Mencari Alergik Dalam Pasangan

Gua baru tahu bahawa gua alergik kepada sesuatu.

Sesuatu apa? Sesuatu yang tak disangka seringkali mendatangi kita (sapa tatau lagu ni tak lejen). Ahh sibuk jugak nak tau alergik gua kan, nak bahan gua lettew.

Ketepikan alergik gua yang kekal misterius itu, kita beralih kepada alergik2 yang dirasakan perlu dan tidak perlu dimiliki. 

Alergik gua itu pelik, tapi tak lah sepelik2 alergik2 berikut yang sememangnya wujud, bukan gua suka2 reka tahu, gua kan seorang yang baik budi tak suka nipu.

1) Alergik Sperma
Kahkahkahkahkahkahkah! ijinkan gua untuk gelak dulu. Gua rasa selain kursus kawen, para bakal somi perlu pastikan bakal isteri tak alergik natang ni. Kata nak till jannah kan. Tapi tak perlu risau, dokter pakar yang gua jumpa kata selama 30 tahun jadi doter baru sekali dia jumpa kes sebegitu. Kihkihkihkihkih kahkahkahkah! sila tampar gua barang sedas dua supaya gua berenti.

2) Alergik Air
Gua teka spisis2 kambing bakal menjadikan alasan ini untuk tak mandi. Ya luorang bukan salah baca tapi benar ada maknusia yang alah pada air. nama saintipiknya 'aquagenic', bukan, bukan fotogenik, haih asik ingat nak bergambar pavi je kan. Jika kena air, kulit jadik merah2 gatal2, besanya 30 minit pastu ilang, so takda alasan untuk tak mandi okeng. Jauhi dari cari pasangan cenggini, nanti tak tido malam.


3) Alergik Kuasa Elektrik

Ok, kita pergi pulak ke alergik yang seharusnya wujud dalam pasagan kita. Alergik kepada eletrik2 ni ada jugak baiknya. Salunya depa rasa pening, dengung, loya bila dekat dengan barang2 elektrik seperti henfon, komputer. Tak ke bagus tu? takde lah nak online manjang sampai incik somi mati kebuluran, erkk. Tapi bahaya jugak, nanti semua kerja rumah enggan dibuatnya.

4) Alergik Duit
Jeng jeng jeng! yang ni sangat perlu bagi pencari pasangan. Sila paham alergik ni bukan pantang nampak duit tetapi memang alergik, tak boleh pegang duit. Sayangnya duit syiling jelah :3 Tak pasti duit malaysia ni ber efek atau tidak kepada yang alergik duit ini, kuhkuh. Jangan mimpilah nak cari orang yang tak suka duit!! Puih! 

Ha dah puas menelaah, apa lagi pi lah cek boipreng gepreng hampa ada alergik pelik2 tak, kalo ada mohon tinggalkan pi cari baghu, kehkeh. yang belom ada pasangan tu jaga2 ea. Jaga jaga cik salmah, jaga jagaaaa, kan saya bilang jaga jagggaa (sapa tatau dialog ni pun bukan budak lejen)

Ahh gua ni memangnya reti merepek dari menghuraikan fakta. Cukupla luorang tahu yang benda2 tersebut wujud. Yang pura2 alergik tu saja je tu buat2 comel, lepas beranak dua tiga orang nanti tu sembuh lah dari sebarang alergik.

sayangi pasangan anda.

Seram Satu Malam

Lokasi : rumah kawan
Waktu : tengah malam
Tempat : bilik belakang
Suasana : kelam, tadak lampu










Rekaan semata tiada mengena dengan yang hidup/mati.

Oh! Peniaga Melayu

Gua bangga jadi orang melayu. Even satu ketika dulu orang puteh penah mendefinasikan melayu sebagai satu bangsa yang malas dalam kamus mereka, atas campur tangan kerajaan malaysia makanya pekataan tersebut dikeluarkan. ah sudah, gua bukan cikgu sejarah hoi. (cikgu bahasa gua bagitau time belajar asal usul bahasa melayu form 6, tulah pentingnya sejarah, reti?) 

Gua tetap bangga even gua taktau samaada gua ini 100% berdarah melayu ke tidak, cewah bajet mix kunun, sila sekeh kepala gua beramai2.

Tapi gua tak bangga dengan peniaga melayu. serius.

Gua cuba sapot peniagaan melayu dengan membeli barang di kedai depa andai kawasan tu terdapatnya kedai melayu. tapi  mengapa peniaga melayu salu paksa gua ke kedai apek? ya depa memaksa gua dengan menyebabkan gua fedap dengan ayat berikut:




"tadak duit kecik lah dik"




Sungguh gua fedap dengan ayat tersebut. sesungguh-sungguh hati. bersungguh-sungguh bagai pemain bola sepak bermain, bagai ning baizura menyanyi lagaknya kesungguhan gua itu.



Wahai peniaga melayu (tak semua) tahukah anda apa itu deposit? Ya deposit. ingat pegi bank je guna istilah deposit? junub betei pemikiran. Amik contoh cashier. Ingat seorang cashier supermarket itu lenggang lenggok pi duk kat kaunter? Tak, depa akan bawak duit deposit yang diberi oleh pihak supermarket. cakap logiknya: mana depa nak cekau duit nak bagi balik balance kat customer?

Logik itu perlu jugak digunapakai untuk peniaga. Kalau jual udang tepi jalan tu, janganlah bawak diri dengan udang semata. Perlu diingat yang pelanggan ni bukannya bawak duit ngam ngam, cukup cukup RM4.50 untuk beli sekati udang.



Tapi gua sedih sebab bangsa lain reti, tahu, dan guna deposit. Apek paper misalnya. Abang gua hulur RM50 untuk satu paper berharga RM2.20 pagi2, diulang, awal pagi oke. Tanpa sebarang bunyi apek tu amik dan bagi balik balance RM47.80. Sebab? 

1. Sebab dia dah prepare deposit lah;
2. Dia faham kalau orang ada duit kecik takkan buta2 nak bagi duit besar-besar; dan
3. Dia tamau annoyingkan customer (jaga hati) sebab tu perniagaan maju!

Gua pegi kedai waktu pagi cakap tadak duit kecik, mungkin gua boleh tolerate lagi, yelah kedai baru bukak. Tapi time petang, malam pun manjang tadak duit kecik, meniaga apa ni? takkan gua sorang je customer? sedih gila kot kedai sebegitu.

Uncle india yang gua salu pi kedainya untuk beli susu dutch lady (bapak murah, lagi murah dari tesco) memberitahu gua bahawa dia salu pi bank tuka duit kecik untuk preparation. nampak tak? nampak tak cemana bangsa lain tangani isu duit kecik ni.



Salu sangat isu ni timbul, hatta time beli nasik pun. "takpela dik, esok2 lah bagi lagi 50 sen tu na". Bagi orang yang buta hati, memang takkan bagi dah, tapi gua jenis yang tak senang kalau sesuatu perkara tak settel, tak tidur malam gua mengingatkan gua ada berhutang. Esoknya gua pi beli lagi nasik berjumlah RM3.80 campo hutang 50 sen jadik RM4.30. "takpela dik, esok lah bagi lagi 30 sen ni" Aaargh! gua stress!

Nampak gaya macam gua kena bawak seuncang duit syiling ke mana2 sahaja persis santa claus membawak guni hadiah.

Banyak lagi kelemahan melayu. kalau nak ditulis, maunya 2,371 entri pun belum tentu dapat habis. 


Kamon peniaga melayu, WAKE UP.

Masyarakat Kucing

Meow, miyau, meowrrr

Tak kisah lah cemana pun bunyi bunyian yang dihasilkan, kucing tetap comel. Gua salu prektis bunyik2 kucing. Bukan bajet comel tapi memang gua comel muehehehe.
hasil kajian tak bertuliah gua, gua dapat kenal bunyik time dorang lapar, gedik, geram, manjakan anak. Betul gua tau.

Kucin pun punyai famili, masyarakat dan kerajaan mereka seniri (wah dah macam cerita pengembaraan Doraemon). Macam kita jugak ada Melayu, India, Cina. Bila baka dicampur-aduk jadik pulak jenis baru, Chindian misalnya (chinese + indian)

Gua rasa intro dengan isi dah macam kutub utara dan selatan, layankan jelah, ini bukan soklan esei STPM ye dok? kehkeh.

Calico

Bangsa mereka ini memang 3 kaler je. Kaler wajib adalah oren + hitam + putih. Tadak kaler2 tersebut jangan panggil depa Calico. Salu dijumpai di pasar2 sebab kununya mereka tak comey, tapikalau pandai bela, comey je. Anak buah gua dulu ada sekor, nama Chemong. Gua salu panggil terbalik: Mongchey, beliau salu pejam mata tiapkali wa panggil, pasrah gamaknya.



Tabby

Homai, gua suka benar dengan keturunan tabby ni. Dengar nama bangsa depa pun da comel kan? bangsa ni memang common dan ada di mana2, kucin2 gua dulu pun banyak yang datangnya dari bangsa ini. Trademarknya haruslah berbelang hitam sikit sampai ke atas kepala, gua salu refer itu sebagai rambut depa, kuhkuh.


Ship's cat

Jangan taktau, masyarakat depa jugak pegi berhijrah dan belayar ok. kucim kapal ni salunya berkot hitam, bawah perut putih. Lagi ensem kalo ada tompok kat mulut, macam misai, kehkeh kacak. Tujuan kapal bawak kucim ni adalah untuk apalagi kalo bukan menangkap tetikus yang ada dalam kapal. Tapi zaman dedulu lah. Mungkin kucin jenis ni rajin mentangkap tikus, yang spisis lain tu mungkin naik kapal umtuk honeymoon semata.

kucim kapal lazimnya yang kaler itam, berdedikasi sikit kot depa ni.

Feral

Ini kucing yang jadik komando. Feral cat ini kucim yang awalnya adalah kucim peliharaan tetapi beralih arah ke dunia liar akibat kurang mendapat kasih sayang, samala macam manusia pun. Sedih gua, kucim terakhir gua cenggini jadiknya akibat gua abaikan bila sambung belajar dulu, tepaksa tinggal. Depa salunya duduk di utan2 kecik, macam belakang umah gua. Haritu balik beliau dah jinak2 sikit bole la gua pegang2 sikit, huk huk :3


awas ye adik2, time jadik kucing rumah memang depa comel, time jadik liar pun still nampak comel jugak tapi depa bole tetiba jadik agresif. Meowrrrr!! /// (kena cakar =.=)

Bicolor 

Kucing yang campur2 kaler dipanggil bicolor. campur pun bukan sebarangan campur. Campuran kaler yang membentuk tompok dan bentuk. Macam manusia yang ada pakai spek, pakai jaket, pakai kot, begitu jugak mereka. Kunun macam kelas atasan sikit la yang pakai jaket2 ni. hiks comeng kan?

Jenis-jenis bicolor: tuxedo, cap and saddle, cow

Golongan yang memakai tuxedo (golongan elit)

Golongan yang memakai mantel dan topeng (golongan adiwira)

Golongan yang menyerupai mayarakat lain (golongan kecelaruan habitat)

Sumber: heh, mana lagi kalo bukan wikepedia dan google yang dahulunya telah banyak membantu dalam mensiapkan keje sekolah gua. kehkeh. Ada yang dah dimodify sampai taleh pakai, so gua tak bertanggungjawab atas sebarang kecelakaan jalanraya.

sori atas gambarajah yang kurang muaskan napsu mata lu, gua buat entri ni kat opis oih dengan window yang dikecikkan hingga menjadi 34 x 25 (ntah)

gua pekerja berdedikasi.

Cerpen 3 Suku Versi Remix Apakah (Part 10)

Bagi memudahkan persefahaman dan mengelakkan perselisihan faham antara suami isteri, anda dinasihatkan supaya klik episod2 berikut terlebih dahulu:-

Cerpen 3 Suku Versi Remix Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4 | Part 5 | Part 6 | Part 7 | Part 8 | Part 9|


* * * *

Caer kaget. Kelibat 2 orang yang berjalan laju ke tandas tadi memang sah Shong Musjowo bersama Zul Lexus, heh, penangan gulai tempoyak semalam lettew, sampai tercirit bagai. Caer telan liur, Habis lah kalo depa pun ternampak gadis misteri yang bersama Lina dan Zaty tadi. Jadahnya lah dua orang ni, ada je dimana2, "tak boleh jadi ni.." bisik hati busuknya lagi.

"Hoih!! Arjuni mengepak2 rimas bebetul di depan lobang idung lebar si Caer, hampir saja dia menyedut pepari kecik tu ke dalam rongga. Caer mengeluh, "sibuk ah lu ni, lu nak apa?" langsung dia tak percaya akan kewibaan Arjuni yang kununnya dapat bantu beliau dapatkan gadis misterius tu dengan mudah.my.

"Gua nak tolong lu, lu buat kerek pulak ekkk?" kata Arjuni sambil bercekak pingang beliau yang bersaiz 0.23 milimeter. "air apa dalam balang tu?" tanya Caer sangsi. "hoho inilah air mata kucing.." kahkahkah!! Caer berdekah ketawa, bikin orang lalulalang berlalu cemas "Takat air mata kucing, Mama gua sambil berjogging pun bole buat, kohkoh!" Arjuni mencebik, "ni air mata kucing mati beranak sulung lah, rare tahu?" 



"Ah sudahlah" Caer menepis botol yang sebesar kelengkeng tu dari Arjuni, "hoih! nasib tak jatuh! kalo pecah lu mampu bayar?!" tempelak Arjuni sambil peluk erat botol kecik tu. "tanak sudah! gua kasik orang lain, huh!" PING! Arjuni menghilangkan diri sambil tinggalkan dedebu kuning kat idung Caer. "jahanam punya pepari, puihh!"

"Ko dah kenapa bercakap sengsorang, berkelaku macam orang kurang siuman kat sini?" Sergah mama Caer bengang. "Tapi tapi tapi tadi ada pepari mama.." "Ko tak bole ke kalo tak malukan mama barang sejam dua? Pepari apa? yang aku tawu paripariputih.blogspot je haa" Caer hanya tersengih2 sambil mengentel manja hujung t-shirt Lady Gaga yang dipakai mamanya. "Mama mama.. orang nak tanya ni, emm emm sapa awek yang dengan Lina Zaty tu ma?

"Tu Roziroxx, anak buah makcik Bella kamu, tak sangka ko ni bukan setakat tak guna, malah nyanyuk jugak, dulu time kecik2 bukan ke ko salu main2 dengan dia?" Roziroxx??? Bukanke nama tu keluar dalam mimpinya semalam? Caer terlopong macam orang utan kehilangan pasangan kelamin. Ingatanya kembali ke lapanbelas tahun nan silam... syiuuu~

~ ~ ~ ~ ~


"Hoih Pondan! Ko nak tak roti ni??? Jerkah Roziroxx sambil mengekeruk2 buntut. "Tanaklah aku" balas Caer sambil membelai manja rambut Barbiezura, anak patungnya yang berbaju pink. Roziroxx mengesat hingus hijau yang meleleh sambil nikmati roti kaya yang jugak kaler hijau, mencangkung sebelah Caer. Caer mual. Roziroxx sengih2, "awat ko suka sangat main natang ni?" tanyanya. Caer pantas jawab "sebab dia comel, tak macam ko, comot, busuk, gengster.. DEBIK! hidung Caer terima tumbukan tepat Roziroxx, Caer menagis berlari mendapatkan mamanya yang sibuk bergosip di bawah pokok jambu sedang Roziroxx berdekah ketawa...

~ ~ ~ ~ ~

PEKK! seekor ikan kembung yang belum baligh melekat tepat ke pipi kiri Caer. "Haaaa berangan lagiiiii" kata mama geram. Caer kembali ke alam realiti, "Roziroxx.... budak gengster tu? Peh peh pehh, kalo gua tau dia membesar cenggini nescaya gua akan keep in touch dengan beliau" cakapnya sendiri sambil tersengih2 sampai kerang2 busuk di pasar tu pun tabik spring.

Mama Zaimah mengeleng2 kepala perati kelaku Caer, "dah, japgi kita pi lunch dengan derang" katanya perlahan. "de de dengan sapa mama? "Dengan makcik Bella and the geng tu lah!" Mama tinggikan suara sebelom berlalu. Apaaaaa?? Caer mula gelisah, cemas, nyesal dia tak mandi pagi, nyesal pakai spender basi, nyesal tak... arghh! Caer kaget. Serentak itu dia terpandang Roziroxx, mata  bertemu 0.12 saat sebelum masing2 beralih pandangan. Arghh arghh Caer tensen.


Caer terasa cecair panas ngalir lesu kat hidung, Caer mengesat guna tangan. Sangkanya darah hidung akan tetapi rerupanya hingus kuning yang kuar, ceh mahu je dia lap ke baju seperti selalu tapi.. ah, bukan harini katanya lalu mengelap ke apron Wak Danial yang leka memotong ayam.

Rambut kering yang kusut dicakar2 guna jari, huh tak kemas, dipandang kiri kanan, tadak opsyen lain. Telapak tangan dijilat2nya rakus terus ditekapkan ke rambut. Hmm, bole tahan, lubang hidung berkuping dikoreknya laju2 sehigga bersih. Selesai mendandan diri, Caer kelihatan 47.2% lebih bersih. Manakala apron Wak Danial pula... err tak sanggup gua nak describe.

Caer tersenyum puas sebelum berpaling untuk menuju ke gerombolan makcik Bella serta mamanya serta gegadis itu. Kedua tangan dikepal2, dada dikembangkan macam ayam serama, tekadnya bulat, Senyumnya melebar. Caer atur langkah. 



Tetiba langkah jadik longlai, semua kembali kendur. Terlihat kelibat Shong Musjowo bersama Zul Lexus tengah rancak bergebang dengan gegadis itu, Hampa, Caer pasang gear reverse, baru setapak dia gostan tetiba datang semangat untuk teruskan perjuangan yang belum selesai tadi, terasa rugi dia berdandan diri kalau sia2, huhh. Dia mara ke depan, setapak, dua tapak,

"Caer.." namanya dipanggil dari belakang "Apalagiiiii??!!" jerkah Caer mengetap gigi, bayak betei halangan nak sampai ke garisan penamat. Caer berpaling, serentak itu dia terasa hampir pitam, jantung berdegup kencang!

Dalam pada masa yang sama jugak telefon gengam Sonierikseng mama berdering dendangkan lagu Katy Perry, mama yang ralit bergosip dengan makcik Bella kocoh2 angkat telefon, "haluuuuuu..." terus mama terkedu di situ.

to be continued 

* * * *

Siapa, mengapa, bilakah, apakah yang menegur Caer? Berapakah nilai telefon gengam Mama?  Siapakah yang koling2 mama? Adakah Caer berpeluang mendekati gadis itu? Apakah nasib apron Wak Danial? Siapakah bapa kepada ikan kembung yang dibeli Mama? Kemana Arjuni menghilang? Apakah hubungan Zul Lexus dengan ikan buntal di pasar itu? Apakah? Apakah? Apakah?


Semuanya bakalan terjawab dalam episod akan datang yang bakal digarap oleh penulis skrip lain pulak okeng? Siri cerpen ini dibawakan oleh geng blogger Apakah? dengan kerjasama Skup Production Sdn. Bhd.

Kesemua watak merupakan geng blogger Apakah yang spotim abis, sila raba nama2 tersebut untuk ke blog mereka, trimas! 

Antara Ais-Pop Dan K-Pop

Haters gonna hate.

Gua tau ramai bloggers gugurl fanatik korea, mintak maap kalau entri kali ni menguris hati dan limpa lu orang sampai tak lalu nak berfesbuk :3

Gua pun hairan bin ajaib kenapa gua tak reti nak nonton drama2 korea apatah lagi nak minat sampai pingsan2. Mungkin sebab gua ni tak ayu, gua ganas bebb ganaszzaahh!! \m/

Persoalan yang salu diajukan ke gua:

kenapa gua tak suka korea? kenapa gua tak suka korea kenapa awat gua tak suka korea kenapa gua tak suka korea Y U No K-poping kenapa gua tak suka korea kenapa gua tak suka korea why dont u watch korean kenapakah gua tak suka korea mengapa gua tak suka korea?

Nah jawaban untuk soklan2 diatas:

1. Definisi hencem/cute yang berbeda

Soal hati dan perasaan serta taste-buds (jadah?) memasing adalah tak sama, mungkin laki korea bukan taste gua, jantan mat saleh jugak jadik kegemaran, awwwwhh. Nampak sangat betapa kuatnya penjajahan inggeris terhadap diri gua, kuhkuhkuh. (tapi lelaki melayu thethap beraja di hati, sapa bilang laki melayu tak menawan.. eh termenyanyi)

taste lu begitu taste gua begini *ouh m.shadows y u so kiuts?

2. Gua ditipu orang korea hidup-hidup

Memula pepuan kuria dimasuki ke malaysia dulu punyalah gua taksub akan kecomelan mereka, jeles, cemburu jangan cakaplah. Salu gua tertanya2 cemna depa boleh comey banget. Tapi rerupanya semua tu plastik semata! Cis gua terpedaya :3

sebelum dan sesudah, jem.

3. Lelaki bergaya feminin

Gua suka laki yang ada karisma, versatile, aura, tough, hormon kejantanannya yang terserlah. Arghh. ternyata lalaki kuria bukanlah jalan penyelesaiannya, jadah gua merepak =.='


4. Abang gua salu tipu gua

Dulu time gua masih kecik dan kpop belum tumbuh subur lagi di bumi malaya, abang gua salu nipu gua. Dia salu kuar rumah so sebelum kuar gua tanya nak kemana? (sebab gua suka ngikut). Pestu dia akan jawab "nak pi korea". Hangin satu badan gua! Tiap kali dia tamau bawak gua kuar bersama, tulah alasan beliau, sebab tu gua tak suka korea kot? mihmihmih.



Begitulah alasan gua, memang dua dunia kita berbeda. Harap tak menjejaskan persahabatan sesama kita, ewah, jum gua belanja ais k-pak a.k.a ais pop kat kedai pak mud, kuhkuh.

Tapi gua respect je kpop fans. Minat memasing, papehal pun kita still warga malaysia, kasilah minat yang lebih mendalam sikit pada retis malaysia, erkk.

P/S: gua penah jugak ikut siri Winter Sonata satu ketika dulu sebelum hormon gua bertukar kromosom, wahhh! err cita tu korea kan kan kan kan.

 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape