Bau-Bauan Yang Mengkhayalkan

Gua kira tajuk entri gua kali ini memang SEO habes, pergh pergh. Jangan tanya gua apa itu SEO! gua pun tatau, tau sebut je, kuhkuh.



akan tetapi, tajuk gua ni yidaklah banyak sangat bercanggah dengan isi-isi yang gua nak utarakan disini, kira masih ada kena mengena lah dengan tajuk, wahh gitu.

dan gua perasan yang bahawasanya bukan gua sorang yang suka pada bau ini, ramai lagi serupa, sehati sejiwa, senapsu dengan gua, errr.. ok abaikan. Sebelum otak kuning dan biru lu menerawang tah kemana-mana, eloklah kiranya kita ke isi-isi karangan.

Kahkah nampak gaya gua dah lalok sangat sampai merapu tahap edukated habes harini. Mende bau yang disukai dan hingga boleh diketagihkan serta mengkhayalkan ini?


a) bau gam UHU

gua suka panggil gam uhuk uhuk, kehkeh. gua ini comel, idoklah sampai nak tagih marijuana ke hape, takat tagih bau gam uhu je pong, bukan gam gajah ke gam kayu ke. Ketagih ke? rasanya tak kot cuma suka akan aroma beliau yang.. ahhhhh surrrrr (bak kata orang penang).

b) bau pen maker

kesukaan bau pada maker memang telah terbukti tanpa mengira warna ataupun jenis pen marker itu. pendek kata memang tak racis sama sekali, semua bau sama. buka je cap pen, arghhhhhh menusuk-nusuk, menggoda-goda urat saraf lobang idung gua. tapi bila tulis lama-lama kat whiteboard, naik pening pulak :3

c) bau petrol

Gua tak pasti samaada petrol kaler jernih itu baunya sama seperti bau petrol merah (kedai kampung) mahupun petrol kuning (esso dan mobil). Gua teka petrol merah lagi masyuk kot dia punya bau. Kemainlah gua mendalami jenis-jenis petrol pulak kan, kohkoh. Khayal kejak time isi minyak ke dalam keta

d) bau rumput selepas dipotong

ahh jangan nak kata gua ini persis kambeng! hanya insan-insan osem yang membesar di kampung je yang faham nikmat bau ini, ngeh. Satu lagi bau jerami selepas dituai mahupun selepas hujan, pergh syahdu gila klo terbau di pagi atau dinihari. Tarik napas panjang-panjang, sedut bau dalam-dalam. Bau yang membesarkan gua selama ini :')

Ok, tayah nak feeling sangat. Takkan baca entri ni pun mengkhayalkan lu? Jika begitu, moleklah kiranya lu kerap-kerap sikit datang ke blog gua even bila gua tak hapdet pon, kahkah,. 

Ingat pesan gua, jangan pi ketagih hidu gam, hidu taik lembu freshly keluar dari duburnya, hidu morpin, dan sebagainya. Sayangi organ dalaman anda. ehwah tetiba.


hidu bau duit jugak yang sedap.

Kecelaruan Jenama

Tajuk diatas bukan typo. Ya, selalu kecelaruan jantina yang disebut orang. Tapi harini gua nak cerita betapa celarunya gua dan suku sakat gua mengenai jenama. Ntah ntah lu pun sama bercelaru seperti gua. Ok, kita geng.


Apa yang gua celarukan? Usah bimbang, kecelaruan gua ini tidaklah sampai menyusahkan orang awam,  tidak pula hingga memaksa mana-mana pihak mengambil tindakan tatatertib, kehkeh. 


Mungkin jugak ini bukan kecelaruan tapi satu kebiasaan yang terhasil daripada tindakan refleks otak apabila terpandang sesuatu barang itu. Jadi kita gemar refer 'jenama' tu sebagai barang. Jadah, gua pun tak paham apa yang gua cuba utarakan kat sini, oleh itu, moh gua ekslplen:

Pampers

Sapa tak kenal pampers meh gua kasi penampar, hekhek. Pampers is pempers. Lantaklah kau jenama petpet ke, drypers ke, jenama tesco ke, gua tetap panggil pempers. Because guna perkataan diapers is too mainstream, kehkeh. Dan gua takde hari nak panggil natang tu sebagai 'lampin pakai buang', mak aihh sampai tiga perkataan. Ain't nobody got time for that :p

Maggi

Ya, megi. Sohabat ketika susah dan senang. Sekali lagi gua nak tegaskan, barangsiapa yang tak kenal beliau, sila pergi muhasabah diri seniri. Ni pun satu hal, gua tak penahnya nak panggil cintan ke, mi sedap ke, mamee slurp ke, mesti panggil megi. Universal sungguh penggunaan megi ni kan. Ada sapa-sapa yang guna perkataan 'mi segera' tak? pergh, skema ayam.

Clorox

Ini adalah sejenis makhluk perosak pakaian kalau tak salah gua. Ataupun bahasa ibundanya adalah 'peluntur pakaian'. Tapi gua bantai kasi nama timangan klorok je ke semua rangkaian peluntur pakaian yang ada di Malaysia ni, kejam tak gua. hohoho.

Milo

Asal minuman coklat je mesti gua sebut melo. kenkadang rasa kasihan pada Vico, Ovaltine, Malt Coklat Keluargaku, dan yang sama waktu dengannya sebab gua tak penah guna nama-nama mereka ketika meminum mereka. Bila bancuh vico, gua kata sedapnya melo ni, bagaikan lembu punya susu sapi dapat nama pun ada, ehh.


Hohoho setakat itulah saja kecelaruan gua untuk hari ini. Suka gua jelaskan di sini bahawa lazimnya kita akan terbiasa dengan jenama tu sebab ia merupakan nama jenama pertama yang mengeluarkannya. Pergh terlalu ilmiah gua eksplen sampai gua seniri pun tah faham.

Cenggini, Pampers tu kan yang memula keluarkan lampin pakai buang, jadi otomatik pengguna akan refer natang tu sebagai pempers, begitu jugak dengan barang-barang lain yang pertama kalinya dikeluarkan, sure orang ingat jenamanya.

Ok, bosan, zzzzhhh krooh kroh.



cintaku bukannya jenis pakai buang - Stacy
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape