Kulit Berminyak

Hey guys!

Salam Syawal yang ke-_____ (korang isilah sendiri bila baca, hahahah sebenarnya dah lost count)

Sebelum raya haritu aku ada buang tebiat beli foundation. Tak pernah aku pakai foundation sebab muka aku jenis flawless bermiyak. Akibat pengaruh rakan sebaya aku pun cuba. Aku beli L'oreal Paris Infallible Pro-Matte 24HR Foundation. Harga asal RM99 kate ko. Aku beli lepas diskaun 50%, kalau tak, kosser mak.

Agak naif lah bila kau ingat dengan harga macamtu muka kau akan jadi plastik macam Barbie doll sepanjang hari, hahahah itulah aku. Kalau muka jenis normal mungkin okay. Tapi bagi kulit berminyak macam aku ni, mattenya hanya bertahan sekadar kurang dari 4 jam. Lagi 20 jam tu berangan dalam mimpi je lah.

Ini aku nak kongsi beberapa perkara dengan korang yang kulit berminyak jugak:-

1) Kau tak perlu risau sangat pasal jerawat. Makin tua makin hilang. Kau rileks je dulu sambil guna produk yang ada tea-tree oil. Zaman remaja aku agak mencabar. Aku guna Clean & Clear.

2) Jangan guna cleanser yang menjadikan kulit kering lepas cuci sebab kulit aku akan cakap "eh asal kering sangat ni?? Tingkatkan pengeluaran minyak dua kali ganda!" -Habis lah kau, makin berminyak perginya.

3) Seeloknya lepas cuci muka kau terus sapu pelembap. Jangan nak fefeeling muka kering tak berminyak sangat lah. Ini bagi mengelakkan situasi no. 2 di atas dari berlaku.

4) Gunakan masker dari jenis tanah liat. Aku pakai masker dua hari sekali. Lepas cuci cecepat letak pelembap sebab masker tu dah sedut banyak minyak, karang menggelabah lagi kilang minyak nak tingkatkan produktiviti.

5) Exfoliate kulit muka at least sekali seminggu. Kulit berminyak lebih cenderung untuk kumpulkan bermacam khazanah dalam pori-pori. Nak lawa kena rajin, kalau malas sila jadi hodoh. Cara aku, Guna je scrub lepas pakai masker. Heaven rasa lepastu kulit muka lembut macam bontot bayi.

6) TAK AKAN ada krim yang dapat menahan kulit dari berminyak. Melainkan kau tuang plastik yang telah dicairkan ke atas muka. Mungkin.

7) Sebenarnya krim yang dapat menahan muka dari berminyak ini tidak lah elok. Kau bayangkan empangan yang ditahan, kemudian kau bukak empangan tu. 

8) Blotting paper bukan satu benda wajib pun. Aku dah lama tak blot muka still gojes watt (ditampar).

9) Bersyukur. Trust me, kulit berminyak is wayyy much better dari dapat kulit yang kering kerepot dan sensitif.

10) Kulit berminyak ni awet muda. BEAR THIS IN MIND!

BONUS: Sekarang tengah in trend muka kilat-kilat. Orang lain susah payah sapu mekap nak kasi berkilat tapi kita semulajadi je berkilat. Bukankah itu satu keuntungan? >_<


Tak sungguh tak kata 

11 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. hahhah buang tebiat.
    Itulah RM99 bagi Mrs. A pun mahal jugak mujurlah ada diskaun sampai 50% kan.

    ReplyDelete
  2. betul juga tu! hahahahha, tips yang baik. thank you!!!

    ReplyDelete
  3. aduh serius rasa lawak ngn entry ni :3

    ReplyDelete
  4. Muka bermnyak awek muda..yeke??haha..sis, ad buat komik tk slain insta??yg pnjang2 sket..hahaha..just asking

    ReplyDelete
  5. nice tips....rietta pown xtaw semua ni....biasa cuci muka je

    ReplyDelete
  6. Lps kawen n ank ramai asyik la cuci bontot ank muntah ank gosok kuali gosok kain baju dah xde masa lg dah nk gosok2 muka bagai. Hee..

    ReplyDelete
  7. Aku berkulit berminyak boleh buat goreng telur mata kerbau.. Awet muda eh? Nak gi ngorat anak ikanla macam ni..hahaha..

    ReplyDelete
  8. aku ingta aku jenis kulit berminyak tapi hari tu aku buat skin test kulit aku normal. aku pun tak faham apa maksudnya haha. good tips btw ;)

    ReplyDelete
  9. Sama la kiter... No.2 tu setuju sgt2! sbb bila basuh muka kerap sgt, jadi kering mengelupas. Tp lg byk minyak kan? Boleh baca pengalaman sy kt sini:

    https://thebeautyofsplendid.blogspot.my/2017/06/my-previous-skincare-products-for-oily.html

    ReplyDelete
  10. Hahaha kann bersyukur je lahh berminyak pun , boleh acah shining n glowing ahaks !

    ReplyDelete
  11. Untunglah kulit masih berminyak! Hehe. Agree with you, oilier skin is definitely better than having a dry skin. But if you're not feeling comfortable with the oiliness, I'd suggest pakai Argan Oil (I know it sounds weird letak minyak kat kulit muka yang dh already minyak, but it does seems to work on a lot of people including myself) :D

    ieyra h. | beauty blog


    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape