Malamni gua nak meraban fasal Chewing gum atau gegula getah atau lebih mesra dengan panggilan singgam oleh orang kampung gua. Ok agak racis bunyiknya. Anyway, gua pun tatau jadah apa fungsi singgam ni. Untuk senaman otot muka? Bukan ke lebih afdal kalau senyum je. Bagi gua fungsi singgam ni hanya untuk melenguhkan rahang semata.
Lu orang tau tak bahawasanya Singapura-pura telah mengharamkan singgam ni kat negara depa. Bole kena denda woo kalau didapati memakan singgam. Dulu la, tatau la kalu sekarang dah dirombak atau dimansuh. Kerana menatang singgam ni mampu mencemarkan persekitaran, yela dah makan calit sana sini serupa dengan tahi hidung jugak.
Gua berasakan bahawa dah tiba masanya Malaysia pun amik langkah sama. Sebab? Noarommm banyak sebabnya. Kebanyakkannya nyusahkan hidup gua khasnya dan hidupan laut umumnya. *jadah? Huh jangan memain, ini serius. Tak caya? Baca sampai titisan darah terakhir sebab musabab beliau harus dibuang daerah:
1. Nipu perut lu orang hidup2
Ni fakta dari lecturer gua dulu, tatau la kalau motif beliau untuk nipu gua je, kuhkuh. Time kita ngunyah makanan, perut otomatik merembeskan sejenih cecair untuk menghadam benda yang kita telan. Tapi bila makan singgam, perut terima amaran palsu jelah. Tunggu punya tunggu makanan haram tak turun, cecair dah kuar, bazir betei. Serupa dengan kengkawan janji nak buat parti besaran untuk lu tapi balik umah takde pape pun, bunyik cengkerik je.
2. Mengeluarkan bunyi bunyian yang menjengkelkan
Kalau pengunyah singgam ni megemam dan kunyah dengan penuh sopan santun takpe, gua tarak kisah. Tapi sangat annoy bila ngunyah tu, satu daerah bulih dengar. Serupa dia sorang je makhluk yang mampu kunyah di planet ni. Sumbat telinga dengan ipod, turn volume sampai sehabis tinggi pun tak tenggelam bunyik kunyahan. marveles.
3. Tepek merata-rata
Gua kira atas dasar sebab nilah singapore haramkan natang singgam ni. Dah habis ngunyah tuuu, pepandai la carik port untuk buang. Tak la nyusahkan orang lain, melekat sana sini. Bekas air liur pulak tu, silap2 taik gigi pun ada kat singgam tu. Eeeeeeeeeeeeeeeeeuuww. Dasar habis madu sepah dibuang sungguh. Dan beliau jugak merupakan instrument vendalisma yang murah dan berkesan.
jangan sangka zaman sekarang dah tadak orang guna natang ni.
4. Susah tanggal
Ce bayangkan... ya bayangkannn kalu natang tu lekat setepekk kat kepala. Kalo botak cin tanpa sebarang bulu-buluan takpe, tapi kalau rambut macam alleycats? Harus di 'zassss!' lah kan rambut tersebut. Lekat kat anggota badan, memang payah nak tanggal, habis babyoil gua lumur tak luntur2. Kalau lekat kat baju kesayangan? Arghhhh rasa cam nak bakar kilang wrigley's hidup2.
Gua tatau samada masih releven ke tak kaitan samseng dengan si singgam ni. Tapi kekununya bila ngunyah singgam ni diri seakan kebal, cool, menggerunkan, macho dan segala fantasi lain. Meski gua tak paham dan tanampak apa yang gengsternya dengan kunyah singgam kat tepi tangga mall sambil ngorat awek lalulalang.
Hahahohohehohh, tu je la kot untuk hari ni, semuga bertemu kembali di lain hari, ehwahh.
Gua pun dah tak hengat bila last gua makan natang tuh. Tapi yang pasti dah puluhan tahun gua tak sentuh natang tu. Bukan best pun, pas makan mulut rasa semacam, rahang rasa lenguh, air liur terbazir percuma, wahhh anti-singgam sungguh gua.
Tips alternatif dari gua untuk dapatkan muka muda remaja selain kunyah singgam selalu:
lebihkan senyuman. Tapi jangan terover pulak takut nanti sukar nak dibezakan antara orang dengan kerang, kehkeh. kbaih.
hahaha . dulu selalu kunyah singgam , tp skang tak sangat , bila kunyah je , perot sakit . T__T
ReplyDeleteaiyak ! baru pas mkn singgam sbb td g kedai mkn nasik..
ReplyDeletesetuju gilerrrr!!
ReplyDeletekalo jumpa makhluk yg calit singgam sampai kena kain, mcm nak p pelekat balik singgam tu kat otak...x keluaq kot kalo dah melekat kat kain
herrr singgam.. menyusahkan.. paling menyeksa kalau terletak dkt rambut.. arghhhh!
ReplyDeleteaku saloo jer mkn singgam... hew hewh hew...
ReplyDeleteekekeke... siyes lawok... ada gak pasal singgam diharamkan kat Singapore kat Silence... pasal Thai import used kondom dari singapore dan recycle blk buat singgam ekpot kat singapore balik... ekekek pasal tu diharamkan kat singapore ekekekek...
