Assalamualaikum & Salam Sayang Ketat2
Mulai entri ini dan entri-entri polis sentri berikutnya yang akan datang, gua akan bahasakan diriku yang comel ini sebagai gua. Kenapa? Eh suka hati gua lah beb, ni blog gua ke blog lu? muehehehhe. Takdela, sebab gua dah diketegur oleh jembalang sorang reader ituhari (reader lah kot, kalau tak, takkan dia tahu tiap butir pekataan yang gua tulis). Dia cakap penggunaan 'aku' tu macam menggambarkan wa seorang yang sombong dan bongkak, ok, gua sengaja tokok tambah tang bongkak tu.
Padahal dengan Tuhan pun kita ber'engkau aku' je kan. Tapi takpelah, gua respek semua readers dan trimas jugak lah sebab amik berat jugak hal2 entri gua yang tah kehape ni. Ahhhh jangan pulak pasni korang nak suruh gua ber 'patik, tuan hamba' pulak, tak kuasa gua nak layan, ptuih!
Hummm, pejamcelikpejamcelikpejamcelikpejamcelikpejamcelikpejamcelik dah nak masuk romadon semula, alhamdulillah. Pergh! gua berjaya menaip pejamcelik bebanyak kali dengan laju tanpa tanpa typo! Hinsss bangga.
Buat yang posa tak penuh taon lepaih, berazamlah untuk penuh taon ni ye, yang belom abes ganti, masih ada masa lagi ni. *eh awat sopan semacam ni?
Tengah dok saja2 sambil mengemam cecoki, pikiran gua menerawang jauh ke puluhan tahun nan silam dan gedebuk! Jatuh ke time gua baru belajar2 posa dulu. Humangaih best sangat waktu tu *padahal time gua kecik gua selalu harap bulan romadon berlalu cecepat, tak sabau nak raya.
Gua saspek betui bebudak sekarang ni, umoq nam taon dah pandai posa penuh. Gua dulu? Err err umoq lapan taon pun tak berapa nak penuh lagi, theeeehehe. Tak kisah lah kan even depa posa sebab nak dapat habuan pun, janji dah terlatih untuk berposa. Bukan jadi macam segelintir orang tua2 yang pakai helmet pi masuk kedai makan waktu tengahari buta di bulan posa. Ok, kegunaan lain helmet: kaber malu sebab tak posa.
Ok, gua pasti dan yakin tiap orang ada kisah dan nostalgia terseniri pasal memula belajaq posa ni. Ada yang mengharapkan duit raya lebih, baju lebih, semua lebih lebih lah, sampai dah melebihi had muatan per kapita, muehehe. Bebudak sekarang mungkin habuan dia lebih lagi, tak henfong baru, mesti gajet2 lain yang boleh mencecah 4 angka. Gua dulu? Heh, cukuplah dengan mak gua masakkan gua makanan yang gua teringin nak makan dengan penuh kasih sayang :)
Apa alasan yang selalu korang bagi kalau terkandas dalam peperiksaan berposa? Gua tak main lah alasan2 kuno macam gastrik lah, tak larat lah, sakit perut lah, alasan-alasan yang gua bagi kukuh dan boleh diterima pakai serta diperakui oleh persatuan pengamal perubatan bertauliah tahu?
Berikut merupakan faktor-faktor penyebab yang mengekang gua untuk memenuhkan puasa kepada tigapuluh hari:- *Dah macam soklan kertas peperiksaan Paper Julai.
1. Bau-bauan yang menusuk-nusuk rongga dan pori-pori
Entahlah kenapa, tapi bila time posa je, gua perasan hidung gua ni begitu berlainan dan sangat alert terhadap sebarang bau-bauan. Agak membahayakan apabila bau nasik semalam pun dah rasa macam bau kepsi yang baru keluar dari oven. Tu belum dikira kentut2 abang gua yang berbau petai *yucks.
Dah bau bau nasik tu, apalagi selongkar lah periuk2 yang ada, tengok2 kalau ada lauk. Pergh! ada pulak ayam masak kicap lebihan sahur tadi sepeha. *5 minit kendian.... faham2 jelah cik Jenab oih, muehehe. Alasan gua, peha tu part ayam yang paling seksi gua suka. Hmm, seems legit!
#Mungkin ini lah yang dinamakan cinta 'posa yang yok mangkit pagi bukak periok'
2. Rancangan masak memasak yang semakin menular dalam kalangan masyarakat
Ceh, dah macam ulasan wabak H1N1 pulak, muehehe. Tapi betullah, sekarang gua tapasti, tapi dulu masuk aje bulan posa mesti semua stesen t.v sibuk siar rancangan masak memasak ni. Zaman gua dulu, saham si Chef Wan memang tengah mencanak naik, popular gila. Merata tivi muka dia. Memandangkan tadak pilihan, gua pun nengok jelah sementara nunggu kartun Tomatoman ditayangkan. Tengah tonton tu tetiba boleh pulak si cep wan ni merasa makanan yang dimasak beliau... siap dengan ekspresi mengghairahkan lagi tu. Ahh stress! Kenapa dia tak posa??! Tanya gua dengan tak puas hatinya ke kakak gua. Kakak gua sewenang2nya jawab tu rakaman, dorang buat tu semua sebelom posa lagi. Ahhh alasan semua tu, lalu gua pun bergegas ke dapur dan memakan biskut raya yang kakak gua buat semalam, cekunun macam cep wan merasa masakan beliau. Legit!
3. Gagal mengawal sistem ginjal dan pergerakan motor badan. *pergh, saintipik abes
Muahahha, gua kalau bab main2 ni memang jora kampung. Cergas dan cerdas tanpa batasan. Jumpa je geng terus main dan main dan main, macam dicas dengan bateri energizer je lagaknya, kihkihkih. Bila dengan kengkawan secara otomatiknya perut gua tak rasan lapiaq langsung, memang shutdown teruih. Akan tetapi... jeng jeng jeng! Lepas je main dan semua geng gua dah berambus balik, otomatik jugak gua jadi lemah gemalai lalu otomatik jugak melangkah ke dapur, otomatik jugak bukak pintu peti ais dan otomatiknya tangan gua mencapai botol lalu... gedegak gedegak gedegak, ahhhhhh nyamannnn... Hoi! tak posa ka?! Denggggg, gua gagal kawal sistem badan gua lah kakkkk, alang2 dah terbatal posa sebab minum, baik gua bantai nasik sepinggan lengkap. hmm hmm legit!
4. Menu sajian luar biasa
Masuk bulan romadon kemain semua eksen nak tunjuk skill masak memasak dan hantar ke seluruh kawasan kejiranan. Yang jadi mangsanya gua! Kenapa? Sebab bukan main unik dan meyelerakan lagi depa masak. Bulan lain tak penah pulak depa nak merajin buat ciskek, pie apple, muffin, steak medium rare, spaghetti bolognise bagai! Gua yang penuh curious ni pun tak menahan lah nak merasa masakkan yang julung2 kali nak jumpa ni. Selalu gua yang jadi budak penghantar makan ke jiran. So balik je gua kena tahan napsu dengan makanan yang di balas jiran. Apa boleh buat, iman tak kuat, terkandas di tegah jalan. Memang tengah jalan betoi gua melahap karipap daging pemberian Mak Tam, so wat? fikir gua dengan mulut yang separa penuh, gua kan dah lama teringin nak makan karipap daging, salahkan kakak gua yang pandai janji tapi buat2 lupa. Dengan ayat penyedap hati tu, gua habiskan semua sepinggan karipap kat situ jugak, hinss hinsss legit legitt amat!
5. Mengelakkan pembaziran dan seterusnya menyumbang kepada kepesatan ekonomi rumahtangga
Alkisah satu hari di satu sekolah yang dirahsiakan lokasi. Gua derjah dua time tu. Sohabat kamceng gua beli Tora bawak ke sekolah sebab nak main2 dengan gua time rehat. Dia terpengaruh dengan Mat Sentul punya "Tora datang lagi dengan kereta terbang!" katanya. So, kami pun main2lah dengan kereta yang tak berapa nak terbang tu. Gua tengok dalam kotak, ehh? biskut ni ko tak makan ke? Bazir bazirr (dia tak posa, spoil brat) Aku tak makan katanya, balik nanti mak aku buatkan aku kek chifon cekelat tiga lapis, tambahnya lagi dengan bongkak. Ambiklah, dia kata kat gua dengan manis. Sepanjang kelas lepas tu gua asik tatap je biskut cekelat tora tu sampai balik. Bukanla gua ni jakun sangat tapi posa2 ni biskut tu dah rasa macam heven sangat. Dan gua pun mintak kebenaran nak bukak posa sekembalinya gua ke rumah, pestu masuk bilik sambil menikmati biskut cekelat tora. Kendian gua rasa nyesal tak sudah, bukak posa sebab biskut cekelat tora?! Wadehekkk, not so legit.
(nota kaki size cinderella: biskut cekelat tora sekarang dah tak sedap, rasa macam kunyah polistrin yang di campur cekelat)
Todia, sungguh munasarawaksabah kan gua punya alasan, mohon jangan cilok alasan2 gua yang maha kukuh itu, copyright all rights reserves hokay? Kepada yang tak reti-reti nak posa walaupun dah tua bangka tu, cecubalah rasa malu sikit kat budak2 yang berposa penuh. Hamoihhh, doblas bulan asik nak mencekiiiiik haje, kasi rehat lah penghadaman tu sikit. Belom penah lagi terjadinya kematian akibat berposa. Yang mati akibat main mercun ngan eksiden tu banyaklah, sekian karam singh walia melaporkan untuk aduan rakyat, kami amik berat.
Pemberitahuan: gua suka karipap ngan murtabak di bulan posa ni, saje je nak gtau mana tahu ada yang sudi nak hantaq ke rumah :p Ahhh jangan bagi alasan susah nak hantar makanan sebab jauh, pizza ngan mekdi ada je penghantaran doplohpatjam ke serata alam :p
Hokay, selamat berposa semua, pegi bazar romadon tu beringat2lah sama, jangan jadi macam orang jakun yang baru keluar hutan dan ternampak tutti fruti. Ingat2 sama sedara kita yang kurang bernasib baik yang tak penah dapat makanan lazat & berkhasiat. Yang penting, jangan membazir! Kalau terlebih beli tu, hulur2 lah ke jiran even tak penah bertegur sapa pun, time ni lah nak beramas mesra kan? kalau malu jugak, hulur2 lah ke gua yang tak reti malu bab makan2 ni, muehehehe. Lagi sodap kalau hulur2 duit raya sekali, muehehehe.
Gua dan boipren mengucapkan selamat berposa dengan seikhlasnya *mohon jangan buat spekulasi liar, gua tak curik gambar ni dari sapa2, ini eksklusip tahu.
ahahaha... kelakar, nak wat jugak la nnt entry pasal pose dlu2 kala.. :)
ReplyDeletebhahaha:)) amboi kemainn panjang entry. selamat mood membaca gua malam ni mengghairahkan.
ReplyDeletegua dulu air paip pon rase mcm 100 plus. lega dpt mandi sambil minum:))
kawan saya selalu guna saya,awak.
ReplyDeletedia kata aku,kau hanya utk dia dgn Allah. best ayat dia kan??
dah lama tak ponteng posa :p
Syakir: buat2, pastikan lagi best!
ReplyDeleteBai: ngahahahaha chait, lu wat gua haus je
Shawn: tu tandanya kita lebih intim dgn Allah kan? hepp! jgn nk gegatal ponteng, grrr
Banyaknya alasan taknak puasa tyme kekecik? Dah bebesar ni jangan buat lagi okeyy! :P
ReplyDeleteSelamat berpuasa! :D
Banyaknya alasan taknak puasa tyme kekecik? Dah bebesar ni jangan buat lagi okeyy! :P
ReplyDeleteSelamat berpuasa! :D
Banyaknya alasan taknak puasa tyme kekecik? Dah bebesar ni jangan buat lagi okeyy! :P
ReplyDeleteSelamat berpuasa! :D
teringin nk pose penuh...takyah nak ganti.. hehehe
ReplyDeletedah kate gegurl..harapan saje laaa
hahahahaha.. hampeh betul entri ni..hehehe
ReplyDeleteLya: dah bebesar pun tak penuh jugak sebab gegurl :p
ReplyDeletecimot: harapan tggl harapan, tggu menopos esok2 :p
boni: entri hampeh yg berhampeh pulas menyiapkan beliau :p
haha! sukaaa :D
ReplyDeleteganas la BB ni guna gua haha anyway x lama lagi nk ramadhan dah kan
ReplyDeleteganas la BB ni guna gua haha anyway x lama lagi nk ramadhan dah kan
ReplyDeletehahaha.lawak.
ReplyDeletesinggah sambil follow #1409 (:
erk.. gua batu kapur..
ReplyDeleteLayan cerita masak2 time posa memang menggugat iman.. ketuk2 ramadan PTUIHH haha
makin kecik la aku
ReplyDeleteah kunyah polisterin pon ko makan gak apedaa napsu kobau kahkahkah :D
ReplyDeleteP/s : penggunaan bahasa aku tu sombong?alahai~
phat: memang ganaih sejak azali :p
ReplyDeletemessy: sedara mara lionel messi ka ni? :p
jajam: lu gua dah sedia maklum, awat tak mensi gua hira'?
sapuan: apa yg kecik? mintak tlh eyda masak byk2 ea romadon ni
pejal: napsu kuda laut yg termutant mmg cenggini :p
.... i tabika lg dah posa penuh tau... hehe,blagak!
ReplyDeleteakheleken: humangaihhh, boleh buat suami mithali :p
ReplyDeletebila baca entri ni, rasa macam puasa tu lagi 2-3 ari je.
ReplyDeleteaswad: miahahah! kot2 terlupakan ;p
ReplyDeletehakhakhak . kuat btol nfsu syahwt mkan akaq yea ? ceeytt ~
ReplyDeletesetelah 3 jam membaca kesimpulannya budak bernama zyraroxx nie memang banyak idea nak ponteng puasa.. mohon shon pantau kelak :P kekeke.. penggunaan aku pun salah gak eh? haish..
ReplyDeletelucu... oklah tu KA follow aje
ReplyDeletebaru dgr ceramah tadi. kalau kita tgh puasa then sebelum buka pusa dh fikir nk buka apa, kurang dah pahala taw :P
ReplyDeletegua lahir bulan posa, saja nak gitau. hahaha
ReplyDeleteselamat berpuasa...dah abes ganti ke? :p
ReplyDeletehaha terbaik punya alasan..
ReplyDeleteAhaha.. x menahan gmbr sepwan kat tb.. aku mula2 posa umur 7 tahun... 3 hari jer puasa.. tu pon buka peti ais setiap jam.. tnpa pngtahuan makbapak. hihihi...
ReplyDeleteceh, tu bukan posa namanya incik korn, kahkah!
ReplyDeletepada gua, gua ker lu ker, aku ke, saya ker, tak kesah la... sedangkangkan bila kita berdoa ngan Allah, kita bahasakan diri kita aku engkau... Bongkak ker?? renung2kan dan selamat beramal... Penuhkan ilmu tu dulu sebelum menegur org,.. ahakz...
ReplyDeletesaya pun guna 'aku' jg. hehe. as a sabahan aku tu xdalah kasar. mmg masuk dalam tahap sopan juga lah. hehe. xkesahlah. mana2 pun ok.
ReplyDeletepart masak2 memasak di tv tu mmg menguji betul.
hihihihi... :D
ReplyDeletehahahahhaa!sangat comel!
ReplyDelete