Ribut

Guruh berdentam-dentum, kilat sabung menyabung, hujan lebat turun mencurah-curah dari langit yang hitam pekat. 

Jam menunjukkan pukul 2.00 petang.

Lazimnya aku sangat senang dengan suasana dingin sebegitu. Tapi tidak untuk hari itu. Pintu rumah aku kuak. Serentak itu titisan hujan menyapa pipi. Sejuk.

Aku memusing ke belakang, ke ruang tamu rumah. "Mak nak pi jugak ka?" Tanya aku dengan penuh pengaharapan agar emak membatalkan niat. Emak hanya tersenyum kelat sambil menyarungkan stokin berwarna kulit. "Mak tak payah pi lah" ayat aku mula bertukar dari ayat tanya kepada ayat perintah. "Lagipun hujan lebat sangat ni".

Emak mencapai beg dan payung berbunga kuning oren. Emak melintasi aku untuk keluar. Sepatu dipakai, payung dibuka, serentak itu and mak tersentak dengan tiupan angin monsun yang kuat menolaknya. "Mak.. tak payah lah pi.." 

Emak berpusing menghadap aku. Yes! Mak termakan jugak pujukan, perasan aku sendirian. Emak mengusap kepala dan mencium dahi aku. "Mak nak pi dah, assalamualaikum."

Dan itulah kali terakhir mak mencium aku begitu. Don't get me wrong. She survive that day. Berjalan dalam hujan dengan baju kurung yang separuh basah, melawan arus tiupan angin demi untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pendidik kelas agama.

Aku cakap kali terakhir dicium emak sebegitu adalah kerana mak aku bukan jenis showing affection to people. Aku je yang selalu paksa mak cium LOL biasalah anak bongsu.

Kenapa aku bercerita sepotong kisah ini? Suapaya aku takkan pernah lupa asal usul. Kisah-kisah begini akan timbul di benak fikiran apabila orang cakap aku orang senang, privileged. Padahal aku berusaha kuat untuk senangkan diri. Kalau kalian melihat ibu sendiri berhempas pulas bekerja, kalian juga akan berusaha keras untuk strive to be better.

Dan kisah di atas jugak menjadi tauladan untuk aku setiap kali malas bangun untuk bekerja. Malu lah sikit dengan emak yang meredah hujan dan panas menunggu bas yang tak tak pernah panctual, pernah jatuh tersembam ketika mengejar bas.. 

Oh emak.
Damailah mak di Sana.

4 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. :'( Al Fatihah. May she rest in peace.

    ReplyDelete
  2. Innalillah hiwainna ilaihirojiun...

    ReplyDelete
  3. Semoga mak kau di dalam kalangan orang2 yg beriman. Tak sia2 dia ada anak jenis yg menghargai.

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape