Kecelaruan Jenama

Tajuk diatas bukan typo. Ya, selalu kecelaruan jantina yang disebut orang. Tapi harini gua nak cerita betapa celarunya gua dan suku sakat gua mengenai jenama. Ntah ntah lu pun sama bercelaru seperti gua. Ok, kita geng.


Apa yang gua celarukan? Usah bimbang, kecelaruan gua ini tidaklah sampai menyusahkan orang awam,  tidak pula hingga memaksa mana-mana pihak mengambil tindakan tatatertib, kehkeh. 


Mungkin jugak ini bukan kecelaruan tapi satu kebiasaan yang terhasil daripada tindakan refleks otak apabila terpandang sesuatu barang itu. Jadi kita gemar refer 'jenama' tu sebagai barang. Jadah, gua pun tak paham apa yang gua cuba utarakan kat sini, oleh itu, moh gua ekslplen:

Pampers

Sapa tak kenal pampers meh gua kasi penampar, hekhek. Pampers is pempers. Lantaklah kau jenama petpet ke, drypers ke, jenama tesco ke, gua tetap panggil pempers. Because guna perkataan diapers is too mainstream, kehkeh. Dan gua takde hari nak panggil natang tu sebagai 'lampin pakai buang', mak aihh sampai tiga perkataan. Ain't nobody got time for that :p

Maggi

Ya, megi. Sohabat ketika susah dan senang. Sekali lagi gua nak tegaskan, barangsiapa yang tak kenal beliau, sila pergi muhasabah diri seniri. Ni pun satu hal, gua tak penahnya nak panggil cintan ke, mi sedap ke, mamee slurp ke, mesti panggil megi. Universal sungguh penggunaan megi ni kan. Ada sapa-sapa yang guna perkataan 'mi segera' tak? pergh, skema ayam.

Clorox

Ini adalah sejenis makhluk perosak pakaian kalau tak salah gua. Ataupun bahasa ibundanya adalah 'peluntur pakaian'. Tapi gua bantai kasi nama timangan klorok je ke semua rangkaian peluntur pakaian yang ada di Malaysia ni, kejam tak gua. hohoho.

Milo

Asal minuman coklat je mesti gua sebut melo. kenkadang rasa kasihan pada Vico, Ovaltine, Malt Coklat Keluargaku, dan yang sama waktu dengannya sebab gua tak penah guna nama-nama mereka ketika meminum mereka. Bila bancuh vico, gua kata sedapnya melo ni, bagaikan lembu punya susu sapi dapat nama pun ada, ehh.


Hohoho setakat itulah saja kecelaruan gua untuk hari ini. Suka gua jelaskan di sini bahawa lazimnya kita akan terbiasa dengan jenama tu sebab ia merupakan nama jenama pertama yang mengeluarkannya. Pergh terlalu ilmiah gua eksplen sampai gua seniri pun tah faham.

Cenggini, Pampers tu kan yang memula keluarkan lampin pakai buang, jadi otomatik pengguna akan refer natang tu sebagai pempers, begitu jugak dengan barang-barang lain yang pertama kalinya dikeluarkan, sure orang ingat jenamanya.

Ok, bosan, zzzzhhh krooh kroh.



cintaku bukannya jenis pakai buang - Stacy

36 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. Megi kari..ehh megi cintan...haa..

    ReplyDelete
  2. tu la power of branding.. sebab benda2 tu yang mula2 kita guna. so sampai bila2 memang dok melekat nama tu dalam palotak. huhu~

    ReplyDelete
  3. kelakar betul..panggil jer pempers..nak sebut lampin pakai buang..pjg sgt ..buang mase..haha

    ReplyDelete
  4. jenuh lah ary nak memahami^^ Tapi akhirnya, paham gak^^ Branding is important^^

    ReplyDelete
  5. betul !! pampers dgn megi paling keliruu !! haha. megi ruski laa, megi cintan laa. haha.

    ReplyDelete
  6. hat milo tu teruk sgt, tpi kalau nestum setuju

    ReplyDelete
  7. ahhh nestum! betul betul betul

    nestom nestat, pak ali tukang cat :O

    ReplyDelete
  8. sama la . mai p megi apa pun tetap 'megi' jugak nama dia . uhh

    ReplyDelete
  9. dulu masa gua study pemasaran gua ada belajar bab penjenamaan nie tak silap gua salah satu taktik pemasaran.. alahai gua lupa dah sekarang.. sama dengan ubat gigi hampir semua orang panggil colgate padahal jenama lain.

    lepas rindu gua dapat tengok dodol cute2 macam gua.. erk!

    ReplyDelete
  10. hehhehee., sukaaa entry nii~ >.< setuju sangat2.. hehe

    ReplyDelete
  11. kahakahkah . bby tuee kntot comel pulokk dahh . kentut lagii .

    ReplyDelete
  12. Haha setuju!
    Tapi milo tu takdela guna sangat.
    Sebab milo rasa dia lain drpd yg lain.
    Kalau oligo ke rasa dia lain sikit drpd milo.
    Ehhh.

    ReplyDelete
  13. semua ubat gigi aku panggil colgate..muahaha~ tak kira safi ke, kodomo lion ke, mukmin ke tetap colgate=.=

    ReplyDelete
  14. hahahaha!! alaa, bkn ZyraRoxx jer, rsanya majoriti pndduk bumi *ktanyaa* akn sbut nma2 tue jer utk refer mna2 brng..

    apa2 pun, gmbr ttap tomei2 >.<

    ReplyDelete
  15. Haah mcm2kan , tambah2 g ada ke org panggil "serbuk sabun pencuci baju" rasannya pakat2 pggil brezz je :3 Hew3x

    satu g... xada mak kita ckp "beli ubat gigi colgates" just g beli colgates walaupon realitinya nak beli ubat gigi safi~~~~ -..-

    ReplyDelete
  16. hurm mmg pn..dok sebut bnda tu gk smpi skg,,hehe

    ReplyDelete
  17. kan. gua pun gitu. HAHA! ubat gigi panggil colgate. pelembut pakaian tu gua panggil softlan bukan downy k tesco softener ke. eh. HAHA!

    ReplyDelete
  18. kalau saya,tambah lagi satu.colgate.pakai darlie pun sebut colgate jugak.hahaha

    ReplyDelete
  19. Ini salah dr segi undang2 moraliti dan hakcipta. Bkan mudah pencipta jenama tu nk fikir nama trbaik utk jenama mereka.
    Mohon semua pertimbangkn semula kecelaruan jenama anda. Dptkan nasiht dr yg pakar

    ReplyDelete
  20. sokong sokong. padahal yg dok sebut tu jenama dia bukan nama benda tu. hikhik. XD

    ReplyDelete
  21. betoi laaa... plg common pasai megi tu! semua jenis mcm cintan ka, mamee ka, ruski ka tetap megi..hhahaha

    ReplyDelete
  22. Haha! So true.. Rasanya majoriti rakyat kat Malaysia ni mempunyai masalah yang sama.. Haha! ^o^

    ReplyDelete
  23. hahaha setuju sangat dengan kekeliruan terhadap magie dan pampers..

    ReplyDelete
  24. yups2...tetap yang pertama diingat sampai bila2..legend..

    ReplyDelete
  25. semua jenis ubt gigi org kabor colgate, semua jenis filem org kabor kodak.. dedolu la.. hahaha

    ReplyDelete
  26. yeah..itulah kuasa brand yang ada...nama lekat smpai bila2...

    ReplyDelete
  27. hehehe..memang celaru..sos pun same kot..

    ReplyDelete
  28. dah baca, tapi tak ingat dah komen ke belum hehe :p

    ReplyDelete
  29. hahah.. y last tu best... nama lagi coklatkan.. bantai panggil milo gak.. ^_^

    ReplyDelete
  30. ade satu lagi kecelaruan jenama, colgate. semua ubat gigi kta pgil kolget iye dok? haha

    suke ayat ni ha skema ayam.

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape