Selamat Malam!
Tak penah seumur hidup gua buat entri dalam masa beberapa jam ni. Selalu biar, peram entri dalam draft selama berminggu-minggu, kalah prosedur buat ikan perkasam, slurp!
Harini gua ke Big Bad Wolf Books Sale (BBWB) yang berlangsung di Penang Times Square. Ya, TS tempat jin bertandang tu, muehehehe. Memang tempat tu lazimnya sunyi sepi sebab tak banyak kedai yang dibukak. Gua pun jejak kaki ke situ baru hari ni. Kalo tak kerana BBWB ntah bila lah gua nak mencemar duli memijak TS tu kan, hiksss :p
kemain gua terbang bersama si wolfie menuju ke TS, baik kan beliau?
Kisahnya, dah seminggu pun natang BBWB ni berlangsung, tapi memandangkan kesibukkan gua yang tak berjadual maka dua hari sebelum tamat tempoh baru gua berjaya mencilok ke situ. Itupun setelah ditolong oleh Encik Wolfie yang jahat tapi baik hati, kehkeh.
Senanya gua tak bercadang nak beli banyak buku pun. Lebih kepada nak tolong belikan buku-buku yang dikirimi oleh member gua. Malangnnya, buku yang dikirimi tu satu habuk pun tarak. Gua dipahamkan bahawa banyak buku best-seller dah sold out. Yela dah 7 hari ngoiiii gua baru hegeh-hegeh nak pegi. Memang tinggal sisa-sisa kumbahan jelah.
see? betapa jahilnya gua mengenai selok-belok TS ni sampai bergantung harap 108% pada penunjuk arah =.=
setelah puas terkedek-kedek berjalan, sampai lah jugak kedestinasinya hai
Gua respect sama staff-staffnya yang baik budi bahasa. Perkataan welcome, sorry, thank you tak pernah lekang dari mulut memasing. Even dah seminggu berlansung, takda gua nengok ada tangda-tanda fedap di riak masing-masing. Sampai staff yang tengah duduk kat kauter informasi pun berdiri bila jawab soklan gua, haaaa gitu, bagus kan? Gua rasa, kalo gua yang dok kerja susun atur letak beribu-ribu buku selama seminggu, maunya gua yang bertukar jadi wolverine. Ehek ehek ehek :p
amboui haiii, macam nak lemas dalam lautan ilmu aihh *toddia ayat
Agak jakun gua di situ sebab maklom la, baru pestime 'dikidnap' hincik wolfie. Tak macam lu, dah lapan kali pegi, huhuks. Memang gua sedut napas dalam-dalam sebab bau buku merupakan bau feberat gua yang kedua selepas bau makanan. Terkesima kejak gua, maklumla, gua ni boleh dikira sebagai ulat buku jugak walaupun gua tidak berwarna hijau.
comelkan shopping cart gua?
Lalu tanpa berlengah gua pun sambar kotak-kotak yang berlungguk di tepi entrance. Kotak ni menjadi bakul untuk isi buku-buku katanya. Memula memangla gua kendong kotak tu ha, tapi bila beratnya dah ngalahkan kendong anak, gua buat alternatif baru. Gua seret guna kaki bila nak bergerak dari satu meja ke meja yang lain, hiks.
Memang tak sedar langsung masa bila dalam BBWB ni. Sedar-sedar dah berjam-jam jugak gua dok tilik novel-novel kat situ.
menarik jugak signage depa ni noh.
Dah puas melilau-lilau bahagian politik, bibliografi, fotografi, cooking segala, jeng jejengggggggg... tibalah masa ke bahagian novel, hoi rasa macam takmau balik rumah.
apeke tido pulak encik tu, ishk ishk.
Lalu sesi belek-membelek pun bermula dengan penuh takzimnya. Bak kata orang, mak mertua lalu belakang pun dah tak sedar woi. kakakakakka. errr. ok, diam.
Ok, last round sebelum gua berambus balik. Tak boleh jadi, selagi gua di sini, selagi itu dompet gua terancam. Silap-silap boleh membawak ke makan megi seumur hidup, tsk tsk :p
Wah! Nikmatnya bila dah sampai rumah. Baru sedar urat sarat kaki yang bersimpul siur sebab berdiri lelama tadi. Nak suruh cik abang urutkan, cik abang pulak ke hot air ballon putrajaya tak balik-balik, ehik *gedik tahap cipan baru baligh.
kemain tediber gua dulu saited bukak plastik nengok isi kandung.
Alhamdulillah, walaupun tinggal sisa-sisa toksik je, dapat jugak gua cari 10 novel yang memenuhi citarasa gua, hiks. 10 jelah, kan tengah tight budget, uhuhuhu. David Baldacci meme author feberet gua, nah 4 sekali gua sapu. Dia punya penceritaan sangat lazat dan menyelerakan. Hamboi nak kata gua berlagak ke hapa sebab tak beli buku melayu. Tunggu novel melayu versi thriller yang cambest kuar nanti baru gua beli :)
Bak kata orang kampung gua, last but not least, gua sempat jugak sambar cenderahati bersempena BBWB ni ke Penang sebagai kenang-kenangan, ntah bila pulak kan dapat bersua dengan hincik wolfie yang jahat tu, hihiks. Kenapa gua cakap dia baik? Baik la sebab memurahkan novel tyang gua suka ;)
Penanda aras buku dan badge, cool!
Penuh dengan gambar jek entri kalini? Takpe, buat entri panjang macam tesis pun belum tentu dibaca, kohkoh. Yang pasti gua heeeepiiii. Buku-buku ni semua boleh jugak merangkap hadiah birthday untuk diri seniri :)
Accchoom birthdaygua2april. Ehh terbersin pulak, heheks, ekskius mi :p
haaaa nak setat baca novel manani?
bestnya tengok buku-buku banyak mcm tu~
ReplyDelete:)
jangan beli je ye.
ReplyDeleteehehehe.
wuuu syoknya dpt p BBWB!! huhu aritu festime dpt p kat mines..tu pun kejap...syioknya dpt beli buku byk2..ngeee:D
ReplyDeleteerrr boleh pinjam satu tak? sebab gua rasa macam susah nak tidur ini malam.. gua pun kaki buku hulur je buku ape pun dengan senang hati gua baca.. tapi suka lagi tang misteri, suspen, penyiasatan, sejarah.. ewah. Pasal tu gua suka kaler hijau.. kemain kak shon ke putrajaya tgk ballon.. peh!
ReplyDeletemaigod maigod sis zyra.. terliur den nengoknya. den tak sempat nak pergi penang (sebenarnya terlupa langsung pasal encik wolfie ini). sian abang eden dah peringat awal2 tapi jasanya tak dikenang. :'(
ReplyDeletesebelum gua panggil geng2 vampire gua hapuskan werewolf lu, lebih baik lu ajar cara nak wat doodle macam kat dalam entri ni... hehehehehe (gelak jahat)
ReplyDeletei love books too! ;)
ReplyDeletebanyaknya berbelanja.mesti best kalau dapat pergi.. " Books too cheep to be stolen"
ReplyDeletewahh.. seronotnye dapat beli buku 'teks'. selamat berguling-guling membacanye.
ReplyDelete"books to cheap to be stolen"
I LOIIKEEE!!!
wahhh best nye dapat pegi BBWB..mesti rambang mata dapat tengok buku2 faveret kan?best..^_^
ReplyDeleteAmboiii beli buku byk nooo.. Bak sini satu ! Kah2
ReplyDeleteseriously aku baca sepatah sepatah ayat ko,, haha,, bila la aku ni rajin nk baca buku,, pesta buku adalah tempat last aku nak pergi,, beli buku pun buku2 wajib je,,, yang masuk exam katanya,, lalala
ReplyDeletegila best !
ReplyDeletewahh! amal pun minat yg thriller jugak :)
ReplyDeletewah shopping buku sakan ni... ^_^... selamat membaca...
ReplyDeletesalam kenal dear, singgah sini balas kunjungan dan follow balik... ^_^
Tudia.. Barulah membaca amalan kita.. Hehe.. =)
ReplyDeletebest kut, tp tak pernah pg lagi -Achoomhappyoncomingbday-BOLEH? :)
ReplyDeleteDah julung-julung kali diadakan, namun tak pernah sampai pun... sedih...
ReplyDeletedah la dekat... hm~
byknye..btw aku suke bc ape yg dorang tulis kt banner!
ReplyDeletewahh bestnyeee!!
ReplyDeleteBanyaknya beli novel, kak Zyra! :O Takpe, bangsa membaca bangsa berjaya. Sejak dah habis sekolah nie, tak rajin nak membaca buku. Rajin baca entri blog jek. :D
ReplyDeleteperrghh, buku omputeh tu. wa baca 2muka surat wa tido 2jam pastu. kekeke, tp memang best apa buku omputeh camtu. dlu time belajar suka la baca sebab incik bg hadiah =)
ReplyDelete~apy besday april girl :)
Nak pinjammmmmmmmmm! Kikiki.
ReplyDeletehuwah.. sangat jeles..
ReplyDeleteentry panjang pun best..haruslah baca setiap words.
ReplyDeletefuhh memang best tuh..kalau mas dah meroyan gulink2 kat situ tak tahu mana satu nak beli..
lagi2 kalau yang seram..fuhhh..best2.
setakat nie ika layan buku pretty little liar je yg omputeh.lepas nie boleh la ika try kelazatan cite david baldacci tu.hikss
ReplyDeletebad betol wolf tu sebb jual buku murah..heheheh..wow borong sakan nampak..:)
ReplyDeleteGILERLAH.. KAT SARAWAK JARANG2 ADA AKTIVITI MACAM NIE. JELESNYE.. HUHU..
ReplyDeletenak pinjam shopping cart tu boleh...... cari kat mudah takde org jual...he3
ReplyDeleteblog mmg comel..entry pon rilex2 je..ala, jauh plak la Big Bad Wolf Books Sale (BBWB)tu..ruginya dh miss.
ReplyDeletesinggah dari blog zamani , ehe ..
ReplyDeletewah , CP tak pernah dgr pasal sell macam nih , meme menarik la , terpegun CP melihat buku2 di situ , tapi CP nih pelik sikit , CP suker beli buku , pinjam buku kat library tp cgt malas nak baca , hehehe
ri tu ada kt mines kte xsempat g..
ReplyDeletedh 2 kali terlepas..adoi
banyaknya koleksi buku nie....
ReplyDeletewah...bestnya....jealous mas tgk..heheheh
ReplyDeleteuntunglah.....tak sempat nak pergi hari tu
ReplyDelete