ReplyDeletetertarik ngan fakta yg pasal perut tuh~ jenuh nk percaya atau x... tpi nmpk mcm betul, tapi hati ni masih was2 ngan info baru yg boleh menggugat info2 yg sebelum ni...jadah guwa x paham komen guwa ni... muhun abaikan...
ReplyDeleteaku kalau kat sekolah dulu. cikgu aku suruh telan je sesape yang makan singgam dalam kelaih dia. gila tak gila.
ReplyDeletemenyirap sangat bila tengok org duk main belon singgam depan muka.
aihhhh
singgam? huhu xprefer makan benda alah tu =)
ReplyDeleteBanyak lagi benda lain leh telan. paling xsuka bila kasut terpijak singgam ni. xde sivik lgsng org yg pandai makan tp xreti nak buang bila sakit perut =)
Hahaha. Yang tensionnya bila lekat kat baju feveret laa. Adohai. Hoho. Anyway, ohsem gila blog ni! :D Guna template ka apa?
ReplyDeletehohoho diera dlu penah beberapa kali jadi mangsa singgam nih..huh!benci tau..selalu ja kena buli.. T_T
ReplyDeletetak berapa minat makan chewing gum ni.. tak tau la nape rasa geli. haha
ReplyDeleteeh wa tetibe ngidam nk mkn mnde alah ni. bahahha. kadah hape ngidamsinggam :3
ReplyDeletedulu cukup suka makan bnda ni...tapi bila mak cakap makan singgam ni macam kita makan getah pemadam terus tak makan da...huhu
ReplyDeletehahahah dah lama tak makan singgam.. mak cik aku tak kasi makan sbb katanya bila dh habis rasa manisnya jadi mcm kita gigit getah je..
ReplyDeleteJadi tak berkhasiat..
Oh memang singgam buat org nmpk samseng.. kalau tak caya tgk la rancangan gusti WWE ramai je yg dok kunyah singgam.. xD
tapi ekceli singgam nie bagus untuk otak..sebab bila dia kunyah, otak turut sama berjalan.. org singapore kalau dtg malaysia, diorg mesti beli bnyk2 untuk anak diorg..
ReplyDeletefobia kne dekat rambut terus kne potong . hua !
ReplyDeletehahaha
ReplyDeletenati ada masa tolong lukiskan anatomi organ tuk saya ;)
HAHA last tu xleh blah..
ReplyDeletehaha aku juga tak suker sgt singgam ni...mmg hbs madu sepah dibuang..plg pedih, terddk ats singgam..1 hari aku cakaq org..ggrrr
ReplyDeletewa kerap kena dengan singam nie.. bila balik je kerja singam melekat kat kasut..leceh sungguh nak tarik dia. Tang tipu perut tu wa setuju..
ReplyDeletenyop nyop nyop..sedap singgam perias daging nih..harap wa tak kena buang daerah :p
ReplyDeletetak suka singgan sebab tak reti buat belon haahaha
ReplyDeletetak sangka plak pewot leh tertipu bila dok kunyah² ni ek?...
ReplyDeletetapi skrg akk da tak suka mkn singgam nih...lenguh mulot...
menyampah dgn owg pakai singgam, abiz handbag mhl sya.. sob2.. :(
ReplyDeleteaku bengang kalau chewing gum melekat kat baju..lagi bengang kalau tiup2 pastu meletup..melekat plak kat misai!!
ReplyDeletepergh!!
benci saat shingam ni bertepek kat slipar o kasut aku..dah tu org gelak..weh!! kaki ko tempat tepek chewing gam ke?
ReplyDeletesesungguhnya gua dah lama tak makan gum gum ni, melainkan org sedekah. sbb2 gua tak makan, dtgnya dri getah. kalau bau getah pun muntah, macam mana boleh mkn? erk.
ReplyDeletetengok cerita sangam lagi ade pekdah dari dok kunyah singam..
ReplyDeleteZaman kecik2 dulu suka ar kunyak singgam neh.. Dah besar2 nih baru terpikir membazir air liur & tenaga jer kunyah menatang nih.. Ape pon tak boleh.. Haha..
ReplyDeletekat tempat keje tadi .,
ReplyDeletebaru jeh mkan singgam tuh :)
orang kata makan singgam nie perut kenyang, jimat pitis, tapi bagi wa perut kerkerenyut renyut lagi ada.ceeitt!
ReplyDeletekalo bab yg maen sker hati je tepek chewingum kat sana sini, aku pun anti. sbb kdg2 berlaku kat aku. slalu nyer lekat kat tapak kasut la. dah satu hal lak nak kena sental.
ReplyDeletesy aktif bercingum ni. tapi menampal dalam pelut.telan.
ReplyDeletedulu suka makan singgam ni. pernah sekali tertelan. haha.
ReplyDeletedulu wa suka makan maa .. skrang jarang :p thanks for the information!
ReplyDeleteaku rasa ak pling lambat tahu info2 cm gini.. pa pa pon ak mmg anti singgam HUHU...
ReplyDelete