Doa Aku Tidak Dimakbulkan Tuhan

Kerap kali kau fikir begitu. 
Sifat kau yang over-thinking pula mengeruhkan lagi keadaan. Di samping negative thoughts yang sering berlegar-legar di minda.

Jadi kau pun mula berperasangka buruk dengan Tuhan. Oh kau banyak sangat dosa, lalu Tuhan pun macam malas-malas nak layan permintaan kau yang bukan sedikit itu.

Cuba kau renung semula:

Kau pernah menghadapai masalah kerja yang kau anggap maha besar, terlalu hebat seolah takkan mampu untuk diselesaikan tanpa pengakhiran yang buruk. Kau buntu. Namun akhirnya semuanya berjalan lancar. Masalah selesai. Malah kau pun hampir lupa akan peristiwa tersebut.

Bukankah kau tak pernah putus berdoa;
Ya Allah kau permudahkanlah urusanku di dunia juga di akhirat?

Ingat lagi tak kerana sifat boros kau dulu kau terpaksa bergantung kepada RM20.00 untuk hidup selama seminggu di bandar raya. Kau menghela nafas lega bila diberi upah untuk melukis dengan bayaran RM30.00 sekeping.

Bukankah salah satu doa kau adalah;
Ya Allah ya tuhanku, kau murahkanlah rezekiku?

Dan yang paling kau takkan lupa adalah di mana kau nyaris menjadi mangsa kemalangan jalan raya jika kau terlewat melalui jalan itu selama 3 saat. Kau menghela nafas lega dalam gamam. 

Bukankah di pengakhiran doa-doa kau ada menyebut;
Ya Allah, kau lindungilah aku dari malapetaka dan kesulitan?

Jadi, masih menganggap doa-doa kau tak pernah diterima Tuhan? Belajar bersyukur. Mungkin dengan itu kau lebih bersedia untuk menerima doa-doa yang masih belum dimakbul. 

Sumber gambar: About Islam

Ehem.
Ini aku sedang bercakap dengan diri sendiri. Korang jangan nak perasan sangat.

Chill,
Zyra

9 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. tersentap gak kita baca..hee..peringatan yg sgt bagus utk dri..:)

    ReplyDelete
  2. Saya doakan semoga Zy sentiasa dipermudahkan urusan, dipermurahkan rezeki dan dilindungi dari segala kesulitan dan malapetaka.

    ReplyDelete
  3. Semoga kita sentiasa dipermudahkan segala urusan .. Aminnn

    ReplyDelete
  4. hai kak . ingt ain lagi ? haha /. lama gile taak on blog

    ReplyDelete
  5. Salam kenal saya dari gacorteros.com, saya telah membaca artikel yang Anda tuliskan ini dan saya terkesan. saya harap anda selalu diberikan kemudahan dalam hidupmu dan jangan menyerah, karena tuhan pasti memiliki rencana yang lebih indah :)

    ReplyDelete
  6. Wow, kematangan fikiran..! Benar.. Semoga urusan hang dipermudahkan segala-galanya, Zy. Amiin..

    ReplyDelete
  7. thanks atas peringatan, btw, kita follow ye

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape