Rendang Ayam Simple


Hmm. . . tiba2 je teringin pulak nk mkn rendang, tp x best pulak mkn di hari biasa sbb dh terbiasa mkn d hari raya. Tula specialnya hari raya bg family aku ^_^

Anyway, aku x suka mkn rendang ayam yg cm biasa tu, sbb? sbb ada kunyit dan diletakkan daun kunyit sikit. Tak suka bau dia! Huhuhu.. Aku x pasti ramuannya, tp sama je kot dgn ramuan rendang simple aku ni yang turun temurun dr kakak kpd aku. hihihihi. Jom usha bahan2nya:-



Haaa bahan2 siap bergambar lg, so sapa2 yg xkenal bahan2 dapur pun dh bleh wat. Konon nak tulis bahan2 tu dlm 2 versi bahasa, tp panjang pulak. . . Hihihi (malasss)

Okeh, lets start!
1>> Rebuskan cili kering dalam 30 tangkai utk anggaran seekor ayam (huhuhu, sorry sbb aku selalu buat seekor ayam). Nak lagi pedas kaww2 tambah lah lagi. Then, bila cili dh lembut, blend dgn bawang merah (10 ulas), serai (5-7 batang), Halia (5 cm), lengkuas (sebesar ibu jari, agak2 je huhu tp jgn lebih, takut nnt rendang rasa pelik).

2>> Panaskan minyak, tumis bawang merah & putih + bunga lawang + kayu manis + bunga cengkih. (ini bahan utk wangi ye puan2, jgn overdose kang busuk jadinya. huhu)

3>> Lepas tu, masukkan bahan yg di blend td burrrr! ke dalam kuali/periuk. Dan renihkan/biarkan sampai naik minyak. (Anggaran 45 minit) Time ni boleh la korg nk wat kje laen dulu. . . LaLaLaLa. .

4>> Tambahkan kerisik supaya wangi tu datang. Hehehe, masuk la dalam 5 sudu. Kalau tak nak minyak sangat kurangkan kerisik okeh? Then masukkan gula dan garam secukup rasa. MSG tak digalakkan, tambah kasih sayang di bolehkan =]

5>> Masukkan ayam yang telah dipotong mengikut saiz kegemaran anda dan telah dibersihkan ke dalam periuk/belanga. Biarkan lagi. Kaup balikkan setiap 15 menet. hehehe. Agak2 ayam dh nak masak, masukkan santan dalam anggaran 200 ml. Lepastu biarkan sampai agak kering sikit baru matikan api. Taburkan daun limau purut yang dimayang halus. (jgn potong kasar2 sekali dgn urat saraf daun tu, sbb nanti rendang jd pahit!) Kalau x suka daun limau, gantikan dgn daun kunyit. Jgn daun mempelam sudahlah.

Siap!! Anda blh letakkan serbuk cili untuk memerahkan lg rendang, boleh nmpk nnt, rendang ni xmcm rendang2 lain yang nmpk kekuningan. Tak pasti nama rendang ni dan asalnya, kakak aku main belasah ambik je resepi ni. huhuhu, kalau sesapa tau rendang ni ala2 negeri mna sila bgtau aku yek.

Mcm tah hapa2 resepi aku ni kan? Haaa sebab resepi ni main ikut sedap rasa je. Bila dh terbiasa x perlu lg sukatan2 ni. Sbb tu dlm masak memasak ni, kita kena confident. Jgn takut2 nk campak bahan ke dlm masakan kita, dan masak lah dgn penuh kasih sayang, nescaya seisi keluarga akan puji masakkan anda itu sedap!

0 orang roxxers:

Post a Comment

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape