KBAT Untuk Orang Dewasa

Hey guys,

Baru-baru ini yang tak berapa nak baru sebenarnya, aku ada ternampak notis dari Poslaju Malaysia berhubung dengan larangan mengepos barangan berbateri lithium seperti powerbank, laptop,  handphone dan yang sama kaum dengannya.

Maka, mencicit lah sebahagian netizen yang gemar membeli perkakas elektronik secara atas talian.
Antara komen yang aku baca (setelah diolah) :
ABC: Habis macamana nak beli powerbank??? Hish menyusahkan jelah Poslaju ni!
DEF: Henfon boleh beli tak? Kalau beli kat Lazada boleh tak??
XYZ: Sy tengok sampai je barang elektronik yg diorder. Saje je poslaju ni buat poyo..

Aku selalu cakap membaca itu penting. Tapi aku silap. Beruk pun kalau diajar, boleh jugak dia membaca. Yang penting sekarang adalah kefahaman. Baca dan faham. Bukan baca sekerat atau baca tajuk lepastu terus kena sawan pahlawan kekunci.



Kalau korang baca notis ni faham tak?
Tak faham jugak?

Lemme explains:
Larangan tu untuk barangan/parcel yang melalui penerbangan UDARA dan EMS (Express Mail Service). Pendek kata yang berkaitan dengan kapal terbang. Kalau kau duduk Perak, seller duduk KL, tak payah lah menggelabah nenen sebab Poslaju biasa guna lori, van atau truck je untuk deliver. Jadi takde masalah kalau nak order sedozen powerbank pun.

Ada sebab lah barang gitu dilarang menaiki pesawat. IATA bukan suka-suki je buat rules macamantu, mestilah berdasarkan fakta. Dan bukan jugak sebab Poslaju dengki korang beli powerbak tiap bulan ke apa. Ah kau apa tau? Janji nak dapat powerbank pink ASAP je.

Jadi sekarang ni kalau kau nak beli kat Lazada ke apa check lah dulu seller tu dok mana. Kalau nak jugak beli dari seller overseas, kau pilih lah courier service lain yang tak ikut cakap IATA. Ataupun yang pos ikut laluan air.. Biar lambat asalkan selamat gittchew.

Aku tak kerja dengan Poslaju, takde sedara kerja dengan Poslaju, tiada kaitan langsung dengan Poslaju. Aku cuma tak suka tengok Poslaju selalu diperkotak-katikkan oleh orang-orang yang berakal sejemput. They are just doing their jobs. Jobs kau pulak adalah jangan jadi bodoh. Simple.


Tak larat nak facepalm dengan rokyat Malaysia  

10 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. hahahahahaha semua orang selalu baca tajuk pastu meroyan termasuklah sha ><

    ReplyDelete
  2. yes they only read the title and jump to conclusion :O

    ReplyDelete
  3. baca tu lain kali biar habis lepastu brain bebetul dulu kan haha

    https://aimisyafiqah.blogspot.my/

    ReplyDelete
  4. Kena baca sampai habis... Jangan baca tajuk jer... Jom join contest kat Jom Bercontest dan singgah jenjalan kat Kisah Hidup Ku ... Semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki ...
    πŸŒΈπŸ’“πŸŒΌπŸŒΈπŸ’“πŸŒΌπŸŒΈπŸ’“πŸŒΌ

    #jombercontest
    #kisahhidupku

    ReplyDelete
  5. kahkahkah. aku baca sekali pun dah faham and memahami. manusia yang jenis pakai terjah ni memang jenis baca tajuk je. maafkanlah kesengalan dan kemalasan mereka hahaha

    ReplyDelete
  6. Kesian Pos Laju.
    Harap Pos Laju tabah mengharungi hidup penuh ranjau ini . .

    ReplyDelete
  7. Untuk org yg malas membaca perenggan yg first tu nampak tak penting dan susah nak faham sbb ada act dan ada short form yg tak biasa digunakan. So mereka akan skip kepada perenggan kedua yg lebih direct utk difahami.

    Apa2 pun kalau naik flight pun dia tak bg on phone. Normal la kalau poslaju nak buat rules ni.

    ReplyDelete
  8. Jemput singgah dan baca :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/09/im-glad-to-be-part-of-them-sea-games.html

    ReplyDelete
  9. haha biasa la tu malaysian. ada je benda yang fail.

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape