoh: RM400) Yang baki tulah lu orang buat duit perbelanjaan. Anggaplah gaji lu orang tu banyak tu je sebulan. Tsk tsk.


1) Monolog dalaman

Tiap kali terasa nak beli benda merapu lu bersoal jawab dulu dalam hati: nak beli buat apa ni? perlu sangat ke? kalau tak beli, still boleh hidup tak? Bersoal jawablah dengan diri sendiri macam dalam mahkamah dan pastikan last2 lu yang menang. Akal versus napsu, kita tengok sapa yang kena.

Tu jelah kot. Gua tau ramai orang dah tau dan buat cara ni sejak dulu lagi. Saja gua kongsikan mana tau ada yang masih teraba2 cemana cara nak berjimat, anggaplah ini satu testimoni dari gua, heh, ingat ubat kurus je ada testimoni? Ok ok ok, gua ngaku ni, gua hanya apply 26% dari tips yang dibagi :3

Jangan lupa sedikits perutukan untuk enjoy! yipppi. Sedikits saja oke, sedikits. Ouh, lupa nak bagitahu, tayah gigih tekan refresh untuk gambar nombor 3 sebab memang takda gambar. Gua malas melukis tanpa gaji ni, kahkah :p



bersederhana itu lebih baik dari papakedana.
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape